Khamis, 22 April 2010

sekuntum za`faran untukmu insan

cerita ini kutulis pada pukul 4.46 petang, Khamis, 22.4.2010.

kenapa memilih za`faran untuk hadiah istimewa?kerana aku ingin kelainan,aku mahukan ia menjadi sesuatu yang sangat berharga. oh, sebelum itu,terlupa aku nak beritahu, entri kali ini didedikasi buat guru-guru yang pernah mengajarku erti hidup sebagai manusia.

 za`faran(saffron)
 menuai za`faran di Khashmir


kerana za`faran itu begitu berharga. hidup kita bermakna bila ada tambahan rempah ratus peristiwa dan cerita.macam masakan, tak ada rempah, tawarlah ia. nak makan pun tak bangkit selera.jadi untuk lari dari `klise` bunga ros sebagai hadiah, apa kata aku berikan za`faran pula sebagai tanda kasihku dan penghargaanku kepada insan -insan yang banyak berjasa dalam hidupku ini.nak tahu bagaimana mahalnya za`faran itu, hmmm tanyalah encik google.pasti jumpa.cuma sedikit info untuk ku kongsi, za`faran ini sekilo harganya boleh mencecah RM23,000! lebih mahal dari emas kan.Cukuplah tentang itu, aku tak sabar nak menulis tentang guru -guruku.

aku tak dapat menyebutkan semua, tapi aku dengan rendah hati ingin mengucapkan selamat hari guru dan selamat berbahagia buat semua guruku dari aku tadika sehingga ke IPTA. terlebih lagi cikgu sekolah rendah yang banyak mengenalkan aku erti perkataan , huruf dan makna sesuatu perkara. tanpa kalian semua, aku masih lagi anak kampung yang bodoh dan naif.

1980

CIKGU ARFAH
Guru pertama aku secara formal.penyayang dan sangat cantik. melantik aku jadi ketua kelas walau aku rasa ada lagi yang lebih layak. satu hari, ada karnival apa kat sekolah tadika, aku lupa.cikgu suruh kami menyanyi 2 lagu.latihan dah buat seminggu yang lalu. aku jadi ketua. tapi kerana gabra, aku nyanyi satu lagu ulang 2 kali.kawan-kawan aku ikut aje la.
 cikgu Arfah yang berbaju oren.yang bertudung hijau kak Sapiah,
aku  pula yang nampak suci dan nerd tu.

lepas nyanyi cikgu Arpah  panggil kami ke satu sudut, dia masam saja. dia marah, kenapa aku ulang lagu yang sama 2 kali? aku blur. terkebil-kebil tak ada perasaan. lepas tu cikgu suruh kami bersurai. aku pun tak tahu apa perasaan cikgu tu...aku rasa dia mesti bengang kat aku.

sekali peristiwa, aku termembuang air kecil masa beratur nak balik. aku takut nak keluar baris masa tengah nyanyi sebab cikgu pesan jangan bergerak-gerak masa nyanyi. aku tak tahan, terbuang kat situ juga. lepas nyanyi, cikgu perasan simen basah. dia tanya`ni kerja kamu ye?`aku angguk aje la. takut. takut cikgu marah. rupanya cikgu tak marah. dia suruh aku dan haida basuh kaki kerana haida terpijak bahan buangan aku. masa basuh kaki tu, aku rasa malu juga dengan haida, bual-bual konon-konon belek butang baju dia.aku katakan butang bajunya lawa.sebenarnya nak cover perasaan malu....(er..haida yang pakai uniform sekolah)
kalau diingat semula aku rasa nak berjalan sambil tutup kepala dengan baldi. tapi tak apa lah kan.masa tu kecil lagi. jadi kesilapan itu boleh dimaafkan.kann.
terimakasih untuk cikgu arfah dan kak safiah yang sabar melayan kerenah kami. kami dah berjaya cikgu....

1981-1986 (SK SERI BAHAGIA< KG LUBUK SIPAT)
aku darjah satu hingga 6. ramai cikgu yang mewarnai hidup aku. cikgu Sahrom(arwah), sangat penyayang dan freindly. pernah timang aku. masa tu aku tak chubby macam sekarang laaa..

