alhamdulillah, bangun pagi dengan gembira, penuh teruja. segalanya kerana cinta. cinta Tuhan padaku, cinta mahkluk menyegarkan jiwaku. kalau hari-hari macamni kan best. bangun pagi buat rutin suri rumah aje. tak yah pegi kerja. ahaks! banyak cantik muka aku. hutang berjota-jota tu sapa nak baya?
nanti kalau dah jotawan baru bleh berangan macam ni. lama betul tak berblog. mesti korang rindukan aku kan. takpe. dah cuti ni aku akan curi masa. tapi tak janji le. banyak sangat program. sekarang ni pun bukan cuti betul-betul. aku jaga spm sampai 14/12/2009 ni. lepas tu sibuk pulak kak long nak kenduri mimi suraya. aku terfikir nak tidur mana nanti. anak buah aku je dah berpuluh-puluh orang. kanng aku tido umah kak idah mak kecik hati pulak. emm. camne ek. aku tak pandai la nak tido bersepah-sepah macamni. malu la aku ada abang ipar aku.
hubby pergi mengecat dengan emi kat labry STARP. aku tak payah ikut la sebab hubby tahu je selok belok labry tu. bukan pertama kali aku bawa hubby gi sekolah. aku bukan kronisme tau. mula-mula kami (aku dan kak Ganga Uma) nak upah kak milah cleaner dan kawan-kawan dia mengecat. dah tetiba pak leman berebut nak bolot sendiri. maklumlah. upah RM750. kelabu la mata agaknya. aku tak kuasa nak melayan. aku suruh kak milah buat keputusan nak cat atau tak. kak milah kata tak mau takut jadi gaduh pulak. susah sangat aku suruh hubby dengan emi je buat habis cerita. tak pening kepala aku. mesti hubby buat sehabis baik kan untuk jaga nama baik aku kat sekolah ni. heh heh.
memudahan sempat la hubby buat dalam tempohnya. tapi aku percaya diaorang buat yang terbaik. hubby kalau buat kerja sangat teliti tak macam aku. tak cerewet asal nampak kemas dan siap ok je la kan. aku dan hubby memang berbeza dari segi kerja. sebab tu aku cuma boleh jadi pelukis, tapi tak boleh jadi arkitek. nanti suma bangunan aku design roboh. hahaha.
okeylah korang. aku nak kemas rumah dulu. kemas rumah adalah terapi kepada minda aku. dalam tempoh 3 minit nanti aku juga yang kembur balik. selalu macamtu. lagi kalau ada hubby. kami sepahkan rumah sama-sama. happynya hidup.
tadi aku bekalkan mereka nasi lauk sambal tumis, ayam goreng dan telur. tak payah sibuk nak keluar makan kat kedai. jimat masa. baik kan aku. la la la...
Ahad, 22 November 2009
selamat pagi cinta
Posted by Comels at 9:51 PG 1 comments
Ahad, 1 November 2009
tangisan rakyat marhaen
oleh: perisik rakyat
Saya dah naik muak mendengar slogan “ rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”. Kalau nak ikut rasa saya nak kata - “ Pi mampus le” sebab tekanan demi tekanan yang diterima kekadang menyebabkan emosi saya amat terganggu.
Agaknya kerana inilah kita dengar di luar negeri ada yang mengamuk dengan menembak membabi buta hingga membunuh kanak-kanak dan orang sekeliling yang tidak ada kena mengena dengan yang memberi tekanan. dekat Malaysia belum le lagi dengar tapi tak mustahil akan berlaku jika masalah rakyat tidak ditangani dengan sebaiknya.
Sebagai seorang yang diberhentikan kerja dengan alasan kegawatan ekonomi dunia, saya tak pun menyalahkan majikan atau KERAjaan dalam soal ini tapi bila masalah orang-orang seperti saya tidak dipedulikan atau diambil kira dalam perancangaan ekonomi Negara mahupun budget, maka rasa marah mulalah timbul. Adakah nasib kami tak perlu dibela?
Bukannya kami mintak duit dengan KERAjaan untuk makan pakai kami. Kami Cuma mintak keprihatinan diatas masalah dan langkah-langkah proaktif diambil untuk membela nasib orang seperti kami. Jangan umpama “sudah jatuh ditimpa tangga, dihempap pulak oleh pasu bunga, pastu kena langgar pulak dengan lori traler ”.
Apa yang kami harapkan hanya pindaan kepada akta dan polisi yang mana membolehkan kami terus hidup dibumi yang dipinjamkan Allah kepada kita ini. Di sini saya akan sentuh 2 perkara berikut :-
1. KWSP – sekarang ni saya ubah namanya dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja kepada Kumpulkan Wang Secara Paksa – rasanya lebih tepat lagi nama tu. Nak keluar pun tak boleh dipaksa simpan juga. Simpan untuk kegunaan dan pelaburan siapa?
