catatan pada pukul 2.04 pagi, 2/2/2010Ahad.
mata belum mengantuk. semacam ada semangat tak mahu tidur dulu untuk menyiapkan tugasan yang patut. selebihnya menulis di dalam blog ini untuk santapan minda.begitulah selalunya kalau mindaku tahu esok hari cuti. semakin kuat pula untuk berjaga.
sementara ada kekuatan untuk menulis, ada pula rasa, maka aku akan menulis. bila apa yang kunyatakan ini datang dari hati, pasti masuk ke hati. ambil yang baik, tinggalkan yang buruk.
beberapa hari lalu, aku menonton filem hollywood.The Blind Side. lakonan Sandra Bullock.
tapi dari kaca tv. setelah mengerjakan hubby untuk muat turun cerita tersebut. hm, nasib baik hubbyku itu seorang yang penyayang. dia dengan baik hatinya mencarikan aku filem ini. walaupun akhirnya aku yang menonton seorang. hubby tertidur. haha.
aku tertarik nak menontonnya setelah melihat ulasan Faisal Tehrani. antara penulis dan insan seni yang aku minati, walau kadang aku berbeza pendapat dengannya. tak kisahlah. ini negara demokrasi.(walau kita tak boleh buat demonstrasi, nanti kena masuk bilik palang besi..haha.stop).
aduh, terharu jiwaku. melihat ada lagi dari barat yang karam moral itu sebuah cerita yang begitu bagus nilai insaniahnya.sungguhpun ia mungkin sedikit memaparkan tentang nilai agama kristian, bagiku biarlah manusia dengan kepercayaannya kerana fitrah manusia untuk bertuhan.soal agama, bagimu, agamamu, bagiku, agamaku.
Allah sendiri menyuruh manusia berkasih sayang. selebihnya, biarlah Dia mengaturkannya.
Filem yang sangat baik ini begitu memberi inspirasi dalam hidup aku.
kasih sayang mampu menyelamatkan seorang manusia dari lembah jahil, hina dan neraka dunia,menciptanya menjadi manusia hebat.
kisah benar seorang anak kulit hitam gelandangan yang diambil menjadi anak oleh seorang wanita kulit putih yang berhati mulia.ibunya pelacur tua yang sakit jantung,bapanya tak tahu siapa, hidupnya terumbang ambing dan lembam.diambil oleh seorang ibu kulit putih yang baik ketika terserempaknya membawa beg plastik berisi sehelai baju.(satu-satunya) pada waktu dinihari dan sangat sejuk hanya bert-shirt dan seluar pendek.
di asah bakatnya dalam ragbi, menggunakan kehebatan anak ini yang kekuatan dalamannya suka melindungi, akhirnya menjadi pemain ragbi tersohor amerika.
terkenang apalah gunanya rasis di negaraku ini.
semua orang bersangka-sangka. melayu syakkan cina, cina syakkan melayu, india syakkan melayu dan cina..ah..berputar-putar.tak bolehkah hidup dengan harmoni.ya, penting untuk mengasihi bangsa sendiri tapi janganlah menanam kebencian kepada bangsa lain yang sama-sama hidup di bumi Allah ini. kebencian tidak akan berkesudahan dengan gembira.
tugas aku kadang berat sekali. memahamkan anak-anak muda ini supaya berkasih sayanglah sesama mereka. jangan jadikan bangsa dan agama sebagai penghalang. Allah menciptakan semua manusia berbangsa-bangsa untuk saling mengenal dan mengasihi sesama ibarat mengasihi diri sendiri..
kalaulah berjaya dihapus api kebencian, alangkah indahnya dunia ini.
lagi, dari filem ini aku mendapat nilai, betapalah dalam kebejatan sosial barat, masih ada manusia yang berhati malaikat.bandingkan dengan negaraku, oh, dalam keadaan kita menjerit-jerit kita negara Islam, kita terjerit ketakutan saban hari ada bayi cukup sifat di lubang jamban, tong sampah atau digonggong anjing.di manakah nilai hidup?
inilah akibat bila agama ada pada nama saja. sang penguasa, di tangan anda semua terletak tanggungjawab ini.Anda tidak mahu agama dilaksana sebagai pengawal nafsu jahat, maka terimalah akibat.
fikirkanlah sahabat, benarkah apa yang kita buat selama ini?`apa`itu meliputi banyak hal, anda semua bijak,fikirlah sendiri.
selain dari adegan kemesraan suami isteri (aku tak suka betul...tak perlulah sampai ke tempat tidur sebenarnya,)cerita ini sangat baik untuk tontonan anda.
aku mencabar para pembikin filem Malaysia, hasilkan sesuatu seperti ini.maka terjulanglah filem kita nantinya.percayalah. .
Ahad, 2 Mei 2010
The Blind Side
Posted by Comels at 2:48 PG
Labels: The Blind Side
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
2 comments:
Nurjannah,
Terkesan saya membaca entri kali ini yang memberi fokus pada sebuah filem Inggeris. Masej yang baik begini seharusnya menjadi tujuan utama pembuat filem dan drama kita.
terima kasih tuan atas respon .saya harap kita dapat menikmati sesuatu yang lebih bermutu disajikan untuk minda kita selepas ini.sebenarnya pembikin filem dan drama melayu juga patut diajar oleh penonton supaya bekerja lebih keras menghasilkan filem yg baik.caranya?jangan tonton kalau tak bagus!
Catat Ulasan