CIKGU SARIMIN
cikgu matematik. garang betul, seram aku. hari-hari sebelum belajar kami kena berdiri atas kerusi sebab kena hafal sifir. masalahnya belum jawab dah kena ketil. sakit pulak tu. rasa tak mau datang sekolah aje kalau ada matematik.satu hari semasa buat latihan, entah kenapa kawan-kawan aku cepat sangat siapnya. aku tak meniru pun, aku buat aje sendiri.tapi aku panik kemudiannya bila semua orang macam dah hantar.tiba-tiba aku menangis.takut kena marah. cikgu Sarimin tanya, `kenapa nangis?  `aku jawab belum siap. cikgu tersenyum.`saya tak marah kalau belum siap, asal jangan meniru buat sajalah. teruskan.`.aku rasa tiba-tiba hidup aku bercahaya-cahaya setelah diselimuti kegelapan. buat pertama kalinya aku rasa cikgu sarimin cikgu paling best dalam hidup aku...

CIKGU YANTI
 cikgu Yanti yang cantik jelita tu.

Cikgu perempuan yang sangat cantik pada pandangan mata kami. lemah lembut, penyayang. satu hari Yazid Yunos buli kawan-kawan aku. semua nangis. untuk tak dikatakan tak terlibat aku nangis sama. melebih-lebih pula. cikgu datang pujuk kami. kawan -kawan aku mengadu dengan cikgu kena pukul di kaki, tangan, muka dan mana-mana lah. abis, aku nak kata aku kena pukul di mana? semua kawan aku dah sebut bahagian `kena pukul` masing -masing. (aku rasa mereka tipu aje, untuk cari perhatiannn)jadi bila sampai turn aku, aku mengadu kat cikgu Yanti yang aku kena pukul kat semua tempat.aku rasa cikgu yanti tergelak. dia tahu aku membohong aje. nak minta perhatian. tapi yang baiknya, cikgu pujuk juga. tu yang best tu...

bahagialah cikgu ye.dengar-dengar anak-anak cikgu yanti dah ada yang jadi peguam sekarang.aku ingat lagi anak cikgu ni namanya Farah Diba dan Farah Dina. aku pernah ikut kak Roha pergi rumah cikgu yanti masa hari raya. masa tu rumah cikgu di Merlong ke, rengit ke. ajaibnya semangat betul kami berbasikal saja dari rumah. aku rasa jaraknya lebih 20km tu. cikgu masak tengah hari. aku tak kan lupa sambal tumis telur hancur cikgu. sedap.mesti cikgu masak dengan kasih sayang. sebab tu aku ambil sifat cikgu yanti bila aku berhadapan dengan anak murid aku pula. budak-budak ni dahaga kasih sayang sebenarnya.

CIKGU RAFEE
suami cikgu yanti. guru bahasa inggeris. aku rasa dia sayangkan aku sebab sekali peritiwa masa aku tengah melintas bilik rehat cikgu dia panggil aku masuk. kemudian dia cakap dengan cikgu Razif,`Zif, lawa tak budak ni? `aku rasa cikgu Razif kalau kata aku lawa pun sekadar nak ambil hati cikgu Rafee saje. masa tu cikgu Razif kata yang lawa budaknya bernama Dewi Murni Abdul Hamid. budak Pt. Arif. huh. tak peduli la. yang penting cikgu kata aku lawa walaupun aku hitam legam dan kurus kering macam budak afrika.terima kasih cikgu kerana menaikkan self esteem saya dengan pujian yang ikhlas.

sekali peristiwa, cikgu rafee macam nak marah aku kerana baca bahasa inggeris tak pandai-pandai. ada satu ketika dia macam nak naik darah bila aku baca `hi` dalam bahasa inggeris dengan sebutan `hi` jugak. sepatutnya jadi `hai`. lepas tu aku ingat pengajaran itu sampai mati.

1987-1991 (SM PT BETAK- BENUT)

hidupku paling berwarna warni di sini. ketemu kawan-kawan yang best. yang berkawan tanpa mengira status dan stratafikasi sosial. miskin kaya semua sama. tak tahu lah yang lain, tapi kalau aku, itulah yang aku rasa. aku bersangka baik mereka pun begitu.

