wah,lamanya tak balik rumah. dah kena kibas-kibas,kena sembur air ruqyah dulu neh. entri terakhir hari tu mia baru umo 5 bulan. sekarang dah 9 bulan. memang kalau tak sempat itu dijadikan alasan,3 tahun la jawabnya blog ni semak.
jah, mari kita borak-borak. terima kasih kerana rindu tulisanku. seringnya kau pencetus semangat aku untuk menulis. makanya, selepas saja mentua dan iparku sekeluarga balik tadi, mia pun aku tidurkan dengan dodoian lunak merdu suaraku ala kak pah,nyanyi lagu Ya Badratim lagi,mia pun tido cepat-cepat sebab tak sanggup dengar mami dia nyanyi lebih lama (ahaks), lepas shahrol sarapan, aku pun kata....`abang, nanti adik bangun abang tolong buai eh, ayang nak tulis belog, jijah dah merayu-rayu tu nak baca tulisan ayang`. laki aku pun ketawa dengan manisnya,`kok sampai macam tu`.dia kata. alah, saja aku lebih-lebihkan cerita.bagi dramatik sikit hidup ni.
jah, aku menulis dah tak semak tanda baca,tatabahasa dengan huruf besar kecik pun jah. malas lah nak semak, janji kau masih faham tulisan aku ni.bukan apa, dah letih menyemak skrip jawapan budak. perpinau-pinau kepala aku. nak tanda senang main rait je boleh, macam p.ramlee dalam tv tu, tapi tu lah, kang banyak pulak masalah berbangkit. lagipun habislah reputasi dan tahap profesionalisme aku nanti.
dalam blog ni aku dah bagitau awal-awal memang tak ikut standard penulisan yang betul.oh,ada masanya aku nak lari dari disiplin. seronok juga kan jah. itulah sebabnya agak dulu kenapa aku tak pernah layak jadi pengawas sekolah.! cuma sekali la masa form 6 dulu. ada abang supian bedu tu kata lepas lantikan pengawas lower six dia terjumpa aku sambil tepuk dahi `alamak, lupa la nak lantik jana jadi pengawas!`
aku redha aje ,dengan tawaduk aku jawab, `takpe la bang pian, saya pun tak suka jadi pengawas, tak bebas..` dan kau tahu kan betapa tak mulianya perangai aku masa tingkatan 6. datang lambat (tak selambat sheila), malas baca buku, cinta monyet,seludup keluar masa cikgu rahman tengah ngajo...ah, macam-macam benda yang seorang pengawas tak boleh buat..
.......................................................................
12.01 pm.
jah,tadi mia nangis, ngompol pulak dalam buai,aku suruh shahrol tolong uruskan. haha, bagus kan aku. lepas tu aku baru teringat belum masak bubur mia...tu lah, ngadap komputer aje. ni baru sambung balik, hari ni mia makan kentang tumbuk lesung berian sally masa aku kawin dulu. nostalgik kan jah. mia suka betul makan kentang,asalnya makan kentang putar kat kfc tu le. terus obsesi dengan kentang. tapi aku rasa kentang tumbuk aku ni lebih berkhasiat kut jah, aku masak pakai air dr. sukida (air mesin-hehe),kasi bilis 7-8 ekor, campur carrot dan sedikit saja garam. kadang kasi sayur brocoli atau sayur hijau lain. lepas tu kentangnya aku tumbuk sambil bernyanyi riang, kemudian suap mia dan dia menganga-nganga kesukaan setiap kali suapan. aku agak mia nanti pandai sangat speaking orang putih jah,kecik-kecik dah makan kentang aje.
kejap lagi jah aku sambung,merengek pulak anak syurga aku tuh.. bapaknya ngantuk, aku pulak nak tengok kentang rebus kat dapur tu. cerita semalam pebendanya, belum masuk pun lagi..hehe...
