Sabtu, 21 Julai 2012

Obis dan legasi-aku jadi moyang!

ini Obis. pangkat cucu aku. neneknya yang mula-mula datang sini dulu. sebenarnya obis masih muda belia. tapi dia kena rap dengan jantan kaberet mana entah,mengandung. nasib aje Sekolah Harapan tu jauh kat melaka,kalau tak dah aku hantar ke sana. memalukan sungguh!

bila anaknya keluar, tidak syak lagi yang obis ni mesti diganggu oleh atuk atau moyangnya sendiri. kau tengoklah bulunya tu kawan, kuning oren. ada seekor saja jantan dominan yang kuning. lain semua belang-belang. masuk 3 ekor yang kecil-kecil ni, kucing satu patern di rumah aku ada 15 ekor.

asal usul nama obis ni, masa kecilnya dia kelihatan sangat montel. ada 2 beradik, ekor obis kontot,seekor lagi ekor panjang. sebab 2 beradik aku namakan obesiti. satu obes, satu siti. panggil obes tak manja sngat, jadi sebutannya dilembutkan jadi obis.

sekarang baby yang kecil-kecil ni kena panggil aku moyang.sebab mereka generasi ketiga. masa obis nak beranak 2 minggu lepas, mujur pagi tu hari ahad. dah bising di belakang rumah.kebetulan pula obis memang jenis peramah,melengking-lengking bunyinya macam kena siksa. aku pula yang siksa rasanya mendengar dia terjerit-jerit. buka saja pintu dapur,obis menerkam terjun sebab grill besi tu penghadangnya tinggi. punggungnya dah nampak kaki baby. terus saja dia nak menyorok di almari dapur gas yang terbuka pintunya tu. ewah, banyak cantik!

terus masukkan wad, kotak ni dah standby lama dah.aku letak depan rumah, lepas saja dapat ancaman dari 2 ekor kucing gatal (walaupun kucing tu kacak-spesis parsi kepunyaan Mohsin) obis tak senang duduk.

semalam dah kena sepak dengan aku, sesuka hati nak bawa anak dia masuk stor. ada patut baby tu diletak di celah-celah komputer yang hubby tak siapkan repair, masuk dalam wayar,pcb dan sebagainya. sebagai moyang yang tegas aku tak bagi muka langsung. kena tampar mukanya. lepastu obis ketakutan, duduk diam-diam dalam kotak.


seperti biasa,bila malam menjelma keinsafan mula menerjah tangkai hati. aku usap muka obis, shake hand dan kata `obis, auntie minta ampun sebab sepak kau. kau jangan bawa anak masuk rumah, bukan pandai kau nak urus berak kencing dia,itu yang buat auntie meradang!  


seperti mengerti apa ku katakan, obis macam ampunkan aku aje, sebab nampak muka dia sangat manis. mungkin tersenyum...

2 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

hahaha. ko ni pangkat moyang jd patut si obes panggil ko yut.. tau.. ada ke patut ko tampar dia..tak baik tau.. ko ckp je.. nanti dia dengar.. anak dia montel yek.. rasa mcm teringin bela pulak kucing. tpp hermmmm

Comels berkata...

aku dah pening ni si obis dengan bujang jadi kapel pulak dah. menyenget-nyenget jalan nampak miang na, padahal belum abis pantang lagi. nanti bujang tu kencing la kat merata-rata,buat laki aku meradang aje. aku pening juga si montel ni kalau dah pandai jalan,kang tido dalam enjin kereta, susah aku nak kerja. ingat kena letak tempat lain la. er, tampar tu tak sengaja. geram sangat..tapi dah mintak maaf tau.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com