koleksi RAM milik hubby. entah bila aku nak baca! |
Sabtu, 14 Disember 2013
Andrea,menulislah lagi!
Posted by Comels at 12:31 PG 1 comments
Labels: andrea hirata, drama melayu tv3, maryamah karpov, membaca, novel, ramlee awang mursyid
Selasa, 26 November 2013
SEMBANG TENTANG AURA
Posted by Comels at 1:29 PG 3 comments
Labels: aura, ioi mall kulai, karisma, starp
Ahad, 24 November 2013
UKUR BAJU ORANG,JANGAN DI BADAN SENDIRI...
Posted by Comels at 6:59 PTG 3 comments
Labels: bonus 1/2 bulan gaji, gaji, kaya, starp
Selasa, 5 November 2013
warkah untuk Mia (2)
Posted by Comels at 12:19 PG 0 comments
Ahad, 27 Oktober 2013
RINDUNYA AKU DENGAN LUNA DAN BUNCHO
milik pn naswa |
kali terakhir buat semua artwork dalam skala besar tahun 2011. ni dah nak penghujung 2013.
ah,rasa seronoknya kalau dapat main-main buat lukisan.coret-coret warna. tapi entah mengapa aku lebih rela mengajar BM dari seni.taubat.sungguh aku tak sanggup mengajar seni kalau begitulah gayanya.
aku ni dah bukan zamannya nak memujuk rayu budak,atau memaksa-maksa orang yang tak hendak. trauma 4k3 masih segar di ingatan. awal tahun,aku mengajar seni. macam aku pula yang nak belajar. kertas lukisan,aku yang bawa. pensil,pemadam,pengorek,warna,aku juga yang bawa. semangat,aku saja yang ada. aku pujuk lembut-lembut,letak segala bagai depan mata mereka,tak bergerak juga. ada lah seorang dua. tu pun kalau datang.harap elizah ajelah pengubat hati aku.bersungguh benar dia.yang lain?tidur,borak,makan aiskrim,buang kertas aku bagi,bergaduh,ponteng.
kaedah garang pun dah pernah buat.tak jalan juga,letih rasanya. tak kan sikit-sikit nak hantar cikgu anuar.letih lah dia. lama -lama aku lemas dalam ketidak pedulian. mereka datang bukan dengan hati. tapi sebab emak bapak yang paksa datang. ke sekolah untuk sembang-sembang,jumpa kawan,tidur dan makan aiskrim. tiba tiba hatiku memberontak. ku menyumpah-nyumpah sendiri. mohon sistem pelajaran diubah macam dulu-dulu.kalau pmr tak lulus,jangan harap nak dapat naik sekolah ke tingkatan 4.
nak mengulang boleh,tapi kalau tak lulus juga,duduk lah dalam kelas tu sampai tua. sudahnya,yang tak mahu belajar tu,memang terus kerja aje. cikgu pun tak sakit kepala.mak bapak pun tak payah sakit poket menyara anak yang tak mahu belajar.
terlalu stress. kerja cikgu dah semakin bukan-bukan. beberapa waktu yang lepas,ada seorang cikgu tu sampai buta matanya,pembuluh darah pecah sbab hbp. tertekannya buat kerja sekarang ni. aku ni p-un,takut-takut juga. sebenarnya melukis boleh buat aku hilang stress. tapi kalau sekarang ni aku melukis,makin stress agaknya sebab kerja banyak tertangguh.! hm, cuti nanti aku berazam sekurang-kurangnya 10 karya agung boleh siap.insyaAllah...
periuk kera warna hijau tu masterpiece paling aku suka. dah selamat sampai ke tangan datin suzen jane dan datin rita. |
conteng-conteng buat sample. |
periuk kera frame oren tu jijah punya. bila kau nak ambik jah,aku lego nak.haha |
ini dah selamat didinding datin norlela nordin,teacher paling ceria aku rasa kat starp tu. |
Selasa, 10 September 2013
PERCUBAAN SPM: HMMM,SABAR AJE LAH!
