Sabtu, 19 Februari 2011

SEKUNTUM ZA`FARAN BUATMU INSAN (2)

jumaat. 18/2/2011   6.05 petang- 1  pagi. (sambung-sambung)

entri ini khas kudedikasikan buat mantan guru-guru yang mengajarku di SMPB tahun 1987 - 1991

aku digamit memori bila melihat foto ini. (gambar ihsan Norhaslinda Yusof).walau aku bukan siapa-siapa, tapi aku percaya mereka ikhlas mengajarku dan rakan-rakan lain hingga kami menjadi manusia. terima kasih cikgu.


ini catatan kedua yang aku dedikasikan untuk guruku selepas entri pertama  `sekuntum za`faran buatmu insan`.
(sila klik tajuk untuk baca).aku begitu rindu zaman persekolahan dulu walau sebenarnya tidaklah mengujakan sangat. cuma ada masa-masanya memori itu menggamit perasaan dan memberi semacam semangat mengenang kembali denai liku yang pernah aku tempuh . sementelah aku kini menjadi guru juga walau aku pernah beritahu cikgu Adam `saya tak mahu jadi cikgu!` entah kenapa aku tak tahu. ah, zaman remaja, terlalu ikut hati, ikut sedap mulut nak bercakap.


aku rindu masa-masa itu, yang rupanya kini semakin indah untuk ku kenang.tak akan berulang, hanya terbatas dalam ingatan sahaja. aku seronok dapat bertemu beberapa guruku yang aktif  FB, makanya terubat rindu ini walaupun siapalah aku agaknya di mata mereka. sekejap masa meneguk ilmu yang dicurahkan,menumpang kasih menumpang sayang ibarat ibu dan ayah sendiri..escapicm dari masalah yang menggigit perasaan di rumah, kerana aku datang dari keluarga yang dihimpit susah. segalanya nampak kelam dan aku tak punya cita-cita.aku takut bercita-cita. aku tak nampak aku boleh pergi ke mana..

tapi sekolah menjadi medan aku melupakan masalah. aku suka sangat belajar. kecuali matematik. sebab otak aku susah sangat nak faham..tapi aku tetap suka cikgunya.aku suka jumpa kawan-kawan. hilang sekejap penderitaan aku bila berada di sekolah. aku sayang semua cikgu aku. itulah agak sebabnya hidup aku terpandu sekarang ini, kerana berkat hormat guru (agaknya). ambil tusyen pun tak pernah, kelas tusyen pun dulu mana ada.nak kata aku pandai sangat belajar tu tidak, sederhana saja. kalau pandai sangat dah lama aku masuk MRSM ke, mana ke. tapi yang lebih mengagumkan adalah guru-guru sekolah biasa ini yang melahirkan insan luar biasa seperti kami. harapnya cikgu berbahgia selalu.

aku kongsikan pengalaman aku dan siapa guru kita ini di mataku, harapnya kalau cikgu terbaca ini, cikgu terkenang kembali zaman dulu-dulu. cikgu memberi banyak inspirasi kepada saya , walau apapun caranya.

Cikgu Zainordin
Masa aku tingkatan 2 jauhari (1988) aku suka sangat kelas perdagangan sebab cikgu Zainordin yang mengajar. Cikgu ni kelakar orangnya, sempoi aje.Orangnya putih, kurus dan tinggi. kadang dia pandang kami pun dah tergelak. tak ada tekanan langsung.asyik gelak aje dari mula sampai habis masa. Suka cakap `bhoyok`, yang maknanya pinggang kalau tak salah. Entah, aku ni nama aje jawa tapi tak banyak yang aku tahu.. tak pernah tinggal perkataan tu..kalau buat perbandingan tentang persaingan produk, dia akan guna contoh sabun FAB. pesaing dalam iklan lain guna jenama X tapi design serupa dengan sabun fab tadi. selalunya pengguna akan tahu tapi itulah permainan halus pengiklanan, memburukkan lawan. hm, konsep cikgu mudah diingat,sampai sekarang aku masih  mengingatinya.terima kasih cikgu, mencatatkan kegembiraan dalam proses saya mencari hidup ketika masih hijau dulu.

aku ingin mencontohi  dia, tapi aku tak mampu rasanya sebab unsur kecindan ni semula jadi, bukan boleh paksa-paksa. mesti murid aku happy saja belajar kalau aku ni kelakar kan.entah, kadang aku rasa aku ni kelakar juga bila beria-ia budak ketawa kalau buat lawak. masalahnya tak pasti ketawa tu kesian ke atau memang kelakar...heh