Ahad, 9 Jun 2013
sebuah cerita semalam (part 1)
Posted by Comels at 12:12 PTG 4 comments
Labels: baby menangis, kenangan, kisah semalam, nostalgia, sekolah menengah benut, smb
Isnin, 28 Mac 2011
debat:..Johan punya adik...
isnin,(28 Mac 2011)
entri ini ditujukan khas buat Tanty, anak-anak buah yang masuk debat ala parlimen dan pelajar/mantan pelajar STARP serta sesiapa saja yang sudi baca tulisan aku.
untuk kipas susah mati tentu kau menderita menanti buah tangan dari aku kan,...sekarang kau bacalah ye.
setelah berhempas pulas sehingga mengorbankan cuti sekolah, kami, (tepatnya kawan aku Tanty dan budak-budak skema yang rajin ini ) akhirnya berjaya menewaskan 14 sekolah di daerah Kulai untuk menjadi `johan punya adik`. itupun sebab dikalahkan oleh SMBP, jadi terpaksalah kami dapat tempat kedua daerah kulai. hahaha. Alhamdulillah, bukan senang tu nak dapat tempat kedua pun sebab sekolah lain pun hebat belaka.
sempat lagi mengadap fesbuk ke tu.budak-budak sekarang ni...tapi Funna dinobat 2 kali berturut sebagai pembahas terbaik. tahniah funna
dari gerak bahasa tubuh macam cari fakta, tapi apa sebenarnya siapa tahu?masa ni cikgu mereka sedang makan nasi lemak. lapar tau...
tahniah kerana berjaya untuk `cool` sentiasa hingga akhir. kepada tim SMBP pun tahniah juga, anda semua hebat. Galaslah tanggungjawab membawa nama daerah ini untuk mewakili negeri seterusnya kebangsaan,InsyaAllah.
peringkat separuh akhir menentang SMK Sri Pinang. menang. Funna sedang meminta izin laluan.
korang tahu apa itu `izin laluan`?maksudnya sedang kau seronok bercakap, kau boleh diganggu oleh pihak lawan dengan pertanyaan demi pertanyaan. kalau kau seorang yang mudah gugup memang alamat kelautlah nanti. inilah yang mencabarnya debat ala parlimen, kau kena memberi jawapan spontan kepada soalan spontan.
dua wanita jelita ini ialah aku dan Tanty. aku tolong sikit-sikit je, Tanty la yang tak lena tidur pagi petang siang dan malam. usahanya berbaloi, kedudukan `johan punya adik` sudah dalam genggaman. berbanggalah, kerana kerja mengalahkan 14 sekolah yang lain bukan mudah...
er...tahun depan tak mahu lagi pegang debat ala parlimen. kita ganti dengan Zuna dan Zizi.orang baru, kaedah baru, masih fresh, mesti rajin. Kau letakkan kita dalam pidato atau pantun, aku suka. em, pantunlah..aku suka. tak payah tidur sampai satu pagi...tau Tanty. kau letak aje nama budak dua orang tu dengan kuasa veto. pedulikan. aku kan dah senior. aku rasa mereka boleh bawa tim ni ke peringkat negeri pulak.haha. zalim tak aku...habislah kalau zuna baca blog ni. dia tahu pakatan sulit kita.
peringkat akhir menentang SMBP dengan isu `buruh asing membantu memangkin ekonomi negara`..gitulah lebih kurangnya.Mereka sebagai pihak kerajaan.
sampai peringkat ini aku dan Tanty keluar dewan. seram sejuk, takut nak tengok.walau bagaimanapun, bebudak ni selamba saja.tapi dah memang rezeki tak berpihak pada kami di peringkat akhir ditambah dengan beberapa kelebihan dari pihak pembangkang, maka kami akur dengan kedudukan `johan punya adik`. (istilah ni Fizah yang bagitahu, kalau orang tanya menang ke kalah, jawab...JOHAN....punya adik....)hehe. kasi sikit suspen kepada orang kampung,...
bila cerita tentang debat/bahas, aku tiba-tiba menjadi begitu nostalgik sekali. apa taknya, aku mengasah bakat `bercakap dengan tidak takut-takut` melalui debat inilah jua.
andai ada paparan gambar penguat hujah kejayaanku, tidak ada lain, hanya kutujukan untuk mencabar anak-anak muridku supaya berani mencabar diri, bergelangganglah di luar sana untuk mencari kekuatan sebenar kamu.jika saya sebagai guru boleh lakukan setakat itu, kamu harus boleh melangkau tahap saya kerana kamu lahir di zaman IT, Facebook,blog, twitter dan segala bagai.
pada era langit terbuka ini agak mustahil untuk kita besikap dan berkata ~SAYA TIDAK TAHU~
ibrahim sekarang dah berhenti jadi cikgu, buka syarikat konsultant kut. bagus untuknya, mengoptimumkan kebolehan. syabbas inspektor shahab...