Apa tujuan KWSP ni..?, siapakah yang mendapat menafaatnya? Boleh tak para bijak pandai semua berikan hujah-hujahnya kerana saya berpendapat bahawa KWSP ini harus dibenarkan keluar atas pekara-pekara berikut :-
1. Untuk membeli ubat-ubatan.
Bagi pesakit seperti jantung, darah tinggi, kecing manis, buah pinggang mereka harus makan ubat seumur hidup dan kos perubatan mereka agak tinggi. Ada ubat yang menjangkau beratus ringgit untuk dos sebulan. Insuran dan majikan pun tak nak orang yang macam ini kerana mereka adalah liability.
Bila mereka ini dibuang kerja atau dipaksa berhenti kerja, macamana? Siapa nak tanggung perubatan mereka ni? Tak kan baitulmal atau pusat zakat kot?
Mereka ni ada duit dalam KWSP – biarlah mereka gunakan duit mereka tu kenapa tak bagi ? Jangan cakap akta KWSP ada peruntukan untuk ini – sila semak borang dan buat pertanyaan dikaunter KWSP terlebih dahulu.
Saya cadangkan anda bertanya kepada beberapa pejabat KWSP kerana saya pasti mesti jawapan yang anda terima berlainan. Apa kata tanya tuan pengarahnya pula?
2. Untuk Haji.
Mengapa tak dibenarkan? Tak payahlah jawap boleh menabung kat Tabung Haji. Masalahnya kalau memang dah tak de kerja dan tak de gaji nak menabung apanya? Haji adalah rukun Islam dan mereka berkemampuan kerana punya wang dalam KWSP kenapa tak dibenarkan? Kerana KERAjaan dah guna duit tu ? Berdosalah kamu semua kerana menyusahkan orang hendak buat ibadat!
3. Untuk Bayar Hutang.
Bila dah tak kerja tentulah tak de gaji dan bila tak de gaji macamanalah nak bayar hutang? Kelonggaran harus diberi kepada golongan ini kerana mereka ada wang yang mereka tak boleh keluarkan sedangkan wang mereka cukup untuk bayar hutang itu.
Kenapa nak biarkan mereka ini dimufliskan oleh bank? Sebab dah muflis pun tetap kena bayar dan bila keluarkan KWSP mereka kena bayar jugakan?
Alangkah eloknya pekara ini dipertimbangkan. Nak kayakan lawyer buat apa sebab rakyat yang sengsara sebab semua kos ditanggung oleh yang berhutang jadi kalau hutangnya hanya 20K, dengan kos jadilah 50K, tak menindas ke namanya tu?
Lagipun duit tu duit mereka sendiri – jadi apa masalahnya? Fikir-fikirkanlah. Gunakanlah kedudukan dan pangkat anda untuk memberikan sedikit harapan dan kegembiraan kepada rakyat jelata bukan hanya memenuhkan tembolok didada !
2. Pelupusan Kereta berumur 15 tahun keatas.
Ini lagilah kerja giler – tak sekolah ke apa? Cubalah buat kajian terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sesuatu cadangan tu. Fikirkan pekara dibawah ini :-
1. Berapa harga kereta di Malaysia ini – kereta buruk/lama pun berharga ribu-ribu. Jadi orang yang dah ada kereta lama tu macamana?
2. Tak cukup dengan loading insuran yang tinggi dan kini ditambah dengan inspection pulak – sungguh membebankan – rakyat diutamakan !
3. Memang mengutamakan rakyatlah ni – nak beli kereta baru kenalah amik bank loan – bank nak bagi ke loan kat orang yang black list, yang tua, yang tak bekerja , yang tak de statement of income? Hallo, buka mata, buka minda ! Gunakan akal cegah kebodohan !
“Jika perbelanjaan pengurusan melebihi pendapatan” bererti defisit – kalau berniaga ni dalam kerugian. Kenapa belanjawan 2010 perbelanjaan pengurusan lebih tinggi dari pembangunan?”
Fikir-fikirkanlah. Ya ampun, "rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan" ? Rakyat 1Malaysia yang teraniaya.
Posted by Comels at 2:43 PTG 0 comments
Labels: 1 malaysia, mual
Jumaat, 30 Oktober 2009
apa erti persahabatan sebenar.
