Isnin, 31 Mei 2010

kenapa aku berkahwin dan memilihnya

catatan dibuat tepat 12 tgh malam, ahad, 31 /mei/2010.

apa nak jadi dengan aku ni. mood nak menanda kertas peperiksaan tak datang-datang.rasa nak berehat aje. mentang-mentang cuti 3 hari. masalahnya kalau tak ada mood, sebenarnya adalah dilarang untuk menanda kertas peperiksaan terutama bahasa melayu.dikhuatiri markah yang diberi ketika itu adalah markah tidak selayaknya didapati oleh calon, sama ada terlalu rendah atau terlalu tinggi.mmmm..masalahnya juga, kalau tak mula menanda,` masak` aku nanti, kelas ada 3, budak kira-kira 120, karangan seorang dah dua.120 x 2 dah 240.belum rumusan, prosa klasik, cerpen, sajak, peribahasa, tatabahasa,novel...arggghhhhh
kenapa aku jadi cikgu bm?

selalunya masalah akan selesai sehari dua sebelum date line.masa tu jalan pun dah macam budak baru hisap dadah.mengantuk, sakit kepala..macam-macam le..biasalah tu. tekanan akan kurasa sebagai satu perkara yang sungguh hebat bila aku berjaya mengatasinya.macamana hebatnya?entah, susah nak cakap. macam makan ayam kut.



tinggalkan cerita menanda kertas tu. aku nak cerita sebuah rahsia hidup.rahsia yang membentuk siapa aku sekarang.aku menulis entri kali ini kerana terdorong ingin berkongsi nilai satu perkara penting dari sudut pandang aku. Nilai perkahwinan. segalanya berpunca setelah aku membaca coretan guru sastera aku dalam entri terbarunya, susahnya nak kahwin.entahlah tuan , saya rasa tuan lebih banyak mempengaruhi saya dari sudut sastera walaupun kita bertemu di medan seni visual.tahniah juga kerana bakal menerima menantu baru tak lama lagi, terlebih lagi tahniah sungguh kerana menjadi orang tua yang berfikiran jauh, menentang arus juga tu...haha.
masa aku nak bernikah dulu, aku baru mengajar tak sampai setahun. ringkasnya , pertunangan aku sebelumnya berlangsung ketika aku masih belajar di UPSI.setelah aku dapat menilai betapa suamiku ini adalah intan dari banyaknya  taburan kaca yang melukai,

aku tekad menerimanya sebagai suami walau dia mungkin tak sekaya yang lain.yang penting, dia tak pernah melukai hatiku, menerimaku seadanya, jujur dalam bersikap, menghormati orang tuaku...

sebelum itu,sebenarnya aku menerima pengajaran yang sangat berharga. kerana kecewa dengan sikap aku yang lupa daratan agaknya, hubby ambil keputusan belayar ikut MISC. masa tu baru aku tahu erti rindu, kasih dan kesetiaan sebenar. bayangkan, aku tak tahu dia di mana, hari ini mungkin di Australia, minggu depan sudah di Jerman, 7 hari kemudian mungkin di  Mesir. hanya surat pengubat rasa, itupun 2-3 bulan sekali.barulah aku sedar, sebaiknya ialah mengahwini orang yang sangat menyintai kita, bukan yang kita tergila-gilakannya.telefon?mana ada telefon tengah-tengah laut tu.kalau ada pun telefon publik. kena tunggu berlabuh di mana-mana. nak telefon dia, ntah dia kat mana.nokia?LG?Samsung? apa tu?hm, yang namanya telefon bimbit itu hanya orang-orang kaya yang mampu memilikinya. masa tahun 1995-1997,sesiapa yang ada telefon bimbit bukan main berlagak lagi. cakap kuat-kuat, supaya orang jeling. kalau boleh, masa berbual tu, harap-harap asyik ada orang call masuk, supaya darjah cemburu orang semakin membara,haha.oleh kerana aku golongan tak berapa kaya, jadi tak ada lah telefon bimbit.sakitnya merindu...tapi itulah manisnya perhubungan, kejauhan menguji kesetiaan.

