Isnin, 28 Mac 2011

debat:..Johan punya adik...

isnin,(28 Mac 2011)


entri ini ditujukan khas buat Tanty, anak-anak buah yang masuk debat ala parlimen dan pelajar/mantan pelajar STARP serta sesiapa saja yang sudi baca tulisan aku.

untuk kipas susah mati tentu kau menderita menanti buah tangan dari aku kan,...sekarang kau bacalah ye.

setelah berhempas pulas sehingga mengorbankan cuti sekolah, kami, (tepatnya kawan aku Tanty dan budak-budak skema yang rajin ini ) akhirnya berjaya menewaskan 14 sekolah di daerah Kulai untuk menjadi `johan punya adik`.   itupun sebab dikalahkan oleh SMBP, jadi terpaksalah kami dapat tempat kedua daerah kulai. hahaha. Alhamdulillah, bukan senang tu nak dapat tempat kedua pun sebab sekolah lain pun hebat belaka.

                                                tim pendebat STARP yang gila-gila

 sempat lagi mengadap fesbuk ke  tu.budak-budak sekarang ni...tapi Funna dinobat 2 kali berturut sebagai pembahas terbaik. tahniah funna
dari gerak bahasa tubuh macam cari fakta, tapi apa sebenarnya siapa tahu?masa ni cikgu mereka sedang makan nasi lemak. lapar tau...
kan betul aku bilang cikgunya sedang makan nasi lemak yummi...

dan aku juga..hehe.lapar sangat.tak sempat sarapan di rumah tadi.

posing sebelum bertanding...

barisan pihak kerajaan membawa usul

tahniah kerana berjaya untuk `cool` sentiasa hingga akhir. kepada tim SMBP pun tahniah juga, anda semua hebat. Galaslah tanggungjawab membawa nama daerah ini untuk mewakili negeri seterusnya kebangsaan,InsyaAllah.

peringkat separuh akhir menentang SMK Sri Pinang. menang. Funna sedang meminta izin laluan.

korang tahu apa itu `izin laluan`?maksudnya sedang kau seronok bercakap, kau boleh diganggu oleh pihak lawan dengan pertanyaan demi pertanyaan. kalau kau seorang yang mudah gugup memang alamat kelautlah nanti. inilah yang mencabarnya debat ala parlimen, kau kena memberi jawapan spontan kepada soalan spontan.

dua wanita jelita ini ialah aku dan Tanty. aku tolong sikit-sikit je, Tanty la yang tak lena tidur pagi petang siang dan malam. usahanya berbaloi, kedudukan `johan punya adik` sudah dalam genggaman. berbanggalah, kerana kerja mengalahkan 14 sekolah yang lain bukan mudah...

er...tahun depan tak mahu lagi pegang debat ala parlimen. kita ganti dengan Zuna dan Zizi.orang baru, kaedah baru, masih fresh, mesti rajin. Kau letakkan kita dalam pidato atau pantun, aku suka. em, pantunlah..aku suka. tak payah tidur sampai satu pagi...tau Tanty. kau letak aje nama budak dua orang tu dengan kuasa veto. pedulikan. aku kan dah senior. aku rasa mereka boleh bawa tim ni ke peringkat negeri pulak.haha. zalim tak aku...habislah kalau zuna baca blog ni. dia tahu pakatan sulit kita.

 peringkat akhir menentang SMBP dengan isu `buruh asing membantu memangkin ekonomi negara`..gitulah lebih kurangnya.Mereka sebagai pihak kerajaan.


sampai peringkat ini aku dan Tanty keluar dewan. seram sejuk, takut nak tengok.walau bagaimanapun, bebudak ni selamba saja.tapi dah memang rezeki tak berpihak pada kami di peringkat akhir ditambah dengan beberapa kelebihan dari pihak pembangkang, maka kami akur dengan kedudukan `johan punya adik`.   (istilah ni Fizah yang bagitahu, kalau orang tanya menang ke kalah, jawab...JOHAN....punya adik....)hehe. kasi sikit suspen kepada orang kampung,...

