kerana, menuntut sesuatu itu memerlukan pengorbanan,aku begitu menghormati orang yang berani bersuara menuntut apa yang menjadi haknya. aku?huh, menegakkan keadilan dengan secebis keberanian, sekadar untuk `harga tak munasabah sepasang baju` pun,aku tak begitu berani...
maka,ini tribute untuk mereka.
Sabtu, 28 April 2012
tribute untuk mu.
Posted by Comels at 10:33 PG 0 comments
Khamis, 19 April 2012
MEMOIR AKU SEORANG CIKGU (PART 8)
Agak mustahil untuk mengimpikan yang indah-indah sahaja dalam hidup ini. dalam kerja pun begitu. sama ada aku jadi pesimis kerana aku kurang cinta pada kerjaya ,atau aku jadi begini dengan peristiwa-peristiwa yang mendera jiwa.aku tak tahu mana satu yang membunuh semangatku,satu persatu.
orang boleh berkata,bangunlah, binalah kembali semangatmu,hidupkan keghairahan dalam bekerja...tapi ada masanya aku tak mampu. aku memberi sehabis baik,walau jiwaku meronta-ronta kesakitan.kepalaku macam disiat-siat,hatiku seperti dilumat-lumat.oleh entah apa. kebencian,suka, senang,gelisah,pasrah,lelah.semuanya bergantian.
aku impikan persekitaran yang tenang dan damai.seronok dan santai.tiada kebisingan,tiada semangat negatif,tiada keresahan,tiada paksaan...tapi itu mustahil digapai tangan.realiti kini memang menakutkan,anak-anak ini menjadi sebuah generasi yang begitu agresif,tak terkawal.atau entah setiap masa sejak dari dulu ia begitu,aku tak tahu.
bolehkah kita mengimpikan dapat manusia yang baik-baik saja untuk di ajar?tentu tidak. melainkan mungkin mengajar di sekolah asrama penuh,atau sekolah pondok mahupun sekolah agama,runtunan jiwa seperti yang aku hadapi mungkin tidak berlaku.
1997- `AKU HAMPIR MATI`.
masa itu aku bertugas di sesi petang.giliran bertugas mingguan. meronda,waktu dah petang sangat.mungkin satu masa lagi nak habis waktu p&p.dalam pukul 6.oo petang gitu. aku perasan ada 2 pelajar ni tak masuk kelas,lagi beberapa lama tadi merayau-rayau tak ketahuan hala. sengaja buang masa,sengaja memonteng,sengaja mencabar kesabaran cikgu muda seperti aku.aku tahu dia sengaja mengumpan kemarahan,entahlah,bangga agaknya menyakitkan hati cikgu.
sebab dah banyak kali dia tak mengendahkan arahan supaya masuk kelas,aku naik geram.bila lalu saja depan aku,aku sebat kakinya guna rotan panjang. dia naik marah,malu la agaknya hero kena pukul.dia mula menjerit-jerit marahkan aku,habis semua benda disebut.dari binatang mughallazah sampai kepada benda-benda dalam kain mak abah dia.tak cukup dengan itu,tiba-tiba aku ingat syaitan dah merasuknya.
dia pergi ke bawah pokok bunga,dia angkat sebongkah batu besar anggaran 3 kilo (besar tu,kalau kena hempuk memang aku mati..)sambil mencarut-carut dan air mata dia mula keluar,dia angkat batu tu tinggi-tinggi,siap nak dilempar padaku.ya Allah,aku tenang-tenang saja walau aku takut juga budak tu betul buat begitu,memang mati aku kalau dia berani buat.
kelas sekeliling dah riuh. budak-budak ada yang tergamam,takut aku diapa-apakan. tapi sekumpulan pelajar begitu suka,tambah mengapi-apikan dia untuk baling batu tu padaku. bila aku pandang mereka,di wajah mereka tergambar keseronokan yang tak terungkapkan andai berlaku peristiwa `cikgu disiplin yang garang macam hantu mati kena hempuk batu`.
aku tak bohong kawan, peristiwa itu kemas dalam lipatan memoriku,hingga kini.aku masih ingat lagi tempat itu,di koridor berhadapan tangga,berdekatan dengan bilik seni sekolah itu.yang menyaksikannya,kak rahmah,rakan setugas.dia dah menjerit panik.tak pasal-pasal nanti hilang kawan serumah pulak.
kau rasa aku buat apa kawan.lari?oh,tidak.aku bukan pengecut.aku ada maruah. maruah seorang guru yang patut dipertahankan. kalau aku lari,tentu mereka tambah berani dan merupakan kemenangan moral .percuma saja. jadi aku teguhkan berdiri.aku tenung matanya.aku mengucap panjang-panjang.aku pasrah,kalau itulah akhir hidupku,padahal tak berapa hari saja mengajar.debaran hati juga semakin kuat.badan dah menggigil.takut aku pulak kerasukan.