banyak-banyak pingat yang aku pernah dapat, 3 inilah yang aku bawa pindah randah sampai kini. kerana ada nilai yang tinggi dalam hidup aku. dalam kalutnya fikiran, aku masih mampu menggapai awan. pengalaman, tak terbeli dengan wang berjuta..
berkongsi kegembiraan dengan kawan yang sudi hadir hari tu. (Nopiah). debat berlangsung pada hari cuti pertama.
orang semua nak balik kampung. nasib baik ada kawan-kawan yang beri sokongan moral.
aku masa tu tak fokus sangat. lagi 3 hari selepas debat tu aku akan bertunang dengan hubby. sakit kepala aku memikirkan, mana nak buat persiapan tunang, mana nak bincang tentang bahas...aku dah merayu kepada pensyarah in-charge, En. Ramali.tapi beliau paksa juga aku masuk. nak cari siapa ganti? semua orang nak balik kampung dan tak kuasa memikir kerja budak skema macam ini..
dengan perasaan berbelah bagi dan separuh hati, aku gagahkan juga. Akhirnya aku sangat rasa berbaloi kerana pengorbanan tidak sia-sia.
apa yang lebih penting, aku mendapat nilai yang baik dari semua ini. kita mesti gigih buat sesuatu kalau nak berjaya. lazimnya, semakin kuat kita berusaha, semakin besar dugaan yang datang.macam aku, akhirnya majlis tunang aku berlangsung dengan sempoi saja. tak sempat aku nak memikir macam-macam benda. tapi yang penting, aku jelas dengan tujuan ikatan itu. aku mahu hidup dengan orang yang menyintai aku. dan Alhamdulillah, aku sungguh bahagia hingga sekarang walau majlis tunang tak de lah apa yang aku nak tunjukkan gambarnya..
aku boleh curahkan ilmu kepada murid aku pulak, bagaimana nak jadi pembahas yang baik. tapi untuk kali ini aku tak banyak memberi, maklumlah, Tanty lebih otai dari aku. budak-budak ini pun proaktif, banyak perkara mereka cari sendiri dan kami memantau sahaja.sikap itu yang patut ada kalau mereka nak berjaya.
kekalahan memang pahit. tapi banyak hikmahnya. sekurang-kurangnya kita tak keletihan mengejar masa, tanggungjawab memikul nama dan harapan negeri sendiri, serta boleh tumpukan masa untuk belajar.aku yakin mereka boleh gunakan pengalaman ini untuk mencari yang terbaik buat mereka. sekarang, mereka memiliki lebih pengetahuan berbanding yang tidak menyertai tim debat. sekurang-kurangnya, menguasai istilah-istilah baru dalam bahasa yang sebahagian besar dari kita pun tak pernah dengar. contoh:tahukah korang apa maksud `derana`?humm..tak tahu kan?mari masuk debat.
sebagai akhirul kalam (macam karangan tingkatan 5 pulak dah...), marilah kita sama-sama merenung perjalanan hidup ini. dengan fitrah alam yang semua perkara berlaku mengikut putaran masa, aku berpesan kepada aku dan kamu juga buatlah sebaik-baiknya pada setiap perkara yang kita sedang lakukan kerana suatu masa nanti kesungguhan itu berguna untuk kita jadikan contoh kepada anak muda. sekurang-kurangnya kita patut menjadi warga yang berharga dan sememangnya patut sangat dihargai...
selalunya pelajar yang masuk debat adalah pelajar `skema`. tapi tak mengapalah orang kata begitu. skema itu membawa kepada perubahan sikap, kepercayaan dan cara menanggapi hidup. bukankah baik namanya?
jijah:wa,ingat nostalgia dulu....
ita:aku pun terer apa...
suzen:aku pun.juara renang olimpik tau....