ceria aje budak-budak ni..tak takut  langsung nak bertanding. bagus. sikap itu yang jadi kunci kejayaan, tawakal, tenang-tenang saja.

bersama piala kemenangan.bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian

betapapun berjayanya kamu, jangan lupa ia berkat pengorbanan guru kamu juga...nanti kalau ambil result SPM jangan macam si Tanggang, terutama untuk suraya dan fizah...ingat tu...

piala ni boleh tunjuk dekat anak cucu kamu, bukti kamu pernah masuk debat ala parlimen.nanti anak cucu akan kata `ooo, pandainya mak abah aku ni rupanya...`

posing sebelum balik.


___________________________________________________________________
KETIKA INI SUATU WAKTU DAHULU.


bila cerita tentang debat/bahas, aku tiba-tiba menjadi begitu nostalgik sekali. apa taknya, aku mengasah bakat `bercakap dengan tidak takut-takut` melalui debat inilah jua.


andai ada paparan gambar penguat hujah kejayaanku, tidak ada lain, hanya kutujukan untuk mencabar anak-anak muridku supaya berani mencabar diri, bergelangganglah di luar sana untuk mencari kekuatan sebenar kamu.jika saya sebagai guru boleh lakukan setakat itu, kamu harus boleh melangkau tahap saya kerana kamu lahir di zaman  IT, Facebook,blog, twitter dan segala bagai. 

pada era langit terbuka ini agak mustahil untuk kita besikap dan berkata ~SAYA TIDAK TAHU~

masa sekolah menengah di SMPB aku juga pernah jadi tim pendebat mewakili sekolah. trio kami ialah aku, shiela dan Rabakizah. Cikgu Rahim yang menyelia kami. walau tak pernah mewakili daerah untuk ke negeri, tapi pengalaman itu sangat berharga. menjadikan aku seorang pemberani. dan berfikir lebih sedikit berbanding jika aku tak masuk tim sekolah.

ketika tingkatan 6, aku juga sangat berbangga kerana dapat meraih `johan...punya adik `dalam debat alam sekitar anjuran UKM .bersama trio aku, sheila juga dan kali ni dengan Hawa Nizar pulak. amat membanggakan bagi kami kerana dianggap sebagai tim `underdog`, peringkat negeri johor, kami boleh dapat naib johan. ok lah tu kan...

bila masuk UPSI, 2 kali aku menggalas tanggungjawab mewakili UPSI melawan MPPM untuk merebut Piala Sireh Pulang Ke Gagang. tanggal 15 april 1995, kami bertolak ke melaka dan pulang denga hati yang agak hiba.kami kalah.

tapi tahun 1996 kami tebus balik maruah itu. kami berjaya jadi Johan untuk debat kali itu.amat manis aku rasakan kerana sebenarnya waktu itu aku menghadapi pelbagai tekanan.sangat banyak peristiwa yang menjatuhkan semangat, yang tak perlu kucoretkan di sini.
inilah kami yang mengembalikan maruah UPSI. dari kiri Ibrahim, aku, Zurina dan Din Beramboi
ibrahim sekarang dah berhenti jadi cikgu, buka syarikat konsultant kut. bagus untuknya, mengoptimumkan kebolehan. syabbas inspektor shahab...

aku sedang melawan perasaan...blazer pun pinjam salany punya. huh, gamble betul.


walau ketika itu belum ada gaya ala parlimen, tapi setiap orang perlu berdiri sorang-sorang di depan masa berhujah. merinding bulu romaku...tahankan sajalah. mujur belum ada `izin laluan` diperkenalkan. kalau ada aku tak pasti boleh menjawabnya atau tidak!
aku bergambar dengan Ana (exco), Din dan Zuraina.
Alhamdulillah, piala Sireh Pulang Ke Gagang (piala Munshi Abdullah) pulang ke pangkuan UPSI akhirnya. kegembiraan berganda kerana aku dinobat sebagai pembahas terbaik.