mujur Allah masih mahu aku hidup. kawannya cuba tenangkannya.diraihnya batu tu dari tangan budak tu.berkeras juga dia,seboleh-boleh mahu dibunuhnya cikgu yang kejam ini.tapi akhirnya psikologinya kalah. menangis dan dilempar batu ke tepi. dia melangkah pergi dengan carutan yang panjang. pelajar lain yang menyokongnya bersorak. yang sayangkan cikgunya mengurut dada.lega. cikgu tak jadi mati.
aku?dengan langkah longlai dan hati yang luka,melangkah ke bilik guru.menulis report apa yang berlaku sejujurnya.agar aku tak disalahkan akhir nanti.benar telahanku,esoknya awal-awal pn. Mastura,penyelia petang panggil aku ke pejabat. di depannya dah duduk dengan angkuhnya seorang lelaki yang tegap badannya. dia kata `oh,ini cikgunya yang buat anak saya semalam?` mukanya masam mencuka. matanya tajam,merenungku seolah-olah aku ini pesalah juvana.
aku tak gentar.ya,itulah kelebihan bila kita berdarah muda. aku hulurkan report semalam,aku minta lelaki itu membacanya.
agak ambil masa juga dia. kemudian,aku lihat dia agak kendur. dengan nafas lemah dia berkata, `betulke anak saya cakap begini,cikgu? saya mengaku,saya sibuk. saya boleh bagi dia duit yang banyak. saya mewahkan dia. baju dia kalau tak cecah RM60,tak mahu dia pakai. kasut,mesti converse. saya tak sangka dia buat begini. mungkin dia kurang kasih sayang`.
tahu pun. rasa nak kupadan-padankan mukanya. rasa nak kukatakan padanya,kalau tak pandai ajar anak,jangan marah kalau cikgu tolong ajar.tapi minda aku masih sihat dek kerana badan aku masih cergas. orang pandai tak buat begitu. aku pun tak buat lah. pengakuannya aku dah terima sebagai tanda minta maaf.
budak itu memang payah nak dibentuk.sekarang aku rasa umurnya dekatlah 3o tahun agaknya.beberapa ketika,guru-guru pun sering bercerita tentangnya. Pn. Leong Le Har pernah cerita dia terserempak budak itu macam tak terurus,macam budak hisap dadah,duduk melepak dekat bas stop.
kawan,
jika anakmu balik mengadu tentang cikgu,baik kau datang sekolah untuk bertanya, bukan marah membabi buta.
cikgu ini perasaannya sama macam kau,ingin yang terbaik untuk anakmu. biasalah,kalau kena pukul tu.tu pun tanda sayang. bukan sampai lumpuh pun. tapi kalau kau tak menyokong apa cikgu buat untuk anakmu, kau akan rugi 2 perkara.pertama, anakmu akan rosak sampai bila-bila. kedua, cikgu tawar hai dan biarkan saja anakmu buat apa dia suka kerana sikapmu yang terlalu melindungi.
bukan itu saja patah jiwa yang aku alami. aku sambung entri part 9 nanti...
Posted by Comels at 5:48 PTG 0 comments
Jumaat, 13 April 2012
Pandai Ada, Nilai Tiada
entri untuk anak-anakku di STARP. yang buruk jadikan sempadan.
tadi ustazah Yati mengeluh padaku`. Kak, budak debat sekolah mana entah tadi selamba buat tak dengar bila saya tegur sebab sesuka hati masuk tandas guru.Kak Maznah pun tegur, dia boleh buat toya aje kak.. sengaja dia betul-betulkan tudung,tengok cermin macam kita ni tak ada.`.`habis, kau tak `sound` bagi keras sikit. ?` `eh, cakap sekali dah lah kak, kan budak pandai.takkan tak faham-faham`.