Posted by Comels at 7:27 PTG 8 comments
Labels: Debat ala parlimen, smb, smpb, starp, UPSI
Sabtu, 11 Disember 2010
KARISMA yang membina karisma
aku tak suka orang bakar-bakar aku macam tu. anak banjar dan jawa lah katakan. jadi aku eyakan aje lah. masih aku ingat, aku satu kumpulan dengan Daeng Mahathir, Ajak Kecik dan beberapa orang lagi. member gonjeng aku yang lain ialah sheila, liza, awe, ajak besar, hanif dan juga beberapa nama yang agak kabur dari ingatan. em, proses penuaan,haha
tiba hari yang dijanjikan, kami bertolak ke muo. (muar).bising betul dalam bas. macam nak ekspos kat orang. aku terperasan ada sorang brader tu meluat betul tengok perangai kami. hehe. remaja. mengada-ngada je lebih.
cikgu yang bawa ialah cikgu Mastura dan cikgu Aziz.(cikgu Fuad ikut tak ye?) aku tak berapa tahu kaedah bercamping ni. tak pernah nak ke gunung-gunung bagai. dalam serba tak tahu dan tak mahu pulak nak bertanya, aku bawak badan dan barang seadanya. bawa periuk kecil dan cerek kecil. dan perkara paling bodoh, susu cair. (nanti aku bagitau kenapa semua ni memberi pelajaran dalam hidup aku)aku pesan dengan mahadir bawa burasak (makanan orang bugis, macam ketupat tapi bukan)sebab aku malas nak masak. aku bawa sadin juga.megi juga.
cikgu aziz tak benarkan bawa sabun. aku tak faham. tapi tak tanya. kami memilih untuk menggunakan track yang sukar, tak main la track yang ada disediakan. cikgu pesan jangan mendahului penunjuk jalan. aku tak rasa apa- apa. tak takut. tak letih. seronok sangat pun tak. biasa aje. entahlah. mungkin sebab susah dan hutan dah jadi mainan harian aku. setakat hutan tu, aku jumpa setiap minggu bila tolong emak menoreh. masak pakai kayu api hari-hari. entah. apa yang seronoknya. tapi saja cari pengalaman.
petang, kami sampai di satu tempat yang agak datar. dan cantik sebab ada air terjun. kemudian kami dibawa meneroka ke hutan kecil dan ditunjukkan beberapa tumbuhan hutan oleh juru pandu.
di sini aku melakukan kesilapan aku yang pertama. tak memberitahu orang lain tentang pergerakan.masa pakcik tu sibuk beri kuliah dia, aku rasa macam nak terbuang air besar. jadi dengan selambanya aku keluar tinggalkan kumpulan itu dan cari port yang sesuai. tak tahu ke mana yang sesuai sebab mana ada toilet. jadi aku terfikir turun jauh ke air terjun di bawah. lepas puas membuang, aku ala-ala puteri gunung ledang siap baring-baring ni kat pasir dan air terjun tu. bersiram la konon. siap menyanyi lagi.
tiba-tiba aku terdengar sayup-sayup suara orang ramai. bergema..janaaa.....janaaaa....jana.....paling kuat suara awe. aku diamkan aje. ingatkan macam khayalan kut. apahal nak panggil-panggil ni. tak rock betul.
kemudian aku dengar suara awe semakin dekat.` jaaaanaaaa...`..
akupun jawab tanpa rasa bersalah.` hoiiiiiii..`..
awa tanya.`.kau kat manaaaaa?`
lepas tu aku naik tersengih-sengih. aku tak faham itu satu kesalahan serius! awa nampak aku. awa bengang sangat. dia cakap `kau ke mana, semua orang cari kau tau...`
aku pun storylah segalanya. tapi cikgu cool aje. cuma cikgu cakap tak boleh buat begitu. bahaya . ini dalam hutan. oh, naifnya aku.
malam tu aku mengaku salah. sebagai punishment, mereka cadangkan aku menjalani operasi burung pungguk sorang sorang. oh tidakkk...aku tak berani. sebab sebelum pergi tu mona ada cerita seram. ada orang pernah nampak muka sebesar-besar alam. ada orang yang menyamar jadi orang tapi bukan orang. dan macam-macam lagi.
tidak. aku tak mahu.dan diaorang tak dapat paksa aku. hehe.lepas berehat, kitaorang meneruskan perjalanan. dah tengahari, letih, kitaorang berehat. aku dan liza jumpa satu batu yang besar tapi agak curam. aku kata kat liza, ini bagus buat tempat berehat. jadi kami pun dan beberapa wanita anggun yang lain jadikan itu tempat tidur malam nanti.tak banyak yang dapat dibuat tengah hari tu. budak lelaki buat khemah kut. kitaorang tidur aje. tapi aku ada jalan-jalan juga. aku terserempak dengan satu lopak air. kecil saja. menitik sikit-sikit. aku terfikir baik aku tadah dengan botol sepanjang hari. aku ni kuat buang air besar dan kuat minum air. tak ada dapur gas nak masak. jadi dengan gigihnya aku berulang alik tadah air. dapatlah 2 botol 1.5 liter bekas air oren.