Cikgu Talib Sayuti

aku suka belajar sejarah salah satunya kerana cikgu Talib inilah. Perawakannya smart, rambut kilat berminyak belah tepi, baju licin bersterika (kalau cicak tokek terjatuh kat side baju cikgu terbelah 3, tajamnya..hehe), kasut kilat macam askar, sentiasa tersenyum mesra. yang paling aku kagum tulisannya sungguh indah, senget ke kanan dan siap ada macam margin untuk pastikan tak terkeluar bersepah sana-sini. pendek kata tak perlu mesin taip lah.aku obses sangat belajar sejarah. kadang aku akan buat buku `awang kenit`, untuk hafal fakta sejarah bersumberkan pelita malam, tapi aku seronok sangat sebab selalu yang aku baca keluar dalam periksa.sampaikan sijil STPM aku sejarah lebih baik dari BM..satu soalan yang aku tak kan lupa ialah tentang pakar perubatan Islam. antara pilihan jawapan  A)Ibnu Sina  B) Ibnu Singa..aku rasa nak tergelak tengok jawapan tu. Tentulah A jawapannya tapi cara cikgu beri `hint` tu sungguh menarik..

terima kasih cikgu kerana meninggalkan obsesi yang dalam saya kepada sejarah.aku tak tahu kenapa budak tak suka belajar sejarah. bukankah dengan sejarah itu kita belajar tentang kekuatan dan kesilapan orang dulu supaya kita tak buat perkara sama sia-sia?


Cikgu Md Khalid

tegas wajahnya tapi baik orangnya. pernah ajar bahasa inggeris dan sejarah. masa aku tingkatan 4-5 sedang kami tekun belajar tentang hamangkubuwono ke apa (sejarah tanah jawa) tiba-tiba dekat parking kereta guru ada seekor ayam jalan-jalan. Yang kelakarnya kaki ayam tu sudah sangkut dengan plastik, makanya sungguh lucu , bising betul bunyinya (kerana sekolah senyap sunyi waktu p& p,maklum budak SMPB baik-baik...) dan tak tertahan kami nak gelak. Mujur cikgu sporting dan bagi aje kami  tengok ayam tu serta gelak.cikgu kata `ha, sambil ingat ayam tu, sambil ingat fakta kamu sedang belajar ni`...cikgu juga suruh kami buat buku `awang kenit untuk nota ringkas.awang kenit ialah buku yang diambil dari nota lama yg tak pakai lagi, lipat 2 dan tulis nota selepas baca.bawa ke mana-mana.memang berkesan dan tak payah modal pun. sekali peristiwa cikgu beri kepercayaan pada aku jaga kelas tingkatan rendah sebab semua cikgu ada mesyuarat walhal aku bukan pengawas. kembangnya hati aku,rasa macam ada bakat memimpin pulak. hehe...kat mana cikgu sekarang?

satu lagi dialog antara aku dengan cikgu Khalid ialah ulasannya tentang trend seluar GQ yang Vanilla Ice gunakan.labuh mencecah tanah tapi sopan tak ketat macam rockers.Cikgu bilang kalau budak pakai macam stail GQ dia tak marah sangat berbanding seluar ketat macam awie dan search tu.. sapa-sapa muda zaman 90-an tentu tergila-gila lagu Ice-Ice Baby. sekarang ni radio sinar suka putar kembali lagu tu. asyik rasanya sambil pandu kereta sambil dengar lagu ni.. kadang buka kuat-kuat. nanti anak saudara aku kata aku  `arok` sebab dari rumah Ah Hong dah dengar radio aku dan mereka dah bersorak riang kerana aku balik kampung..eh, bercelaru sudah aku punya entri ni. tentang kampung pulak...fokus-semula ya tuan-tuan...

Cikgu Basar

tegas tapi kadang kelakar. masa aku tingkatan 3 Jauhari (1989), cikgu Basar ajar kami perdagangan. aku dah kata aku lembab bab angka, satu hari cikgu Basar sangat marah sebab akaun dalam buku ledger aku salah agaknya.(memang lah salah,kalau tak salah buat apa dia marah) nasib baik dia tanda kat rumah, kalau kat kelas tentu aku kena marah.pagi tu, masa dapat buku ledger aku rasa sungguh suspens sebab dah terkoyak 2 buku aku..aku membayangkan betapa sakit kepalanya menanda jawapan aku yang ntah apa-apa...hehe..ampun ya cikgu..nak buat macamana..saya orang seni..sebab tu tak jadi jurutera...terus aku takut sangat nak buat salah lagi tapi nak buat macamana dah aku memang lemah bab kira-kira...hehe..

masa tingkatan 4 aku dimasukkan kelas sastera (jaksa). tapi aku bahgia sebab aku memang suka sastera. memang aku bukan orang angka-angka kut. cikgu basar pernah cerita dalam kelas `kamu tahu tak, saya kuat merokok tapi saya tak sakit sebab apa?` sebab bila mandi pagi saya akan gosok gigi dan luahkan semua kotoran dari tekak,usus dan perut. sebab itu saya sihat. lagi satu mungkin sebab mandi parit air tanah gambut.`aku terfikir mungkin betul juga, ya lah, zaman dulu kan air bersih aje tak ada pencemaran.entah-entah cikgu saja nak buat lawak dengan kami...

apapun aku berterima kasih kepada cikgu Basar,` cikgu, saya bersyukur dapat belajar akaun walau sekejap, jadi dah besar ni tak lah bodoh sangat nak buat kira-kira untuk kelab ke, duit amanah sekolah ke...terima kasih cikgu..`