`betul ti, pandai, tapi ,tak ada NILAI!`
masuk tandas guru sesuka hati. ditegur buat tak dengar. buat-buat pekak. buat bodoh. kalau betul bodoh, aku boleh terima. masalahnya, budak cerdik. apa tak cerdiknya. sudah barang tentu mereka merupakan pelajar terpetah di negeri Johor ini.sebab itu mewakili daerah masing- masing dalam bahas peringkat negeri, di sekolahku ini.
tapi mana nilai anda? bukan tandas pelajar tak ada, betul-betul di sebelah tandas guru yang kamu masuk tadi ,kan. yang lebih tidak beradab, kamu pekakkan telinga dengan teguran guru. sedangkan imej kamu,sekolah kamu, kepandaian kamu, kamu bawa dari jauh. bukan guru kedekut sangat sampai nak masuk tandas pun tak boleh, tapi yang namanya sekolah ini tempat kamu dilatih untuk berdisiplin dan membentuk budaya menghormati hak orang lain. tempat kamu belajar beradab sopan. tempat kamu sedar, inilah masanya untuk mengasah sahsiah dan jati diri.
arahan yang begitu mudah tak boleh ikut,jangan harap kamu boleh buat lebih baik di dunia luar selepas kamu belajar nanti.kesombongan anda, ego anda,tiada hormat orang lebih dewasa, nilai itulah yang kamu bawa di samping imej pembahas terhebat negara.
bukan kata nak minta maaf, pandang wajah cikgu pun tidak! nasib baik ustazah Yati, kalau Puan J yang masuk tadi, berasap telinga kamu agaknya.
anak-anak pelajar STARP yang dikasihi.
kamu jangan jadi begitu. jangan sombong, jangan biadab,dengan siapapun kamu berurusan. kamu membawa imej ibu ayah, guru-guru,sekolah dan bangsa serta agama kamu. kebaikan beribu akan lenyap dengan keburukan yang satu. berulang kali cikgu ingatkan, cikgu tak peduli sangat dengan pencapaian akademik kamu sebab manusia ini pelbagai kepandaiannya. tak boleh dapat 10A Spm pun tak jadi masalah, bukan penamat hidup. kerja macam-macam, bidang pun macam-macam. yang penting, bagaimana kamu bawa diri di hadapan masyarakat. jangan sampai cikgu dicela orang `cikgu kamu tak ajarkah beradab sopan?` malunya muka cikgu ni tak tahu nak letak di mana,tahu!
ingatlah, kenapa iblis terpaksa duduk dalam neraka, seburuk-buruk tempat tinggal buat selama-lamanya?
tak lain tak bukan, sebab dia begitu SOMBONG!
ramai peserta yang baik,yang sopan,yang tahu diri. tapi segelintir yang begini, buat aku tawar hati nak datang esok hari sedang orang lain enak-enak di rumah, melayani cuti di sabtu yang indah.
kepada pelajar yang berkaitan, semoga kamu sedar, kamu bukan siapa-siapa. setakat jadi pembahas nak ke peringkat negeri, spm pun belum lepas lagi, apalah sangat nak dibandingkan guru-guru yang ada degree, master bahkan phd!
belajarlah hormat orang kalau kamu ingin dihormati.
* zizi :ooo,ini yang buat akak marah...
aku :tak marah zi, tapi terkilan, ramai budak sekarang tak ada adab walaupun pandai. menyakitkan hati cikgu tu bagi dia bukan apa apa...
zizi :ye la kak. nanti zizi tulis blog juga. banyak tak puas hati sejak jadi kp ni.akak punya pasallah ni. nak,ambik balik kp ni...dish..dish....
Posted by Comels at 9:15 PTG 4 comments
Labels: bahas ala parlimen, marah, perasaan, sombong
kerana kau kekasihku....
entri ini khas untuk kekasihku dunia akhirat,suamiku tersayang.
selamat hari lahir sayang, semoga abang dilindungi Allah di dunia dan akhirat.
terima kasih kerana menjadi suami yang menyintai sepenuh hati,menerima kekurangan dengan redha dan sabar,menerima kelebihan dengan syukur dan senyum lebar.
terima kasih sayang, kerana tidak pernah beralih arah selama tempoh pernikahan kita hingga ke saat ini yang usianya menjangkau14 tahun. walau di luar sana abang berhadapan dengan macam-macam ujian, macam-macam perempuan,yang cantik,yang menarik,yang pakai bedak bertepek-tepek.sedangkan isterimu ini cukup sederhana,pakai bedak biasa-biasa,gincu pun sekali sekala.
terima kasih sayang, kerana benarkan isterimu ini belajar, mengejar cita-cita yang terpendam akibat kemiskinan keluarga, abang rela menempuh susah dan derita, abang rela korbankan ego dan kerjaya,abang rela sunyi sendiri 3 tahun menahan sengsara,terpisah kita jauh,,jauh dan jauh.
dalam rindu dan terpaksa, abang meneruskan hidup seorang diri,,sunyi dan sepi.rumah kita tak berseri, abang kata kerana hilangnya seri sebab isteri tiada di sisi.