petang tu nak terbuang air kecil. jadi aku minta sheila temankan. aku tak tau nak buang kat mana, semua tempat aku rasa diperhatikan. aku tawakal saja, pergi lereng gunung dan buang le. masa tu aku terikat dengan kepercayaan khurafat yang aku rasa tak bersalahan dengan agama. jadi aku pun kata`ampun datuk nenek, anak cucu tumpang kencing`...entah bila pulak makhluk halus kat situ jadi datuk nenek aku ntah.
sekarang dah tau. patutnya baca ayat Al Quran,ayat nabi sulaiman tu. yang menundukkan jin tu. alah, aku lupa. lain kali aku ingat aku tulis eh.
siang punya cerita dah selesai.malamnya,aku rasa dalam 3-4 pagi gitu, panggilan alam semula jadi sudah menyesakkanku. siapa lagi nak ku jadikan mangsa. tentulah shila. dia yang beia mengajak aku kan. aku deal dengan dia sebelum pergi kalau aku nak buang air dialah eskot aku. jadi mau tak mau dia terpaksa pergi. heh. malam buta beb, nak buang air kat mana?last-last dah agak jauh dari tempat tidur kami, aku jadi macam rakun, korek lubang agak dalam. juga la. sambil tu takut juga sesapa tersedar, malu beb nampak aku tengah `ber`. shila kata `cepat la`. aku pun memerut dengan hati tak berapa lapang. asal lega dah lah.
selesai satu hal. aku tidur balik.rupanya tidur tempat sendeng tak selesa. pengajaran kedua tu...teori aku dan liza salah rupanya. sebenarnya batu datar lebih merehatkan dari senget. dalam pukul 6 pagi gitu aku rasa budak lelaki bangun .berkawal ntah apa aku tak tau. gasak le. tiba-tiba hanif suluh aku hanif separuh berteriak `Ya Allah Jana, kenapa engkau ni? kesejukan?` aku memang kesejukan. tergigil-gigil macam kena demam kura.aku tak dapat kontrol gegaran badan aku. itu refleks semula jadi badan supaya rasa panas bila kita kesejukan rupanya. korang tau kenapa?aku pakai stokin basah!dah tu aje stokin yang ada. mana la aku tau pergi gunung ni sejuk.cerdik sangat. dah la bawa stokin satu tu aje. pakai kasut sekolah pulak tu. yang aku ingat lepastu hanif pinjamkan selimut @kain pelikat dia kut untuk tolong aku. aku tak ingat aku dapat sponsor stokin dia tak..hehe. terima kasih nif. tahniah lah, kau berjaya mencipta karisma dari KARISMA.
lepastu,kami meneruskan pendakian. rasanya buat subuh-subuh sebab nak tengok matahari terbit kat puncak ledang.adalah satu gambar aku kat atas tu. dah jenis orang tak ada perasaan, biasa aje.tapi memang le cantik. tapi tak puas hati sebab aku jumpa najis manusia yang sangat menjijikkan atas tu. menci!siapa lah budus sangat. cuba buat macam aku, korek tanah.
eh, lupa. masa pagi tu aku nak tergelak sorang-sorang. bila aku amat-amati, aku nampak tempat aku buang air besar tu betul-betul setingkat atas dari khemah budak lelaki. haha....nasib baik tak ada sesiapa tersedar.
masa nak balik, kami mandi macam itik serati kat ban. aku, awa dan shila gelak tak sudah-sudah bila budak lelaki pinjam `syampu` awa. lepas tu komen membina mereka ialah, hm, sejuk dan nyaman syampu ini. hahaha..awa, kau ingat tak?
bila balik, aku buat satu lagi kesalahan yang tak disengajakan. aku sengaja nak menguji daya tahan aku. aku tak berhenti banyak kali sebab nak tengok aku boleh tak buat dengan jayanya. ya. boleh. aku orang ketiga sampai lepas mahadir dan sapa entah. tapi lepastu bila kawan-kawan sampai, shila macam bengang kat aku. dia cakap, `apa lah kau ni, kita orang tunggu engkau tau, nak jalan saing-saing..`
er.....aku tak tau..
moralnya, banyak aku belajar dari kembara ini.paling bererti sebab ia berdasarkan pengalaman.
