Terdapat ralat dalam alat ini

Jumaat, 28 Disember 2012

perjuangan berteraskan bangsa. relevan kah?

lama tak menulis. dah berlumut kepala ni. kemalasan berfikir buat aku semakin lemah. maka aku nak menulis lagi,dari perspektif aku.
 See full size image

semua berkaitan apa yang berlaku di sekelilingku. dan keputusan terbaikku,ikutlah cara nabi Muhammad SAW. tiada manusia sesempurnanya. maka perlu apa ikut-ikutan tokoh yang tak ketahuan arah tujunya?

aku agak sinikal bila ada yg bercakap tentang perjuangan berteraskan bangsa. jangan pula ada yang berkata aku melayu tak sedar diri bila bercakap begini. bukan aku tak sayang bangsa aku,aku bangga kerana aku terpilih menjadi orang berbangsa melayu,keturunan jawa dan banjar dan entah-entah nenek moyang aku di indo sana keturunan kraton-kraton. sapa tahu?

maka orang lain juga berhak bangga kerana lahir dari bangsa cina,yang mungkin keturunan hakka atau yang banyak lebih dari 10 cabang itu. orang lain juga berhak bangga kerana lahir sebagai manusia bangsa india yang mungkin banyak juga pecahan keturunannya itu.

yang aku tak setuju,bila perjuangan memartabatkan bangsa itu sampai merendah-rendahkan bangsa orang lain. ketakutan-ketakutan dan momokan jahat yang mencurigai satu sama lain. melayu curiga cina, india curiga melayu,dan begitulah kitarannya tak habis-habis.
kenapa?  sebab kita tidak mengambil iktibar bagaimana nabi bersikap. tak pernah sekalipun aku temui dalam sirahnya baginda berbangga-bangga dengan keturunannya sebagai arab quraish, yang keturunannya memang baik-baik.  baginda menyantuni semua orang tak kira yahudi, habsyi (orang yang berkulit sangat hitam,) golongan hamba dan macam-macam bangsa lagi.(kalau ada silap fakta  tolong betulkan).

aku penat bila ada kalangan orang di sekelilingku tak habis -habis dengan kecurigaan terhadap bangsa lain. tak kiralah ia bangsa apa sekalipun, kecurigaan itu adalah racun dan api dalam sekam. kalau kamu melayu beragama islam, kenapa tidak mencontohi nabi kita,berkawan baik,menunjukkan perilaku dengan adab yang baik dan iklas dalam persahabatan dengan kawan berbangsa lain. bukankah itu ajaran Allah, yang menegaskan dalam Quran bahawa Dia menciptakan manusia ini berbangsa-bangsa supaya berkenal-kenal dan berkasih sayang.

kalau kamu berbangsa cina,india,dayak,atau apa sekalipun, tentu ada nilai murni dalam kepercayaan kamu yang mendorong untuk kita berkenal dan berkasih sayang.

inilah yang patut kita amalkan. sesungguhnya Islam tak memandang kaum,rupa,warna kulit dan apa saja perbezaan fizikal. yang penting,takwa.marilah kita fahami,hidup ini tidak boleh sendiri-sendiri. kalau kita percaya bangsa kita saja yang layak dan terbaik di dunia, kenapa Allah tak jadikan semua manusia ni dalam kalangan bangsa kita saja?

siapa yang masih berfikiran begitu, banyak-banyaklah beristigfar, banyak-banyak lah tengok dokumentari tentang manusia dan alam. kau akan jumpa betapa ajaibnya ciptaan Allah bernama manusia, kau tak akan rasa sempadan geografi memisahkan kita. sesungguhnya kita semua anak adam,bersaudara. tu gunanya tv,bukan asyik tengok sinetron yang suka zoom in muka pelakon tu,atau drama korea yang mencairkan jiwa.

percayalah, parti politik dan ahli politik yang memainkan sentimen `sayangkan bangsa` semata- mata adalah oppoturnis yang kelemasan,yang dah nak tamat tarikh luput,menagih simpati dengan memainkan emosi.sikap mereka ini jelas tidak ikhlas,melihat apa yang mereka lakukan selama masih berkuasa sungguh tak relevan dengan apa yang mereka ucapkan. aku paling benci orang yang bermuka-muka,sungguh.kalau kita ikhlas berjuang demi kebenaran,kenapa harus perjuangan itu berlapis-lapis dengan sangkaan-sangkan?bercakap dengan kelompok ini, begini.bercakap dengan kelompok itu,begitu pula. bukan itu namanya munafik.

berpeganglah dengan firman Allah, sesungguhnya manusia itu dijadikan berbangsa-bangsa untuk saling mengenal dan berkasih sayang!

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com