terima kasih sayang, kerana abang rela berkorban belajar sendiri dari tak tahu apa-apa sampai boleh jadi orang IT, sampai terlentok-lentok dengar tutorial cikgu-cikgu oversea.yang mengajar kadang-kadang suara kipas komputer lebih kuat dari suara dia,tapi abang tabahkan hati dengar mat saleh tu memberi ilmu hari-hari.memang berbaloi kita bayar internet beratus-ratus untuk 30 hari.
terima kasih sayang, abang sanggup tunda keinginan untuk ambik degree dari open universiti sebab abang mahu berdikari,tak mahu terhutang budi dengan bantuan diberi,abang kuatkan semangat dan hati,hari-hari belajar sendiri.
abang tahu tak, ayang percaya Allah tu Maha Adil. Maha Baik, dan Maha mendengar. kita tunggu saja dengan sabar. abang tabah dan kuat semangat.abang rajin belajar. abang baik. abang tinggi cita-cita. abang ada kekuatan jiwa.abang ada rasa percaya. dan abang ada isteri yang setia.
sekejap lagi, Allah kabulkan doa kita. kalau Allah kabulkan cepat, maknanya Allah sayang akan kita. kalau Allah kabulkan lambat, maknanya Allah mahu dengar lagi rintihan kita. kalau Allah tak kabulkan didunia, Allah ada sesuatu yang terbaik untuk kita di sana. bagaimanapun, Allah maha baik sayang, kita usaha,harap dan tunggu.
sayang, terima kasih kerana tak merungut apa-apa tentang hidup kita. abang buat air sendiri kalau ayang tertidur, abang masak megi sendiri kalau abang lapar tengah malam, abang makan apa yang ada yang ayang beli dari kantin kalau ayang penat nak masak,abang tak pernah susahkan ayang dengan benda remeh temeh tu sebab abang tahu ayang penat,otak ayang serabut kalau balik kerja dengan kerenah budak-budak yang meningkat remaja.
abang pendengar yang setia tentang perkara yang berlaku kat tempat kerja, abang dengar juga walau dah banyak kali ayang cerita benda yang sama, abang senyum-senyumkan muka walau abang pun banyak masalah dunia.kerana abang begitu mengerti, kerja ayang sangat mengganggu emosi, orang luar tak tahu gelora rasa seorang guru. hanya empunya diri dan keluarganya yang tahu.
walau sekarang abang tak boleh nak tolong ayang macam dulu tanda kertas periksa yang beratus-ratus keping tu, cukuplah abang dengar celoteh ayang barang seminit dua (sejam dua) tentang resah dan kacaunya jiwa ayang dalam proses memanusiakan manusia.itupun dah cukup melegakan, kerana abang dengar dengan simpati, suami yang mengerti tentang erti sebenar kelelahan ini. abang bukan kategori suami yang tergamak menyoal kembali isteri `penat sangatkah kerja cikgu ni?` ah, bertuahnya memiliki suami sepertimu sayang.
terima kasih sayang, walau abang tak pamerkan romantik abang dengan jambangan bunga atau hadiah intan permata, tapi kasih sayang dan kelembutan abang ekslusif untuk ayang sorang sudah cukup buat isterimu ini terharu. abang tak pernah tinggi suara, abang tak pandai tunjuk muka masam mencuka, abang tak sanggup tengok ayang kesejukan dibekukan ekon, abang cari stokin ayang yang bersepah sana sini, abang pakaikan ayang stokin dan selimutkan ayang supaya tak beku,(kadang ayang belum tidur tapi pura-pura dan sungguh indah merasai kasih sayang yang tidak diungkapkan itu...) lepas tu abang sambung belajar semula kat ruang tamu sampai pukul satu.
setiap kali ayang pergi kerja abang hantar sampai pintu pagar, abang tengok ayang sampai hilang dari pandangan,abang lambai-lambai dengan penuh rasa cinta,ayang tahu itu dari sorotan mata.
insyaAllah sayang, tak lama lagi kita tak perlu bekerja makan gaji,kita sama-sama usahakan untuk kerja sendiri,mudah-mudahan Allah limpahkan rezeki,kita capai segala cita-cita.kita selalu tengok filem yang membangun jiwa,kita ambil kata-kata mereka untuk semangat. terbaru,cerita yang dapat rating tertinggi tak terkalahkan itu,alah,yang ada hero tua tua, morgan freeman tu...abang ingat tak kata kawan dia yang dapat lari ke pulau `aveuluveluuu` tu...MANUSIA MESTI HIDUP DENGAN HARAPAN.
selamat hari lahir sayang, semoga kita berbahagia di dunia sampai syurga.
Posted by Comels at 5:02 PTG 4 comments
Labels: cinta, hari lahir.