Iris pernah bagi aku kata-kata hikmat yang lebih kurangnya begini:`sahabat itu tidak dikira dengan siapa yang datang dulu atau sampai kemudian, tetapi yang paling setia tak pernah meninggalkan kita walau apa keadaannya.`..
betul kata Iris. aku dah berusia 35. ramai orang dah kutemui. ada kawan ada sahabat. tapi aku bersyukur pada Allah mengurniakan aku ramai sahabat. walau kadang perhubungan itu terputus akibat jarak dan masa, tapi segala kenangan berbekas di hati. aku rasa sahabat yang betul-betul hanya mahukan ikhlasnya persahabatan adalah orang yang berkawan dengan kita sejak kecil dan teman di bangku sekolah. kenapa aku katakan begitu?
sebab persahabatan ketika itu dibina ketika masing-masing tak punya apa dan tak tahu apa potensi atau kerjaya kita akan datang. masing-masing dengan uniform yang putih, seputih hati dalam persahabatan.duit sama-sama pokai, muka sama-sama comot, otak sama-sama pening... tapi keserasian mengakrabkan hubungan.
mungkin aku bukan orang yang rajin hubungi sahabat-sahabat aku. tapi kalaulah mereka tahu hatiku selalu ingat mereka, ingat saat-sat indah dan memilukan bersama. kongsi suka duka. sangat mengujakan ingat segala kisah lalu. maafkan aku sahabat andai aku malas menghantar sebaris sms pun. tapi nama kalian tetap tertanam diruang hatiku.
aku melalui hidup yang pelbagai fasanya. suka duka sering berganti. banyak sahabat yang setia hingga kini menemani aku meniti kedewasaan.
nanti ada masa aku cerita tentang mereka.
Posted by Comels at 1:48 PTG 0 comments
Jumaat yang berkat
aku suka mengajar pada hari Jumaat. aku rasa aura ketenangan mendamaikan jiwa budak-budak ni. setiap jumaat kami adakan budaya Al-Quran dan Moral dari 7.30 pagi sampai 8.05 . pengisiannya macam-macamla, tapi selalunya ustaz bagi tazkirah. atau paling tak pun baca yasin ramai-ramai. masuk kelas senang betul nak kawal. tak le membrutal macam selalu.
tadi aku bagitau kelas 5P1 betapa aku suka mengajar kelas mereka hari jumaat. tenaaanng aje. mereka pun tahu hati dan jiwa mereka tenteram lepas tazkirah pagi. lagi seronok kalau ustaz Tuan yang ceramah. aku rasa ustaz ni mesti banyak sembahyang malam. kata-katanya sedap didengar, tak payah marah-marah jerit-jerit macam kita orang budak ikut aje cakap dia. kalau bagi tazkirah pun menusuk ke hati. oh, jeles betul aku.moga aku akan bertambah baik sebelum dijemput pulang.
harini belajar sajak`Derita Pertama`. kisah nabi Adam tercampak ke dunia. bagus juga tajuk ni terus aku sambung tazkirah santai dalam kelas. 3 perkara aku ingatkan budak hari ini ialah jaga percakapan ketika nak minum kerana air merakam getaran baik atau buruk. 70% badan kita adalah air. kalau buruk aje yang masuk apa kes?
kemudian aku ingatkan supaya selalu selawat kepada nabi S.A.W dalam susah senang sebab tidak ada manusia yng kasihkan kita seperti nabi kasihkan umatnya. ubat hati tenang. lagi satu aku pesan kat budak kalau nak hati bahgia, tengok orang yang duduk di bawah, jangan tengok orang yang di atas kita. hidup sentiasa tak pernah cukup.
kadang-kadang aku pun tak tau macamana aku boleh tertazkirah bebudak ni. baik-baik cerita puisi, macam-macam cerita nanti datang, bebudak pulak menganga-nganga masa aku bercerita. aku pun sangka mesti cerita aku best la.tapi memang best pun agaknya. jadi kepada sesiapa yang minat nak jadi cikgu, pastikan kita ada banyak pengetahuan am yang luas. kena banyak baca buku berbagai genre, kena tengok national geographic ke, discovery ke. apa saja yang anda mampu. budak sekarang advance. kadang soalan yang dia nak tahu tak terjangka akal kita. dan zaman sekarang jawapan hendaklah kukuh kerana kebijaksanaan kita tercermin di situ.
harap-harapnya walaupun cerita -cerita kami tadi agak terkeluar dari topik, mudah-mudahan mereka ambil yang baik darinya. tugas aku mendidik, bukan hanya mengajar. salah didikan aku, nerakalah jawabnya. besar tanggungjawab aku. tapi aku bahgia andai mereka berjaya di dunia. dan di sana...
Posted by Comels at 1:27 PTG 0 comments
Labels: dosa, jumaat yang mulia, pahala
Jumaat, 23 Oktober 2009
masihkah mencintai
ronda ronda saifulislam, jumpa artikel yg sangat mengingatkan aku. anda bagaimana?