melalut pulak cerita ni.okey, balik semula.Kerana terlalu merindu, pada satu hari aku telefon mak hubby di kampung. rindu sangat, jadi dengar berita mak dia pun aku rasa cukup happy.(tentunya menggunakan telefon awam dan telefon rumah)tiba-tiba hubby yg angkat, aku rasa nak menangis kegembiraan.tak sangka hubby cuti. aku terus suarakan pada hubby ajak bertunang supaya ada ikatan,(pada hal dulu aku jual mahal)dia kata dia tak ada apa-apa,semekin.  aku tak peduli, ringkas-ringkas sudah.yang penting, aku terikat.
aku sebenarnya takut ada orang lain yang meminang aku selain dia. aku dah rasa ada sesuatu yang tak kena. aku betul- betul mimpi ular hitam yang besar datang nak belit dan patuk aku. kadang ular sawa pun ada juga.kan orang tua kata kalau mimpi ular ada orang nak pinang kita.nasib baik ular rattle snake tak de. takut juga dengan ekornya yang berdesir tu.. tak boleh jadi ni.aku mesti selamatkan diri.

jadi dengan ganasnya aku bincang dengan mak ayah di kampung.mak dah tahu sebenarnya aku berkawan dengan hubby, cuma tak tahu je sejauh mana hubungan tu.
Alhamdulillah, mak tak banyak cerita. satu yang aku sangat bangga dengan emak, dia tak pernah menyusahkan pihak lelaki yang datang nak meminang anak-anak perempuannya. segalanya ikut kemampuan dan budi bicara. emak memang sweet.susah nak cari orang tua yang memudahkan hidup anak-anak macam tu..akhirnya pada hari yang ditetapkan, rombongan abang datang meminang. aku kelam kabut betul.tiba-tiba mak abang tukar plan, tak jadi datang petang, datang pagi sebab ada hal penting sebelah petang. masa tu, aku tengah cari kunyit kat rumpun yang semak tu. habis kuning tangan aku.aku lari cepat-cepat tukar baju lawa pada pandangan aku dan duduk diam-diam dalam bilik.

berlangsunglah acara pertunangan seadanya.yang aku dapat dengar ada la perkataan bunga.merujuk pada aku la tu.majlis tu agak kelam kabut juga sebab selang 2 hari abang aku pulak nak kawin.maka sibuklah hari tu orang tebang pokok kelapa lah, apa lah. jadi  riuh rendah le majlis.kakak-kakak aku bertungkus lumus memasak kat dapur. hm, tak ada gambar pun .cuma ada satu gambar lepas tunang.mana ada kamera masa tu.tu pun aku tak ingat gunakan kamera siapa.nasib le ada juga.

rupanya memang betul telahan aku.masa hari abang ijam kawin tu, x- lama datang rumah dengan arwah abang long, abang ipar aku. x ni kawan aku sejak form 3, masalahnya mak tak berapa suka sebab jauh sangat.anak dia dah 2 kawin orang jauh, masuk aku kalau tak dah jadi 3.

kerana itu aku tak teruskan hubungan dengan x.dia pun kata ok saja. lama aku tak berhubung.aku pun pisah cara baik.ah, kisah budak-budak.lepas tu bebudak kabinet kenalkan aku dengan hubby.tapi aku sangat tak sangka, pada tahun itu(setelah hampir 10 tahun!) x datang dengan hasrat meminang...aku tak tahu apa jadi hari abang ijam kawin. mesti hubby terserempak dengan x. tapi mesti sebagai lelaki yang gentelemen mereka tak berparang pulak hanya kerana aku.siapalah aku.haha

aku tahu pun selepas aku kawin dengan hubby.aku korek rahsia dari kak siti.kak siti kata arwah abang long marah sangat dengan aku,tunang senyap-senyap .dia ingat aku akan kahwin dengan x.tapi Allah sayangkan aku. selama tempoh bertunang aku tak jumpa arwah abang long. kalau tidak mesti abang long basuh aku cukup-cukup kalau jumpa.sampailah masa dia meninggal dunia.tapi aku rasa aku tak salah.aku pun pelik kenapa x tak bagi tahu abang long yg kami dah berpisah secara baik.dah lama sangat pun perkara tu berlalu.jadi abang long fikir kami masih kawan lagi.abang long salah sangka...his,,,entahlah.

korang nak tahu, lepas sehari tunang tu aku bergegas ke UPSI semula untuk bantu urusan pendaftaran pelajar baru.aku yg offer diri. aku tahu, aku ni pemalas sikit nak bersosial.aku tak pandai kalau orang ramai sangat.masa abang ijam kawin mesti orang ramai..jadi, nasib baik ada program pendaftaran, sukanya aku.

lagi satu aku nak berlagak pada `kaca` yang melukai aku, aku nak buktikan bahawa masih ada intan yang sudi menyinari hidupku.jadi dengan kereknya setiap kali presentation, aku akan tayang-tayang cincin permata aku kat depan kelas.konon-konon aku betul-betulkan jari masa menulis.huh, puas hati aku.kau ingat aku tak laku ke ha......

