Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 13 April 2012

Pandai Ada, Nilai Tiada

entri untuk anak-anakku di STARP. yang buruk jadikan sempadan.

tadi ustazah Yati mengeluh padaku`. Kak, budak debat sekolah mana entah tadi selamba buat tak dengar bila saya tegur sebab sesuka hati masuk tandas guru.Kak Maznah pun tegur, dia boleh buat toya aje kak.. sengaja dia betul-betulkan tudung,tengok cermin macam kita ni tak ada.`.`habis, kau tak `sound` bagi keras sikit. ?` `eh, cakap sekali dah lah kak, kan budak pandai.takkan tak faham-faham`.
`betul ti, pandai, tapi ,tak ada NILAI!`

masuk tandas guru sesuka hati. ditegur buat tak dengar. buat-buat pekak. buat bodoh. kalau betul bodoh, aku boleh terima. masalahnya, budak cerdik. apa tak cerdiknya. sudah barang tentu mereka merupakan pelajar terpetah di negeri Johor ini.sebab itu mewakili daerah masing- masing dalam bahas peringkat negeri, di sekolahku ini.

tapi mana nilai anda? bukan tandas pelajar tak ada, betul-betul di sebelah tandas guru yang kamu masuk tadi ,kan. yang lebih tidak beradab, kamu pekakkan telinga dengan teguran guru. sedangkan imej kamu,sekolah kamu, kepandaian kamu, kamu bawa dari jauh. bukan guru kedekut sangat sampai nak masuk tandas pun tak boleh, tapi yang namanya sekolah ini tempat kamu dilatih untuk berdisiplin dan membentuk budaya menghormati hak orang lain. tempat kamu belajar beradab sopan. tempat kamu sedar, inilah masanya untuk mengasah sahsiah dan jati diri.

arahan yang begitu mudah tak boleh ikut,jangan harap kamu boleh buat lebih baik di dunia luar selepas kamu belajar nanti.kesombongan anda, ego anda,tiada hormat orang lebih dewasa, nilai itulah yang kamu bawa di samping imej pembahas terhebat negara.

bukan kata nak minta maaf, pandang wajah cikgu pun tidak!   nasib baik ustazah Yati, kalau Puan J yang masuk tadi, berasap telinga kamu agaknya.

anak-anak pelajar STARP yang dikasihi.
kamu jangan jadi begitu. jangan sombong, jangan biadab,dengan siapapun kamu berurusan. kamu membawa imej ibu ayah, guru-guru,sekolah dan bangsa serta agama kamu. kebaikan beribu akan lenyap dengan  keburukan yang satu. berulang kali cikgu ingatkan, cikgu tak peduli sangat dengan pencapaian akademik kamu sebab manusia ini pelbagai kepandaiannya. tak boleh dapat 10A Spm pun tak jadi masalah, bukan penamat hidup. kerja macam-macam, bidang pun macam-macam. yang penting, bagaimana kamu bawa diri di hadapan masyarakat. jangan sampai cikgu dicela orang `cikgu kamu tak ajarkah beradab sopan?`  malunya muka cikgu ni tak tahu nak letak di mana,tahu!

ingatlah, kenapa iblis terpaksa duduk dalam neraka, seburuk-buruk tempat tinggal buat selama-lamanya?

tak lain tak bukan, sebab dia begitu SOMBONG!
ramai peserta yang baik,yang sopan,yang tahu diri. tapi segelintir yang begini, buat aku tawar hati nak datang esok hari sedang orang lain enak-enak di rumah, melayani cuti di sabtu yang indah.
kepada pelajar yang berkaitan, semoga kamu sedar, kamu bukan siapa-siapa. setakat jadi pembahas nak ke peringkat negeri, spm pun belum lepas lagi, apalah sangat nak dibandingkan guru-guru yang ada degree, master bahkan phd!

belajarlah hormat orang kalau kamu ingin dihormati.

* zizi  :ooo,ini yang buat akak marah...
aku    :tak marah zi, tapi terkilan, ramai  budak sekarang tak ada adab walaupun pandai. menyakitkan hati cikgu tu bagi dia bukan apa apa...
zizi   :ye la kak. nanti zizi tulis blog juga. banyak tak puas hati sejak jadi kp ni.akak punya pasallah ni. nak,ambik balik kp ni...dish..dish....

4 comments:

dapurCikWan berkata...

alahai budak2 zaman sekarang.. =(

Comels berkata...

ya,budak sekarang cik wan...

HanaKhairi berkata...

saya bukan cikgu tapi saya rasala kan budak skarang sangat berbangga bila berjaya buat orang naik darah. Contohnya bila mlintas jalan mentang2la da ada zebra crossing depan sekolah diorang boleh melintas dengan penuh lenggang-lenggok. Baik-baik kita ikhlas berhenti jadi rasa nak langgar jer...

Comels berkata...

hahaha.langgar je hana...em,itulah perasaannya hana jadi guru.hari-hari.suruh cepat,dia lenggang lenggok, suruh buat,dia lenggang lenggok,suruh senyap,dia lagi mengekek-ngekek,suruh baca dia tidur...sakit kepalaaaa..zaman ni bukan cikgu marah budak,budak marah cikgu balik!sabar aje lah...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com