“Waalaikum al-salaam. Abang tolong petik suis kipas tu,” jawab si isteri yang sedang membedakkan anaknya.
Wajah suami menjadi kelat.
Suis dipetik, tetapi cerianya di muka pintu tadi terbang melayang.
“Ina sakit kepalalah. Agaknya sebab kopi yang Ina minum petang tadi. Banyak kafien,” adu sang isteri sambil memicit-micit kepalanya.
“Ayang ada nampak tak butang baju melayu abang? Rasanya semalam abang letak di atas almari ini,” jawab si suami, dengan soalan yang bukan jawapan.
Si isteri bangun dengan air muka yang berubah, sambil teraba-raba mengeluarkan butang baju melayu suami daripada simpanan.
SEMUSIM TELAH BERLALU
Dialog seperti ini tidak melintas kehidupan pasangan yang masih berinai di jari. Tatkala itu, bicaranya panjang-panjang. Selang seminit ada sahaja gurau senda yang memecah tawa. Itu seni berbual di musim bulan madu.
Tetapi selepas masa berlalu, perbualan menjadi semakin ringkas dan isi-isinya lebih banyak bersangkutan dengan rutin harian berbanding butir-butir baru yang menambah warna hubungan antara suami dan isteri. Jika dahulu, had 160 karakter pada SMS itu menambah sulit untuk pesan-pesan dihantar antara dua pasangan yang bercinta, kini 160 karakter itu sering sahaja berbaki. Bukan kerana banyak ringkasan ejaan, tetapi banyak ringkasan pesan.
Ada kalanya perkembangan seperti ini tidak disedari berlaku di antara suami dan isteri. Mereka membiarkan sahaja perbualan sesama mereka hilang kemanisan dan kemesraan. Sebaliknya berasa cukup selesa dengan tercapainya matlamat-matlamat harian, dan tercegah daripada pergaduhan yang kebetulannya sering mencelah hubungan mereka semasa beranak satu dahulu, berbanding sekarang.
Seorang isteri mahu pun suami harus bertanya, apakah isi kandungan kata-kata hariannya kepada pasangan?
Arahan?
Suruhan?
Permintaan?
Larangan?
Kritikan?
MINIT-MINIT PENENTU
Selepas berpisah separuh hari kerana komitmen kerja, memilih perkataan yang betul sebagai pemula bicara di minit-minit awal pertemuan amat penting. Tetapi setelah 12 jam tidak bertemu, dan kalimah yang menyambut pertemuan ialah ‘arahan’ biar pun arahan itu logik, perlu, dan tidak mempunyai apa-apa niat yang tidak baik, ia tetap tabiat yang mampu menghambarkan hubungan perkahwinan.
“Assalamualaikum,” kata suami semasa isteri membuka pintu kereta.
“Waalaikum al-Salaam. Amboi cerianya muka abang. Ada berita baikkah?” jawab si isteri, beserta kenyataan yang memperlihatkan kepekaannya ‘membaca’ suami.
“Oh, tiada apa-apa. Projek abang dah siap. Berita baiknya, balik ke rumah hari ini dengan kepala kosong. Tenang” balas suami. Bijak mewujudkan ‘berita baik’ walaupun mungkin tidak terfikir mengenainya untuk dikongsi bersama isteri semasa terperangkap di kesesakan jalan raya tadi.
“Baguslah. Tidaklah nanti mengigau-ngigau di malam hari. Abang kalau runsingkan sesuatu sampai bercakap dalam tidur, tau” tambah si isteri.
Perbualan itu berterusan dan ia amat berkesan dalam menghilangkan rasa letih bekerja sepanjang hari kedua-duanya. Si suami biar pun sudah 10 tahun berumahtangga, sering mahu bersegera bertemu dengan isteri kerana yakin bakal terhibur dengan celoteh yang menenangkan diri setelah diasak bebanan tugas semenjak pagi. Isteri juga tersenyum-senyum berdiri di bawah redup bumbung pejabat kerana perbualan semalam bersama suami terasa bagai mahu disambung lagi.
DIALOG PEROSAK
Berbeza sekali kesan perbualan pasangan berikut ini:
“Assalamualaikum. Lama tunggu?” tanya suami kepada isteri setelah tiba lewat sedikit akibat traffic jam.
“Wa ‘alaikum al-Salam. Biasa aje. Abang jom pergi kedai sekejap. Tadi bibik sms, katanya sabun mandi anak sudah habis,” jawab isteri, beserta ‘permintaan’.
“Ok,” jawab suami, benar-benar ringkas.
