Terdapat ralat dalam alat ini

Khamis, 27 Ogos 2009

the secret


"buku kat umah kita ni abang teka berapa nilainya?" emmm. ntah la. ada dekat RM10k kut. macam-macam ada. dari buku jawi sampai buku omputeh. dari gila-gila, art, agama sampai motivasi. i luuuv my buku.muah..tak pe la aku tak ada emas bergayut kat badan janji ada buku buat ketahanan minda dan aset penting kemanusiaan aku.

aku dan hubby asalnya bukanlah rajin sangat membaca pun. tapi sejak bercinta dulu aku mula berjinak baca majalah yg ilmiah sikit. asal gaji aje aku kayuh beskal pergi kedai cina sapa ke entah nama dia kat pt. betak tu untuk beli `jelita ` atau `wanita`.lama kelamaan aku suka membaca. suka sangat. rasa macam power aje kepala otak aku.kecenderungan aku membaca genre yang lebih berat dan metafizik bermula masa tahun 1998 kalau tak salah.masa tu kami pergi angsana. wajib pergi badan book store. aku terbaca buku `kuasai dunia dengan tenaga minda` tulisan dr. arief.
aku ngan hubby terus obses dengan buku lepas tu.

macam-macam buku kami beli setiap kali gaji. setiap bulan mesti spend Rm300 untuk buku saja. kadang ada juga buku yg dibeli tak berbaca. aku bebel kat hubby...`beli buku banyak-banyak ni tak baca buat apa?..bla..bla..` hubby kata takpe. satu masa nanti pasti kita baca.

betul kata hubby. lepas ekonomi kami `gawat`, obses beli buku terpaksa dikurangkan. baca balik buku lama. seronoknya.
dan sekarang aku wajib beli sekurangnya satu untuk aku, satu untuk hubby setiap bulan.

aku berazam nak jilidkan buku/majalah supaya nampak kemas. nanti kalau aku dapat duit peraduan marigold RM50,000 aku dah cakap dengan hubby nak beli almari buku macam kat umah omputeh tu. hubby setuju aje.(peraduan tu aku masuk tapi dapat tu kalau dah takdir laa, tak kan nak tolak. muahahaha..)

salah satu buku yg paling aku suka ialah the secret, tulisan rhonda Byrne. aku rasa kalau tak ada support pembacaan buku motivasi dah lama aku n hubby putus asa dalam mengharungi hidup ni. anda suma tahu tak, hakikatnya aku rasa hidup aku ni sama macam kisah nabi Musa yg ingatkan kaumnya tempoh kesenangan ada 7 tahun, kemudian bersiaplah sebab 7 tahun mendatang adalah tempoh kesusahan pula. lepas tu baru senang semula. kalau aku tak bertemu mutiara ilmu dari motivasi, kisah dan teladan melalui pembacaan, aku yakin aku adalah orang yg pesimis menghadapi ujian.

sebab tu aku selalu pesan kat anak murid aku, `kamu semua tolong baca buku ilmiah banyak sikit, kalau tak nanti karangan merapu je la jawabnya..`ada yang dengar dan buat, memang aku nampak perubahannya. yang buat tak tahu saja,emmm. sendiri mau ingat la. aku hanya boleh bawa kuda ke tasik, tapi tak kan nak minum pun aku yg paksa, betul tak?

kalau aku dah down nanti hubby akan cakap`mel, kita ni dah berpuluh-puluh buku motivasi dah baca, tak kan dengan perkara kecil macam ni nak surrender. einstin buat lampu cubaan yg ke 1000 baru nyala. bila orang tanya kenapa gagal sebelum tu? einstin jwb`ooo,.itu bukan gagal. saya baru menemui cara yang tidak boleh menyalakan lampu sebanyak 999 kali..` nampak tak.. kalau dia give up rasanya kita akan pakai kunang-kunang letak dalam botol untuk menerangi rumah kita. dia piooner. `habis, abang nak jadi mcm dia dan saintis lain ke? selama hidup tak menikmati kejayaan, dah mati orang yang kaya raya?` tak le begitu, maksudnya alangkah sayangnya kalau kita give up sekarang. sedangkan kejayaan kat depan tu lagi sikit je..

ye laa.aku akur.memang susah mengejar impian tapi aku cuba bertahan . selalu fikir positif. bayangkan apa yg kita hendak, bukan bayangkan apa yg kita tak suka. aku juga suka tengok Oprah punya show dan kesimpulan semua ini sama, Allah beri apa kita nak, cuma yakin dan sabar.

aku akan terus jadi orang yg optimis. mesti.

lepas ni nak buat sistem pinjam buku macam kat perpustakaan. dua minggu, pulang. lambat, denda. mana boleh tahan buku yg best semua orang pinjam tapi tak pulang balik. kakak aku kata aku kedekut. pembetulan.. bukan kedekut. aku sayang buku. untuk kawan -kawan, anak sedara dan abang aku yg pinjam buku dah berbulan-bulan, bila nak pulang? muaha ha ha ha.

4 comments:

RiTs berkata...

Jana,

aku suka baca apa yg ko tulis.
aku ni "teramat" rajin membaca buku2 ilmiah..setakat majalah2 kewanitaan dan resipi aku suka.. atleast apa yg ko tulis menyedarkan aku..thanks kawanku..

Comels berkata...

ta, tahniah kerana ada semangat untuk jadi lebih cerdik. tapi memang ia tak dapat dipupuk dalam sehari. berikan dirimu masa, pasti ia berlaku. `do what u can, with what you have, where u are`...

Comels berkata...

ta, ko ingat tak kedai cina jual majalah kat pt betak dulu tu. ala sapa ke nama dia. kerek gila. nak beli tak boleh baca. nampak kita belek aje terus nak rampas je. takut rosak bukunya. kelakar betul. sapa nama cina tu ha?

RiTs berkata...

haah aku mcm lupa pulak ehh..kong yek ke..ntah sapa..anaknya yg pendek2 perut buncit kan...he..he

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com