Jumaat, 28 Disember 2012
perjuangan berteraskan bangsa. relevan kah?
Posted by Comels at 1:16 PG 0 comments
Labels: bangsa melayu, dap, pas, perkasa, pkr, politik, rasis, umno
Kasihan Anakku Damia
pipi adik melayut-layut kalau adik mengereng.mami akan cium sampai merah.haha.
lagi 7 hari adik nak masuk 4 bulan,adik dah rajin meniarap. tapi adik tak berapa rajin nak terlentang semula.nanti adik nangis kuat-kuat. manja betul kan adik.. tadi mami jenguk adik kejap,adik tidur meniarap dah. nampak selesa sangat. tapi mami risau juga takut adik sesak nafas pulak. jadi mami pun terlentangkan lah adik...
akhir kata,kalau adik dah besar dan baca blog mami ni, tahulah adik betapa mami dan bapak mencintaimu sesungguh hati. terima kasih Allah atas anugerah yang sangat bernilai ini. Damia Maisarah.
Posted by Comels at 12:01 PG 3 comments
Labels: anak anugerah Allah, damia maisarah, kasih sayang
Khamis, 27 Disember 2012
jangan paksa-paksa
hari kedua meeting .sakit kepala. bukan sebab kerja. sebab yang bukan kerja. oh,aku sudah tua untuk mendengar kata-kata yang bukan sekadar kata-kata seronoknya Tn Hj zainordin,beliau boleh bersara pilihan 2 haribulan ini. tahniah lah haji, selamat tinggal dengan dunia yang banyak fokus keduniaan ini. dapat fokus ibadah pula. yang penting ketenangan minda! oh,kalaulah aku ini di tempat Tuan Haji, apa yang aku buat saat ini ye?
meningkat umur,sensitiviti juga semakin meningkat. peka,perasa dan mudah menelah apa tindakan orang pada aku.sama ada telahan itu salah,atau memang betul,ia menjadi sebab untuk aku bersikap seterusnya.
memang Allah jadikan manusia bernama perempuan ini berjiwa sensitif. penyayang,tapi kehalusan rasa itu menyebabkan perempuan cepat tersinggung. dan akulah perempuan itu. mungkin juga perempuan di luar sana.
sekadar peringatan untuk diri sendiri, kehidupan ini memang memenatkan andai dunia saja jadi fokusnya..
perasaan tak boleh dipaksa-paksa. suka,benci,sayang,bosan,semua bersebab.entri malam ni kacau bilau.
Posted by Comels at 11:22 PTG 0 comments
Labels: beban kerja, perasaan
Jumaat, 14 Disember 2012
Damia Maisarah:Tesco tempat tidur paling `ohsem`
mami buka suka sangat pergi Tesco.atau pergi mana-mana pun. mami ni `homely type` orangnya. kalau boleh nak duduk aje diam-diam dalam rumah lama-lama. tapi sebab barang keperluan dah habis, mami ajak adik dengan bapak pergi Tesco.
kat Kulai ni sebut aje shopping compleks apa yang tak ada. Tesco,Mydin,IoI Mall,,yang pasar-pasar besar jual ikan pun banyak..besok-besok bukak pulak Jaya Jusco,selang 3 minit aje dari rumah mami ni. tapi yang mesra baby cuma Tesco dangan Jusco aje. kalau adik nak terBAB (Buang Air Besar), kat tesco ada tempat salin lampin,cuma bunyi muziknya macam dalam disko. sakit telinga adik dan mami. yang paling best kat jsco lah. tak bingit. kat Ioi Mall rasanya tempat salin lampin tak ada. dah tu,kalau adik terBAB, mami nak salinkan kat mana?tu yang mami malas pergi ioi mall walaupun jaraknya 2-3 minit je dari rumah mami.
inilah otromen yang buat adik terkesima haritu. puas hati mami dapat ambilkan gambarnya,haritu cerita aje.otromen tu tergedik-gedik kalau kita masukkan duit. tapi,mami ada benda tak berapa berkenan kat stesen ni. sebelah kiri otromen tu ada mesin slot yang boleh tikam-tikam,nanti dapat teddy bear. bukanke itu judi?satu bentuk perjudian seawal anak-anak dah terdedah? mami bilang,itu tak baik...
bapak jaga adik sambil nak makan nasi lauk ayam masak lemak.ohsem kan bapak adik?
lepastu mami terjumpa mami sharmila,kawan mami yang dapat pindah perak.dengan anak kembar dia yang serupa sungguh..mami bilang,semoga mami sharmila bahgia di tempat baru. mami sharmila haritu datang tolong cukur rambut mia sama kawan-kawan mami lain yang ohsem.ada rezeki jumpa lagi tau mami mila...
okeh,mia tidur dulu.ada rezeki nanti,mia cerita pulak pasal cucuk semalam.adik mia ni sebenarnya tengah demam ni..
Posted by Comels at 12:42 PG 0 comments
Labels: damia maisarah, tesco kulai
Khamis, 6 Disember 2012
Damia Maisarah (part 5)-umur adik dah genap 3 bulan..whoaaa..
semalam 5/12/2012. maknanya adik dah genap 3 bulan. alhamdulillah.terima kasih ya Allah yang Maha Penyayang,memberikan adik hidup yang damai dan dikelilingi insan-insan yang begitu mengasihi.
Posted by Comels at 11:15 PTG 0 comments
Labels: damia maisarah, kasih sayang
Isnin, 3 Disember 2012
Damia Maisarah-teman mami,bapak ke Tesco
inilah bapak adik yag ohsem tu. bapak best, suka ajak adik layan blues. bapak tak pernah marah adik kalau adik ngada-ngada. mami sebenarnya agak tegas sikit berbanding bapak.ngeeeee.(jangan bagitau mami tau)..agaknya sebab mami tu cikgu kut. bapak cool aje.bapak tengah tunggu nasik lauk asam pedas.
ini pulak mami yang ohsem. mami nak enterframe juga sebab mami bilang ni blog mami.....oklah mami....
mami buat muka comel sewaktu sedang suap nasi ayam. mami kata,alang-alang enterframe,masuk 2 keping gambar mami. ok lah mamiii...
ni lah nasi yang mami makan sampai muka mami comel sangat macam kat atas tu...mami kata Alhamdulillah,dapat makan sedap hari ni.
ni gambar adik yang tak pedulikan apa-apapun yang berlaku sebab adik dah ngantuk sangat. adik tidur dekat 3 jam. haha. mami pening,adik ni macam sosial,sedangkan mami ala antisosial. maksudnya,mami tak suka suasana bising,adik pulak makin riuh makin seronok tidur...
balik rumah,lepas mandi,minum susu,waktu malam,adik tidur aje sampai berjam-jam. mami kata adik penat sebab tadi shoping. oklah,cerita ada banyak tapi dah penat la. besok kita cerita lagi,inshaa Allah..
Posted by Comels at 12:10 PG 0 comments
Labels: damia maisarah, shopping, tesco kulai