“Letih betullah di tempat kerja tadi. Minggu depan ada pemeriksaan ISO. Habis semua orang dikerah bos supaya menyediakan laporan. Rasa bengkak tangan ini dibuatnya,” kata isteri sambil menunjukkan tangannya.
Suami hanya menjeling di hujung mata.
“Jadi minggu depan, you balik kerja lewatlah ya?” tanya suami.
Soalannya langsung tidak mempunyai sebarang indikasi yang menunjukkan kepeduliannya terhadap bengkak tangan si isteri.
“Agaknya” balas isteri.
Suami terus memerhatikan trafik.
Isteri pula merenung jauh ke luar tingkap.
Hanya hilai tawa DJ radio sahaja yang memecah hening sepi di dalam kereta.
Kedua-duanya sedang membunuh kasih sayang mereka tanpa sedar, tatkala bicara masing-masing gersang dari sebarang emosi dan usaha yang bisa menyuburkan cinta. Mereka tidak bergaduh, tetapi menyediakan tapak untuk perang dingin yang membingungkan.
RAFAS DAN JANGAN RAFAS
Pernahkah kita terfikir mengapa di dalam suasana-suasana tertentu, kita dilarang daripada mengungkapkan kata-kata atau melakukan sebarang perbuatan yang dikategorikan sebagai rafas di dalam al-Quran dan al-Sunnah? Bagi mereka yang berada di dalam ihram, atau yang sedang berpuasa khususnya di bulan Ramadhan, larangan terhadap unsur rafas itu diulang berkali-kali.
Rafas ini adalah perkataan atau perbuatan yang bersangkut paut dengan seks, bermula daripada cakap-cakap dan tindak tanduk hinggalah membawa kepada menggauli pasangan.
Jika negatif ia bernama lucah.
Jika positif ia bermaksud intim.
Kedua-duanya harus dielak tatkala sedang berihram atau berpuasa kerana kondisi masing-masing yang sedang ‘terbatas’.
Tetapi ketika suami dan isteri tidak berihram mahu pun berpuasa, ‘berrafaslah’ kamu antara satu sama lain!
Ia tidak sama sekali bermaksud melucahkan perkataan atau perbuatan. Tetapi apa yang diperlukan dalam hubungan suami isteri adalah kata-kata dan perbuatan yang intim serta menerbitkan rasa cinta.
HAMBAR DAN HILANG ‘SENSE OF HUMOR’
Seandainya suami yang balik bekerja, mengajak isteri berbual tentang pandangannya berkaitan dengan perkembangan Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur, atau gosip ekonomi di saluran Bloomberg, di manakah saluran untuk terbitnya rasa cinta dan mesra antara pasangan berkenaan?
Mungkin pandangan ini lebih perlu ditegaskan kepada pasangan-pasangan yang bertemu jodoh di medan dakwah. Kita pasti, ramai daripada kalangan aktivis dakwah yang berkahwin adalah di atas faktor-faktor yang tinggi, dan bukan didorong oleh kecantikan isteri, atau ketampanan suami.
Tetapi, biar pun perkahwinan itu bukan kerana kecantikan, janganlah sampai sang suami langsung tidak pernah menghargai kecantikan isteri.
“Abang, cantik tak baju raya saya ni?” tanya si isteri yang baru membeli baju raya dengan warna sedondon baju raya suami yang telah ditempah lebih awal.
“Hmm…” jawab si suami, langsung tidak menampakkan sebarang emosi.
Lebih teruk lagi, jika usaha isteri untuk berhias, diperlekeh pula oleh si suami.
“Ok la, berbanding dengan nangka berbalut kain batik di pokok tu!” kata suami.
Aduh, hancur hati isteri mendengarnya.
Sama jugalah dengan sang isteri. Andaikata perkahwinan yang dibina tiada kena mengena dengan soal paras rupa sekali pun, berilah galakan kepada suami untuk berhias. Tidaklah sampai bersolek pula, tetapi cukuplah dengan memakai pakaian yang kemas, rambut bersikat, janggut dikemaskan, bulu ketiak dan kuku dipotong, serta tubuh badannya diberi galakan agar maintain dan tidak terlalu membesar.
TELADAN NABAWI
Pernah di suatu ketika, terdapat sebuah kisah yang disampaikan oleh ‘Abbas al-’Aqad di dalam ‘Abqariah al-Siddiq berkenaan dengan sebuah syair yang telah dihafal oleh ‘Aisyah radhiyallaahu ‘anha. Syair berkenaan dipelajari oleh ‘Aisyah daripada bapanya Abu Bakr al-Siddiq radhiyalaahu ‘anhu.