lepas aje aku bekerja dengan gaji tak seberapa hubby pun baru kerja kat darat. juga dengan gaji tak seberapa.sebenarnya peluang lebih baik untuknya kalau di laut, boleh sampai jadi engineer.gaji pun kurang-kurang 7 -8 ribu.masalahnya tak sanggup ikat kontrak 13 tahun dengan MISC.buat apa kawin kalau kena duduk jauh-jauh sangat.jadinya dengan keadaan serba kurang, aku nekad saja bernikah.alah, duit boleh cari kat mana-mana.kebahagiaan kena bina.dah kalau sorang kat darat sorang kat laut apa cerita.macam asam dengan ikan pulak.

cukup ringkas, tak ada kompang, bunga manggar apa segala. aku pun malas nak pening-pening buat perkara bukan-bukan tu.adat ni banyak menyusahkan daripada membantu.dengan budget yang tak ada, berhabis ribu-ribu buat apa.baik duit tu buat persediaan tempuh hidup baru.

masa tu kak idah dan mak pujuk aku suruh sanding. dia sanggup sponsor.tapi aku tak nak.aku kata baik duit tu bagi aku yg baru nak hidup ni.hehe. jahat kan aku. mak mengalah.kawinlah aku dengan sempoinya.baju kawin aku sehelai aje.tu la baju nikah, baju khatam Quran dan baju hari kenduri. tempah pun kat kedai Haji Samad.kedai biasa aje.tak ada manik labuci.his, rimas lah.

aku terpaksa aje pakai baju kuning songket kat rumah mak abang. kecik hati pulak nanti kalau tak pakai.tapi kesimpulannya, bagi aku, lebih baik ikut sunnah saja. yang penting nikah.bergambar tu bolehlah, buat kenangan. tapi kalau dah tak ada budget janganlah berhabis di situ. membazir.

kalau aku jadi mak bapa, mungkin aku adalah mak bapa yang melawan arus. aku tak suka perkara remeh temeh jadi alasan perkahwinan tak dapat dilangsungkan. budak ni kalau dia cakap dah nak kawin, cukup syarat kawinkan saja.mereka manusia yang normal, ada nafsu.berdosa menyusahkan urusan anak muda yang dah berhasrat baik.janganlah kerana adat, hantaran, sanding dan apa-apa yg menyukarkan dan melibatkan kos menjadi penghalang untuk mereka .budak muda, memang tak berduit. kekayaan dan keselesaan itu datang dengan berkatnya perkahwinan. mana ada orang yang terus kaya raya dalam usia muda.kalau adapun macam kerabat raja ke, anak sultan brunei ke, kroni politik ke...lain la.ini kita bercerita tentang orang biasa, rakyat marhaen yang bergelut dengan hidup dan kenaikan minyak yang gila, kos barang naik, harga ayam, beras lembu semua naik...maka mak ayah perempuan pun macam orang kesurupan minta harga tinggi untuk hantaran anak perempuannya.contohilah emak aku, ikut seikhlasnya dan patut padan serta mampu pihak lelaki. kenduri jemput ikut budget sudah le..ini nak grand mengalahkan ziana zain.

sehingga aku memutuskan untuk berkahwin, aku berdoa pada Allah,andainya keputusan ini adalah yang terbaik untukku, kekalkanlah perkahwinanku sehingga syurga.janganlah timpakan aku dengan ujian yang kami tak mampu menggalasnya.bahagiakanlah hidupku sehingga akhirnya.aku meminta untuk dirahmati.aku takut neraka Allah.

aku tak nak bermaksiat di hadapanNya.aku rasa bersalah kalau berjumpa untuk makan sekalipun masa bertunang sebab aku belum ada ikatan,aku malu sebenarnya.(betul kata orang, pemakaian akan bantu kita bersikap.Alhamdulillah, aku dah tak pakai tudung rugged.aku rela pakai tudung labuh, bukan kerana sesiapa,tapi kerana Allah.jadi dah pakai tudung labuh,tak kan nak dating.malu,malu...) jadi aku tak ragu untuk berkahwin kerana aku sangat ingin dikasihi dan mengasihi.dengan cara yang suci. membina hidup yang baru, tak mahu satu pun coretan luka dan sakit dalam corak keluargaku sendiri. aku tak nak ulangi kesilapan-kesilapan dalam berkeluarga oleh contoh yang banyak kita lihat.aku nak lari dari rasa tak menentu selama ini.

