Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buku. Papar semua catatan

Isnin, 11 Oktober 2010

aku, emosi,emon dan buku

catatan pada hari isnin, 11.10.10 pukul 11.13 malam

sebenarnya aku merampas laptop ini dari hubby dengan cara yang sangat halus. tadi hubby tertidur sambil buat website. lepastu aku kata kat hubby supaya rehatkan mata sekejap. kemudian hubby pun berehat. kemudian aku menggunakan laptop ini dengan sewenang-wenangnya hinggalah hubby tersedar. tapi hubby dah terlambat. aku suruh hubby rehat kejap lagi. dan akhirnya tertidur semula.

biarlah hubby tidur. kesian. hari-hari kerja keras, tidur sampai 4 pagi. siang kerja kat tempat kerja pulak. demikianlah kasihnya hubby pada aku .rasanya. kalau boleh hubby nak berjaya sekarang juga dengan bekerja sendiri dan jadi jutawan secepat mungkin supaya aku tak perlu kerja lagi.sebab aku selalu mengadu aku dah macam tak sanggup dengan karier ini.kadang seronok, kadang aku sampai migrain.membius jiwaku. memakanku sedikit demi sedikit dengan kesakitan mendepani manusia yang tak mahu dimanusiakan. walau ada ramai yang menjadi penghibur duka, yang sedikit juga mengisi dada.sesak perasaan, sakit pemikiran,hai lah jana...kenapalah dengan engkau ni..(kejap lagi jijah akan marah kerana aku masih lagi fokus pada yang negatif walau sekeliling banyak yang positif).

sementara masih ada rasa nak menulis, aku coretkan sesuatu. lagipun kipas susah mati aku si jijah sang pencinta dah menagih entri baru. nak tunggu entri dia sama macam menunggu aku turun ke 54 kg iaitu balik 19 tahun dulu..

aku teringat peristiwa pagi tadi.masa masuk kelas 4sn 2.
tiba-tiba saja emon dengan wajah bangga mengeluarkan buku yang aku pernah baca. tajuknya Ya`juj dan Ma`juj. emon sengih-sengih sambil cakap...`cikgu, saya baca buku ni..``
aku kata, `bagus emon, beli sendiri ke pinjam library?`  emon kata ` beli lah cikgu..`



aku suka sangat.tahniahlah emon. semakin sayang cikgu pada kamu. mungkin kecil di mata orang .tapi besar di mata aku.kenapa?
sebab emon boleh saja pilih cikgu mana-mana dia suka untuk tunjuk buku apa yang dibacanya. tapi aku terharu emon pilih aku. sedikit sebanyak aku terfikir, mungkin ideologi yang aku paksakan kepada budak-budak ini sedikit sebanyak menyerap dalam batu jemala emon.ya, aku memang memaksa. aku terpaksa memaksa.kalau mereka nak menjadi terbaik, mereka kena banyak korbankan masa dengan membaca.bukan sekadar buku teks, tapi buku-buku ilmiah yang lain. dan aku sangat suka bila emon pilih satu buku yang perlukan minat dan mental yang kuat untuk bacanya sampai habis.jarang pelajar yang berusia 16 gemar dengan buku ilmiah seperti ini.tahniah kerana menempatkan diri dalam kumpulan `jarang` itu.
ada juga beberapa orang yang rajin membaca. fatin dahlan,zuraika, aimi, mira dan beberapa lagi.

tanpa baca, mustahil mereka boleh menulis dengan baik.sebagai guru, aku dan semua guru bahasa yang lain dapat menelah sejauh mana pembacaan seseorang pelajar melalui huraian karangan saja. meneliti gaya bahasa, sudah nampak kematangan atau ketandusan isi.sudah tahu idea yang diberi itu berdasarkan pengetahuan atau rekaan semata-mata.
dalam bahasa, aspek keintelektualan menghurai dalam karangan adalah satu-satunya perkara yang guru tak boleh tolong.KAMU YANG KENA TOLONG DIRI KAMU SENDIRI!
banyak membaca akan buat kamu cerdik,tulisan kamu nampak pandai dan memandaikan orang lain.

entri kali ini aku limpahkan puji-pujian untuk anak-anak buah aku yang rajin membaca. ya, aku bangga kerana anak buah aku rajin membaca. aku suka aimi juga. karangannya membuat aku rasa dihargai. dengan kebagusan bahasa, kemantapan fakta dan keindahan tatabahasa. acapkali aku sarankan kepada rakan dalam kelasnya agar contohi karangan aimi, tak tahulah mereka ikut atau tidak.

sudah aku katakan, dengan membaca, kita tak bodoh. justeru tidak membodohkan orang lain dan paling penting tidak dibodohkan sesiapa.

hati hati juga, jangan salah pilih bacaan.baca yang baik-baik saja.supaya otak tak rosak.
---------------------------------------------------
nota untuk emon.
---------------------------------------------------
sehingga kini cikgu masih terbayang manisnya senyuman kamu dan gerakan kamu mengeluarkan buku itu dari beg.tunjukkannya kepada cikgu, cikgu rasa sangat tersentuh. aduhai, cikgu menganggap bebelan cikgu selama ini diberi perhatian. terima kasih Allah, kerana bukakan pintu hati anak-anakku untuk membaca. semoga mereka jadi manusia pandai dan memandaikan orang lain..

ayuhlah anak-anak, terutama 4SN2, 4Teknik 3 dan 5P2.saya mencabar kamu semua untuk jadi manusia yang rajin membaca, kalahkan emon dengan segera.catatkan apa kamu baca dalam diari kamu, kalau kamu rasa dah banyak sangat dan layak dapat hadiah, datang jumpa saya. saya akan lihat senarai bacaan itu, saya pilih rawak untuk kamu huraikan sinopsisnya. kalau saya puas hati, cikgu akan beri penghargaan
.nak ke tak nak?

