Ahad, 18 April 2010

sepinggan udang galah berulam cinta

catatan ini ditulis seminit lagi berakhirnya 17 haribulan 4 2010.(pukul 11.59 tengah malam)

sebenarnya hari ini hari ulang tahun hubby. tapi kami tak meraikannya dengan bunga, kad ucapan atau jalan-jalan.itulah uniknya cinta.kalau aku ditanya, apa tanda aku mencintai dia?, salah satu perlakuanku ialah membiarkan dia membuat apa saja kesukaannya selagi bukan perkara dosa,sehingga dia puas dengan hobinya itu. cinta bukan mengawal, tapi melepaskan ia bebas kerana sebebas manapun dia, akan kembali kepada kita yang dicintainya.
bukan aku ideal sangat,tapi aku belajar melalui pengalaman.kedewasaan ini menjadikan aku semakin bijak untuk bersikap.
hubby tak pernah menghalang aku dengan hobiku, tak pula memaksa aku untuk ikut akan hobinya..jadi kenapa aku nak bising berleter kalau hari ini dia nak pergi memancing udang walaupun sepatutnya kami meraikan hari lahirnya?
kerana aku mencintainya, aku biarkan dia melakukan apa yang dicintainya.lagipun aku juga gilakan udang.obses gila-gila. sampaikan masa painting finale di UiTm dulu aku boleh pilih udang galah sebagai subjek matter.kebetulan tema painting food art, tak ada masalah le kan.

ini lah bukti obsesi aku terhadap udang galah.nama saintifiknya pun aku ingat sampai sekarang.macrobarium rosenbergii.
jadi hari ini dengan obsesnya hubby ke kota tinggi   untuk mencari lubuk sepit biru dengan Emi dan Saiful.dah masuk 3 kali pergi, tapi 2 kali tu adalah dapat sekor dua ikan kecil.cuma aku sedikit bimbang, orang kata udang galah ni suka duduk kat lubuk sang bedal.kotor-kotor atau daki bedal tu udang la yang makan, macam peranan ikan mdk untuk bersihkan akuarium.alah, tawakal saja, bukan nak cari gaduh, nak cari rezeki kan.

aku tahu hubby pergi pun untuk cari rezki, di samping hobi.Alhamdulillah, banyak rezki hari ini. dah tertulis, kali ni pergi  tak le `ngecer` orang di rumah...
dah bagi tiga orang semua dapat banyak ni,emmm,not bad.Alhamdulillah
jongkong ni abang hadiahkan kat comel sempena hari lahir abang hari ni.eh, terbalik pulak ye...

aa,dah abang bagi kena ambik la, nanti abang kecik hati pulak. ngeee
 goreng dengan bawang kunyit dan gula merah saja pun dah merangsang nafsu makan...laparnya..

agak kurang asam gambar ni. tak pelawa tu yang rasa macam tak puas hati tu...er,sila,sila,jangan malu-malu...
sudah ku katakan, uniknya cinta.udang paling besar hadiah buatku dari suamiku tercinta.faham tidak, dimana letaknya cinta itu? bukan pada udang tapi pada hati yang membuat keputusan untuk memberikan yang terbaik buat yang dikasihi...
 oh,tragik sungguh nasib semua udang ni.selamat.sebatilah cinta dalam perut.haha.

apa yang aku ingin kongsikan dalam entri ini ialah, kasih sayang akan buat hidup kita jadi indah.terpulang bagaimana kita mahu menghargai pasangan atau pasangan mahu menghargai kita kerana cara orang berbeza.
janganlah sekali-kali kita membandingkan cara orang lain dengan cara kita kerana kebahagiaan bukan orang yang rasakan, ukurannya anda tentukan.
caranya anda yang tetapkan. jangan biarkan gaya hidup orang lain mempengaruhi anda.jadilah diri sendiri. sayang, selesa dengan diri sendiri.

akhir sekali, aku ingin nyatakan betapa Allah maha baik, maha pengasih dan penyayang.permintaanku untuk mengecapi nikmat sedapnya makan tertunai dengan rezki melimpah ruah hubby bawa pulang.kasih sayang semakin bercambah.,hati rasakan segalanya indah.
terimakasih Ya Allah atas segala pemberianMu.
semoga anda juga menjadi bertambah bahagia dengan hidup berulam cinta.


1 comments:

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

Jan lain kali kalau ada lebih campak2 le udang tu kat kulai utama

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com