Selasa, 10 April 2012
Andai Dapat Ku Undurkan Putaran Dunia...
merayau-rayau di muka buku kawan lama,yang aku add,yang aku tak add,yang add aku,yang tak add aku...menyedarkan aku satu hakikat, betapa masa mematangkan manusia,banyak benar perubahannya baik dari segi fizikal, moga -moga pemikiran juga.
Tuhan, malunya aku pada yang namanya keterlanjuran kata-kata,tindakan dan pemikiran masa aku remaja dulu. zaman kanak-kanak,zaman sekolah,zaman maktab...heiizz...kalaulah dapat kuundurkan masa...semua-semua kesilapan tu aku taknak buat. aku nak jaga mulut aku. nak jaga kaki dan tangan aku. nak jaga hati aku...hai...kalaulah...
sebab itu, anak-anak yang membaca coretan mama comels ini,dengarlah. kamu semua di ambang remaja. zaman yang kata-kata kawan lebih lunak didengar dari nasihat ibubapa dan guru-guru. zaman ikut hati. zaman kamu betul,semua orang salah..
dengarkanlah.
agar kamu tak kesal kemudian hari, berhati-hatilah bila berkata dan bertindak. sesungguhnya, mama sekarang ni begitu terdera dengan kesilapan hampir 20 tahun lalu.terbayang-bayang di ruang mata,memalukan,menyakitkan dan meninggalkan kesan yang begitu dalam.
mujur Allah mengasihani mama, jadi Dia mermberi kekuatan untuk mengharungi. diberinya juga seorang kekasih yang menjadi tempat berlindung,bermanja dan mengasihi mama sepenuh hati.lewat tindakan dan tutur katanya. hati ini disiram salju hingga parut lama hilang sudah.(terima kasih,sayang,walau sayang tak baca pun blog ni...hehe..)
hargailah apa yang kita ada sebelum ia pergi meninggalkan kita.3 hari lepas,ada nonton filem.terharu dengan kata-kata watak itu:`ya,saya pernah buat silap dan benda bodoh,tapi saya tak boleh buat apa-apa untuk tarik balik semuanya.`
yang penting,lupakanlah,buat yang terbaik untuk hari depan ini.
em,zizi,filem tu bukan filem melayu. sorry!
Sabtu, 7 April 2012
anggur neraka tu,makcik....
ingin ku katakan begitu padanya,tapi bagaimana ?. oh,imanku tak kuat lagi. berani berkata dalam hati saja.
tadi,hubby ajak jalan-jalan ke jusco Tmn U dengan nawaitu yang begitu mulia iaitu nak makan mahal sikit sebab dah penat kerja macam nak mati.aku pun sangatlah gembira sebab pahala besar kalau menggembirakan hati suami!
sampai sana kami pun makan kat tempat yang adunannya menjadi rahsia itu.rahsialah sangat,harap jangan ada yang haram dan syubhah,sudahlah.
lepas tu kami ke tempat wajib pergi.MPH.sebab keinginan memiliki DSLR canon yang menggebu-gebu, sekarang kami beria-ia mengumpul majalah tentang fotografi.dah macam banyak dah tahunya istilah-istilah fotografi tapi tanpa praktikal pun,mengarut juga rasanya.Tuhan,sampaikanlah hasratku ini...
yang nak diceritakan,tentang anggur itulah. ku tinggalkan hubby sebentar,ke tandas memenuhi tuntutan alam. lepas tu,aku merayau sekejap ke bahagian roti,buah-buahan dan sayur. masa aku leka tengok anggur merah dan hijau yang sangat cantik dan mengghairahkan, tiba-tiba ada seorang perempuan setengah baya datang ke situ. ke tempat anggur merah itulah. gayanya macam berminat sangat,macam aku,menimbang-nimbang untuk beli dalam 4-5 ringgit. saja, nak rasa sikit.hubby bukan makan pun kalau beli banyak.
tiba-tiba makcik tu ambik satu biji anggur merah. dia lap-lap guna jari. terus dia bawa lari (jalan cepat-cepat) ke tempat agak terlindung. ya Tuhan, mahu diapakan dengan sebiji anggur tu? aku cuba bersangka baik,tapi takkanlah mahu beli sebiji,dan nak timbang sebiji? aku pejamkan mata, aku tak sanggup tengok apa yang berlaku. nyatanya beliau pergi kepada keluarganya,ada sepasang suami isteri dan anak kecil anggaran 3 tahun mungkin cucunya sedang mendongak dan menjengketkan badannya kerana makcik itu menghulur tangan lalu.....
