Terdapat ralat dalam alat ini

Ahad, 9 Jun 2013

sebuah cerita semalam (part 1)

wah,lamanya tak balik rumah. dah kena kibas-kibas,kena sembur air ruqyah dulu neh. entri terakhir hari tu mia baru umo 5 bulan. sekarang dah 9 bulan. memang kalau tak sempat itu dijadikan alasan,3 tahun la jawabnya blog ni semak.

jah, mari kita borak-borak. terima kasih kerana rindu tulisanku. seringnya kau pencetus semangat aku untuk menulis. makanya, selepas saja mentua dan iparku sekeluarga balik tadi, mia pun aku tidurkan dengan dodoian lunak merdu suaraku ala kak pah,nyanyi lagu Ya Badratim lagi,mia pun tido cepat-cepat sebab tak sanggup dengar mami dia nyanyi lebih lama (ahaks), lepas shahrol sarapan,  aku pun kata....`abang, nanti adik bangun abang tolong buai eh, ayang nak tulis belog, jijah dah merayu-rayu tu nak baca tulisan ayang`.  laki aku pun ketawa dengan manisnya,`kok sampai macam tu`.dia kata.   alah, saja aku lebih-lebihkan cerita.bagi dramatik sikit hidup ni.

jah, aku menulis dah tak semak tanda baca,tatabahasa dengan huruf besar kecik pun jah. malas lah nak semak, janji kau masih faham tulisan aku ni.bukan apa, dah letih menyemak skrip jawapan budak. perpinau-pinau kepala aku. nak tanda senang main rait je boleh, macam p.ramlee dalam tv tu, tapi tu lah, kang banyak pulak masalah berbangkit. lagipun habislah reputasi dan tahap profesionalisme aku nanti. 

dalam blog ni aku dah bagitau awal-awal memang tak ikut standard penulisan yang betul.oh,ada masanya aku nak lari dari disiplin. seronok juga kan jah. itulah sebabnya agak dulu kenapa aku tak pernah layak jadi pengawas sekolah.! cuma sekali la masa form 6 dulu. ada abang supian bedu tu kata lepas lantikan pengawas lower six dia terjumpa aku sambil tepuk dahi `alamak, lupa la nak lantik jana jadi pengawas!`

aku redha aje ,dengan tawaduk aku jawab, `takpe la bang pian, saya pun tak suka jadi pengawas, tak bebas..` dan kau tahu kan betapa tak mulianya perangai aku masa tingkatan 6. datang lambat (tak selambat sheila), malas baca buku, cinta monyet,seludup keluar masa cikgu rahman tengah ngajo...ah, macam-macam benda yang seorang pengawas tak boleh buat..

.......................................................................
12.01 pm.
jah,tadi mia nangis, ngompol pulak dalam buai,aku suruh shahrol tolong uruskan. haha, bagus kan aku. lepas tu aku baru teringat belum masak bubur mia...tu lah, ngadap komputer aje.  ni baru sambung balik, hari ni mia makan kentang tumbuk lesung berian sally masa aku kawin dulu. nostalgik kan jah. mia suka betul makan kentang,asalnya makan kentang putar kat kfc tu le. terus obsesi dengan kentang. tapi aku rasa kentang tumbuk aku ni lebih berkhasiat kut jah, aku masak pakai air dr. sukida (air mesin-hehe),kasi bilis 7-8 ekor, campur carrot dan sedikit saja garam. kadang kasi sayur brocoli atau sayur hijau lain. lepas tu kentangnya aku tumbuk sambil bernyanyi riang, kemudian suap mia dan dia menganga-nganga kesukaan setiap kali suapan.  aku agak mia  nanti pandai sangat speaking orang putih jah,kecik-kecik dah makan kentang aje.

kejap lagi jah aku sambung,merengek pulak anak syurga aku tuh.. bapaknya ngantuk, aku pulak nak tengok kentang rebus kat dapur tu. cerita semalam pebendanya, belum masuk pun lagi..hehe...

4 comments:

Balqis Nazid berkata...

Good.. Mummy masak sendiri...
he..he...

Comels berkata...

yo la balqis,kesian pulak kecik-kecik makan fast food aje. pemalas bona omak dio...semalas manapun saya nak masak untuk kami dua orang, untuk mia tetap masak.mak bapak ni tak kisah sangat.makan simple-simple aje pun ok je.(balqis rajin masak,malu i.....)

siti azizah Sang Pencinta berkata...

mami Jana.. ceritanya tak de lagi.. intro panjang giler kan. hahahha.. Ana eloknya ko tak payah letak garam.. kat kentang tu.. sebenarnya kalau ko dah biasakan esok beso dah tak perlu sgt garam.(ehh tp penting juga kan utk mineral).. bagus la anak suka makan.. aku cukup risau jika anak aku tak selera makan..

Comels berkata...

jah,aku kasik sikit je.buat bekalan mineral.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com