Ahad, 13 Februari 2011

CINTA TANPA SYARAT

jam dah pukul 11.30 malam. hubby dah tidur, penat katanya tadi memancing kat Kota.mata aku belum nak mengantuk, Alhamdulillah, migrain aku dah hilang.jadi aku rasa nak menulis entri kedua malam ini.

tentang cinta.

cinta aku dan cinta mereka padaku.
kadang aku rasakan tanpa cinta walau apapun bentuknya hidup kita tak bererti. dengan cinta maka Allah jadikan dunia ini. kadang cinta lahir dari hati, kadang perlu dipaksakan. tapi yang pasti dengan ada cinta itu hidup jadi sangat indah.


mengubat kelelahan, menenangkan kegelisahan.
aku tak mahu cerita tentang keluarga, itu memang sungguh nyata perlu ikatan cinta untuk membinanya.

yang perlu dilebarkan lagi ialah hubungan cinta dengan `selain keluarga` itu. kawan, pelajar, guru, haiwan kesayangan...oh indahnya dunia dengan cinta.

aku sangat sukakan haiwan. paling aku suka kucing. tak tahu kenapa. kucing pun suka juga dengan aku. tapi aku rasa cinta pada haiwan ini adalah cinta tanpa syarat. dia tak minta apa-apa dari kita. dia tak kisah buruk mana rupa kita, dah mandi ke belum, lawa tak rumah kita, kereta apa kita pakai. ada dia kisah semua tu?lebih-lebih pun cuma minta makan saja.
boleh korang tahan tengok mata-mata mereka yang sendu ni?semuanya nak manja dari aku,sebelumnya memang nak makan...


yang paling manja. namanya pun aku panggil Manja.


aku tak bela kucing ni semua. cumanya mereka suka bertandang rumah aku. pandai pula tu, macam tahu hubby tak berapa suka kucing(bukan tak suka, malas kalau kucing berak merata-rata,jiran marah)semuanya minta makan di dapur saja. sedih bangat bunyinya. aku sering teringat Olat, kucing aku dulu.

satu hari hubby cakap nanti kalau kucing ni beranak pinak  aku yang kena hantar sendiri kucing tu kat pasar. aku diam saja. sedih lah juga...tapi aku buat tak tahu aje. aku belikan makanan cap biskut ikan apa ntah. alah, janji biskut dia. senang, curah saja kat pinggan plastik, makan ngup-ngap-ngup -ngap lepastu tidur...senang betul jadi kucing kan..


satu hari aku tak dapat menahan obsesi aku. aku panggil kucing makan,lepastu bobok-bobok badannya. hubby ada kat rumah. hubby cari-cari aku tak jumpa.rupanya aku tengah main kucing kat dapur. aku terus cakap dengan hubby `abang janganlah marah, abang ada kegemaran mancing ayang tak pernah marah pun. ini kegemaran ayang, ayang pun orang nature juga.tapi dah ayang suka kucing, nak buat macamana?`


dengan rasional itu, hubby sekarang berlembut dengan obsesi aku yang satu ini. kalau aku tengah main gomol-gomol dengan kucing kat dapur nanti hubby jenguk dan tanya `sayang buat apa?`  sambil senyum manis...dan tak kata apa-apa yang lain yang sinonim dengan `jangan bela kucing kat rumah`.



kucing ni Allah hantar datang ke rumah aku untuk menyembuh jiwa aku yang letih. menjadi terapi aku yang sakit kepala. kalau korang nak tahu, terapi binatang peliharaan memulihkan ramai pesakit jiwa dan warga tua di barat. tak caya tanya pakcik google.sifatnya yang manja dan minta perhatian membuat kita rasa penting dan dihargai.membuat kita rasa kita ini berguna dan disayangi.kasihnya ikhlas buatkan kita tak rasa berhutang apa-apa.

kenapa aku percaya Allah yang hantar pada aku? sebabnya Allah maha penyayang, Dia tahu aku perlu terapi jiwa.makanya dari beratus-ratus rumah di Bandar Putra ini, mereka memilih datang ke rumah aku. ilham itu datang dari Allah lah kan...bukan kucing tu ada telefon atau findfinder nak cari rumah aku. dah, setiap hari aku dengar sedih betul suara kat belakang rumah..tak sampai hati aku nak biarkan saja.