“Suatu hari ketika cuaca begitu panas terik, Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam memperbaiki kasut baginda. Di dahi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam mengalir peluh hingga ke pipi. Ketika itu ‘Aisyah mampir dan memerhatikan baginda dari dekat, seolah-olah beliau teringatkan sesuatu.
Lalu Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam bertanya, “Apakah hal yang menyebabkan engkau tercengang?”
‘Aisyah menjawab, “Diriku merenung wajahmu, dan keringat yang mengalir itu menerbitkan kilauan yang menakjubkan diriku. Sekiranya Abu Kabir al-Hazli melihatmu, pastilah dia tahu bahawa engkaulah orang yang paling berhak ke akan syairnya.”
Baginda bertanya lagi, “apakah yang dia katakan?”
‘Aisyah menjawab dengan lantunan syair:

Jika engkau memandang kepada wajahnya yang berseri-seri
Bercahaya bagaikan kilatan petir yang menyambar
Catatan itu begitu indah pada menggambarkan keintiman hubungan di antara Uswah Hasanah kita dengan isterinya. Bagaimana ‘Aisyah menggunakan kuasa kata-kata syair yang indah untuk memuji suaminya yang kepenatan bekerja, manakala suami pula menunjukkan penghargaan tertinggi kepada usaha itu lantas membalasnya dengan ciuman mesra di kening sang isteri.
Tidak hairanlah pada titis peluh pun boleh ada sinar cinta!
Keindahan Rumahtangga Nabawi itu bukan dicampakkan Allah daripada Syurga tanpa harga. Ia datang bersama usaha Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam dan isteri baginda pada menimbulkan perasaan cinta dan kasih sayang yang membawa ke Jannah.
Justeru bagi para suami dan isteri yang sudah masuk sedekad mengharung kehidupan, hitungkanlah kata-kata dan perbuatan seharianmu. Apakah ia baja menyubur cinta, atau bahang kemarau gersang.
Bertindak sebelum terlambat.
Mencegah lebih indah daripada mengubat.
Hambar kata mendingin rasa, perang tanpa berkasar suara, sebelum tiba malang dan petaka, beringat-ingatlah meniti usia.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 AMPANG
Posted by Comels at 11:40 PTG 0 comments
Labels: cinta, isteri, saifulislam, suami
Khamis, 22 Oktober 2009
tanty aku rasa kita pospon dulu....
tan aku rasa kita pospon dulu la sebab aku rasa mcm tak berbaloi la dgn kita byr.aku da cari info orang yg dah pegi, aku rasa sikit je pengisian dia dlm masa 3 jam cukup ape. aku tgh cari e-book paling bagus ni tentang tu nanti dapat aku share ye. tapi kalau ko nak pegi sangat aku tak boleh halang. nanti ko n bahrin buat demo pulak. maaf aku cakap macam `k` ajak beria tapi aku musnahkannya dengan sekelip mata cuma.tapi, ini untuk menyelamatkan duit n masa lapang kita. aku rasa baik kau pegi jusco tebrau tengok wayang dgn famili lagi best. tak pun ko pegi jln-jln kat shoping compleks meredakan perasaan ko...
tan aku dah bosan sangat. tadi ain bagi form, aku kena jaga SPM! bosan, bosan... aku akan jadi tak bosan kalau elaun sampai 3 juta tapi... aku nak rehatkan minda cuti-cuti ni, akhirnya sampai 16 hb 12 aku kena keja. sapa pun tak mo ganti.nak resign aaa...
ko dah buat plan strategik. aku tak tau apa lagi. tadi menggodek smm bodoh tu. nak nangis aku rasa. aku mintak tolong dengan ketua kelas aku, ringan sikit beban. tu pun orang nak jeles kerja cikgu ni kata cuti banyak kan.
kalaulah mereka di luar tu tahu kerja-kerja perkeranian yg kita buat selain ajar budak mata pelajaran dalam kelas mesti mereka menangis guling-guling sebab tersalah tuduh kata kerja kita senang kan tanty.
tapi aku ingat nak mohon jadi cikgu sesi petang la. tak de beban kerja macam hampeh ni. aku kalau stayback jeles betul tengok they all tak de kerja. gaji sama aje kan...yg da veteren tu siap dekat 6k lagi.
aku tau keja sesi petang memang separuh saja dari sesi pagi sebab dulu da 7 tahun aku jadi cikgu petang.jom mohon petang.
aku rasa mesti cik rahmat atau puan jeling -jeling kat kita.. ha ha ha..aku satu apa pun paper budak tak tanda lagi tan. aku letih sangat buat kerja kelas aku. 16 nanti aku da meeting. belum tutup sekolah aku da pegi jaga spm. mesti aku kena settle suma sekali seminggu awal dari korang. tolong, aku tak bley bernafas....
