catatan ditulis pada pukul.3.35 petang, 19/04/2010,isnin.
khas buat aku dan kawan-kawan, istimewanya kalangan guru. istimewa buat Tanty yang begitu rajin bekerja walau organ dalaman dah berkurang satu.
gambar atas:kak sakdi,aku dan tanty
gambar bawah:mejaku, tahun lepas.serabut,macam serabutnya fikiranku...tapi kini tak lagi!
aku minum jus kismis.
aku inginkan kebaikan meminumnya.aku dah rasa keberkesanannya,alhamdulillah.ramuannya adalah kismis,madu,habbatus sauda,kurma nabi(ajwah),buah tin, minyak zaitun,za`faran.
dalam kitab perubatan nabi menyebutkan nabi pernah bersabda `sebaik-baik makanan ialah buah kismis,(zabib),ia menghilangkan keletihan,menguatkan urat saraf, meredakan kemarahan,mencerahkan warna kulit ,mengharumkan hidung dan mulut.
Alhamdulillah, aku rasa ada benarnya.yang paling benar, aku semakin sabar, dapat kawal kemarahan walau dengan budak terjal.hatiku tenang, seolah tak terganggu dengan apa yang berlaku. memang tak 100% berjaya, tapi dapat sangat kurasa keberkesanannya.
contohnya, masuk kelas 4p5 harini. sekumpulan pelajar dah terpekik terlolong macam kena sawan tangis. suhu pula sangat panas. yang membutanya lain, yang blur pun ramai.tapi aku rasa aku tenang saja.
aku menegur dengan sabar.yang tidak dibuat-buat. atau paksa,sabar yang datang semacam daya menolak aku untuk kuat dan kuat.
orang yang bukan guru tak tahu apa rasanya ye tanty kalau kita cerita begini. hanya yang melaluinya yang faham.
jadi aku sangat mengesyorkan untukmu tanty, ambil makanan sunnah ini. kau akan lebih bertenaga. tambahan pula semakin cantik sekarang dengan koleksi baju baru yang rolling 3 minggu pun belum habis lagi, hahaha.
aku rasa ko bagi haris pun bagus.tengok banyak testimonial, budak-budak yg minum jus kismis ni makin tunjukkan banyak perubahan positif,dari segi akhlak dan minda.
tak salah mencuba, untuk kebaikan kan.
anak muridku yang sedang sambung belajar, cuba-cubalah cari.jangan asyik makan jajan saja. tak berkhasiat langsung!
(haha,kan dah kena leter dengan emak)
2 comments:
Cikgu Nurjannah,
Sebagai guru seni saya juga ada pengalaman dengan pelbagai karenah anak murid. Masa tu belum ada lagi diperkenalkan jus apa tu, jus kismis? Yang ada cuma jus tempeleng. Sekarang ni kalau gunakan jus tempeleng, cikgu pula yang kena saman.
Tanty cuba nanti... tapi takutla pulak tanty ni suka membeli tapi ubat tak pernah abis
Catat Ulasan