Nabi Muhammad S.A.W juga sangat cintakan kucing. kucing nabi ni kalau tak salah aku diberi nama `Mueeza`.Nabi ni penyayang orangnya, semua harta atau pakaiannya diberi gelaran, begitu santunnya akhlak nabi. jadi sebagai tanda aku menyintai baginda, aku ikutlah sunnahnya yang terdaya. salah satunya menyayangi kucing.
punya baik nabi kepada kucingnya, satu hari nabi nak pergi solat. tiba-tiba jubah nabi ni dibuat tidur pula oleh kucingnya. nabi punya santun kepada binatang tuan-tuan, apa baginda buat? emmm..kalau kita apa kita buat?..mesti kucing tu kena sepak sambil kita maki `cis, kurang ajar kau ye, tidur kat baju aku nak buat sembahyang`.. silap silap kena sepak lagi kali kedua  kucing tu ,sampai terpusing-pusing.

Nabi kita yang baik ini tak usik pun kucing tu. baginda potong jubahnya, biarkan bahagian yang kucing tu tidur tak diusiknya takut kucing tu terjaga. Allah, aku rasa tak mampu nak buat macam nabi...bila nabi balik, Mueeza mengiau-ngiau tunduk hormat kat nabi. Nabi pulak kalau ada orang datang rumahnya suka kendong mueeza dan letak di atas peha baginda. nabi akan belai kucingnya dengan kasih sayang. nabi juga berpesan kepada sahabat untuk menyayangi kucing macam sayangkan keluarga kita.satu keistimewaan Mueeza ialah kalau dengar azan akan mengiau macam mengalun azan tu sama. tapi kalau kita rajin tengok youtube, banyak aje kita jumpa binatang yang boleh sebut nama Allah kan. semua tu bukan susah untuk Allah buktikan kekuasaanNya.

ada sahabat nabi yang sayang kucing juga, satu hari terjumpa anak kucing yang mengiau kat jalanan. dia kesian, masukkan dalam lengan jubahnya. kemudian jumpa nabi. nabi tanya apa dalam jubah dia tu?

sahabat tu kata anak kucing. nabi tersenyum dan gembira  dengan kebaikan sahabat itu. tahu sapa nama sahabat nabi tu? namanya   Abd.al-Rahman ibn Sakhr Al-Azdi.mesti korang tak biasa nama ni kan. nama lain yang terkenal ini ialah Abu Hurairah.yang bermaksud `bapa kucing`.gelaran nama yang membawa konotasi kemuliaan hati sesama mahkluk. sehingga kini nama Abu Hurairah yang lebih kita kenal sebagai perawi hadis nabi yang sangat berautoriti..

ingatlah juga kisah teladan seorang wanita ahli ibadah masuk neraka kerana mengurung kucing sehingga mati kelaparan.sematkan juga ingatan di hati betapa seorang wanita pelacur dimasukkan ke syurga kerana memberi minum anjing yang kehausan.

apa yang penting, keikhlasan memberi. tak jatuh miskin kita memberi makan mahkluk Allah, mudah-mudahan sudi dia mendoakan kita. haiwan ni sebenarnya berzikir kepada Allah siang malam, cuma kita tak faham bahasanya. jadi kita menumpanglah rahmat Allah dengan mengasihi mahkluknya yang lain..

Wak Napi:aku dulu ada sepak kucing.er, dosa tak ye, masa tu aku kejam.sekaranng dah insaf
ita:jahat lah engkau ni napi
Hajar:jangan marah dia ta, kan dia dah insaf
jijah:aku masa ikan kaloi aku mati dulu 12 hari aku nangis.
suzen:aku tak boleh bela kucing, duduk singapore..

4 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

jangan ko buang lagi sudah le. hehhehe

hanafi berkata...

jana.. kucing ko tu ada yg nama comel tak? masa ko sepak kucing tu, ko belum mumayiz kan? kan? mana la dapat bezakan buruk ke baik...

Comels berkata...

napi,kan kau yg sepak kucing ,bukan aku.cuba baca betul-betul sampai juling.apa la kau.aku yg tulis takkan aku nak burukkan diri sendiri.burukkan kawan takpe.heeee

Comels berkata...

tmkasih la ayie, saya tak bela kucingtapi kalau datang saya beri la apa yang ada..susah bela ni, takut tak sabar kang menyiksa pulak. kalau rumah saya ni rumah kampung tak apa la. rumah teres ni kalau kucing berak kat rumah jiran dah tak seronok kan...

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com