Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 26 November 2013

SEMBANG TENTANG AURA

waktu dah menunjukkan tepat 12.43 tengah malam. inilah waktu yang aku ada untuk menulis. rasa bodoh pula kalau tak menulis. semakin rajin berfikir,semakin perlu menggerakkan jari menaip,semakin cerah otak ni.mia dah tidur,kakinya dah aku sarungkan stoking baru beli di giant harini. dah lebar kakinya, tak muat dah stoking lama tu. itu pun tak tahulah berapa lama bertahan di kaki tu, kalau tersedar nanti perkara pertama yang dicapainya ialah kaki.ada mahkluk asing berupa stoking akan dicabutnya sekuat tenaga.hmm...memang penyejuk mata dan hati miaku ini. esok pagi tahu-tahu dah sampai ke dapur,rambut kusut masai,tangan baju labuh menutup jejari,comel sangat macam kartun pingu.

bosan pula berbicara tanpa teman ni.jadi,2 hari ni ialah hari aku nak berbual dengan kau,tanty.kau ni suka benar kan  jadi silent reader aku.boleh tak jawab kalau aku tanya, ni senyap sunyi tak ada respon. tau-taunya kau suruh aku menulis lagi.boleh mental aku kalau macam ni.

tiada istilah bosan untuk cuti kan tanty. aku gembira betul duduk di rumah,sangat gembira. macam dalam syurga dunia. hilang segala tekanan kerja setahun. tu pun kalau teringat-ingat balik ada yang belum selesai macam nak pening balik aje. sijil budak yang warna hijau tu belum habis taip lagi. naik gila aku dibuatnya,asyik lari aje namanya. kau tentu pernah buat kan.sepatutnya sekolah tak payah printkan kolum tu, ingat senang ke nak adjust.dah lah soft copy tak bagi,ikut hati nak aje aku suruh kerani yang buat.tapi...  aku geram betul dengan benda tak efisien macamtu. haritu aku merungut dengan cikgu Kamal,aku kata tak payah rezo  banyak-banyak, biar semua cikgu print sendiri,senang...

kau tau tak tan, sebenarnya perkara tu mudah aje, tapi sebab sistem x berapa cekap jadi susah. berbakul-bakul kertas aku buang dalam tong sampah,sampai aku terpaksa beli sendiri kertas untuk photostat,semua budak punya sijil ntah apa-apa jadinya. tengah-tengah buat tu, dakwat katrij pulak habis,haduiii....lepas tu,aku tutup terus benda alah tu, sakit kepala aku dibuatnya. ah,budak naik sekolah 4 bulan lagi kan ambil result spm.banyak lagi masa. hehe. sekarang masa untuk aku sendiri.

tanty,

aku nak berbual dengan kau tentang aura.dan kemudian melalut kepada perkara lain.atau aku rasa tak ada penetapan subjek cerita.cerita saja apa terlintas di kepala.kau percaya pada aura tak tanty. aku percaya. aura ni kalau nak mudah faham,telur atau bulatan cahaya tenaga yang membaluti tubuh setiap kita. bergantung siapakah kita,bagaimana kita bersikap dan berfikir serta berbicara,aura yang meliputi tubuh kita akan terbentuk mengikut situasi. orang positif,auranya cantik. orang negatif,auranya tak cantik. 

kadang aku selalu mengaitkan aura dengan karisma. karisma juga aku rasa bergantung kepada siapa seseorang itu. pekerjaan,pembacaan dan penampilan akan membina karisma. sebab tu ada artis yang ramai peminat kerana karismanya menyerlah. ada ahli politik yang ramai penyokong kerana auranya hebat. kita sendiri, aku percaya ada karisma seorang pendidik. kalau tak percaya, pernah tak masa kau jalan-jalan, atau beli barang, penjual tu bahasakan diri kau cikgu walau dia tak kenal pun kau. ha,itulah karisma namanya. 

lepas tu,sebagai cikgu yang berbelas tahun mengajar, kau pernah tak bila nampak muka seorang budak kau rasa budak tu jernih air mukanya atau keruh betul. itupun aku rasa aura juga. budak yang tak solat, mukanya lain daripada budak yang solat,kan. walaupun budak yang tak solat tu hensem berbanding budak yang rajin solat tu tak hensem,aura baik pada budak baik tu akan menyerlahkan kejernihan wajahnya.entahlah,tapi pengalaman tu selalunya pasti jadi guru terbaik kita.

bukan aku nak mengajak engkau menilai orang,tapi sekurang-kurangnya kita gunakan gerak rasa dan akal untuk berhati-hati memilih kawan atau menyanjung seseorang. ha, ni lagi sekali aku nak berleter  ni, jangan salah memilih idola tanty. walaupun idola kau tu sama comel macam kita, tapi apa yang kau puja puji tu plastik semuanya.

tanty,

rasa suka atau benci dalam hati yang paling dalam tu, Allah yang bagi. secara fitrahnya manusia suka kepada kebaikan dan benci kejahatan. maka apabila ada gerak rasa yang memberi signal kepada kita untuk mendekati atau menjauhi seseorang,kita perlu ambil kira.

memang kita tak tahu keikhlasan seseorang,tapi kalau orang tu hipokrit,rasanya kita akan tahu.di mana saja,bila-bila masa saja, kita akan bertemu orang begini,kan.jadi jalan yang paling selamat ialah berdiam diri,macam kau yang pendiam.kalau orang gaduh-gaduh pun biar je la, asal kita tak masuk campur,kan tanty. play safe kata orang putih.

kali pertama aku nampak kau kat ioi mall,masa tu tak salah aku kau sedang mengandungkan Harith, aku kenal kau sebagai isteri cikgu Bahrin. aku tengok dari jauh je, dalam hati terdetik `lawa juga orangnya`. masa tu ada pameran apresiasi seni daerah kita. tak sangka kita boleh jadi kawan baik kat sekolah yang sama kan tanty. aku teringat lagi betapa tertekannya kau bila datang sini terus jadi KP Bm yang gila-gila kerjanya tu.terus kau demam 2-3 hari kan tanty. kau gigih betul mengajar budak yang tak nak belajar, aku pun tak sesabar kau.. lepas tu,sekarang kau dah bahagia tak terlibat lagi dengan arus perdana.seronoknya kan tanty. tapi  tak apalah. lain hari mungkin aku juga akan seronok sebab tak perlu lagi jadi cikgu sebab dah kaya! hahaha... insyaAllah.

tapi ada satu perkara yang meransang aku untuk terus bertahan dengan profesyen yang sangat unik ini.

nanti-nanti kita sambung cerita ye. dah pukul 1.30 pagi ni.

3 comments:

TANTYSTARP berkata...

Mmg ada org pgil tanty cikgu...tp ada juga yg tanya duk flet mana? Cik ni suri rumah ke keja? Naik bas ke dtg ni? Hanya kerana aku x bergaya cam artis... x pelah

Comels berkata...

hehehe...mereka rabun!

TANTYSTARP berkata...

Jan... bila nak sambung cerita ni?

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com