5/4/2011.selasa. 5.24 petang.
inilah rupa aku yang macam sangat riang kerana sudah hidup bebas,berdikari. gambar diambil waktu nak pergi Puduraya nak beli mesin taip OLIVETTI. harga RM250-300 kut. baru 2-3 minggu kut belajar di IPSI..ketika ini.(ambil gambar depan bangunan IBU KANDUNG, bangunan induk IPSI.
aku ingat lagi, balik kerja naik beskal terus pergi klinik Pt Ismail (rumah kuartes kakitangan ) dan berlonggoklah kami di sana.
maka pada malam sebelum pendaftaran ,aku ,mak, bapak, kak idah, abang lan,kak lin (sedara abang lan yang dapat masuk maktab sama dengan aku), kak roha dan abang ju (ex-husband dia) pendek kata satu kampung lah bertolak ke Tanjung Malim, Perak.naik van abang lan. aku teruja sungguh bila sampai KL, lenguh leher aku sebab mendongak aje tengok bangunan yang bergemerlapan dengan neon indah dan lampu lip-lap. oh, cantiknya KL.jakun betul rasanya, maklumlah selama ini paling grand pun aku tengok lampu bangunan kat Spg. Renggam aje, sungguh kampung hidup aku kan.
lupa nak cakap, sebelum pergi mak bagi aku buku bank ASB.mak kata pandai-pandai lah kau, buat belanja.aku buka, duit dalam tu ada RM2000 lebih. aku tak terkata, air mata aku nak menitik.tapi kerana ego tinggi aku kesat mata aku cepat-cepat. konon masuk habuk. mak pagi petang siang malam banting tulang, kekang selera. makan ala kadar. lepas noreh ke kebun sawit, kalau tak pun tanam pisang atau cili...mak tumpahkan.airmata, keringat dan darah untuk aku....oh mak...tak terbalas jasamu......mak...orang rindu kat mak...jumaat ni orang balik tengok mak ye....
aku nak peluk mak dan cakap terima kasih, macam dalam drama melayu kat tv tu...tapi aku diajar untuk menyembunyikan perasaan. jadi aku tak peluk mak, aku cakap terima kasih je. huh,...aku teringin cium-cium pipi mak, peluk-peluk mak, mak sayang kat aku. tapi mak garang dan tak berinteraksi sangat dengan aku. maka kerana aku remaja keadaan itu buat aku jadi renggang dengan mak...mak...kalaulah mak pandai baca, mesti mak tahu betapa sayangnya orang kat mak. cuma orang tak pandai nak cakap kat mak....mak...orang rinduuu sangat kat mak....
sebenarnya sebelum mak bagi buku bank tu aku blur sangat. aku bukan ada duit sangat. ada seratus dua tu je la. mana cukup. tapi aku pasrah je. ada ke tak de ke lantak le situ. aku pergi je.rupanya mak sudah ada perancangan untuk aku...aku mesti buat blog istimewa untuk mak, Pn. Supurah Bt Tahir. nanti aku coretkan segala tentang mak. mak, i love u mak....
adui, mesti korang dah sebek-sebek muka nak menagis kan. sebenarnya banyak sedihnya hidup aku ni...gelak je kau nampak. masa aku nangis kau tak tengok.masa dulu, dulu aku kata tau, dulu... hidup aku berantakan. mak ayah aku tak berapa harmonis. ada saja yang jadi bahan perbalahan. hari-hari ada je gaduh. aku ingat kalau budak sekarang mesti lari dari rumah dah. tapi dulu nak lari ke mana?setakat rumah suzen tu sepelaung aje. rumah ita, jijah pun tak jauh mana. daripada aku buat kerja bodoh lari yang tak berapa jauh macamtu baik aku lari ke kebun sawit je. kau tau jane, kat kebun sawit belakang rumah cik Yang tu kan kebun mak aku. bila aku tension, aku lari pergi sana. tepi sungai tu ada pokok pinang dan sawit yang rendang. lepas aku pastikan tak ada orang aku akan nangis tersedu-sedu. sampai aku bermonolog (cakap sorang-sorang). kadang aku rasa aku pelakon drama swasta pulak.