Posted by Comels at 10:28 PTG 2 comments
Labels: kerja gila, msuite, spm, tunggu
tah apa apa
kepala aku berat. banyaknya kerja nak buat. biasala kerja cikgu hujung-hujung tahun ni. tambah kalau kita cikgu kelas. pegang pulak subjek penting periksa mcm bahasa ke, mate ke...
penat sangat otak aku sebab harini 7 waktu. aku kena ajar kelas GALUS-budak yg tak lulus bm supaya lulus masa spm nanti. aku tobat tak mo ajar kelas yg ada gengster cina 4 eko tu. sakit hati aku. kurang ajar , dah la budus, biadap dengan cikgu.sedarla diri korang tu bongok. ikut hati kulempang-lempang aje anak orang tak bertamadun ni. nak kata kolot tak le jugak. bapak tokey apantah, duduk kat palm villa tuh. korang bayangkan, masa aku ajar kelas dia tahun lepas, aku berdiri kat tepi pintu perhatikan grup bodoh ni main judi, dah aku rampas, aku koyak daun terupnya, besok bawak lagi. masa aku berdiri tu, dia boleh oder macam kedai mamak`teh tarik satu!`
pernah sekali tu aku datang nak rampas daun terup dia, tak sempat rampas, dia kumpul dan hulur kat aku..nah cikgu, ambiklah...
kaki memang semedang atas meja.
lama-lama aku tak kuasa. lantak lah kau situ nak jadi setan ke apa ke. aku rasa bapak dia TOKEY JUDI LA. ITU YG ANAK JADI TAK BERJENIS TU.
ramai juga budak cina india yang baik-baik. jadi aku buat kesimpulan, baik atau tidaknya anak-anak ni banyak faktor. antaranya, makanan sumber yng halal, persekitaran dan sikap sendiri.
kalau aku diberi pilihan untuk menjawab soalan orang sekolah mana yg baik, aku rela mengatakan baiklah hantar anak ke sekolah pondok ke, agamake.
bila asas dah kukuh, kurang sikit kebarangkalian untuk buat masalah.
aku dah cakap dengan kak sakdi dan tanty aku tak mo ajar kelompok jahat ni. tadi aku nampak cikgu amrufiza dah jadi macam orang gaji diaorang kena jemput masuk kelas, kejar keliling sekolah.
tingkatan 5 beb, tingkatan 5. sudahnya budak-budak ni olok-olokkan amru depan tandas. aku cakap kat amru, tak payah layan budak gila ni. cukup la 5 tahun cikgu saiko dengan diaorang. ko ajar je budak yg tinggal dalam kelas tu.
nasib baik amro sabar. kena kat aku, mesti darah tinggi aku akan melaju dengan kereknya. tak tahu tahun depan aku kena ajar spesis puaka macam ni tak. rotan pun dah tak makan saman. bawa beg betul-betul sekeping je beg. lain dalm tu daun pakau dan dompet duit yg aku pun tak banyak macamtu. setakat bawa 50hengget tu da koman sangat la mereka ni..
tu sebab aku nak pergi seminar mengenal potensi sebenar kat M-suite selasa ni. mana tau bidang sebenar aku lain. aku akan berusaha ke arah itu. aku tak nak tersiksa dalam kerja. muka pun nampak tua!
Posted by Comels at 7:05 PTG 0 comments
lawak sammy vellu
dia ni memang lawak gila. aku suka usik mr. Mohan tentang sammy, marah betul dia. macam tak mo dah dengar nama sammy ni kalau boleh. haha. dah dah le encik, bagile orang muda pulak...

- Tanpa Nama berkata...
- Samy Vellu Jokes A friend in Malaysia, Shah sent me this jokes on Samy Vellu. Poor Samy Vellu... Since when he has become the butt of every body's jokes? Since time immemorial.. Samy Vellu on the speed of Pos Laju's delivery system :- "BESOK KIRIM, HARI INI SAMPAI" :-) At a TV interview, when trying to say he was ashamed, he said: ..Kemaluan saya besar' Samy said in a ceramah: "Kita akan bina satu jambatan untuk orang-orang kampong disini." One pakcik asked, "Datuk, sini takde sungai, buat apa bina jambatan?" and Samy gloriously replied, "Kalau takde sungai, kita bina sungai!" Samy's favorite quote on national television: "Toll naik sikit, manyak marah saya. You ingat semua ini toll saya punya bapa punya kah!" During the water crisis: "semua orang diminta jangan membuang aiyerr..!" Regarding social problems: "..orang2 muda sekarang banyak hisap dada.." At a blood donation campaign in Sungei Siput: "...marilah kita semua menderma dara.." During the height of the Al-Arqam saga, he said in a press conference, "Saya gembira bahawa didapati tiada pemuda MIC terlibat dalam kes Arqam.." At an opening ceremony: "Tuan tuan dan puan puan, saudara mara, sesudah semua orang makan kenyang, sekarang kita mempersilakan Datin Paduka Rafidah Aziz naik ke pentas untuk membuka kain" Commenting about his modesty: "sebenarnya, kemaluan saya sangat-sangat besar" And the best: u know why our N-S Highway concessionaire is named PLUS. PLUS Highway = Pungut Lebih Untuk Samy " saya berasa bangga dapat melihat pusat-pusat jururawat yang cantik-cantik.".upon opening ceremony for nursing training center "Saya tidak setuju dan menentang sekeras2nya tuduhan PAS memanggil kami kapir ..." Ucapan Samy Vellu sempena kepulangan angsakawan Dr. Sheikh Mudzafar, "Kita rasa bersyukur kerana angkawasan kita yang telah MENINGGAL DUNIA selama 10 hari telah selamat DIKEBUMI."