CIKGU ADAM


Guru kelas aku di tingkatan 2.tegas juga orangnya,takut la nak main-main. aku tak lupa satu ungkapan yang diberikan untuk shila. dia kata shila `cagu menaun`.kaki shila cagu tak baik-baik. shila beritahu aku cikgu adam ada kata cagu menaun kat dia,lama-lama bila nak ejek shila aku ejek dia cagu menaun.cikgu, shila pun sekarang jadi cikgu kaunseling. sedang proses menamatkan phd!hebat kami kerana  hebatnya cikgu kami..


CIKGU JAMIRAN SIAT.
 inilah cikgu jamiran yang aku hormati

Guru yang terlalu banyak mencorak siapa aku sekarang walau mungkin tidak disedarinya. cikgu, 19 tahun saya menunggu untuk meluahkan rasa terima kasih dan maaf yang tak terhingga untuk cikgu. cikgu tak tahu, tapi saya akan beritahu sekarang. saya dah berjanji dengan diri saya kalau saya jumpa cikgu tak kiralah bertemu muka atau dalam maya, saya akan dedahkan isi hati seorang murid yang rasa berdosa ini. semoga dengan ini cikgu ampunkan kesilapan saya dan menjadi asbab untuk Allah mengangkatkan segala dugaan yang tak mampu saya tangani kala mengajar anak orang ,macam cikgu ajar saya 19 tahun lalu.

cikgulah orangnya yang benar -benar membuat saya yakin bahawa saya berpotensi besar dalam seni. peristiwa pertama, ketika cikgu beri saya dan hajar tamin 1 canvas dan set cat minyak. cikgu kata lukislah apa saja. cikgu tahu tak, tindakan cikgu itu buat saya tertanya, besar sangatkah bakat saya hingga cikgu beri kanvas? tapi saya gembira, saya tahu cikgu tahu apa cikgu lakukan. saya lukis gambar pemandangan, hajar lukis gambar kapal layar. bila siap, cikgu gantung di bilik seni. walau tak secantik mana, saya bangga sangat cikgu!cikgu memupuk keyakinan saya bahawa saya berbakat melukis.lagipun zaman tu mana orang ada melukis guna oil painting di SMPB, macam artist barat saja rasanya.

saya membawa sikap cikgu ini ketika mengajar seni. saya bagi bintang besar-besar atau A kepada lukisan pelajar saya walau tak cantik mana. saya tak tahu adakah ia berkesan atau tidak tapi adalah nampak perubahan sikap mereka. cumanya cikgu, saya rasa ada hijab yang menghalang saya dan mereka menikmati keindahan mengajar dan belajar seni. kadang mereka seperti tiada jiwa. macam roh dah keluar dari jasad. saya macam cakap dengan tunggul mati.atau patung bernyawa. ada kala saya dah habis daya.tolonglah saya cikgu, ampunkanlah saya. andai ini kifarah dosa saya terhadap cikgu.

cikgu ingat tak, suatu hari cikgu dan cikgu Ishak Dumun hantar saya dan Hajar Tamin ke pertandingan melukis poster peringkat daerah.
 inilah sijil yang menghantui hidupku dari 19 jun 1991

sebelum tu cikgu dah pilihkan proposal yang patut saya lukis.sampai sana, saya tak ikut cakap cikgu. saya lukis proposal kedua .saya tak lukis lukisan yang cikgu kata lebih cantik. tapi saya masih tak menyedari itu satu kesalahan. mungkin hati cikgu luka.saya pilih gambar tengkorak latar hitam macam black metal sedangkan satu lagi yang cikgu suruh lukis ialah warna latar kuning merah dan oren.

