Selasa, 11 Jun 2013

memoir aku seorang cikgu (part 10)


hari ini banyak catatan yang nak di tuliskan,kalau larat.berwarna-warni. mewarnai hidupku sebagai seorang cikgu.hm,tahun ni dah masuk tahun ke -16 aku berkerja. dah masuk fasa warga emas teras masyarakat,kata Hawa. sebelum tu,nak kongsikan gambar hadiah hari guru yang lalu.boleh?
sebelum tu,terima kasih untuk macha dan iman, beri kad yang serupa sempena teachers day hari tu. tapi macha kelakar sikit,dia cakap `mak saya yang belikan untuk saya! macha,yang paling banyak kena marah,kena cubit,kena leter,tapi tak ambil hati pun .masa dalam perjalanan nak balik dari sekolah,macha keluarkan kad ni dari beg dia,hahaha.touching. kad iman pulak dia terus letak kat atas meja aku,esoknya aku baru baca. suprise,boleh tersama pulak kad korang ye,   

















terima kasih Tai Yun Xuan,Looi  dan Song Wen Ting bagi bunga ros yang cantik untuk saya!
walaupun bunga ni sekarang dah tak wujud lagi,kasihnya tetap harum di hati. inilah nikmat sebenar menjadi cikgu,dikasihi dan mengasihi.
antara cenderamata dari anak -anak pelajar.terima kasih,yang tak beri pun saya tahu kamu sayang saya,kan!

bukan hadiah yang cikgu nak. ingatan dan hormat serta kasih sayang kamu saja yang perlu. lagi satu,hadiah yang paling bernilai untuk saya bila tengok kamu berjaya dalam hidup,dan kekal menjadi manusia baik-baik dalam dunia ni,itulah yang paling mengharukan.cikgu tak peduli kamu jadi orang paling hebat sekalipun, kalau kamu tak ada rasa hormat,rasa peduli dan kemuliaan peribadi bila besar nanti. ingat tu ye.

..............................................................
11/6/2013

beberapa anekdot peristiwa yang terjadi hari ini.

tingkatan 5K3. 7.30-9.15 pagi.
perempuan melayu ainur seorang saja yang datang.lelaki cina cuma dick dan kawannya yang pakai spek tu (alamak,lupa nama dia..). perempuannya cuma 4 orang. lelaki india ,Uthaya surian dengan Dharmaraja. lelaki melayu,Hadi, Safik,Along,Zul dan Ikmal.Ikmal pagi-pagi dah membuta. Zul pun sama. tapi safik kata `cikgu,Zul tu baik cikgu,dia ngantuk sebab jaga atuk dia sakit.haritu lama dia jaga atuk dia kat hospital`.  ooo,baru aku tau. Zul tu agak panas baran,nak bergaduh aje kerjanya.pantang tercuit sikit. tapi dari cerita safik, tahulah aku yg dia sangat menjaga keluarganya.

aku suruh safik carikan belut kat paya di FTA. tempoh hari mekna cerita kalau aku nak belut suruh safik tangkap,memang selalu safik cari belut. entahlah,aku tak tahu harganya berapa,along kata `ala,cikgu bagi je sekilo RM35. ` safik kata` hui,bengkok la cikgu nak bayar kalau gitu ,kau ni...` `cikgu, shuib sepah tu pun selalu cari belut kat sana. `aku imaginasikan betapa meriahnya paya tu,sebab mekna cerita tempat tu cantik.aku beritahu safik,kalau ada besok-besok mesej aku,tapi tolong potong pendek-pendek dan buang kepalanya. aku geli!
tak banyak pembetulan aku buat hari ini. buat rumusan aje.santai-santai aje lah kat kelas ni.tak boleh stress. nanti gila.
--------------------------------------------------------------------
tingkatan 4K3.  9.50-10.25 pagi.
awal-awal aku tanya cikgu haziana, sebab dia ada waktu sains awal-awal lagi , berapa orang yang datang. dia kata 7 orang aje. dah sedikit lega dah. bila sampai waktu aku, masuk kelas aje,sadullah dan mirul sedang lena diulit intan. Pong tersengih-sengih,dia kata Bei Ming dan Kek tengah makan kat kantin. what?baru pukul berapa? hm,budak-budak ni..  ada tak ada Karnan dan Arvind ajelah yang masih celik.tak banyak,aku bagi 3 aje latihan.tu pun siap jawapan cuma A atau B saja. confirm la kalau a salah,B betul.