banyak-banyak pingat yang aku pernah dapat, 3 inilah yang aku bawa pindah randah sampai kini. kerana ada nilai yang tinggi dalam hidup aku. dalam kalutnya fikiran, aku masih mampu menggapai awan. pengalaman, tak terbeli dengan wang berjuta..
berkongsi kegembiraan dengan kawan yang sudi hadir hari tu. (Nopiah). debat berlangsung pada hari cuti pertama.

orang semua nak balik kampung. nasib baik ada kawan-kawan yang beri sokongan moral.
aku masa tu tak fokus sangat. lagi 3 hari selepas debat tu aku akan  bertunang dengan hubby. sakit kepala aku memikirkan, mana nak buat persiapan tunang, mana nak bincang tentang bahas...aku dah merayu kepada pensyarah in-charge, En. Ramali.tapi beliau paksa juga aku masuk. nak cari siapa ganti? semua orang nak balik kampung dan tak kuasa memikir kerja budak skema macam ini..

dengan perasaan berbelah bagi dan separuh hati, aku gagahkan juga. Akhirnya aku sangat rasa berbaloi kerana pengorbanan tidak sia-sia.

apa yang lebih penting, aku mendapat nilai yang baik dari semua ini. kita mesti gigih buat sesuatu kalau nak berjaya. lazimnya, semakin kuat kita berusaha, semakin besar dugaan yang datang.macam aku, akhirnya majlis tunang aku berlangsung dengan sempoi saja. tak sempat aku nak memikir macam-macam benda. tapi yang penting, aku jelas dengan tujuan ikatan itu. aku mahu hidup dengan orang yang menyintai aku. dan Alhamdulillah, aku sungguh bahagia hingga sekarang walau majlis tunang tak de lah apa yang aku nak tunjukkan gambarnya..

aku boleh curahkan ilmu kepada murid aku pulak, bagaimana nak jadi pembahas yang baik. tapi untuk kali ini aku tak banyak memberi, maklumlah, Tanty lebih otai dari aku. budak-budak ini pun proaktif, banyak perkara mereka cari sendiri dan kami memantau sahaja.sikap itu yang patut ada kalau mereka nak berjaya.

kekalahan memang pahit. tapi banyak hikmahnya. sekurang-kurangnya kita tak keletihan mengejar masa, tanggungjawab memikul nama dan harapan negeri sendiri, serta boleh tumpukan masa untuk belajar.aku yakin mereka boleh gunakan pengalaman ini untuk mencari yang terbaik buat mereka. sekarang, mereka memiliki lebih pengetahuan berbanding yang tidak menyertai tim debat. sekurang-kurangnya, menguasai istilah-istilah baru dalam bahasa yang sebahagian besar dari kita pun tak pernah dengar. contoh:tahukah korang apa maksud `derana`?humm..tak tahu kan?mari masuk debat.

sebagai akhirul kalam (macam karangan tingkatan 5 pulak dah...), marilah kita sama-sama merenung perjalanan hidup ini. dengan fitrah alam yang semua perkara berlaku mengikut putaran masa, aku berpesan kepada aku dan kamu juga buatlah sebaik-baiknya pada setiap perkara yang kita sedang lakukan kerana suatu masa nanti kesungguhan itu berguna untuk kita jadikan contoh kepada anak muda. sekurang-kurangnya kita patut menjadi warga yang berharga dan sememangnya patut sangat dihargai...

selalunya pelajar yang masuk debat adalah pelajar `skema`. tapi tak mengapalah orang kata begitu. skema itu membawa kepada perubahan sikap, kepercayaan dan cara menanggapi hidup. bukankah baik namanya?


---------------------------------------------------------------------------------------
jijah:wa,ingat nostalgia dulu....
ita:aku pun terer apa...
suzen:aku pun.juara renang olimpik tau....