tapi saya tahu hati cikgu lebih luka ketika masa dah nak habis, cikgu ingatkan saya dan hajar.`masa dah nak habis, cepat siapkan.` saya menjawap,` cikgu jangan la cakap aje, hilang konsentrasi kami,bla..bla..`dengan nada yang kasar, (hajar, kenapa kau tak marah aku yang kurang ajar, sedangkan nama kau ajar..).ajar terdiam,.cikgu terdiam.(oh hajar, kau ingat tak peristiwa ini, 19 tahun jar, aku tak pernah lupa...jahatnya aku, sekarang padan muka aku dapat budak yg 14 kali ganda ..) lepastu cikgu melangkah dengan sedih, terus keluar dari bilik tu dan tak bercakap apa-apa.saya terfikir mungkin cikgu kecil hati, saya tak pernah begitu...tapi dah dasar sombong, saya teruskan saja melukis.ya Allah cikgu, saya tak terniat untuk kurang ajar, tapi saya panik sebenarnya. akhirnya keputusan diumumkan, saya tempat kedua. hajar tempat pertama.sah-sah Allah balas stage 1.tapi tak sedar lagi tu..

cikgu tak menunjukkan reaksi marah atau apa. biasa saja.
tapi masa di sekolah, cikgu Ishak panggil saya. dia cakap ringkas saja, `Jana, hari ini awak ada kecilkan hati seseorang. fikirkan.`
saya faham apa dan siapa yang cikgu Ishak maksudkan. itulah kesilapan saya. ego saya yang malu nak minta maaf menyebabkan saya tak pergi pun minta maaf dengan cikgu! hati saya meronta, tapi mulut saya berat. bodohnya saya cikgu.
walaupun mungkin cikgu dah lupakan tapi mungkin di sisi Allah saya masih berhutang.
cikgu, ampunkanlah saya...saya tahu apa rasanya bila hati terguris oleh kata-kata anak murid.
semoga dengan keampunan cikgu, jalan saya menjadi lebih mudah.

kali kedua cikgu mengiktiraf kewujudan saya pada satu ketika selepas kami semua membuat aktiviti melukis. di hujung padang, tinggal cikgu, saya dan seorang lagi kawan saya tak ingat siapa dia.ketika kawan-kawan saya cepat beredar sebab malas nak kemaskan berus, saya tolong cikgu dengan senang hati. tentu cikgu tak sangka kata-kata cikgu memberi inspirasi kepada saya. cikgu kata,` bagus, macamnilah layak jadi ketua, selesaikan semua kerja dengan sempurna`.begitulah lebih kurang, saya rasa cikgu tak ingat ini semua kerana hampir 20 tahun berlalu.tapi saya ingat.di lubuk hati saya yang paling dalam tertanam kata-kata itu, sampai kini.terbayang lagi hujung padang mana yang saya maksudkan, dulu dekat bengkel pertanian, berhampiran rumah guru yang didiami oleh cikgu Masamah dan Cikgu Jais .terbayang lagi bagaimana selepas itu saya terlebih rajin membersihkan berus-berus tersebut.saya tak kisahkan pun kawan-kawan yang dah berada di kelas.
kerana itu saya menjaga kata-kata saya.saya takut kalau saya tercakap yang buruk dan mengguris hati pelajar saya, kesannya mungkin berpuluh tahun. andai ada ungkapan kata saya yang berinspirasi, biarlah kesannya juga berpuluh tahun. seperti apa yang saya alami.
ketika saya tingkatan satu, saya tak ingat siapa ajar saya pendidikan seni,tapi saya rasa cikgu juga orangnya. tak kisahlah cikgu atau cikgu lain, tapi saya nak mengucapkan berbanyak terima kasih kerana memanjangkan jangka hayat kepercayaan saya terhadap kebolehan diri sendiri dalam melukis.
masa itu ujian, saya betul betul terlupa nak bawa peralatan melukis. prinsip saya malu nak meminjam,walau tak de tapi tak pula rasa nak meminta-minta.
tapi saya tak boleh tahan tengok semua orang mewarna.jadi saya tebalkan muka meminjam dari kawan saya, siti Salimah. warna dan berus. malunya, Tuhan saja yang tahu. adat meminjam, pakai saja apa yang ada. tak kan nak berlebih-lebih pula.
saya ingat sangat. lukisan saya kulit buku, gambar seorang tua di bawah pokok tengah bersandar. dikarang oleh `Tuk Na`. warna ?sangat minimalis. biru cair untuk semua pakaian watak, kuning cair untuk keseluruhan latar. saya tak yakin saya dapat lulus. sangat ala kadar. buruk pun ya juga. tapi saya rapikan juga apa yang boleh.