bila hantar ,3 jawapan semua betul,arvind mintak bintang. lepas tu karnan pulak hantar, betul juga, mintak 3 bintang sebab semua betul. halah, tikam-tikam pun betul,nak bintang banyak-banyak. tapi ,karnan tu lah yang aku harapkan tolong sapu sampah dan ambil beg aku setiap kali aku nak ke kelas tu.lepas tu dia tayang duit seringgit.`cikgu,ni seringgit`! aku kata, bayak bawak ke sekolah hari ni.dia kata, `ala,ni duit cikgu upah saya hari tu la, belum belanja lagi`..heh,lama betul dia simpan duit tu,sebelum cuti lagi.

 kemudian Bei ming dan Kek masuk. siap minum air kotak dengan selamba.aku pukul bahu kek,`kenapa kau rehat awal sangat?kan 10,25 nanti baru rehat.`  `ayyaa, sudah lama ma saya tak sekolah,saya sudah lupa rehat pukul berapa,sana kantin saya tengok banyak orang saya pergi makan laa..`.aku dalam pada nak marah tu tergelak juga.boleh dia rehat ikut form 3 punya waktu.aku tanya,`kamu ni lama sangat tak datang,nak sekolah ke tak nak. buang masa aje kalau malas belajar.`.`haiyya,saya tinggal 3 hari ma`. `3 hari lagi amaran ke tiga ke`? `taklah,3 hari lagi takda datang,buang sekolah maa`!!! hahaha. dan dia memang nak minta kena buang sebab tak minat sekolah.

dia dah kerja di restoran .jadi pelayan. pergi sekolah pun bukan nak belajar.pen tak ada, apa tak ada. beg aje dibawaknya. `tu, bawa beg besar-besar bawa apa`?..dia angkat beg dia,buka dan tonggengkan,kosong! hahaha,`ini beg cantik saja maa,mesti bawa la..`

tiba-tiba cikgu syazaiman, guru kelas tu lalu tepi tingkap. dia kata `kak, alex ada masuk tak?`..`mana ada, semua budak kata dia tak datang`.  `kak, bapak alex marah saya kata budak tu dalam kelas lain, dia telefon kata kenapa saya tak tengok`,kata syazaiman. `macamana bapak dia tahu alex kat kelas lain?`  `bapak dia telefon alex,alex kata dia ada kat kelas!`  haha. sah-sah menipu si alex ni. dalam sekolah mana boleh jawab call. nak kena rampas telefon dia?  mesti dia dah tipu bapak dia,pergi sekolah hari-hari tapi tak sampai pun. semalam,pukul 9 pagi baru sampai,menonong aje terus masuk. aku malas nak marah-marah,buat sakit tekak. tapi apa-apa hal aku dah catat kehadiran awal tu,kalau ada masalah berbangkit adalah bukti yg dia memang datang lambat.

alex pun bukan nak sekolah dah. dia nak kerja sebenarnya.ada haritu aku sembang dengan dia,tanya kenapa dia macamtu.dia kata tak suka dah nak belajar,dah kerja kat KTV. bila sekolah,mengantuk lah. cikgu  Hajar ada bagitahu, alex mangsa keadaan. dulu dia baik.tapi family dia bermasalah. bapak oku. mak lari balik indon. terkontang-kantinglah diaorang ni. ada sorang lagi adik. aku perhatikan memang dia tak terurus. baju pun kuning je,tak pernah bergosok. sayang betul, sebab bakat melukisnya sangat besar. lakaran penselnya cantik,kalau rajin boleh skor A untuk SPM. tapi,tu lah. dah tak daya nak pujuk pun.

kadang aku rasa baik sistem sekolah ni macam dulu semula. tak lulus srp,mengulang lah sampai tua. atau kerja. sekarang,buta huruf pun boleh masuk ambil SPM! celaru betul sistem ni. rombakan kabinet perlu dibuat segera.hahaha.
-------------------------------------------------------------------
tingkatan 5 sains 1. ( 11.555-12.30)

harini mengajar tatabahasa. saja aku bagi 9 soalan membetulkan perkataan yang salah,tahap tingkatan 2 punya soalan. kalau itu pun salah, memang nak kena cubit sorang sorang. dah la buat surat rasmi pun macam-macam stailnya,tak pernah betul. aku membebel semalam, 5 sains baut surat rasmi pun salah. sakit kepala menanda,budak-budak ni tulis surat tak fikir ikut logik ke. aku bagi contoh situasi,tulis surat dari penjaga menyatakan mereka tak dapat datang sekolah sebab patah kaki. yang tak boleh tahan tu, ada ke patah kaki minta cuti cuma sehari,tak logik langsung! si Huzaifah lagi bagus, dia punya yakin tulis surat,cepat aje nak menghantar. bila aku baca surat tu pelik. ada ke patut,yang patah kaki dia, tapi bapaknya yang mintak cuti. satu kelas gelakkan dia.