Posted by Comels at 3:48 PTG 3 comments
Labels: bahasa melayu, soalan bocor, spm, starp
Rabu, 28 Ogos 2013
BELASUNGKAWA BUAT TEMANKU, CIKGU SITI HAJAR RAHIM.
terkejut dengan berita yang baru ku terima. 5 sekeluarga maut,3 parah. takziah buat hajar yang kehilangan keluarga termasuk arwah ibunya. dan setakat cerita ini di tulis, hajar belum sedarkan diri di hospital muar. Ya Allah, Kau permudahkan dan selamatkan mereka, yang sudah Kau takdirkan bertemuMu, jadikanlah mereka dalam kalangan hambaMu yang terpilih. Buat Hajar, semoga dipanjangkan umur dan terus dipermudahkan,diringankan penderitaan dan kesakitan.
baru 2 hari lepas terngiang-ngiang gelak tawa hajar bersembang dengan syikin dan yang lain. aku pula malas nak menyampuk, letih sangat 2-3 hari ni. sekadar duduk dan pasang telinga, senyum sorang-sorang bila ada cerita mereka yang mencuit hati.
hajar cikgu yang sangat dedikasi, memang rajin sungguh mengajar tak dapat aku pertikaikan,selalu kami usik dia nak suruh Pn Zaharah pindahkan ke sesi pagi,boleh ajar budak kelas periksa . hajar takut benar nak ke pagi, dan banyak juga hajar kongsi cerita dengan aku apa-apa saja yang berlaku dalam kehidupan. berkongsi itu boleh mengurangkan stress!
apa yang berlaku menjadi iktibar padaku dan pada kita semua, sesungguhnya maut itu datang tidak syarat tua atau sakit, bila Allah berkehendak, hanya Kun Fayakun sahaja, maka jadilah. maka marilah sama-sama kita menginsafi diri dan berhati-hati ketika memandu,ajal tidak kenal siapa kita. sedekahkanlah fatihah,atau selawat atau apa saja zikrullah buat sahabat seperjuangan kita ini, dan keluarganya yang dipanggil Ilahi,agar ketenangan,ringannya kesakitan dan derita serta pahala yang besar menanti mereka.
sesungguhnya, lambat atau cepat,kita juga akan dijemput Allah. entah esok,entah lusa,giliran kita pula, dengan cara yang kita juga masih tidak akan tahu. aku juga ingin mengambil kesempatan meminta ampun dan maaf kepada kalian semua andai ada yang terguris dengan kata-kata,tingkahlaku atau apa saja gerak geriku yang disengaja atau tidak,sesungguhnya kejadian ini begitu menginsafkan.
alfatihah...
Posted by Comels at 10:00 PTG 2 comments
Labels: ajal, kemaalangan, maut
Ahad, 25 Ogos 2013
HOSPITAL,MIA DATANG!
Posted by Comels at 11:44 PTG 5 comments
Labels: damia maisarah, doktor, hospitai kulai, layanan mesra., nurse baik, sakit
Ahad, 14 Julai 2013
warkah buat bidadari mami( Part 1)
adik dah berumur 10 bulan 9 hari masa surat ni ditulis. adik sedang lena dalam buaian. sebenarnya banyak mami nak tanda kertas exam anak murid mami,tapi tak ada mood lah sayang. lagipun mami sakit pinggang,adik nak dukung aje banyak-banyak harini.manja betul..macamanalah agaknya teacher jaga adik kat nurseri ye.adik dah berat sekarang ni.entah-entah dah 10 kilo tak dik. mujur adik tidur cepat,tak banyak karenah.kalau adik tidur lambat macam anak kawan mami tu,pukul 1 pagi baru tidur,tentu mami pengsan,kan. mami tengok mata kawan mami tu dah bengkak macam panda.hihi.
adik sayang,
terima kasih kerana jadi anak yang baik dalam hidup mami dan bapak. mami bukan muda sangat lagi,lepastu mami ada beberapa sakit kategori kronik,mami pun tak tahu bila-bila masa saja kalau Allah nak panggil mami,mami harus pergi. tapi ingatlah sayang, ingatlah selalu pesan mami masa mami dodoikan adik,mami bilang jadilah anak yang solehah, baik,cerdik,rajin belajar,hormat orang lain,lemah lembut,berbudi bahasa.rajin baca Quran..elok-elok jaga diri nak ye,Allah akan jaga adik kalau adik jaga Dia dihati adik. yang penting,adik tolonglah sedekah doa dan selawat banyak-banyak untuk roh mami,agar mami tak derita di sana. adik tolong jaga bapak,kalau bapak masih ada,ingat-ingatkan bapak selalu supaya selalu ingat Allah,semoga adik dan bapak akan dirahmati.
adik,anak mami sayang,
jangan takut bicara tentang kematian kerana itu tanda kita ini manusia yang cerdik, nabi S.A.W pesan,orang cerdik ialah orang yang selalu ingat mati. ingat mati tak perlu ditakutkan,apa yang bakal kita bawa itu yang patut kita risaukan. cukup atau tidak bekal kita di sana.