merambu-rambu air mata aku keluar...beratus-ratus ayat luahan perasaan aku ucapkan, sorang-sorang...sampai hati aku puas. sampai aku tak sedih lagi. jiwa aku kacau sungguh.kadang masa tengah sedih macamtu hati aku terlintas agar terbukaklah mata aku ni nampak kampung bunian ke, alam apa-apa ke. biar aku pergi sana. biar mak ayah aku cari aku. sebab aku dengar kampung bunian cantik. hidup aman damai. orang baik-baik. tapi satu je aku tak sanggup. orang kata kalau makan mi sebenarnya makan cacing. eiuu..tu yang aku geli tu...bila ingat macam tu, cepat -cepat aku tarik balik niat aku. nasib baik Allah tak kabulkan permintaan aku untuk ke kampung bunian.
eh, apa aku merepek ni...tapi sebenarnya kaitan cerita aku ini ialah tentang perasaan. dalam macam-macam perasaan tu, sebenarnya aku terlalu gembira. inilah peluang untuk aku lari dari `neraka` rumah aku yang sangat kacau.walaupun begitu, aku tak salahkan orang tua aku. mereka sangat letih dengan hidup. miskin buat kita bagai nak gila. miskin buat kita kerja mati-mati tapi hasil tak seberapa. miskin sangat memualkan, jengkel, benci, geram...semua jadi satu. mak sangat letih bekerja dan tak juga nampak senang.jadi mungkin itulah sebab mak jadi bengis masa tu...aku tak salahkan mak. tapi ketika itu aku remaja yang tak suka kekacauan.
peluang tinggal di maktab buat aku sangat gembira. aku boleh berdikari. aku dapat atur hidup sendiri. aku tak perlu dengar mak ayah aku berselisih faham. aku tak perlu kecil hati kalau mak marah-marah aku..ya, hidupku bebas. sebebas burung di angkasa. cuma tu lah, aku jauh dari cinta hati aku...tapi kesimpulannya aku sangat bersyukur kerana aku ada sebab untuk keluar dari rumah tempat aku dibesarkan. dan keluarnya aku itu tidak memberi sebab yang patut dibimbangkan oleh mak. aku keluar mencari ilmu.
makanya selesai urusan pendaftaran, aku sangat gembira . sepatutnya orang berduka nak pisah dari keluarga. aku terbalik pulak..masih ku ingat kak idah bawakan baldi dan gayung bawa dari rumah. punya naifnya, aku rasa tak penting benda tu. maklum, seumur hidup tak pernah masuk asrama.budak tak berapa cerdik lah katakan. bukan macam suzane, lepas form 3 je masuk kelas sains kat benut...
rupa-rupanya baldi,gayung dan sejadah yang kak idah bagi tu la paling berguna. tak perlu lagi aku ke pekan beli benda-benda asas tu...aku didaftarkan dalam blog H4. Blok Ahmad Bakhtiar.aku suka pemandangan kat sini. depan blok ni ada rumah lama, dekat la kut seratus tahun. rumah R.O winstead ke O.T Dussek ke.tak ingat sangat. yang penting, rumah lama pegawai inggeris.sekitarnya adalah taman astakona (nama taman ni pun tak ingat sama ada kebetulan atau aku salah sebut atau memang sama dengan nama lagu yang popular masa tu, taman astakona.) ada cerita best tentang rumah lama tu...nanti aku cerita..
................................................
ita:ala, habis ke? cerita la...cerita la..
jijah.entahnya. tengah sedap baca berhenti pulak. sambung cepat dol.
suzen. ha ah. aku nak tau juga apa jadi hidup kau kat maktab.
napi. aku nak buat air kopi jap.
hajar.:aku silent reader.
aku:dah tu?aku tak payah makan, mandi, masak, kemas rumah...buat blog je la kerja aku?sabar boleh tak, sabar.
mustapa:huh.
3 comments:
u r great kak jannah...
alahai... suka buat org tertunggu
...
shivarni:tq dear. sudi juga baca akak punya blog ni.ni yg semangat nak tulis nih
jijah:kalau kau tertunggu tu maksudnya best lah cerita ni. haha. kejap lagi aku sambung. baru balik kerja ni haaa...
Catat Ulasan