Ahad, 13 Mac 2011

wajah anak kau bila nuklear meletup

kalau korang rasa tak takut kesan nuklear kepada korang, kasihanlah anak cucu korang andainya nasib jadi begini....

loji nuklear cernobyl yang meletup....dah berpuluh tahun radioaktifnya masih bertebaran dan memberi bahaya yang bukan sedikit.
stadium runtuh tanpa angin yang bergoyang pun, di malaysia.huuh, macamni punya kerja nak buat loji?menempah maut le jawabnya.


aku bukan prejudis sangat dengan keupayaan malaysia. tapi aku memang tak yakin langsung!sebabnya mudah. kontrak besar di malaysia dimonopoli oleh manusia keparat, yang setakat ini tak ada kebaikan langsung untuk rakyat. projek juta-juta semua jahanam. kerana tak ada rasa amanah, rasa takut Allah...tak ada rasa patut buat sesuatu dengan baik, jadi semuanya sambil lewa. hasilnya dah rakyat terpaksa tanggung rugi.

kalau buat loji nuklear, bukan saja bayar dengan duit, bayar dengan nyawa!orang yang jahat dah tentu kaya sebab mentekedarah duit rakyat. bila jadi apa-apa dia lari dulu ke mana-mana. habis, rakyat marhaen macam engkau dan aku ni?mati katak lah jawabnya. memang Allah adil. kat padang masyhar boleh cerita. masalahnya kau tak mahu hidup bahagia kah di dunia ini?

hm, kadang aku bosan berfikir tentang hal ini semua.
tapi aku sedar aku punya peranan untuk mencelikkan minda kau yang sedang tidur dan nyenyak dalam zon selesa itu.

kalaupun kau tak kisah diri kau,
ingatlah, kau ada keturunan.
jangan sampai keturunan kita menyumpah seranah kita yg jadi nenek moyang
yang bodoh dan tak berbuat apa-apa
untuk selamatkan mereka
kerana kemalasan kita berfikir
dan bertindak
memerangi malas, bodoh dan jumud itu.
merdekalah minda
selamatlah anak cucu kita
semoga kita tidak dicerca
sebagai nenek moyang TAK GUNA!!!!
...............................................................
ita:seriusnya kau
jana:memang serius. nyawa ni. aku tak kisah. mungkin aku hanya ditakdirkan berdua. kau yg patut kisah. ada anak cucu, insyaAllah. tak kasihankah?
suzen:aku duduk singapore, kena jugak ke?
jana:kau ingat singapore tu jauh sangat?
jijah:mari kita membaca.
hajar:aku akan buat sesuatu.
hanafi:Ya Allah, selamatkanlah negaraku.
Addha:Takbir.
shidi:apa hal?
jana:Ya Allah, bantulah kawan aku yang ketinggalan kereta api nih...

nak buat loji nuklear?

PELIK TAPI BENAR

PELIK TETAPI BENAR

apabila berlaku tunjukan perasaan di mesir
apabila anak anak muda mesir
mula berkumpul di dataran tahrir
maka di malaysia pun mula heboh
untuk membawa anak anak muda
anak anak mahasiswa kita pulang

maka berebut rebut ahli politik
mengeluarkan pendapat kenapa kita
wajib membawa pelajar kita pulang

semua berkata : untuk keselamatan mereka

bunyinya cukup enak
betul ke untuk keselamatan?

kalau betul untuk keselamatan
kenapa hari ini semua senyap
tidak ada langkah untuk
membawa pulang pelajar dan warga kita dari jepun


dua loji nuklear sedang cair
warga kota tokyo berbondong bondong melarikan diri

loji nuklear di fukushima ini hanya 124 kilometer dari tokyo
ertinya kalau kita duduk di kuala lumpur loji ini d ipoh
tidak jauh - terlalu dekat - ertinya amat bahaya

warga tokyo telah mula meninggalkan tokyo
mereka kurang percaya akan kata kata dari pakar
tentang keselamatan nyawa mereka

kita di malaysia kenapa senyap?
kenapa tidak heboh macam
kes demo anti mubarak dulu
tak heboh nak selamatkan warga malaysia?

di dataran tahrir hanya tunjuk perasaan
di tokyo letupan loji nuklear

kenapa senyap?

