21.8.2015.
Nad,sebagai yang dijanjikan,ini
belog untuk kau & co.
Waktu menunjukkan 2.56
pagi.menjadi satu tabiat yang agak membuatku derita_tak boleh tidur lena kalau
bukan di rumah sendiri.walhal sekarang ini aku bukan berada di tempat asing
pun.inilah kampung halaman encik shahrolnizam,lelaki yang menyayangi aku
seadanya dengan menjadikan aku menantu kepada Pn hajah Hasnah dan Hj Ahmad
sejak 17 tahun lalu. (wow,dah lama kawin rupanya!)ditemani bunyi kipas yang tak
letih berkhidmat dan cicak yang membuat acik terkujat,aku terkial-kial menaip
ďi atas skrin ini.demi sebuah cerita yang boleh membikin inspirasi.atau sekadar
membuatmu senang hati.tatkala kecamuk jiwamu untuk ke kelas 3G,ahad nanti.
Nads & co.
Terima kasih kerana sudi
menjadi pelanggan setia acik kantin setiap pagi.kamu semua memang
terbaik,nampak saja acik datang dengan bakul,sambutan meriah akan acik
terima.terasa diri disayangi bila kamu semua bangun serentak dan menyerbu acik
seraya berkata "yeeeeah,sarapan!"
Acik minta maaf selama 2
minggu ini acik tak dapat membuatmu bahagia.acik perlu rehat nads sebab acik
rasa kurang sihat.acik rasa perlu jadi manusia normal yang dapat cukup tidur 8
jam sehari.dapat masa untuk santai-santai sambil baca buku amran fans.(nak
pinjam tak.ada kàt meja acik.norliatul saida dasbin a.k.a norli dah pinjam.best
katanya).acik perlu beberapa hari untuk tak tengok ikan bilis,lada kering dan
santan.rumah acik ni dah bau sambal hari_hari.jadi acik rasa untuk meneutralkan
bau sambal tersebut acik perlu rehatkan segera aktiviti yang menggugat acik
kantin sebenar ni nads.jadi kau dan rakan-rakan dapatlah menyambung silaturahim
dengan acik kantin sebenar setelah sekian lama kau menduakannya.murni tak
maksud tersirat perbuatan acik ni nads.
Bukan kau saja yang
kecewa dengan percutian acik.budak_budak tingkatan 5 pun begitu.encik Darmawan
sering melaporkan betapa kelatnya wajah mereka di hari tak dapat supliment nasi
lemak meletops acik.sampai tak boleh belajar.ada sorang tu,encik Darmawan kata
selalu cakap'lapar dok,lapar dok...' waktu belajar prinsip akaun dengannya.
Kadang budak_budak
sengaja lalu_lalu dekat kereta acik dengan harapan dapat tengok beg cantik yang
dalamnya mengandungi makanan berkasiat dan lazat.malangnya sepanjang 2 minggu
ini,mereka hanya memperoleh kehampaan.mula_mula tu acik bagitahu yang acik nak
rehat seminggu.tiba_tiba rasa seronok pula berehat jadi acik tambah cuti lagi
seminggu.sementelah pula acik tak berapa sihat.
semalam,acik isi buku dalam beg
cantik warna kuning yang selalu acik letak makanan lazat di dalamnya.acik masuk
kelas 5 sains 1.masa tu ada'kaki' acik budak 5t3 dekat koridor.dia tersenyum
ceria.bukan sebab nampak acik,tapi sebab nampak beg tu.dia cakap 'amboi,macam
tau pulak kita lapar'...acik tergelak sambil cakap 'kau nak makan buku ke
zid?'.wajahnya terus dibayangi kehampaan.perutnya yang nipis pula mencerminkan
kelaparan.siap ada bunyi_bunyi lagi.kesian kan nads.
InshaAllah
nads,minggu-minggu mendatang acik akan beroperasi seperti biasa.tambah musim
peperiksaan percubaan spm ni nanti.acik tak mahu rehat yang lama ini membuatkan
kau jauh hati.rehat yang lama ini juga buat budak-budak iri hati.disangkanya
acik tak supply kelas dia,asyik utamakan kelas lain.dah satu kerja pula nak
meyakinkan dia betapa acik berlaku adil,sorang tak dapat semua pun tak
dapat.susah juga hidup dalam populariti ni ye nads.
Nads,
Semoga catatan hujung
minggu acik ni buat hidup kau ceria,seceria lafaz yang pernah kau ucapkan dulu, 'akaklah acik kantin saya!!'
3 comments:
Acik kantin.. ko terbukti memang hebat memasak.. hebat memasak, melukis, melayan anak, melayan suami.. melayan kehidupan. terus jadi hebat bukan untuk org lain tapi utk dirimu juga.
terima kasih mak iti.kau juga apa kurangnya. ketabahanmu buat aku terinspirasi,tanpa kau sedari.
terima kasih mak iti.kau juga apa kurangnya. ketabahanmu buat aku terinspirasi,tanpa kau sedari.
Catat Ulasan