aku sedih,selalu aku terserempak situasi begini kalau aku di pasaraya dalam keadaan aku tak berdaya menegurnya.mencuri makanan dengan alasan `merasa` sedangkan nyata-nyata ada notis `dilarang mencuba`.paling sedih, membiarkan anak-anak kecil mereka buka tutup makanan ringan sesuka hati,masuk ke mulut macam mak abah dia punya. paling memalukan, mak abahnya atau neneknya sendiri suapkan makanan curi itu di mulut mereka!
tak pernah sekolah kah?ambil tanpa izin tu lebih teruk bila kamu tak sangka bahawa perbuatan itu mencuri namanya. walau dalam skala kecil,curi tetap curi. dan Allah dah beri kita ingat, daging yang tumbuh dari makanan haram,api nerakalah jawabnya.
kerana kau suka baca blog aku ini kawan, ingin aku ingatkan, janganlah sesuka hati merasa makanan tanpa izin atau pengetahuan penjualnya. haram,berdosa.tahukah kau, saidina umar pernah korek mulut anaknya sampai muntah sebab budak itu terambil sebiji kurma baitulmal. bapa syeikh abdul kadir jailani sanggup menghambakan diri bertahun-tahun bagi menebus kesalahannya memakan epal hanyut di sungai kepada tuan punya ladang itu. tapi,itu gambaran orang soleh. orang takut dosa. kalaupun kita kurang soleh, takutlah akan dosa. neraka tu panas kawan. malaikat pun tak buta.malunya kita di masyar nanti kalau perlakuan kita mencuri itu ditayangkan semula untuk tontonan umum.arghhh. mana nak letak muka?
mungkin mereka yang lakukannya rasa tak salah, tak berdosa. itulah, suruh sekolah tak nak. kan dah bodoh. ubahlah kejahilan itu dengan mencari ilmu. malas dengar kuliah ustaz,baca aje la buku.kan boleh. jangan harap saja umur kita bertambah, tapi ilmu takat tu juga, yang dah 30 tahun kita tinggalkan di bangku sekolah dulu. mulia manusia kerana ilmunya.
masa perjalanan balik, aku terlupa nak kongsi dengan hubby. selalunya, apa saja cerita akan kami kongsi sama-sama. puncanya, hubby begitu marah dengan cerita penyangak skala besar, syaitan-syaitan lynas! mengamuk betul dia.sampai lupa aku nak cerita kes penyangak skala kecil tadi.
ya lah sayang, marah pun tak guna, tahun ni, pergi mengundi!
Posted by Comels at 10:14 PTG 0 comments
Labels: jusco tmn universiti, makanan haram, pengalaman hidup
Jumaat, 6 April 2012
terima kasih, Eric !
minggu ni sebenarnya minggu aku sakit kepala. minggu bertugas. minggu bawa rotan ke sana sini. minggu berkelahi dengan budak (arghhhh bodohnya aku).minggu marah. minggu sakit hati. minggu yang buat hati aku meronta-ronta nak ajak hubby bersembunyi di Thistle gaji nanti.
tiba-tiba dapat mesej dari eric.mantan anak murid aku, kelas5 sains 2 tahun 2011.
- rindu cikgulah
- suara cikgu
- eric dah siap
- kenape tk buat
- 20 sen
- kat kolej.. cikgu sini tk de buat mcm cikgu
- buat tk buat u punya hal
- tulisan tk cantik u punya hal
- rindu semua kawan
- haizz
mungkin tak ada apa-apa bagimu kawan.tapi amat besar ertinya buat aku.yang ketika ini rasa hati berbelah bagi.penat dengan dunia dan karier ini.betapa ingatannya,kerinduannya dan memorinya tentang denda 10sen itu buat dia teringat-ingat zaman sekolah.sekarang eric sambung belajar di kolej.perkara-perkara kecil yang kami lalui bersama ini jadi kenangan manisnya. dan aku juga.walhal kadang-kadang ketika peristiwa itu berlaku boleh saja ia berlaku dalam situasi yang menjengkelkan.cikgu sakit hati. pelajar tak seronok sebab cikgu marah-marah.hati sangat geram sebab asyik kena denda 10sen kalau tersilap cakap.
sebahagian mereka ketika tingkatan 4jing er,pandai-pandailah bawa diri.
