Khamis, 7 Disember 2017

ADIK TAK NAK BESAR

7/12/2017.1.05 petang.
adik,catatan ini untuk adik belek satu hari nanti,andai adik dah besar.
haritu,mak kata tahun depan,adik dah 6 tahun.adik diam. muka adik sebek.adik kata sambil nak nangis..
`mak,adik tak nak besar...`

`kenapa?`
`kalau adik besar,nanti mak tua,mak mati,sapa nak jaga adik?` adik nak pindah,tak nak duduk rumah ni lagi.huuhuuhuu...`
`kenapa,ni kan rumah adik?`
`nanti adik sedih,adik nak duduk dengan sapa.mak tak de. apak pun takde. biar adik pergi,adik tak nak sedih..`

mak pun tak tahu nak kata apa. ini adalah satu kejadian yang membuktikan bahawa sel otak adik dah berhubung. kita tengok national geographic. ada dokumentari tentang ikan salmon. dari mula dia hidup,suka-suka dan menjadi tua, akhirnya mati. terdampar di tepi tepi sungai. meleleh air mata adik. 

adik tanya,`kenapa ikan tu mati mak?`
`sebab ikan tu dah tua dik. setiap yang bernyawa mesti mati.Allah aje yang tak mati sebab Allah tu Tuhan kita. Allah je yang kuat.`

sejak itu adik mampu mengaitkan bahawa tua itu bakal disusuli kematian. dan setiap kali teringat hal itu adik akan sedih sebab takut mak mati dulu. Allahu. mak pun takut mati nak. takut sakitnya sakarat.takut siksa kubur. takut hari pengadilan.takut neraka.banyak yang mak takutkan. apa yang mak harapkan,kita semua mati setelah Allah benar benar redha dan sayang pada kita.

untuk pujuk adik,mak kata
`dik,kalau mak mati,adik doa lah pada Allah,mak masuk syurga.nanti mak ,adik,apak semua duduk dalam syurga. kat syurga best,semua apa yang adik nak,adik minta saja kat Allah. nanti Allah bagi`.

mukanya berubah ceria. ajaib benar seorang anak.emosi mudah terkendali.
`ye ke mak?kita boleh mintak apa aje,semua Allah bagi.? `
`yeee sayang.Allah baik.adik nak minta apa?
`permainan!!!`

anakku memang belum besar lagi...

1 comments:

Unknown berkata...

aku baru baca sebenarnya. kau dah mengajar anak tentang tauhid secara tak langsung. sebagai ibu kau telah mengenalkan anakmu pada konsep ketuhanan. Allahuakbar. aku bangga menjadi salah seorang sahabatmu ana.

ketakutan anak ditinggalkan sendirian oleh kita bukan hanya kau yang hadapi tapi aku juga. memang kita tak mampu melahirkan mereka, tapi mungkin mereka yang akan memimpin kita di syurga kelak. mudah-mudahan Allah yang maha besar kabulkan .

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com