membazir aje kalau aku berdua-dua belum kawin. kalau dah kawin, senyum pun aku dapat pahala. sapu rumah dapat pahala. masak nasi dapat pahala.pandang suami dengan sayang dapat pahala.berpegang tangan dengan suami, dapat pahala. malah dosa beguguran dari celah jari..cuba aku buat semua itu masa belum kawin, usah dapat pahala,masuk neraka lagi ada.jadi aku pun jelas dengan niat perkahwinanku.

sebab itu aku tak menyesal aku tak sekaya kawan-kawan yang lain. mungkin mereka ada apa yang aku tak ada tapi mereka juga tak ada apa yang aku ada.
sebab itu aku tak merungut(bukan tak pernah, pembohong la tu, cuma tak bising-bising)bila aku teruji dengan krisis kewangan yang sangat dasyat.gambaran dasyat itu ialah lebih kurang 6 tahun aku hidup dalam perit kewangan. aku sambung degree dalam keadaan gaji potong separuh, yang bakinya aku dapat setiap bulan cuma 18 ringgit.suami aku kena buang kerja, kilang tutup. cuba buat kerja sendiri, berniaga cakoi cukup ala kadar untuk makan.sambil tu hubby dengan tabahnya belajar buat website dan repair komputer sendiri. aku salute betul, dia tak give up walau aku dah give up kadang-kadang. dari zero, sekarang hubby jadi tempat rujukan member setaman kalau ada masalah komputer.kadang orang hantar repair seposen pun tak bagi .hubby senyum aje.kadang buat website macam nak gila, dah siap tak bayar pulak payment.hubby senyum lagi. aku yang naik gila.pun hubby senyum lagi.
pernah aku ada waja, tapi kena tarik depan mata sebab tak mampu nak bayar waktu hubby mula berniaga.nasib baik abang man ada kereta buruk proton yang dia tak pakai, jadi kami pinjam sampai aku mampu beli kereta sendiri.rumah aku dah nak kena lelong. yang paling sayu, masa tu abang nak pergi beli yis dan beli tepung nak buat modal buat cakoi hari tu. ada la seratus lebih. datang staf bank rakyat tuntut hutang abang. sampai masuk rumah .terpaksalah hubby bagi. sedihnya.....


tapi itu semua tidak mematahkan semangat. ia mengeratkan kasih sayang aku dengan hubby. mampukah kami bertahan, dapatkah aku berkorban.aku tak kisah gajiku habis untuk selesaikan urusan rumahtangga sementara hubby belum dapat kerja.kerja sendiri dengan ikhlas macamtu, hm..hanya Allah yang tahu azabnya.hubby tolong kutip duit syiling yang bersepah kat lantai.5 sen pun sangat berharga bagi kami.
tapi, bukannya mendung tak berlalu.kalau hujan pun berhenti. selepas hujan, pasti ada pelangi yang indah.

ujian tetap datang silih berganti. tapi aku rasa, dengan asas tujuan yang kuat kenapa aku berkahwin itu menjadi perisai daripada fitnah ujian.bukan tak pernah menangis, bukan tak pernah tergigit lidah. tapi cepatlah kembali kepada asal, kenangkan kenapa aku berkahwin, sedarkan tanggungjawab yang hadir dalam perkahwinan, segalanya akan reda.mana ada rumahtangga tak pernah bertengkar, aku rasa kalau ada pun mungkin pasangan bisu.
tapi, biasanya pertengkaran itu membaja lagi cinta selepasnya kan.

kalau ujian itu berlalu, maknanya kini aku meniti pelangi selepas hujan .aku tekad dengan hubby untuk bina kebahagiaan.makanya aku dan dia tidak pernah berkata kasar, tidak pernah memaksa, tidak pernah menghalang hobi masing-masing dan tolak ansur dalam urusan. tidak semestinya aku perempuan aku tak boleh bayar bil, beli itu ini dan tidak semestinya dia lelaki tak boleh tolong masak atau basuh baju dan kemas rumah.kerana kesesuaian masa dan kerja, aku sangat pro dalam urusan bil, rumah dan sebagainya, manakala hubby juga tak kekok atau malu tolong sidai kain, lipat baju, sapu sampah atau masak.