harini, bising sangat. malas aku nak tegur.aku dah la migrain.lepas saja habis 9 soalan aku tulis kat whiteboard,aku pusing belakang. aku tanya kelas, benda ajaib dunia ada berapa. ada yang jawab 4,ada kata 5,ada kata 7.aku rasa 7,seingat aku. lepas tu aku kata,`saya rasa dah jumpa benda ajaib dunia ke-8. kamu semua dalam kelas ni benda ajaib dunia ke-8!` `ngapa cikgu?`  `sebabnya,sambil kamu menulis,kamu boleh bercakap-cakap, telinga dengar kawan berbual,mata tengok depan,tangan tulis buku,hati entah ke mana.`ada yang lambat pick-up,lambat la ketawanya. yang lain ketawa juga. lepas tu macha ke huzaifah kata nazeera benda ajaib ke 8. sebabnya,sambil naik motor boleh rempit-rempit,boleh main sms. haha. asyik kena aje budak tu.

apapun,aku suka masuk kelas ni. aku cakap kat anussa, `elok aje kamu semua ambik spm besok,cikgu boleh jadi gila ngajar kelas kamu ni 2 tahun!`





Isnin, 10 Jun 2013

sebuah cerita semalam (part 2)

jah, ni tulisanku yang kedua untuk bulan ni.kira takjub lah juga kan. jam dah 4.30 petang. aku limitkan dalam 15 minit paling lama untuk entri ni. lepas balik kerja tadi,aku nyinggah ke Giant ioi mall depan rumah tu, cari bahan masak spageti bolognese untuk esok.sebenarnya giliran aku dan sorang adik tu,masak harini untuk makan kitaorang gilir-gilir 15 orang. malas nak turun kantin,jimat pun jimat,masa pun tak terbuang nak ke kantin yang 40km dari bilik guru tu.

kesian aku dengan kak wahida,asyik cakap nak makan sedap je, jadi esok aku nak masak la sedap-sedap sikit.nanti ngences pulak anak dia dalam perut tu,ahaks.!  tadi aku tak sempat masak la. bangun pukul 6.15 pagi,masak pebendanya. alasannya ialah penat semalam entertain mentua aku and family.hari sebelumnya kemas stor sebab rasa nak pengsan tengok bilik tu. cencorot pun siap masuk dan buat stor tu sebagai toilet dia kau tau.

nasib baik aku dibantu oleh x-student aku 2 orang. aku baik dengan mereka ni sebab mereka pun budak baik,terima kasih zu dan patin,tolong saya buat kerja perkeranian dan kemas stor ye. lain kali cikgu panggil korang lagi.hehe.

jah, kau nak tau tak cencorot ni pengotor kan. tak reti nak membuang di tempat yang sepatutnya. bersepah-sepah jah dalam stor. lepastu, haritu dah dapat tangkap, terpaksa la bunuh dia dalam sangkar tu. aku tak sanggup la, kebetulan masa tu aku nak balik kampung mia nak aqiqah, aku tinggalkan aje kat luar rumah. balik je kenduri tengok dah mati.kejam ke aku jah. dulu,lama dulu ada jugak sekor pernah masuk, shahrol nak bunuh pun tak sampai hati, jadi malam-malam kita orang bawak jauh-jauh sampai sempadan hutan dekat dengan  hutan bandar putra tu. masa buang tu, shahrol cakap kat tikus tu, `jangan datang rumah abang lagi tau, cakap kat kawan-kawan awak juga`.  tikus tu kata `oke bos`,dan terus lari.

betul tau jah,lama dia tak datang. ni dah 4-5 tahun gitu datang pulak. sedara dia ni tak tahu perjanjian kami agaknya.  masa bongkar stor tu baru aku terjumpa penimbang berat badan warna pink yang aku cari selama ni. tapi nak ku gunakan dah tak sanggup sebab banyak najis tikus. mesti biohazard kan jah. ingat kalau jumpa penimbang tu nak timbang berat aku yang diperkatakan orang ramai sedang kurus sekarang ni.nak tau jugak buktinya.

shahrol balik petang tu,aku terus kata sambil muncung-muncung mulut `bang, banyak buku,baju dan semua  benda yang tercemar dalam bilik tu ayang buang,termasuk penimbang,nanti bahaya,kena kencing tikus!`. laki aku pun buat muka cemas `ha  ah la, buang aje, bahaya tau`.  sebenarnya sebahagian besar majalah dia, majalah aku dan baju-baju lama tu aku legokan aje untuk kitar semula. ku sumbat je,penuh sebonet untuk sedekah pada tong kuning kat ioi tu. aku sangat sayang buku-buku tu, tapi tu lah,rumah aku ni besar sangat macam istana topkapi kat turki nun, mana nak letak buku-buku  pun aku tak tau dah. jadi keluarkan buku lama,masuk buku baru. antaranya majalah tu dah sama usianya dengan perkahwinan aku,15 tahun!

okeh,time up. aku stop dulu. nak masak.mithali tak aku jah. hahaha. kalau dah siap spageti bolognese nanti aku ambik gambar ye jah bagi kau ngences.