Posted by Comels at 6:42 PTG 1 comments
Labels: MIC, sammy vellu
jangan gigit polis.
zaman edan. betul-betul menggilakan. anda ditahan polis tanpa sebab tertentu. anda minta hak anda dibacakan sebelum ditangkap. anda diheret dengan kasarnya ke trak polis tanpa tahu salah anda. anda meronta. polis tumbuk anda. anda gigit polis itu. untuk pertahankan diri.
akhirnya anda dijatuhkan hukuman denda 3000 rm dan penjara 6 bulan. polis pukul anda tak pe, dia jalankan tugas.
adilkah keputusan ini?
hakim jatuhkan hukum pun atas bukti yg tak nampak, tak kukuh.. aku tak tau, tapi korang pikirla sendiri...
by:Nurul Izzah Bt Anwar
Inference, mere inference. Bukti dilempar keluar, kerana akhirnya tidak perlu bukti -kita perlu percaya bulat-bulat institusi-institusi kerajaan yang ada di luar sana. Walau SUHAKAM mengesyorkan keperluan mereformasikan institusi keselamatan , secara khusus PDRM, kesemuanya ditolak ketepi. Walau Suruhanjaya Diraja Mengenai Rakaman Video VK Lingam mengesahkan rakaman konspirasi antara pimpinan kerajaan dan peguam VK Lingam dalam memilih hakim, ketua hakim dan lain-lain, tidak perlu kita ambil tindakan. Kerana, kalau sudah didakwa, dan terbukti pengkritik kerajaan, beginilah nasib yang diterima.
Doa serta dokongan penuh kami buatmu, Tian!
Rabu, 21 Oktober 2009
apa ada dalam otak kita tanty
aku tak tau apa yang ada dalam otak aku sekarang. banyak sangat kerja nak buat macam dah tak terdaya rasanya. fail LAB bodoh, SMM(lagi bodoh, malas betul nak melayan), yuran, hadiah aktiviti PMR, tanda kertas bm gerak gempur, print sijil kerja kursus, buat rancangan tahunan unit perpustakaan,bla-bla-bla... peningnya kepala aku.
tanty, rupanya cara kita menanda dengan budak tak berkesan, lagi sakit kepala aku. dah cuba tanda rumusan, tak tahu juga. tapi bagus juga lepas tu aku bagitau mereka, tau pun susah, jangan ingat nak cepat je markah tau lain kali. baru tanda sebaris kertas sendiri pun dah merungut,..
tanty, nak tak pergi M-suite 27hb ni. jomla kita kenal potensi sebenar kita.mungkin kita memilih bidang yang salah dan menjalani hari-hari yg menyeksakan sebab kita tak kenal potensi kita.
kalau ko dan Bahrin tak nak pergi aku sedih gak, tapi daripada ko melepak kat shopping complex sebab ko kata karen tak de malam tu, apa kata ko ikut aku buat sesuatu yang bermanfaat sikit. mua ha ha.
aku rasa 98% aku akan pergi. alah, ko bukan tak tau aku memang minat metafizik ni.kalau aku nak sambung master atau phd pun aku rasa aku nak ambil metafizik la. best. tenang rasa hati aku.
tanty,
salute dengan ko, rajin betul kerja. tapi beringat sikit. ko punya organ komponen ada satu dah tak ada, bahaya untuk kesihatan engkau. tak payah la ko beria sangat buat kerja sebab ia tak kan habis. ko tau sebab aku fikirkan kerja sangat la dulu aku dapat hbp sekarang ni.
ko nak jadi macam aku ke?
Posted by Comels at 10:13 PTG 1 comments
Labels: kerja, workaholic



