Terdapat ralat dalam alat ini

Ahad, 3 April 2011

Ada Apa Dengan Sepuluh Sen?

3/4/2011  (ahad,4.58 petang)
hari ini tak ke mana-mana. menyiapkan kerja sekolah, hubby buat blog best untuk PSS sekolah aku, dan akhirnya sampai petang ini aku berkesempatan mencatatkan peristiwa yang menjadi memori penting hidupku.

ada apa dengan sepuluh sen? kau boleh buat apa dengan sepuluh sen?

apa yang boleh dibuat dengan 10sen bergantung kepada siapa kamu yang memandang kegunaannya mengikut perspektif masing-masing.
aku ingin jadi orang berguna dan baik-baik. jadi aku cuba mengoptimumkan nilai 10sen bila ia berlegar di sekitar aku. cuba kau baca cerita di bawah ini:

Suzane (bukan nama sebenar) ingin membeli sebuah kereta. kereta idamannya pun bukan main-main. Peugeot 308 Turbo. harganya saja mencecah RM134,000,90. 
 inilah 308 turbo yang suzane nak beli tu..

Oleh kerana Suzane seorang yang kaya tetapi low profile dan tak suka berhutang, dia membawa sejumlah duit yang diperlukan, tunai, untuk beli 308nya. Kerana malas nak menunjuk-nunjuk,Suzane pergi dengan baju T dan seluar batik,lengkap bertudung tapi tak mengenakan sebarang solekan.memang low profile habis. kiranya kalau Norjana, teman sekampungnya jumpa kat kedai tu macam tak kenal.


Bila sampai di kedai NAZA tu, Suzane pun berurusan nak beli kereta tu dengan duit cashnya.Masalahnya RM133,000 saja duit kertas. yang RM100.90 semua syiling.Jenuh juga nak mengira. tapi kiralah juga. 3 kali kira, jumlahnya yang duit syiling itu cuma RM100.80. tak cukup 10 sen untuk beli kereta tu.nak pinjam kat staff NAZA segan la pulak.


Suzen keluar kedai. Tiba-tiba ada sorang mamat kaya lalu situ. Suzen fikir kalau pinjam dari mamat ni mesti tak malu sangat sebab tak kenal. nanti lepas cucuk duit kat bank naik 308nya dia bayar la balik.suzane pun berdialog dengan mamat tu:

Suzane:Tuan, boleh pinjamkan saya 10sen?
Mamat kaya: awak nak buat apa? (sambil tengok Suzane atas bawah, macam terfikir betul ke tidak minah ni)
Suzane: saya nak beli kereta kat dalam tu ha. (sambil tunjuk peugeot 308 dalam kedai)
Mamat kaya:kah kah  kahhh..... nak seploh ringgit. beli la untuk saya 4 biji ye.
..sambil gelak-gelak mamat kaya tu hulur sepuluh ringgit dan berlalu...

dan suzane pun dapat beli 308 nya, pandu keliling tempat berdekatan untuk cari mamat kaya . akhirnya terjumpa mamat tu sedang beli keropok lekor dan parking jaguarnya kat tepi jalan.


suzane pun jumpa mamat tu dan pulangkan baki RM 9.90 kat mamat tu dan kata dengan gembiranya,` terima kasih encik, saya dah dapat kereta dengan 10sen encik tadi. ` mamat kaya pun pengsan kena panahan silau peugeot 308 suzane yang mengelip-ngelap itu..

`dapatkah kau fikir moral cerita itu?`
-------------------------------------------------------------------------------------------
CIKGU,10 SEN!!!!

aku sudah membudayakan denda 10sen sekali salah tercakap bahasa lain selain bahasa melayu dalam kelas aku. matlamat aku senang, supaya semua murid aku betul dalam bertutur. tidak ada bahasa slanga atau rojak atau bahasa ibunda yang rencam kedengarannya . ia juga satu kaedah mengawal kelas yang sangat bagus. nak bercakap, cakap. tapi tersasul cakap bahasa ibunda , semua pelajar lain akan kata, `cikgu,........10 sen!!!!`mesti budak yang dimaksudkan tak boleh lari. mesti bayar.

mula-mula agak kekok. ada yang tak dapat terima. tapi lama-lama dah biasa. aku juga berlaku adil, kalau aku tercakap, aku pun kena bayar juga. jadi tak akan jadi isu sebab semua orang terlibat dihukum bila bersalah.
inilah tabung denda kami. warna hijau untuk 5T3. 
warna merah jambu untuk 5 Sn 2

sejauh mana kejayaan kaedah ini?sangat berjaya. untuk bulan 1-3 tahun ini sahaja, kelas 5Sn 2 mengumpul RM48.80. 5T3 pula RM38.00. tapi ini termasuk denda RM1 jika tak bawa/tak buat buku NILAM.

bukan aku suka sangat guna denda duit ni. tapi setakat ni kaedah ni berkesan. kadang-kadang sampai habis duit seorang budak yang suka sangat cakap tersasul. bagusnya, menjadi pengajaran kepadanya supaya berhati-hati bercakap.

korang mesti sangsi duit itu kemana. alah, tak kaya pun aku setakat  duit denda tu kalau aku nak makan. 

di sinilah aku gunakan 10sen itu bagi memberi erti kepada hidup seseorang.duit denda yang terkumpul itu aku akan belikan hadiah, untuk mereka juga. hadiah untuk markah tertinggi, bacaan NILAM tertinggi, penghargaan kepada guru yang terpilih dan kepada rakan yang terpilih sebagai yang paling disenangi mengikut undian.

aku percaya, memberi seperti itu besar impaknya kepada jiwa. alah, kalau masa kita sekolah dulu, dapat hadiah pen sebatang pun dah rasa takjub sungguh kan, inikan lagi besar macam dalam gambar ni....
hadiah untuk fatin dan fatin.2-2 nama fatin.




sebahagian hadiah untuk pelajar dan guru dari projek `10sen sekali salah`

bukankah kata-kata semangat mampu membangkitkan perasaan si penerim.
semoga kiah jadi lebih baik dengan dorongan ini.

hubungan yang mesra tak mengira kulit dan rupa,ikhlas kuncinya.
 ceria walau dalam hitam putih

fatin yang rajin baca buku-ku hadiahi buku juga!
kak wa,guru yg jarang sekali kulihat berduka.ketawanya mendorong ketawa orang lain.dicalonkan 5SN2 sebagai guru disenangi

shikin-garang tapi baik hati. antara takut dan suka, 5T3 calonkannya untuk jadi guru yg disenangi kali ini.

dengan sekian banyak manfaat yang dapat diwujudkan dengan 10sen, dapatkah kau menukar pandanganmu betapa berharganya 10sen itu?

10 sen bagiku
bisa buat kau rasa berharga
bisa buat kau bahagia
bisa buat kau ketawa
bisa beli buku
bisa tambah ilmu
bisa erat rasa cinta

`berharga` atau `tiada apa-apa` sesuatu itu bergantung kepada siapa yang memandangnya, tangan yang mengolahnya, fikiran yang mencipta kewujudan nilainya.
fikirkan.

--------------------------------------------------------------------------------
suzen:kenapa nama aku jadi watak pembeli kereta tu?
aku:mana pulak. kebetulan je.
rita:apsal la aku buang 10sen aku selama ni.
jijah:kalau dah kaya sangat bagi aku aje ta.

2 comments:

hanafi berkata...

Lama tul tak baca karangan ko ni..

Comels berkata...

dah ada ni bacalah wak.kau pun lama tak muncul.kabare...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com