Ahad, 9 Jun 2013

sebuah cerita semalam (part 1)

wah,lamanya tak balik rumah. dah kena kibas-kibas,kena sembur air ruqyah dulu neh. entri terakhir hari tu mia baru umo 5 bulan. sekarang dah 9 bulan. memang kalau tak sempat itu dijadikan alasan,3 tahun la jawabnya blog ni semak.

jah, mari kita borak-borak. terima kasih kerana rindu tulisanku. seringnya kau pencetus semangat aku untuk menulis. makanya, selepas saja mentua dan iparku sekeluarga balik tadi, mia pun aku tidurkan dengan dodoian lunak merdu suaraku ala kak pah,nyanyi lagu Ya Badratim lagi,mia pun tido cepat-cepat sebab tak sanggup dengar mami dia nyanyi lebih lama (ahaks), lepas shahrol sarapan,  aku pun kata....`abang, nanti adik bangun abang tolong buai eh, ayang nak tulis belog, jijah dah merayu-rayu tu nak baca tulisan ayang`.  laki aku pun ketawa dengan manisnya,`kok sampai macam tu`.dia kata.   alah, saja aku lebih-lebihkan cerita.bagi dramatik sikit hidup ni.

jah, aku menulis dah tak semak tanda baca,tatabahasa dengan huruf besar kecik pun jah. malas lah nak semak, janji kau masih faham tulisan aku ni.bukan apa, dah letih menyemak skrip jawapan budak. perpinau-pinau kepala aku. nak tanda senang main rait je boleh, macam p.ramlee dalam tv tu, tapi tu lah, kang banyak pulak masalah berbangkit. lagipun habislah reputasi dan tahap profesionalisme aku nanti. 

dalam blog ni aku dah bagitau awal-awal memang tak ikut standard penulisan yang betul.oh,ada masanya aku nak lari dari disiplin. seronok juga kan jah. itulah sebabnya agak dulu kenapa aku tak pernah layak jadi pengawas sekolah.! cuma sekali la masa form 6 dulu. ada abang supian bedu tu kata lepas lantikan pengawas lower six dia terjumpa aku sambil tepuk dahi `alamak, lupa la nak lantik jana jadi pengawas!`

aku redha aje ,dengan tawaduk aku jawab, `takpe la bang pian, saya pun tak suka jadi pengawas, tak bebas..` dan kau tahu kan betapa tak mulianya perangai aku masa tingkatan 6. datang lambat (tak selambat sheila), malas baca buku, cinta monyet,seludup keluar masa cikgu rahman tengah ngajo...ah, macam-macam benda yang seorang pengawas tak boleh buat..

.......................................................................
12.01 pm.
jah,tadi mia nangis, ngompol pulak dalam buai,aku suruh shahrol tolong uruskan. haha, bagus kan aku. lepas tu aku baru teringat belum masak bubur mia...tu lah, ngadap komputer aje.  ni baru sambung balik, hari ni mia makan kentang tumbuk lesung berian sally masa aku kawin dulu. nostalgik kan jah. mia suka betul makan kentang,asalnya makan kentang putar kat kfc tu le. terus obsesi dengan kentang. tapi aku rasa kentang tumbuk aku ni lebih berkhasiat kut jah, aku masak pakai air dr. sukida (air mesin-hehe),kasi bilis 7-8 ekor, campur carrot dan sedikit saja garam. kadang kasi sayur brocoli atau sayur hijau lain. lepas tu kentangnya aku tumbuk sambil bernyanyi riang, kemudian suap mia dan dia menganga-nganga kesukaan setiap kali suapan.  aku agak mia  nanti pandai sangat speaking orang putih jah,kecik-kecik dah makan kentang aje.

kejap lagi jah aku sambung,merengek pulak anak syurga aku tuh.. bapaknya ngantuk, aku pulak nak tengok kentang rebus kat dapur tu. cerita semalam pebendanya, belum masuk pun lagi..hehe...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com