jawabnya senang:
kerajaan ini anti tunjuk perasaan
tidak mahu anak anak muda pelajar kita
melihat rakyat mesir bangun berjuang dan berdemo

jawabnya senang:
kerajaan ini pro nuklear
jadi dibiarkan rakyat dari mengetahui
akan bahaya sebenarnya

ibu bapa wajib disedarkan bahawa radioaktif
mak cik dan pak cik felda wajib kita sedarkan
orang ranai wajib kita sedarkan
tentang bahaya radioaktif

betul tunjuk perasaan kita nampak
tapi bahaya radioaktif kita semua tak nampak

sedarlah!
bahaya dari loji nuklear yang pecah
bahaya dari radioaktif yang berterbangan ini
bermilion milion kali ganda
lebih bahaya dari tunjuk perasaan anak anak muda di dataran tahrir!

dicatat oleh:tukar tiub a.k.a hisyamudin rais

SEBELUM BUAT LOJI NUKLEAR BUAT DULU CERMIN PROTON BETUL-BETUL

catatan Hisyamudin Rais. mari fikir sama-sama kalau kamu tak mau mati percuma macam aku....

MARI BERSAMA BANGUN MELAWAN



ANAK MUDA BANGUN MELAWAN






NOTA:
malaysia sebelum membuat loji nukelar
sila perbaiki cermin tingkap kereta proton
banyak cermin tingkap kereta proton tidak
boleh digunakan - walau pun kereta baru

tenaga nuklear berjuat juta lebih hebat
dari teknoloji buat tingkap cermin kereta
STADIUM RUNTUH,KALAU LOJI?


sila tanya pembeli kereta proton
semua akan mengakui hakikat ini
bahawa cermin tingkap kereta hampeh

marilah kita berlaku jujur dan
menerima hakikat bahawa rasuah
akan meletupkan loji nukelar ini
jika dibuat di malaysia

kecuali di pekan
kenapa di pekan?


ini kswasan mat mongol yang gila
nak pasang loji nuklear
jika ada lubang bocor seperti
yang berlaku di jepun sekarang
kita sumbatkan bik mama dalam
lubang ini kah kah kah

NUCLEAR SAFETY WORIES SPREAD TO EUROPE – guardian london

Tens of thousands of people have taken part in an anti-nuclear demonstration in southern Germany. The demonstration had been planned for some time, but after the news of Japan's nuclear emergency, organisers were overwhelmed by crowds of around 50,000 people who turned up.

The demonstrators, who stretched in a 45km chain from Neckarwestheim power plant to the city of Stuttgart, were demanding that the German government move away from nuclear power.


Selasa, 8 Mac 2011

TERIMA KASIH ALLAH

3.30 petang.selasa.

terima kasih Allah.
keranaMu aku tak meracau lagi
aku tak perlu selongkar segala bagai
sijil,surat dan apa-apa dokumen yang dah barai.
aku tak perlu ke IPSI
yang sekarang dah jadi UPSI
untuk semak dan cari slip induksi
yang buat aku separuh mati
kerana tanpanya aku diperingati
cikgu pertama yang kena berhenti
sebab tak confirm walau dah 4 tahun graduasi

terima kasih Allah
kasih sayangMu buat aku sayu
kerana aku ingatiMu hanya ketika resah membelenggu
waktu gembira aku terlupakanMu
tapi Kau tetap menyantuni aku
sekecil zarah dari banyaknya hambaMu

memang Kau lah Kekasih
dari segala Kekasih
Kau tak pernah bosan mendengar
walau rintihan selalu kusebar
kau kabulkan pintaku
dalam sekejapan waktu
buat aku jadi sangat malu.

terima kasih Allah
panggillah aku pulang
hanya ketika aku layak untuk Kau sayang..

