Terdapat ralat dalam alat ini

Ahad, 13 Februari 2011

NOTA MARAH MARHAEN MURAH



aku sakit hati.
bila harga minyak naik,
kau kata harga minyak dunia naik

tapi bila harga minyak dunia turun
tak pulak harga minyak kita turun
sifir bodoh apakah yang kau guna
matematik bengap apakah yang kau paksa
untuk kami marhaen ini
menelan segala keperitan
menjerit-jerit dalam kepayahan

kau suruh kami yang bodoh ini
bandingkan harga minyak di sana sini
singapura , indonesia,thailand dan kemboja
sampai pula negara india
mentang-mentang kami bodoh dan tak berbunyi
kau tipu kami sampai mati
macamlah kami tak pernah belajar geografi.

negara tu semua tak ada minyak,patutlah lebih mahal
malaysia ini punya banyak telaga minyak, . jual mahal juga macam dajal
kau yang khianat atau kami yang bebal?

kau bukan tak sedar
harga minyak naik adalah penyebab semua harga barang naik
dulu ikan kembung bodoh 4 ringgit sekilo
sekarang 4 ringgit hanya 3-4 ekor
kau suruh kami ubah gaya hidup
tapi suku sakat kau shopping tak cukup-cukup

kau tak rasa susah
sebab kau memang penghisap darah
apa kau fikir kami ini haram jadah?

kalau kau tak rasa harga patut turun
aku rasa kau yang patut turun

cukup-cukuplah menghisap harta dunia
seolah cikgu kau tak pernah ajar tentang neraka
mana kau nak cari kami hamba rakyat yang 20juta
sedang di  masyhar sana berkumpul seluruh mahkluk dari adam dan hawa
kalau pun kau jumpa kami
kemaafan belum tentu kami beri

sebab kau tidak ada beza
dengan rejim yang jatuh di seluruh dunia.
turunkan
atau kau yang diturunkan.
................................................................................................
ita:jana marah sapa?
hanafi:jana boleh jadi ahli politik
hajar:ha ah, aku sokong
aku:ah, tak payah jadi ahli politik. jadi rakyat biasa pun boleh fikir.
suzen:aku dah biasa barang mahal. tak ada masalah. lagipun aku kaya. jam tangan bonia.
jijah: aku biasa jee. minyak naik ke turun ke hidup aku tak terjejas.
aku:hes.......gasak lah korang.

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com