1.jangan ke mana mana tanpa pengetahuan ahli kumpulan. bahaya.
2.jangan ingkar arahan ketua.
3.jangan bawa sabun sebab kita tak boleh mencemari alam semulajadi dengan cemical.
4.jangan tidur di kawasan curam dengan anggapan ia gaya baru untuk releks. itu bodoh namanya.
5.jangan bawa susu cair/pekat manis masa naik gunung. habis tumpah semuanya.
6.jangan baca ayat halau hantu secara khurafat. baca doa nabi sulaiman, baru betul. dari al Quran.
7.bawa stokin lebih. nanti kesejukan.lagi baik bungkus dulu pakaian menggunakan plastik supaya tak basah atau sejuk kalau hujan ke apa.
8.pastikan kawan atau kumpulan tahu niat sebenar anda berbuat sesuatu agar tak tercetus konflik.
dan banyak lagi.
tapi, aku rasa bertuah bila dah meniti dewasa ini kerana menyertai KARISMA. mendidik aku tanpa sedar, betapa pentingnya alam sekitar. hubungan dengan manusia, hubungan dengan alam tak boleh dipisahkan. kesukaran menempuh perjalanan itu aku sematkan dalam hati, inilah ukuran kemampuanku. cikgu aziz kata`orang yang boleh survive bila perang nanti ialah orang yang boleh survive dalam pendakian ini`. lebih kurang begitu.
pahala berterusan untuk cikgu aziz (arwah) sebab memberi kami faham betapa wajib cintakan alam. dia tak berceramah berjela-jela. cukup sepatah kata `jangan bawa sabun`.lebih 10 tahun baru aku tahu apa maksudnya. dan kalau ada pahala amalanku menjaga alam ini, aku hadiahkan juga kepada arwah cikgu.aku bangga menyatakan aku jadi ahli WWF untuk sama-sama jaga alam ini.
sumbanganku tak besar, cuma aku harap ia boleh juga mengubah dunia. usaha yang besar bermula dari kecil-kecilan kan..aku juga bangga menyatakan satu disiplin yang aku terapkan dalam keluarga ialah jangan buang sampah dari tingkap kereta ke jalanraya. jangan buang sampah selain di tempat yang sepatutnya. mungkin agak skema, tapi itulah amalan kami. yang bertunjangkan dari kesedaran KARISMA.
kalau seluruh ahli KARISMA buat macam keluarga kecil aku buat iaitu tak buang sampah merata-rata, sekurang-kurangnya 40 keluarga dah bersihkan alam. kalau diamalkan sampai anak cucu dan cicit, kan berkembang biak tabiat tu hingga sejuta orang. tak gitu?tak besar ke impaknya?
untuk kawan-kawan kelab KARISMA, tahniah kerana mendapat karisma darinya. terima kasih untuk cikgu-cikgu yang dekat di hati. cikgu aziz, cikgu mastura dan cikgu fuad. cikgu semua banyak memberi kesan kepada kami. sama ada disedari atau tidak.
Posted by Comels at 12:28 PTG 2 comments
Labels: karisma, motivasi, Sek.men.benut, smb
Ahad, 18 Oktober 2009
pertemuan semula yang indah
semalam 17.10.2009. reunions kawan-kawan kabinet dan beberapa kerat SMPB.aura kegembiraan masih berlegar di rumah ini sehingga saat ini. teruja. terharu. tak dapat nak diungkapkan. berbelas tahun tak jumpa, anak -anak memasing tiba-tiba dah nak ke alam remaja. gembiranya aku dengan pertemuan ini tak terucapkan. berbaloi aku memasak untuk tetamu-tetamu istimewaku. betapa erti persahabatan dari bangku sekolah itu tidak dapat digambarkan betapa besar maknanya..
penghargaan terbesar untuk jijah dan ita mastermind projek ni. tak lupa buat semua yg hadir . cerita banyak pun tak guna. layan gambar nak..
Posted by Comels at 1:52 PTG 3 comments




