masalahnya, aku rasa pasangan yang krisis ialah yang tak berhati perut. macamlah dia sorang kerja, balik rumah isteri yang bekerja juga tunggang langgang menyelesaikan urusan, suami pula mengangkang baca surat khabar,tahunya makan tidur.anak menangis, tergamak dia panggil isteri suruh pujuk sedangkan dia senang lenang tengok tv.nasib isteri tak hempuk tv tu kat perut dia.
kadang ada juga isteri tak berhati perut, sibuk minta suami belikan itu ini,sedangkan suami tak mampu.ada gaji sendiri tak mau kongsi ringankan beban,memang bukan kewajipan, tapi kan berpahala. nak bawa ke mana pun duit tu.suruh suami buat itu ini.suruh boleh, tapi seni menyuruh kena kuasai. kan berbeza ungkapan`awak boleh tak kemas rumah tu sikit, tau makan tidur aje, saya penat awak tahu tak...blalallaa..boleh saja cakap dengan bijaksana`sayang yang baik hati, sudi tak tolong kemaskan suratkhabar yang bersepah dan kusyen yang terjatuh tu.nanti kita nak makan kan susah sebab rumah kita ni belum renovate,kalau dah besar nanti boleh le kut`......lepastu  satu penyakit orang perempuan suka berleter bila suami di rumah. ada berleter, tak ada berleter. neraka betul rumah macamtu.

jadi untuk keluarga aku yang dianggotai oleh hubby dan aku ini, ada syarat yang kami ikut untuk kekal harmoni. syaratnya ialah  KALAU KITA TAK MAHU BUAT, JANGAN SURUH PASANGAN KITA BUAT.
memang mujarab. aku tak berleter kalau rumah bersepah, hubby pun tak marah kalau diapun malas nak tolong kemas. nanti kalau dah sakit mata, buatlah sama-sama.kalau tak sama-samapun, siapa yang rela.aku sentiasa ada pilihan untuk masak atau tidak, untuk suka sesuatu atau tidak. tiada paksaan dalam perhubungan kami.

aku berazam untuk sama-sama menjadi lebih baik di sisi Allah sebelum kami dijemput pulang. biarlah bahagia di dunia dan di akhirat. rumahtangga syurga dunia. tapi kalau berkahwin itu umpama masuk taman neraka untuk anda, lebih baik jangan kahwin!

6 comments:

Melihat Kesunyataan berkata...

Nurjana,
Membaca entri kali ini menginsafkan saya tentang satu perkara, itu Nurjana sebenarnya telah memilih suatu sikap yang berani dan bertanggungjawab. Ketabahan Nurjana dalam mengharungi perkahwinan ini adalah sesuatu yang perlu dipertahankan sampai bila-bila. Jagalah rumahtangga yang telah dibina daripada anyaman cinta yang benar-benar lahir dari sifat kasih sayang bukan nafsu dan keduniaan semata.
Saya rasa cerita ini boleh difiksyenkan kembali supaya menjadi sebuah karya cerpen yang menarik.

Comels berkata...

Tuan Haji, terima kasih kerana sudi menghayati cerita yang tak seberapa ini.saya sedang mencuba untuk berbuat seperti saranan tuan, InsyaAllah.Terima kasih atas doa dan ingatan, terharu dan serasa ada seorang lagi ayah yang memerhati perjalanan saya.ada yang lebih tabah dari saya, ada yang lebih susah dari saya, ada yang terpaksa berkorban banyak, jauh lebih dari apa yang saya lakukan.tapi harapan saya pengalaman yang sekelumit ini memberi inspirasi kepada anak-anak murid saya dan lain yang membaca serta sedar, berkahwin bukan sekadar ke jinjang pelamin, tapi fikir juga urusan beras,gula dan lampin...

siti azizah Sang Pencinta berkata...

tuan tanah, semestinya perkahwinan ini memang ada ranjaunya. apa lagi jika kekayaan yg jd pandangan semua pihak. Tapi aku selalu percaya akan ada pelangi dan sinar mentari diakhir perjalanan hidup ini. Kerana harapanlah yang menjadi kekuatan kita mengharungi hidup

Comels berkata...

jijah sang pencinta,
betul cakap kau.mesti ada pelangi di hujung hari yang hujan.mustahil Allah mentakdirkan kesusahan untuk dihadap selama hayat, Dia maha adil dan pengasih.mungkin ujian untuk buat kita lebih gagah.bila nak buat cerpen nih.hai la jijah.berkulat aku menunggu karya agung engkau.

Unknown berkata...

owh..mcm tu ker historinya.ahaks...lau ada gambar2 kn lg smart..np x masokan pic kawin maksu..kn bnyak...scan jew laa..hehhehe

sp lah mr x???

Comels berkata...

lulu,
tak bleh masukkan gambar. mahal. macam era dulu-dulu aje.mr X..hm biarla jadi misteri. dulu lulu kecil-kecil mesti pernah nampak dia kalau hari raya pak long balik kampung.jadi sekarang tau kan kenapa paksu n maksu macam loving couple aje kan...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com