Isnin, 31 Ogos 2009

pergh, seronoknya dapat pergi sini!


Kansas City Public Library (Missouri, United States)

This project, located in the heart of Kansas City, represents one of the pioneer projects behind the revitalization of downtown.

The people of Kansas City were asked to help pick highly influential books that represent Kansas City. Those titles were included as 'bookbindings' in the innovative design of the parking garage exterior, to inspire people to utilize the downtown Central Library.

Khamis, 27 Ogos 2009

the secret


"buku kat umah kita ni abang teka berapa nilainya?" emmm. ntah la. ada dekat RM10k kut. macam-macam ada. dari buku jawi sampai buku omputeh. dari gila-gila, art, agama sampai motivasi. i luuuv my buku.muah..tak pe la aku tak ada emas bergayut kat badan janji ada buku buat ketahanan minda dan aset penting kemanusiaan aku.

aku dan hubby asalnya bukanlah rajin sangat membaca pun. tapi sejak bercinta dulu aku mula berjinak baca majalah yg ilmiah sikit. asal gaji aje aku kayuh beskal pergi kedai cina sapa ke entah nama dia kat pt. betak tu untuk beli `jelita ` atau `wanita`.lama kelamaan aku suka membaca. suka sangat. rasa macam power aje kepala otak aku.kecenderungan aku membaca genre yang lebih berat dan metafizik bermula masa tahun 1998 kalau tak salah.masa tu kami pergi angsana. wajib pergi badan book store. aku terbaca buku `kuasai dunia dengan tenaga minda` tulisan dr. arief.
aku ngan hubby terus obses dengan buku lepas tu.

macam-macam buku kami beli setiap kali gaji. setiap bulan mesti spend Rm300 untuk buku saja. kadang ada juga buku yg dibeli tak berbaca. aku bebel kat hubby...`beli buku banyak-banyak ni tak baca buat apa?..bla..bla..` hubby kata takpe. satu masa nanti pasti kita baca.

betul kata hubby. lepas ekonomi kami `gawat`, obses beli buku terpaksa dikurangkan. baca balik buku lama. seronoknya.
dan sekarang aku wajib beli sekurangnya satu untuk aku, satu untuk hubby setiap bulan.

aku berazam nak jilidkan buku/majalah supaya nampak kemas. nanti kalau aku dapat duit peraduan marigold RM50,000 aku dah cakap dengan hubby nak beli almari buku macam kat umah omputeh tu. hubby setuju aje.(peraduan tu aku masuk tapi dapat tu kalau dah takdir laa, tak kan nak tolak. muahahaha..)

salah satu buku yg paling aku suka ialah the secret, tulisan rhonda Byrne. aku rasa kalau tak ada support pembacaan buku motivasi dah lama aku n hubby putus asa dalam mengharungi hidup ni. anda suma tahu tak, hakikatnya aku rasa hidup aku ni sama macam kisah nabi Musa yg ingatkan kaumnya tempoh kesenangan ada 7 tahun, kemudian bersiaplah sebab 7 tahun mendatang adalah tempoh kesusahan pula. lepas tu baru senang semula. kalau aku tak bertemu mutiara ilmu dari motivasi, kisah dan teladan melalui pembacaan, aku yakin aku adalah orang yg pesimis menghadapi ujian.

sebab tu aku selalu pesan kat anak murid aku, `kamu semua tolong baca buku ilmiah banyak sikit, kalau tak nanti karangan merapu je la jawabnya..`ada yang dengar dan buat, memang aku nampak perubahannya. yang buat tak tahu saja,emmm. sendiri mau ingat la. aku hanya boleh bawa kuda ke tasik, tapi tak kan nak minum pun aku yg paksa, betul tak?

kalau aku dah down nanti hubby akan cakap`mel, kita ni dah berpuluh-puluh buku motivasi dah baca, tak kan dengan perkara kecil macam ni nak surrender. einstin buat lampu cubaan yg ke 1000 baru nyala. bila orang tanya kenapa gagal sebelum tu? einstin jwb`ooo,.itu bukan gagal. saya baru menemui cara yang tidak boleh menyalakan lampu sebanyak 999 kali..` nampak tak.. kalau dia give up rasanya kita akan pakai kunang-kunang letak dalam botol untuk menerangi rumah kita. dia piooner. `habis, abang nak jadi mcm dia dan saintis lain ke? selama hidup tak menikmati kejayaan, dah mati orang yang kaya raya?` tak le begitu, maksudnya alangkah sayangnya kalau kita give up sekarang. sedangkan kejayaan kat depan tu lagi sikit je..

ye laa.aku akur.memang susah mengejar impian tapi aku cuba bertahan . selalu fikir positif. bayangkan apa yg kita hendak, bukan bayangkan apa yg kita tak suka. aku juga suka tengok Oprah punya show dan kesimpulan semua ini sama, Allah beri apa kita nak, cuma yakin dan sabar.

aku akan terus jadi orang yg optimis. mesti.

lepas ni nak buat sistem pinjam buku macam kat perpustakaan. dua minggu, pulang. lambat, denda. mana boleh tahan buku yg best semua orang pinjam tapi tak pulang balik. kakak aku kata aku kedekut. pembetulan.. bukan kedekut. aku sayang buku. untuk kawan -kawan, anak sedara dan abang aku yg pinjam buku dah berbulan-bulan, bila nak pulang? muaha ha ha ha.

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com