Cikgu Wahab

cikgu Wahab sangat tinggi, takut nak belajar dengannya sebab wajahnya macam garang. rupanya tak garang pun. kelakar yang banyak. sangat sabar mengajar matematik untuk budak lambat kira-kira macam aku. satu hari ada tajuk matriks, ni lah satu-satunya subjek yang aku terer, sampai cikgu wahab cakap` hah, pandai juga awak rupanya ye`.bangga betul aku masa tu. tapi bab tu aje lah. bab lain..hmmm. cikgu ni sangat bersungguh mengajar. aku suka. kalau buat analogi mesti gunakan kuih `semprit`.` satu semprit tolak satu semprit, berapa?`...budak jawab `semprittt cikgu`..hahaha..

masa aku tingkatan dua ke satu gitu, aku pergi sekolah waktu pagi kerana latihan rumah sukan.cikgu wahab panggil aku untuk hantar lauk ke apa ke entah kepada cikgu Asiah isterinya untuk dimasak/dimakan. rumahnya seberang sekolah saja. aku pun menjalankan tugas itu dengan senang hati. rasa bangga sebab cikgu percayakan aku walau sekadar menghantar titipan....

cikgu wahab sangat kuat lari. steady aje kalau setakat bebudak lumba dengan dia padahal budak tu dah separuh mati..

terima kasih cikgu ajar saya matematik. saya tak suka matematik tapi saya suka cikgu matematik. nak buat macamana, setiap manusia ada kecenderungan berbeza. saya suka seni dan sastera jadi saya jadilah cikgu seni.tak apa lah.saya tahu kalau saya lembab dalam matematik pun cikgu sayang saya jugak kan..hehe.

Cikgu Satar Marzuki

cikgu ni mengajar aku bahasa. senyum manis, dulu masa ada hari sukan sekolah aku ingat lagi cikgu jual barang-barang jenama Jalen.  cikgu Satar panggil aku `Wajar` kerana aku kacukan jawa dan banjar.

Cikgu Satar (yang suka berkopiah)

cikgu ini ajar apa aku tak ingat. rasanya geografi. tapi bukan itu yang aku nak cerita. cikgu pernah beri aku baju sekolah anak beliau. memang baju tu besar sikit tapi aku suka sangat pakai kerana cikgu yang beri. sampai form 6 aku pakai baju tu.dan aku suka sangat bila cikgu lebih mengajar kami tentang hidup beragama. selalu cikgu buat pemeriksaan mengejut (soalan cepu emas secara tiba-tiba) berkaitan solat ke, hukum ke..macam-macamlah. cikgu pernah kata, nak nakal macamana sekalipun, nakallah, tapi jangan lupa solat. satu hari nanti Allah buka hati kita untuk kebaikan.

cikgu suka bercerita. aku larut dengan cerita-ceritanya.menganga-nganga aku mendengar. salah satunya cerita tentang hantu dapur. beliau beritahu kami di bawah dapur kayu ada hantu sedang duduk menyangkung perhatikan kita. sikunya tajam. betul ke tidak entahlah, mungkin nak hiburkan hati kami dan supaya tak mengantuk. aku main percaya saja masa tu...haha.

paling best, satu hari aku masuk lambat. motor kapcai aku buat hal. tiba di kelas cikgu tengah mengajar. cikgu kata `asalamualaikum` kat aku.. ish, malunya. tapi cikgu tak marah dan aku lega.


sebenarnya ramai lagi guru belum kucoret nama dan kenangannya. tapi aku rasa aku tamatkan entri ni di sini,dah dekat 1 pagi. esok nak bawa pelajar ke Perkampungan Penulis Muda, mengantuk pula aku nak memandu.InsyaAllah, entri ke -3 menyusul bila-bila aku panjang umur.

untuk semua guruku, terimalah  seharuman za`faran dariku.

terima kasih cikgu
kerana memberiku tahu
mengajarku dengan hatimu
hari ke hari tanpa jemu


kitaran waktu berputaran
ku semai wangian za`faran
untukmu duhai insan


apapun aku menjadi sekarang ini
berkat marah, tegur dan sayangmu pada semua kami
dengan penuh kasih suci
terimalah hadiah dari hati
semoga cikgu semua
dirahmati di sini dan nanti di sana


ampunkanlah silap salah
seandainya ada
aku insan yang lemah
kadang terlanjur perbuatan menajam bicara


cikgu
aku sayang kamu...
......................................................
rita:oi, kan banyak lagi cikgu
napi:ye lah, kenapa tak cerita semua
jijah:ha ah.
aku:mengantuk la. esok sekolah..
suzen:aku pernah sekolah kat smpb dulu. tapi sebab aku pandai tingkatan 3 aku pindah benut. budak sains la katakan.
Hajar:aku dulu pemalu masa sekolah.tapi tulisan aku cantik beb.

2 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

jana aku rindu dgn cikgu talib dan cikgu khalid.. sesungguhnya dlm ramai-ramai cikgu dua orang cikgu ini memberi kesan mendlm dlm hidup aku.. aku sayang mereka sangat

Comels berkata...

kalau rindu add la cikgu talib tanya khabar.cikgu khalid tak de fb ke ha?

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com