Selasa, 13 April 2010

perasaan

hari dah masuk ke hari selasa,13/4/2010 pukul 2.44 pagi. tadi dah tidur awal,pukul 9.30.terjaga seputar pukul 1.30 pagi. gosok baju untuk esok dan buka fb.mau tak tidur ni.ish, bahaya.
tapi sementara ada kekuatan untuk menulis ni, aku tulislah juga. sekadar menyatakan perasaan.
kadang hati ini tak dapat difahami. perasaan datang silih berganti. paling seronok waktu hujung minggu atau cuti sekolah. yeeeha.bila sesi persekolahan bermula, mula la rasa lemah-lemah badan, nak demam-demam dan macam-macam lagi penyakit mengada-ngada nak buat alasan tak mau pergi kerja.

tak senonoh betul.

aku suka kerja aku. tapi keadaan memaksa untuk aku bertarung menghayati keindahan menjadi seorang guru atau seorang babu.belakangan ini dengar banyak rungutan guru.macamlah teruk sangat beban kerja. yang sadisnya, orang terus menghukum, tak mau kerja berhenti, jangan merungut!
aku pernah tanya kak zah, guru otai di sekolah aku tentang beza mengajar dulu dan sekarang. aku anggarkan kak zah sebaya dengan guru-guru aku masa aku sekolah tahun 1981-1993 dulu. kak zah kata memang banyak sangat bezanya. stress melampau-lampau. beban kerja bertambah-tambah.program mengarut-ngarut punya banyak sampai nak masuk mengajar yang patut jadi keutamaan terpaksa dilakukan dengan perasaan yang tension akibat keletihan kerja perkeranian.
guru jadi polis,jururawat, tukang kebun, kerani,algojo,kaunselor,jurulatih sukan,bla-bla-bla.
tapi semua tu terubat bila masuk ke kelas murid menanti dengan sabar dan adab untuk menuntut ilmu.
masaalahnya dah ramai tak ada adab.
aku rasa sungguh seronok kalau masuk ke kelas yang muridnya perangainya sama macam zaman aku sekolah dulu.degil macam mana pun, seingat aku tak ada la kes melawan cikgu. benci macam mana sekalipun, tak pernah kurang ajar dengan cikgu. sebab tu aku rasa hidup kami ni berkat, belajar ala kadar saja, tak pernah seorang pun aku tahu kawan-kawan aku ambil tusyen di mana-mana. bila berhubung di fb, tau lah masing-masing di puncak kerjaya, ada yang menetap di luar negara, ke luar negara,dan segala perkara yang boleh ditakrifkan sebagai `kejayaan`.terima kasih tidak terhingga untuk semua guruku.
cuma aku terkilan, aku berat mulut nak ucap selamat hari guru masa sambutan hari guru zaman sekolah dulu. hm..kawan-kawan aku pun sama.maklum, budaya ucapan itu belum mengakar dalam kalangan pelajar zaman dulu.
paling-paling nakal pun aku rasa geng roslisam simo dan azli yang bergaduh ala filem tamil. tu pun kena `sound` dengan cikgu Rahim di perhimpunan, aku rasa terus senyap kes mereka.

budak sekarang?
sungguh menyakitkan jiwa. yang baik ada, yang menyesakkan dada pun tak kurang.bukan label kelas jadi ukuran bodoh atau pandai seseorang tapi bagaimana membawa sikap itu yang penting.
aku terkadang rasa sangat `give-up`bila masuk kelas yang pelajarnya tak ada perasaan langsung. tak ada emosi untuk belajar, tak ada reaksi untuk tindak balas, tak de keseronokan dalam hidup. datang sekolah sebab emak paksa. seawal 7.30 pagi dah tidur semula. dalam beg usahkan buku, sebatang pensel pun tak ada. lagi sakit jiwa kalau mengajar seni visual, semua benda tak bawa.nak belajar apa?akhirnya aku yang jadi `babu` bawa semua benda untuk dihidang kepada putera raja. mana nak berkat belajar macamni.kalau aku tak bawa, meloponglah sampai habis waktu. cikguuu jugak yang salah.

marah sudah, pujuk sudah, merayu sudah. kadang aku merendahkan ego aku serendah-rendahnya sebagai guru, memujuk budak-budak ini  supaya buat kerja, tak berkesan juga. macam bercakap dengan tunggul mati. lama-lama aku yang mati. itu belum kira yang biadapnya, yang cakap kotornya. ini adalah kumpulan pelajar yang emak bapa dah tak sanggup jaga di rumah, suruh ke sekolah dan dilonggokkan kepada guru untuk bentuknya sebagai manusia terbilang.
sungguh mengecewakan. kerjaya ini mementingkan kesabaran tahap mega.kalau tidak, kita perlu bersedia menghadapi pelbagai penyakit kronik seperti lemah jantung dan darah tinggi.

hari ini sangat panas, masuk ke kelas budak-budak dah tak boleh nak fokus. yang tidur dah berapa orang. yang jaga pun mata saja celik, perasaan melayang-layang entah ke mana.
aku letih sangat .letih jiwa.dah masuk bulan ke empat, perangai tak berubah juga.makin teruk adalah. hai lah hati.tenanglah engkau.
esok aku menghadapi masa dan hari yang baru.semoga pengalaman esok kurang menyakitkan. ada hari gembira.ada hari duka. dalam dunia ini semacam satu kewajipan untuk menerima saja apa yang berlaku kerana segalanya telah diaturkan.tentang takdir dan ketetapan ini, aku akan posting di entri yang lain.

2 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

tuan tanah, apa yang ko rasakan tu, aku juga rasakan di tempat pendidikan bertaraf ipts ini. aku juga serasa menjaga budak baru menengah 1 hingga 5. bila aku bertanya org lain adakah mrk ambil tau budak peringkat diploma macam tempat aku jwpn mrk tidak. knapa? sbb mrk tau bukan masa lagi utk layan mrk mcm tuhh... tp kalau jika tidak diambil tau alahai....serasa bersalah.. sbb hasil income kita dtg dr mrk. apa jadi kalau mrk keluar dr sini tanpa ada segulung diploma.. cubalah bertahan wahai hati... moga Allah memberi kekuatan utk meneruskan ini semua demi agama, bangsa dan negara.

Comels berkata...

ye lah jah.biarlah Allah saja yg menilai kalau ada kebaikan yg kita buat. kadang kita punya jalan pun bukan betul sangat,betul tak.kadang aku rasa bersalah juga termasuk lambat, marah , merajuk dan sebagainya. nak buat camno, aku manusia biasa yang ada limit juga.dah melampau sangat...nak aku tangankan,anak orang.dah remaja pulak tu.tak pasal kena bakar pulak nanti.haha

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com