Sabtu, 22 Ogos 2015

mia sebelum angka 3 -(part 1)







Catatan pada 20.8.2015.

Catatan untuk mengenang keletah buah hati pengarang jantung mak-  Damia Maisarah.

Mungkin mengambil masa dan beberapa bab untuk dihabiskan.




Lebih kurang 9.20 malam kita sampai kampung tuk wan kat yong peng.adik tidur sejak dari rumah.terjaga sekejap bila tiba.tapi mak bobok adik supaya adik tertidur lagi. Kalau tidak,adik punya tantrum nanti buat mak tak sabar.wah,syukur,lepas tukar lampin dan bapak sua sebotol susu dutch lady perisa coklat,adik sambung tidur seolah_olah tiada apa yang berlaku.



Adik,anak mak yang manis.



Lagi 16 hari umur adik masuk 3 tahun.sudah jadi rutin saban tahun mak untuk catat apa saja nostalgia tentang kita,tatkala adik membesar ini.agar satu masa nanti kalau adik dah pandai membaca dan dah belajar jauh dari mak,adik bacalah blog emak ni nak.rakaman kasih sayang kita dalam bentuk tulisan ini mak harap dapat menyentuh hati adik.agar dapat adik rasa betapa cintanya mak dan bapak pada adik,anugerah terindah Allah dalam hidup kami.


Adik,anak mak yang manja,



Sekarang ni berat adik dah dekat 20kg.kalau orang tak tahu mesti mereka menyangka umur adik dah 5 tahun.badan adik montel sangat.mak suka gigit perut adik yang bulat macam humpty dumpty tu.pipi adik melayut.sapa pun termasuk mak terpaksa berhempas pulas nak cium pipi adik.Adik geli kalau kena cium pipi. adik akan mengelak. cium kepala ke,dahi ke, perut ke,takpe.

sebenarnya peluang mak terbuka luas untuk gomol pipi adik masa adik tengah lena,tapi mak teringat pesan ustaz Ismail Kamus jangan cium pipi anak yang tengah tidur nanti degil,..emak tak jadi la cium adik.Walau hati mak meronta-ronta ingin melakukannya.kulit adik putih merah.mata adik bersinar macam bintang kejora.kalau adik dapat tudung mak,adik akan simpul_simpul atas kepala sambil menyanyi.imaginasi adik tinggi.adik akan bergaya depan cermin macam tak wujud sesiapa perhatikan adik.lepastu,adik tanya mak atau bapak,"cantik tak?".kan adik kan.



Adik tahu tak kenapa adik montel?


Sebabnya,adik sangat suka makan nasi. Nasi putih sahaja.lagi suka kalau panas_panas.adik tak mahu campur apa-apa.memanglah senang bela adik,tapi takkan nasi semata-mata.kadang mak hancurkan ikan goreng atau ayam,letak dalam nasi.tapi adik tahu.adik makan juga untuk jaga hati mak.tapi untuk suapan seterusnya,adik cakap dulu"mak,adik tak nak ikan".kalau adik termakan,adik akan luah balik.



Kadang adik bangun awal sangat.pernah satu hari tu,pukul 5 pagi adik dah terbangun.masa tu mak dengan bapak sedang bungkus nasi lemak meletops mak untuk abang dan kakak tingkatan 5 yang selalu kelaparan.tiba-tiba adik cakap"mak,nak nasi".ternyata seawal pukul 5 pagi tu adik dah lapar.semangkuk nasi lemak panas adik makan sampai habis dengan seleranya. Lepastu,dalam pukul 10 pagi makan lagi.pukul 2 petang makan.mak balik,kalau mak makan,adik makan juga.semangat betul adik makan,mak pun seram.    



Adik tak bangun saja-saja.sebagai anak dara yang rajin,adik akan tolong mana yang patut.tapi patut cara adik la. kadang tolong susun nasi. kadang tolong masukkan bilis.mak tak pernah halang.biar adik nampak sendiri betapa  bersungguhnya kita untuk mencari rezeki tambahan era gst yang sangat dibanggakan oleh orang kampung emak.

adik,waktu ini kita perlu banyak berkorban.kita tak bermewah macam orang lain,tapi alhamdulillah kita ada makanan setiap hari terutama nasi putih kegemaran adik.kita belum dapat jalan-jalan ke oversea tapi alhamdulillah dari siang sampai malam badan kita sentiasa sejuk dengan hembusan semilir econavi kita.bila bil sampai,mak pula yang seram sejuk tengok angka tak pernah kurang RM$200. 