tiba dapat keputusan itu, saya sangat tak sangka. cikgu bagi 50/100. rasa sangat suprise. saya bersangka baik yang cikgu sangat baik.(sebab bila dah mengajar ni baru saya tahu kadang kita beri markah supaya pelajar tak patah semangat,nak diikutkan alahai, c pun belum tentu..).sebab itu apapun yang saya buat sekarang, semuanya berdasarkan pengalaman. saya lakukan apa yang saya mahu guru lakukan untuk saya dulu. dan saya sedaya upaya lakukan macamana guru-guru saya yang baik lakukan kepada saya.terima kasih cikgu memberi contoh baik untuk suri teladan.

kemuncak cerita saya, pada sambutan hari guru di smpb tahun1991. tak terasa pun nak mengucapkan `selamat hari guru`untuk cikgu-cikgu. usai saja majlis, terus saja bersurai. cikgu ada menegur,`kamu semua ni, cuba la beri sikit ucapan ke apa ke pada guru-guru`...
maaflah cikgu, kami salah. masa tahun 1991 budaya itu belum mengakar lagi. bukan sengaja.jadi, saya nak tebus balik silap saya, dan mewakili kawan -kawan, nak ucapkan selamat hari guru untuk cikgu, dan cikgu-cikgu juga....
puasnya dapat melepaskan apa yang terbuku di hati.cikgu, maafkan saya.

SMB 1992-1993
tingkatan 6

CIKGU ROSLAN IDRIS

cikgu seni yang sangat aku hormati. kerana prinsipnya. kerana santunnya. kerana caranya yang berhikmah dalam menegur, membuatkan aku sangat malu untuk berbuat salah.
aku ambil seni dengan salmah.belajar berdua saja.masa tu ambil ekonomi makro dengan cikgu normalia. tapi aku punya otak kiri tak boleh fungsi dengan baik. asyik gagal saja. lama-lama cikgu malia fed-up. dia kata `jana, kalau awak nak ambil sangat seni, buang la ekonomi, pergi kelas seni..`aku gumbira. aku pergi la bilik seni. cikgu malia panik. takut aku merajuk. maklum, pra u dah besar tak boleh le cara macam budak form 3. tapi aku tak marah pun dengan cikgu malia. tak ada apa nak dimarahkan.
aku degil masa form 6.join karisma,daki gunung ledang. join teater, geli betul sebab aku mengada-ngada tak suka pakai tudung.lepas tu ada skandal pulak dengan apek cina .haha.bodoh betul kalau diingat.untuk ita, jijah dan sapa yang tahu, dah ,gelak dalam hati aje.jangan ungkit kisah lama yang bodoh tu.
cumanya aku perlu beritahu, kegilaan aku ialah sampai dapat lukis potret apek tu kat sketch book aku.sebiji pulak tu muka dia. dengan rambut belah tengah. his. tapi cikgu roslan tak marah. dia cuma catatkan satu lagu yang baik untuk akudi bawah lukisan itu.antara baitnya..
pandangan mata selalu menipu
pandangan akal selalu tersalah
pandangan nafsu selalu melulu
pandangan hati itu yang hakiki...
kalau hati itu bersih.

berhikmah sungguh kan. tak berleter pun.

aku masih teringin untuk jumpa cikgu roslan.dialah juga cikgu yang memberi nilai kepercayaan tinggi untukku melukis. kegilaan melukis gambar udang berputik bila tengok lukisan itu di bilik seninya.harap dapat jumpa cikgu satu hari nanti. cikgu orang yang hebat. sekarang ni terkenal sebagai pelopor lukisan atas kaca. siapa tak kenal cikgu roslan bukan orang pontian le tu..

UITM
2004-MPBP

sebenarnya semua pensyarah mpbp sangat kami sayangi. sungguh kebapaan. En Taslim, En.Manan, En. Rousliluddin, En. Thana, En. Jamil, En. Azni dan En. Shapiai.sebenarnya ada ramai lagi, tapi sekadar beberapa nama. masa melanjutkan pelajaran di sini, rasa malas nak pergi shah Alam. apakan daya, cukup 1 sem kami terpaksa pergi. aku suka mpbp. aromanya, suasananya, damainya...segalanya mengasyikkan.tapi antara ramai tu, Allah takdirkan aku jumpa kembali Tn Hj Shapiai selepas aku kembali berkhidmat di sekolah.