---------------------------------------------------------------------------------------
sajak meraikan kegembiraan setelah Allah mudahkan jalanku menyelesai masalah yang tak terungkai hampir 4 tahun.
moral of the story:kalau dah buntu sangat, tawakal dan salawat serta sebut asma` Allah banyak-banyak dengan yakin, pasti Allah tolong dalam kadar tak disangka-sangka kerana Dia sudah berjanji tidak menyulitkan hambaNya yang meminta..
__________________________________________________________________________________
ita: kenapa na?
aku:selamat dari kena fired
suzen:kau kerja dengan Donald trump ke?
aku:tak. Donald Duck.
jijah:dah sewel lah tu..

aku bukan malaikat,cuma cikgu biasa.

waktu dah merangkak ke 1.20 pagi. mata aku semakin bulat pula.patut masa macam ni tahajud, ini terkejut...apa nak jadi dengan aku ni.


aku rasa tak boleh lelap memikirkan apa nak jadi dengan kerja kursus psv SPM budak-budak aku ni.

alangkah indahnya kalau budak-budak ni hanya berjumlah 30 orang satu sekolah. macam sekolah Ulu Lubai, yang dapat sekolah cemerlang negara tu.

korang mungkin tertanya-tanya beza sangatkah 30 orang satu sekolah dengan 3000 orang?hmmm..soalan yang agak menyakitkan hati tu.

memang sangat beza. cikgu Ulu Lubai boleh mengajar dengan hati tenang, ceria dan gembira sebab dalam kelas ada 4 orang saja. yang 4 orang tu pula sangat baik dan bersemangat tinggi nak belajar.

cikgu sekolah gred A macam aku ikut rezeki lah. kalau tak mahu sengsara, ajar aliran sains macam bio, kimia dan fizik. tak ada masalah disiplin.pandai. senang hati. titik.

susah mengajar Seni untuk sekolah yang ramai bukan sebab mereka bodoh. tapi sebab SIKAP.sangat melelahkan. kalau Ulu Lubai satu kelas 4 orang, sekolah aku satu kelas 40 orang. macam-macam perangai nak di layan, yang kurang kasih sayang keluarga akan buat macam-macam masalah untuk tarik perhatian. kalau kita peruntukkan masa seorang seminit, habis 40 minit nak menenangkan karenah sahaja.

seni perlu penghayatan dan minat serta kerja kuat untuk capai skor tinggi. aku hairan kenapa orang meremehkan seni sedangkan dengan seni itulah mereka tidak berbogel.dengan senilah lahirnya jurutera, doktor, pereka dan segala kreativiti.

sepatutnya seni dibuka untuk kelas sains. bukan menjadi pilihan WAJIB untuk orang yang tak punya apa perasaan pun untuk pelajarinya.apabila seni dilonggokkan kepada mereka yang ambil sekadar terpaksa, guru dan murid akan menderita.

ya, aku menderita. sebab aku letih dengan sikap. ada 10 item untuk dilunasi, 25 helai folio minimum untuk dilukis sekarang bulan 3, bulan 6 kena siap,artifak juga kena lengkap.seminggu waktu bersama lebih kurang 1jam setengah saja.tak cukup...

aku derita kerana kepenatan meraih perhatian untuk mereka bantu diri sendiri, sekurangnya dapat B atau C kalau tak mampu A.apa yang aku dapat? kemalasan, alasan, kurang ajar, ponteng.....oh, cemburunya aku dengan cikgu Ulu Lubai.mereka mendepani 4 orang, sedang dalam kes aku 80 orang!!!

dalam fantasi aku, kalaulah kelas aku hanya ada 4 orang, rajin pula, dari subuh sampai pukul 6 petang setiap hari pun aku sanggup mengharunginya .

ini aku rasa,yang aku ni  hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. aku ke mereka yang nak ilmu?aku boleh kata `lantak kamu lah`... tapi itu bukan aku.bukan aku baik sangat tapi itu tanggungjawab.

aku takut membayangkan hari-hari seterusnya.
aku ada rasa.

aku ada limit.
aku bukan malaikat.

tapi aku sedar marah bukan penyelesai masalah.
oh, tapi aku bukan malaikat.
berubahlah. wahai jiwa-jiwa hamba, agar aku dapat memberi sepenuh hati.
agar kamu berkat dalam mencari ilmu.
aku sedar, ada sesuatu yang Tuhan mahu beri pada aku.
sebab itu takdirnya aku di Starp, bukan Ulu Lubai...

Tuhan.
bantulah aku.
aku bukan malaikat...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com