adik,anak mami yang baik.
maka itu,mami tak akan ajar adik bermewah-mewah sangat. hidup ini bukan untuk seronok semata-mata sayang,rezeki yang Allah bagi bukan untuk kita seorang. mungkin ada bahagian untuk kucing yang lapar dan kawan-kawan adik yang menderita kebuluran di Syria, Palestin dan Mynmar,serta mana-mana belahan dunia ini. ingatlah anakku, tak payahlah fikir kecil besar sumbangan kita,yang penting kita buat sesuatu untuk bantu kehidupan mahkluk lain,semoga Allah yang menilainya.
anakku Damia sayang,
ketika surat ini ditulis,dunia sedang menyaksikan kekejaman manusia yang gila kuasa,membakar,menyembelih dan menyiksa kawanp-kawanmu sebaya di Syria terutamanya. mami nak adik peka dengan isu semasa nak, jangan jadi buta hati semata-mata kita tak mengalaminya.kerana itu anakku, jangan membazir-bazir makanan, besederhanalah dengan yang ada,kerana di sana kawan-kawan adik makan roti berkulat dengan air saja,setiap hari. ada pula yang tak makan berhari-hari,sehingga mati. hati mami pedih dan sakit melihat ini semua anakku,tapi sayang, jadilah wanita yang tabah dan berani. pertahankanlah maruahmua,akidahmu,kebenaranmu dan segala kebaikan walau kau dilihat asing dan pelik ketika itu. ingatlah anakku,di zaman hampir kiamat ini, kebenaran dan kebaikan memang dilihat aneh.kejahatan akan dilihat sebagai benar. semua yang berlaku ketika ini memberi mami keyakinan, jalan kebenaran memang sukar tapi itulah yang perlu kita tempuh. ingatlah anakku,tanamkan azam dihatimu yang hidup ini mesti mulia,mati kita mesti syahid.
anakku Maisarah yang baik,
mami bersyukur kepada Allah kerana menganugerahkan adik hadir dalam hidup kami. adik bawa sinar kebahagiaan,adik dikasihi semua yang melihatmu,adik disambut dengan tangan terbuka oleh seluruh keluarga. Ya Tuhan,betapa baiknya Engkau menghulur cinta ke serata alam,untuk anakku Maisarah ini. maka itu maisarah sayang, selalu sebut Alhamdulillah atas segala cintaNya padamu anakku sayang...betapa adik akan bahgia kerana besarmu dalam pelukan cinta manusia-manusia yang dekat denganmu.
adik ingat tak,setiap kali balik kampung,adik akan disambut macam diva,belum turun kereta dah berlari-lari dayang dayang nak peluk adik.abang zeha,kak intan,kak zati,kak ila,kak siti...makuda.maklong, atuk...mujur embah tu tak boleh jalan,kalau tak tentu embah dulu yang sampai depan pintu peluk adik.
bila kita nak balik malam-malam ke rumah kita, semua orang berbaris depan rumah atuk,semua lambai-lambai adik,kalau siti nurhaliza nampak mesti dia cemburu sebab adik diraikan sebegitu rupa... sama juga kalau kita balik ke rumah atuk Yong Peng, atuk akan cium-cium adik, atuk akan dodoi adik dari lagu miftahul jannah sampai semua salawat yang ada yang atuk hafal. kadang adik tak tidur-tidur juga,saja nak dengar atuk nyanyi agaknya. akak jira suka sangat main dengan adik,dia panggil nama adik ~mia sarah`,kan. makcik suraya pun sayang adik,cik cam sayang adik, mama ina dan ayah khalid je susah nak kita jumpa,nanti raya kita jenguk-jenguk mereka ya sayang. adik mesti ucap banyak-banyak terima kasih pada mereka.
adik dah bangun,menguit-nguit dalam buaian. ok,ada masa nanti mami sambung lagi nak ye..
Posted by Comels at 11:02 PG 1 comments
Labels: anak soleh, cinta, damia.maisarah, kasih sayang, surat
Sabtu, 13 Julai 2013
Memoir Aku seorang Cikgu (part 12)-keinsafan di malam sunyi.
dedikasi untuk anak-anak kesayanganku, 5 sains 1.
Posted by Comels at 2:49 PG 0 comments
Labels: gembira, keinsafan, memoir guru, sedih, starp