Tapi tak apalah dik.prinsip hidup mak mudah saja.hidup ini perlu dinikmati,sekarang.bukan esok lusa masa badan dah tak kuat tapi duit banyak sebembat. Balik rumah lepas kerja mak perlu rehat dalam suasana tenang dan dingin.dan itu semua sedang kita dapatkan. Maka mana lagi nikmat Allah yang kita dustakan?



Adik,anak mak sorang,

mak dan bapak sangat keras berusaha sekarang ini demi masa depan kita.sebagai isteri yang berjanji untuk bersusah senang bersama,mak rela membahagi kudrat mak sebagai isteri,guru,ibu dan yang paling ekstrim sebagai acik kantin makcik nads..sampai setiap hari mak dan bapak tidur mungkin dalam 3 jam saja.sebelah siang,bapak tak boleh study langsung kerana adik sentiasa mahu ambil apa yang bapak buat.bapak buat kerja kat komputer bapak adik sibuk nak tengok gambar adik yang dah ke 3476 kali adik tengok. Bapak buka ipad,adik sibuk nak tengok game.bapak bukak tab,adik nak pulak tengok tutorial `bagaimana buka tanah liat warna warni untuk dapatkan patung di dalamnya`.bapak buka smartphone,adik sibuk pulak nak main telefon-telefon.




Bapak mati akal tak tahu dah nak buat apa.sudahnya waktu malam ketika adik dibuai mimpi main bersama kakak masha dan upin ipin,1 pagi bapak bangun dan belajar sampai siang.kalau masa tu mak buat nasi lemak ,3 pagi mak minta tolong bapak tanak nasi.masak periuk besar dapat 40 pack.mak pulak bangun untuk masak cekodok ke,mihun,nasi goreng atau sandwic. kemudian mak kena bergegas sebelum 6.15 pagi dah kena buat urusan nak ke sekolah pulak.

 rumah kita bukan jauh sangat dengan starp tu,tapi kalau mak keluar lebih pukul 7 pagi alamat sampai  lewatlah sebab jem melekat.kemudian mak kena mengajar dengan penuh kasih sayang dan dedikasinya abang dan kakak tingkatan 5 sebab mereka nak SPM lagi 2 bulan ni. kadang mak aje yang beria, kakak dan abang tu tak teringat pun mereka calon spm.kadang mak rasa kalau mak yang jadi calon,rasanya dapat A kut BM emak sebab emak yang lebih banyak study dari mereka. he... tak apalah nak. inilah rutin kita sepanjang hari dik.hampir setiap saat tak ada waktu dibazirkan.
 
mari kita doa sama-sama,minta pada Allah agar usaha bapak berhasil.jadi kita tak perlu terlalu letih begini. di sini mak nak ajar adik sebuah erti kehidupan yang bila dewasa nanti adik akan laluinya.kesetiaan wanita diuji ketika suaminya tiada apa-apa,tapi kesetiaan lelaki diuji ketika dia sudah punya segala-galanya

nak, kerana emak menyintai bapak dan kerana mak nak bersamanya dari syurga dunia hingga syurga akhirat nanti,mak tabah nak.mak tabah. dan adik sedang jadi saksi ketabahan ini,kan dik.kalau apa yang mak buat ini bukan bermakna setia, entah apakah lagi nama yang harus kita letakkan padanya. tapi mak bersyukur kerana Allah memberi emak kehidupan ini yang akhirnya buat mak jadi sekeras waja dan seteguh karang. ewah, macam tajuk novel kan dik.



 

Masa catatan ini ditulis,mak cuti masak dua minggu.mak letih.mak nak rehat sambil baca buku amran fans,saiful nang dan dale carnegie.




mak teringin bangun normal pukul 6 pagi dan pergi sekolah tanpa bawa bakul rotan. Tapi adik nak tahu tak,kesian mak tengok muka makcik nads,makcik zizi, makcik suhanis,makcik diltopagal hay dan kakak serta abang-abang tingkatan 5 tu.kelaparan.(bukankah mereka perlu kenyang supaya dapat belajar dengan tenteram?nanti tak score spm,sapa salah?)dari jauh nampak mak,bibir mereka berbisik lapar,"cikgu,tak jual nasi eh...lapaaaaarrrr'.

'Kantin kan ada?.'


"Ha?  Kantin?"……………………..

...........

1 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

nukilan utk anakmu bukan hanya utk dia... tapi untuk aku yang masih berjuang utk mencari syurga di dunia dan akhirat.

terima kasih kawan krn masih menulis.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com