2 tahun aku `mendidik` mereka sepenuh jiwa. aku tidak suka istilah mengajar. mengajar, ialah istilah yang tidak begitu dalam. sekadar beri ilmu akademik. tapi kalau mendidik, di samping akademik, kita patut memberi nilai tambah dalam hidup mereka. akhlaknya. adabnya. kepekaannya kepada isu semasa. realiti sebenar dunia luar,belajar menghormati dan berkasih sayang dengan tulus ikhlas antara kaum yang berlainan bangsa.supaya bila besar nanti mereka jelas,dapat membezakan keburukan dan kebaikan. mana betul dan salah. dan paling penting, menjauhi rasis sebab itulah pembunuh senyap bagi kaum yang berbilang dalam negara seperti malaysia ini.
eric,
terima kasih dengan mesej kamu. memberi cikgu semangat semula. melenyapkan keraguan cikgu selama ini. selama ini cikgu tertanya-tanya, adakah kamu semua dapat sesuatu dari apa yang cikgu ajar. walaupun sedikit. saya percaya, ilmu akademik itu memang kamu dapat. dah dibuktikan dalam SPM lalu.tapi nilai hidup macamana cikgu nak tahu kalau kamu dapat atau tidak?
mesej kamu dah menjelaskannya. cikgu tak kisah andainya dalam 40 orang kelas kamu,andai beberapa orang saja yang mengamalkan nilai yang cikgu ajarkan pun, cikgu sangat berbesar hati.cikgu nak kamu tahu,(dan mestinya kamu tahu),apa yang cikgu beri memang dari hati.
semoga sampai kamu tua pun, turunkanlah nilai-nilai baik yang kamu pelajari untuk anak cucu kamu.di tahun bila pun, saya rasa masih ingat lagi tulisan kamu, walau tanpa kamu menulis nama kamu di atasnya. lenggok bahasa,condong kiri kanannya,bulat,tajam atau kurus hurufnya,malas atau tidak cara mencoretnya,semua saya masih ingat. chen, longoi,QingNing, Kiah, anuar, rafid, zaen, emon,zul,amiratun,jing er, yuh sha,kalaivani,davina, amma,kogi...ah, ramai sangat...
kamu semua sentiasa ada dalam ruang hati saya. satu memori tentang kamu yang susah cikgu nak lupa, ingat tak masa percubaan spm, kaki meja kamu ada 4 batu bata?hahaha. saya tak tahu apa motifnya.kamu dan meja kamu sangat berbeza nampaknya.paling besar dan paling tinggi.nasib baik kamu di barisan belakang. lucu sangat kalau nak diingat!
Posted by Comels at 8:26 PTG 2 comments
Selasa, 3 April 2012
tanda-tanda perlu tukar kerjaya.....
apabila kau mula mengharapkan hari ini adalah jumaat sedangkan waktu baru 7.30 pagi isnin.
apabila kau mula berharap agar sabtu dan ahad itu tak berganjak,duduk disitu sampai bila-bila supaya yang namanya esok tidak menjelma.
apabila kau sangat gembira bila hari itu adalah hari jumaat.
apabila kau migrain bila pukul 6 pagi isnin jam loceng kau berdering.
apabila status facebook kau malam isnin tulis `em, esok kerja`...
apabila hati kau berat macam batu bila mula nak start enjin kereta awal pagi isnin yang mulia.
apabila hati kau meronta-ronta cemburu pada kawan-kawan atau kakak sebelah rumah yang jadi suri sepenuh masa.---------------------------------
andai ada satu saja antara simptom di atas ini pernah kau alami.
maknanya kau patut mula memikirkan `perlukah aku kekal atau harus tukar kerjaya`
macam aku....
Posted by Comels at 10:37 PTG 0 comments
Labels: bosan, suri rumah, tukar kerja
Isnin, 2 April 2012
CIKGU,BELAJAR TINGGI-TINGGI PUN MAK SAYA KATA KE DAPUR JUGA!
hari ini mengajar karangan di kelas 4Sains 1.sengaja aku minta mereka buat karangan aras ke 5 dalam soalan SPM,yang seringnya berbentuk komsas.tepatnya,kena ada keupayaan yang tinggi dalam menulis genre sastera,baru markah dapat banyak kalau mereka memilih untuk buat soalan nombor 5.
manalah tahu, dengan minat yang dipupuk sejak sekolah ini, ramai nanti boleh jadi penulis tersohor.sekarang pasaran buku semakin baik, kesedaran membaca sudah meningkat dalam kalangan masyarakat malaysia.
tajuknya berdasarkan peribahasa, `Jauh perjalanan luas pandangan, lama hidup banyak di rasa`.kemudian ku pinta mereka melakarkan pengalaman hidup sendiri sedari kecil hingga usia 16 tahun ini. pahit,manis,geram,lucu, cinta monyet, miskin,pengalaman bercuti....apa-apa sahaja yang pernah mereka lalui. mustahil dalam 16 tahun hidup tidak pernah menempuh sebarang pengalaman!