Tn. Hj Shapiai Mohd Ramly

aku sangat kagum dengannya. beliau terus aktif dengan Warisan Johor,walau dah bersara. bahagian penerbitan mungkin. tapi tahukah kalian semua, pertemuan aku dengan Hj Shapiai membakar semangatku untuk menulis, dan insyaAllah aku berazam akan membukukan pengalaman aku dan rakan -rakan dalam sebuah buku. perkampungan penulis muda johor tempoh hari memberi aku tahu yang guruku ini hebat berbahasa orangnya.lihat sajalah blognya, melihat kesunyataan, ada entri yang kita perlu baca 3 kali untuk memahami maksudnya!
aku rasa malu, guruku yang sudah berusia dibandingkan aku masih mampu menulis yang indah-indah. kenapa tidak aku?
InsyaAllah Tuan, saya akan usahakan. kalau sudah siap nanti, harap tuan tak keberatan untuk membeleknya, melihat kekurangan yang perlu dibaiki demi kewujudan sebuah buku yang bukan hanya angan-angan.saya mesti hubungi yang lain. kalau mereka tahu betapa gigihnya cikgu dalam dunia sastera, mungkin semangat itu boleh melebar kepada mereka semua pula.

demikianlah catatan aku mengenai guru. terimakasih tuan-tuan dan puan-puan, kasih dan bakti  kalian semua tidak terbalas dengan kata-kata. hanya Allah yang layak mengganjarinya. bertuahnya saya terpilih menjadi murid tuan semua.
orang daik menjala di Tanjung
dapat keli jual di kuala
budi baik rasa nak junjung
sampai mati kukenang jua

6 comments:

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

syahdunya... respek le masih ingat nama2 cikgu

Comels berkata...

semakin tajam ingatan bila minum jus kismis...hehe..

Melihat Kesunyataan berkata...

Kisah dan ingatan kepada guru-guru Comel itu cukup menarik. Terasa saya juga termasuk dalam senarai Comel. Terima kasih atas ingatan itu. Saya doakan agar Comel juga berjaya dalam kerjaya sebagai guru.

Comels berkata...

terima kasih tuan kerana sentiasa mengikuti catatan saya.memanglah tuan termasuk dalam senarai, sebab melihat gigihnya tuan dalam bersastera membuat semangat ingin menulis saya membuak-buak bagai empangan pecah...saya bertatih lagi, mungkin bila dah cukup rasa untuk berkarya dan dah cukup bahan dikumpul, saya akan panjangkan karya itu pada tuan untuk dinilai, diconteng, disunting agar keluar dengan indah bagai emas baru disepuh.sebenarnya ramai lagi guru dalam taman ingatan saya, nantilah ada kesempatan saya akan nukilkan juga..

Citra Delima berkata...

salam comel, terharu saya yang menceritakan kesah guru2 anda, termasuk Hj. Shaipai. Hj. Shaipai merupakan guru puisiku sejak berkerja sepejabat. sekarang rasa terkilan yang beliau akan bersara dari jawatan pada akhir bulan ini. alasannya berhenti,adalah tidak mendapat senyuman dari rakan2 yang lain. saya keseorangan, dengan ketiadaan beliau, ibarat pena kehabisan dakwatnya.namun saya kuat semangat yang diberikan, iaitu,' sekali menulis akan terus menulis"

Comels berkata...

citra,terima kasih kerana sudi ziarah.tahniah kerana ada rasa bila membaca,walau cerita saya mungkin tahap-tahap biasa saja. tak semua orang ada kepekaan begitu. iya ke Tn Hj nak bersara? sedihnya.rugi kehilangan tenaga kerja yang hebat begitu. kenapa , teman sepejabat tak peramahkah?
beruntung citra dapat mendampingi insan seni, menajamkan kepekaan kita pada hidup.semoga citra dapat hasilkan karya bermutu..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com