Terdapat ralat dalam alat ini

Isnin, 2 April 2012

CIKGU,BELAJAR TINGGI-TINGGI PUN MAK SAYA KATA KE DAPUR JUGA!

hari ini mengajar karangan di kelas 4Sains 1.sengaja aku minta mereka buat karangan aras ke 5 dalam soalan SPM,yang seringnya berbentuk komsas.tepatnya,kena ada keupayaan yang tinggi dalam menulis genre sastera,baru markah dapat banyak kalau mereka memilih untuk buat soalan nombor 5.

manalah tahu, dengan minat yang dipupuk sejak sekolah ini, ramai nanti boleh jadi penulis tersohor.sekarang pasaran buku semakin baik, kesedaran membaca sudah meningkat dalam kalangan masyarakat malaysia.

tajuknya berdasarkan peribahasa, `Jauh perjalanan luas pandangan, lama hidup banyak di rasa`.kemudian ku pinta mereka melakarkan pengalaman hidup sendiri sedari kecil hingga usia 16 tahun ini. pahit,manis,geram,lucu, cinta monyet, miskin,pengalaman bercuti....apa-apa sahaja yang pernah mereka lalui. mustahil dalam 16 tahun hidup tidak pernah menempuh sebarang pengalaman!

bila disuruh begitu,macam-macam perangai yang dapat aku saksikan. menggeliat,buat muncung berdepa-depa, terlentok di meja,terkebil-kebil pandang lampu,tekan-tekan kepala macam orang migrain..semua ada. tahu pun ya,bukan senang nak menulis. tapi kupaksakan juga, ada 2 masa perlu siap. masing-masing mengeluh.alahai,susah sangat kah nak mengisahkan hidup sendiri?

nazeera kata `cikgu,saya nak menangis tulis kisah hidup saya.boleh ke kalau cerita tentang kesusahan?`  `kenapa pula tak boleh?semakin kamu menjiwai tulisan kamu,semakin dalam perasaan orang yang membacanya.`aku jawap.banyak sangat mengeluhnya nazeera. banyak sangat yang menghantui fikirannya barangkali. ku katakan padanya, tiada yang boleh menentukan nasib kita kecuali diri kita. tiada siapa yang boleh menghakimi kita,kecuali kita sendiri. siapa yang memberi nilai kepada apa yang kita alami?orang boleh saja bercakap,tapi sebenarnya kita sendiri yang meletakkan nilai kita di mana. adatlah,hidup ini kalau tak menempuh payah,semakin tak bermakna sebenarnya jadi manusia.

suhaila mencelah  `ala cikgu, belajar pandai-pandai pun mak kata nanti ke dapur juga!`.  `betul. memang ke dapur,tapi  tentulah berbeza orang yang berilmu bila ke dapur dengan yang tak berilmu!`,aku menjawab agar dia tidak keliru tentang  frasa `apa guna belajar tinggi akhirnya ke dapur juga`.  anak-anak,biar cikgu huraikan.semakin tinggi ilmu kamu,semakin tinggi martabat kamu di sisi Allah dan di sisi manusia. apa salahnya belajar tinggi-tinggi,setinggi yang kamu boleh. ilmu itu bermacam bentuknya.ada yang dapat di kelas, ada yang dapat di luar.hilang ke martabat seorang doktor kalau dia ke dapur?rendah ke maruah seorang jurutera kalau dia memasak untuk keluarga?

jawabnya tentulah tidak.tetapi semakin berganda penghormatan orang kepadanya. di luar,dia menyumbang kepada masyarakat dengan kepandaiannya. merawat orang. mereka bentuk kota,kampung dan bandar raya. mengkaji flora dan fauna untuk kelestarian hidup manusia. menjadi ahli politik ternama yang  mengikut landasanNya.bila balik ke rumah dia menjaga suaminya,anak-anaknya dan seluruh keluarganya. suhaila,nazeera, ainur,syazwani,izati,dan semua kamu dalam kelas ini, dengar baik-baik.   kalau kamu berilmu,kamu 2 kali lebih hebat dan baik kalau ke dapur,tahu!

sempat juga ku baca beberapa karangan. udzir,iman,shuhada,syazwani,khalisa.   karangan Lau berkisar soal hati.menarik juga. karangan Sin ada jiwa,tentang hidup waktu kecilnya di samping datuk dan nenek di kampung. karangan Pavithra ada sedikit lucu bila dia menulis bilik bersalin sebagai bilik `persalinan`. aku tanya  `mak kamu lahirkan kamu di bilik salin baju ke?`  berderai tawa mereka.  ada yang masih dalam perenggan soalan. khoo jing yan  aku katakan akan beri 2 rotan esok kalau NILAM dan karangan tak siap kerana bercakap tak habis-habis. Thiyagu pula kata `kenangan banyak cikgu,tapi tak tahu macamana nak keluarkan`.huh, macam-macam alasan kamu ni semua.

yang penting, esok mesti hantar. siapa yang buat karangan terbaik dan mampu menyentuh hati saya,cikgu beri hadiah istimewa.  mana tahu, muncul lagi seorang Fauziah  ashari dengan Ombak Rindu (versi novel tau,bukan versi filem)  atau seorang sasterawan negara A.Samad Said dengan `Salina` atau `Daerah Zeni`.

semuanya bermula dari guru biasa,yang mengajarmu tulis baca,dan peluang mengasah minda menajam karya. cikgu tak mahu sekadar memberi ilmu,yang penting cikgu mahu beri kamu INSPIRASI!

6 comments:

Yun berkata...

Dulu saya tak suka masuk form 6..Bila cikgu Rahmat cakap 'masuk form 6 sebelah kaki dah kat U', saya memang tak percaya tapi sekarang saya percaya kebenaran kata-kata beliau.

Comels berkata...

moralnya yun,percaya je la cakap cikgu...sebab selalunya dia bercakap melalui pengalaman.kau berapa lama lagi yun?

siti azizah Sang Pencinta berkata...

perasan tak jana? anak-anak ini la yang menceriakan hidup kita kan.. hahaha. lucu betul

HanaKhairi berkata...

dari apa yang saya baca, cikkgu memang nak jadi cikgu. Tapi macamana pulak dengan yang terpaksa jadi cikgu....student pon perasan reaksi mereka bila masuk ke kelas yang tak berapa nak ikhlas tu

Comels berkata...

jijah:memang lucu.kadang aku senyum sorang-sorang.tapi sebenarnya mereka ni memberi banyak emosi.lucu,geram,sedih,maraah,macam nak gila,kesian..nama pun budak...2000 orang jah...tak terlayann.

hanakhairi:perasaan `nak jadi cikgu` itu sejujurnya turun naik hana. tapi bila berdepan dengan mereka,semua emosi itu diketepikan kerana mereka tidak bersalah.mereka berhak dapat apa yang patut dapat iaitu ilmu.kadang berjuang melawan marah dan gundah. sebabnya kita manusia biasa.sabar aje banyak-banyak.

Yun berkata...

InsyaAllah lagi 2 semester,,,tak sabar nak tempuh alam pekerjaan yang sama dengan bidang yang saya ambil nie.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com