bila disuruh begitu,macam-macam perangai yang dapat aku saksikan. menggeliat,buat muncung berdepa-depa, terlentok di meja,terkebil-kebil pandang lampu,tekan-tekan kepala macam orang migrain..semua ada. tahu pun ya,bukan senang nak menulis. tapi kupaksakan juga, ada 2 masa perlu siap. masing-masing mengeluh.alahai,susah sangat kah nak mengisahkan hidup sendiri?
nazeera kata `cikgu,saya nak menangis tulis kisah hidup saya.boleh ke kalau cerita tentang kesusahan?` `kenapa pula tak boleh?semakin kamu menjiwai tulisan kamu,semakin dalam perasaan orang yang membacanya.`aku jawap.banyak sangat mengeluhnya nazeera. banyak sangat yang menghantui fikirannya barangkali. ku katakan padanya, tiada yang boleh menentukan nasib kita kecuali diri kita. tiada siapa yang boleh menghakimi kita,kecuali kita sendiri. siapa yang memberi nilai kepada apa yang kita alami?orang boleh saja bercakap,tapi sebenarnya kita sendiri yang meletakkan nilai kita di mana. adatlah,hidup ini kalau tak menempuh payah,semakin tak bermakna sebenarnya jadi manusia.
suhaila mencelah `ala cikgu, belajar pandai-pandai pun mak kata nanti ke dapur juga!`. `betul. memang ke dapur,tapi tentulah berbeza orang yang berilmu bila ke dapur dengan yang tak berilmu!`,aku menjawab agar dia tidak keliru tentang frasa `apa guna belajar tinggi akhirnya ke dapur juga`. anak-anak,biar cikgu huraikan.semakin tinggi ilmu kamu,semakin tinggi martabat kamu di sisi Allah dan di sisi manusia. apa salahnya belajar tinggi-tinggi,setinggi yang kamu boleh. ilmu itu bermacam bentuknya.ada yang dapat di kelas, ada yang dapat di luar.hilang ke martabat seorang doktor kalau dia ke dapur?rendah ke maruah seorang jurutera kalau dia memasak untuk keluarga?
jawabnya tentulah tidak.tetapi semakin berganda penghormatan orang kepadanya. di luar,dia menyumbang kepada masyarakat dengan kepandaiannya. merawat orang. mereka bentuk kota,kampung dan bandar raya. mengkaji flora dan fauna untuk kelestarian hidup manusia. menjadi ahli politik ternama yang mengikut landasanNya.bila balik ke rumah dia menjaga suaminya,anak-anaknya dan seluruh keluarganya. suhaila,nazeera, ainur,syazwani,izati,dan semua kamu dalam kelas ini, dengar baik-baik. kalau kamu berilmu,kamu 2 kali lebih hebat dan baik kalau ke dapur,tahu!
sempat juga ku baca beberapa karangan. udzir,iman,shuhada,syazwani,khalisa. karangan Lau berkisar soal hati.menarik juga. karangan Sin ada jiwa,tentang hidup waktu kecilnya di samping datuk dan nenek di kampung. karangan Pavithra ada sedikit lucu bila dia menulis bilik bersalin sebagai bilik `persalinan`. aku tanya `mak kamu lahirkan kamu di bilik salin baju ke?` berderai tawa mereka. ada yang masih dalam perenggan soalan. khoo jing yan aku katakan akan beri 2 rotan esok kalau NILAM dan karangan tak siap kerana bercakap tak habis-habis. Thiyagu pula kata `kenangan banyak cikgu,tapi tak tahu macamana nak keluarkan`.huh, macam-macam alasan kamu ni semua.
yang penting, esok mesti hantar. siapa yang buat karangan terbaik dan mampu menyentuh hati saya,cikgu beri hadiah istimewa. mana tahu, muncul lagi seorang Fauziah ashari dengan Ombak Rindu (versi novel tau,bukan versi filem) atau seorang sasterawan negara A.Samad Said dengan `Salina` atau `Daerah Zeni`.
semuanya bermula dari guru biasa,yang mengajarmu tulis baca,dan peluang mengasah minda menajam karya. cikgu tak mahu sekadar memberi ilmu,yang penting cikgu mahu beri kamu INSPIRASI!
Posted by Comels at 4:55 PTG 6 comments
Labels: novel, ombak rindu, starp
Ahad, 1 April 2012
The Intouchables:ini baru filem `educated`,Zizi!
malam ini aku nonton filem perancis. tajuknya Intouchables.dan aku sangat tersentuh dengan filem ini. zizi,kalau nak jadi cikgu yang cerdik,tengok filem-filem yang macamni.(tak payahlah asyik-asyik dengan filem `tuuutt`` yang kau suka tu eh).
Posted by Comels at 2:50 PG 0 comments
Labels: filem melayu, intouchables