14.10.2010.khamis. 5.10 petang.
`andai kita hidup bersama
hari ini dan seterusnya...`
sayu sangat aku rasa lirik lagu STING tu..heh.memori.
entri kali ini aku dedikasikan kepada kawan-kawan baik aku (sebenarnya banyak sangat kawan baik aku, aku aje yang entah baik entah tidak baik sangat dengan kawan aku).
aku spesifikkan kepada kawan-kawan semasa aku meniti remaja, alam persekolahan yang banyak memorinya.
haritu hajar macam tak percaya yang aku kata aku simpan segala bagai suratnya yang dikirim kepada aku hampir 20 tahun lalu.
ok, nak bagi korang yakin apa aku kata, aku paparkan sedikit.
ajar, ingat tak lagi kau kirim surat ni kat aku masa kau masih belajar kat key-el.
shila, surat ni kau bagi aku masa nak raya tahun 94.gila -gila betul bahasa kau tapi kau dulu buat phd dari aku. tahniah la shild.
ini pulak surat dari ita /toyon. masa ni kau masih kerja kat utm. aku kat maktab. lepas aku tunang kalau tak salah aku.
atas dan bawah tu surat dari jijah, kipas susah mati blog aku.juga selepas aku bertunang. tahun 95.siap buat kad ucapan kreatif lagi.thanks jah..
bukti lebih jelas surat dan sampul surat dari ita.tarikh kat bawah tu tarikh aku ambil gambar bukti nih.
inilah sebahagian kecil dari surat-surat sahabat sejatiku. yang kukenal sejak remaja sampai nak jadi retua ni.
bukti kalian sentiasa di hatiku. walau aku dah 6 kali pindah rumah sejak surat ini korang bagi aku, dah dekat 20 tahun usianya. dah pernah nak hanyut dek banjir besaran kat senai tahun 1998...aku tetap simpan. macamana aku simpan memori itu, macam tulah kau orang semua ada di hatiku.
cuma kesibukan membataskan perhubungan. kita sibuk dengan urusan dunia dan keluarga. kadangkala emosi kita yang semakin matang ini terganggu dengan urusan kerja sampai tak ada mood untuk beramah mesra.kadang sebab jarak dan masa buat kita semakin alpa, bahawa satu ketika dulu kita saling menyayangi dan mengisi ruang hati yang ada saja ruang untuk diisi. kadang pertemuan kita di sekolah masa tu buat aku rasa terhibur dan jadi`escapism` aku dari duka kesusahan dan penderitaan keluarga.
sebab itu aku masih kuat menyatakan antara hubungan paling tulus dalam hidup ini ialah persahabatan masa kita masih hingusan. sebab kita mengasihi tanpa syarat. kita tak tahu pun shila nak jadi Dr Phd, kita tak tahu pun Hajar jadi team arkitek, kita tak tahu pun ita jadi bisneswoman, kita tak tahu pun jijah jadi staf dan pengajar kat institusi pengajian, dan aku sendiri tak tahu aku akan jadi macam ini sekarang.
segalanya masih kabur, tapi kita tetap jalinkan persahabatan itu.
(dan sahabatku Astanty yang kukenal di Starp, janganlah kau berkecil hati. kau juga sahabat yang terbaik, yang sudi mendengar keluhan rakan sekerjayamu ini yang hampir gila. terima kasih kerana memahami dan sudi meminjamkan telingamu. kau memang ada bakat jadi motivator, macam abang kau yang terkenal seantero negara itu...)
kadangkala korang semua tertanya kenapa aku menyepi. tak angkat telefon. tak tulis mesej. tak online facebook. dan macam-macam alasan klise aku.aku manusia biasa. yang memiliki simian line di tangan kiri. yang maknanya sangat mudah larut dengan perasaan. ada kalanya aku perlu masa bersendiri mencari diri, agar aku boleh kembali di sisi kalian semua. tapi aku harap korang semua yakin aku mencintai kalian semua kerana Allah, biar apapun dan biar bagaimanapun perbezaan kita sekarang. mungkin berbeza dari berbagai-bagai sudut, dari ideologi politik hingga prinsip jiwa.tapi persamaannya, kamu dan aku saling cinta.aku sayang persahabatan ini.andai kamu semua masih ragu, kenangkanlah balik , bagaimana aku menyimpan surat ini dari kalian, betapalah pula aku menyimpan korang semua dalam hati aku.
buat kawan-kawanku yang lain, aku juga sangat menyayangi kamu semua. cumanya tak ada bukti nak ditunjukkan macam surat-surat klasik antara aku dan mereka ini yang usianya hampir 20 tahun. kalau anak dara, dah bermenantu, tau tak...
jadi, selepas ini andai aku tiba-tiba hilang dan senyap sunyi, sebenarnya aku ada.ada di sudut hati korang semua. macamana adanya korang di sudut hati aku.sama macam surat-surat itu..
1 comments:
aku terharu ko masih simpan surat kita dulu.aku tau ko selalu syg aku. aku selalu kagum dgn ko , ita , dan shila yg selalu tabah dlm kehidupan. sesungguhnya mencintai itu sesuatu yg abstrak yg hy dpt di rasai oleh org yang bercinta itu sahaja.
Catat Ulasan