Ahad, 6 Februari 2011

JIRAN DARI SYURGA

entri sempena CNY, kepanasan Interlok dan caca merba pilihan raya Tenang.

aku terharu kerana Allah kurniakan aku jiran-jiran yang sangat baik.tadi dapat buah limau dan kacang goreng dari kakak berbangsa cina  depan rumah tu.(sori, tak ingat namanya...bertuah kan aku ni sebagai jiran).dia hantar buah tu melalui anak lelakinya yang comel. tak salah aku namanya Jia ho. aku tanya nama tapi sengih-sengih sebab tak faham agaknya. emak, abang dan kakaknya di depan rumah (pintu pagar)menghantar dengan senyuman, (masa tu lah mereka cakap nama budak ni). cukuplah manisnya senyuman dan keikhlasan memberi itu buat menyubur persaudaraan sesama jiran.

 limau dan kacang ,lahir dari persaudaraan sesama jiran. kakak depan rumah dan Kee ,jiran sebelah rumah aku yang baik hati bagi kami hari ini.Alhamdulillah, terima kasih.

kakak ni ibu yang sangat baik kukira. sudah 6 tahun kami berjiran, aku perhatikan dia bukanlah kaki bertandang suka bergosip. rutinnya sebagai suri rumah selalunya siapkan urusan rumah tangga, hantar  dan sambut anak-anaknya sekolah hingga pintu van di tutup, tekun meneman anaknya belajar dan ulangkaji setiap hari di ruang tamu itu.sedar tak sedar anak daranya dah sekolah menengah dan rutin hariannya tak pernah berubah. tak pernah rasanya dia sesaja keluar bershopping walau ioi mall tu dekat tak sampai 5 minit dari rumah kami.selalunya suaminya yang beli barang-barang dapur.suaminya juga tak banyak cakap tapi tak lokek dengan senyuman.
rumah berbumbung dan kayu coklat itulah rumah jiranku yang baik ini.tokong kecil di sebelah kanan pagar adalah milik kee, jiranku yang baik juga.



kee jiran aku berkongsi dinding sebelah kanan rumah.
dia pun jiran yang peramah, happy go lucky dan baik juga. tak pernah terlupa nak bagi ole-ole hari raya bila tiba tahun baru. tadi pun dia bagi juga (ingat lupa, dah lama dah raya.selalu raya pertama dah bagi. hehe )
kee juga tak pernah lupa ucap selamat hari raya lewat sms bila kita beraidilfitri. hanya aku dan hubby kerap terlupa ucap happy CNY padanya. kami pernah sama-sama kongsi cat untuk cat pagar rumah. percuma aje dia bagi aku. rumput karpet kat laman rumah aku pun datang dari rumah kee. aku terharu betul beberapa tahun lepas, kee kata kat hubby  `you tak payah beli rumput carpet, tunggu saja rumput ni sampai u punya rumah..`` mana aku tak terharu, saat itu aku teringat kes ahli agama terkenal negara kita yang saman-menyaman di mahkamah hanya sebab rumput mutiara!aduhai...

(aku rasa Kee sedih sebab rumput carpet kat rumah aku tewas dikalahkan lalang.hoho...tak menghargai langsung.pemalas nih)
pintu grill hitam di sebalik pokok pisang tu rumah kee, jiran aku .

eh, tiba-tiba ter`interframe `pula rumah aku sendiri. sederhana saja kan, syukur Ya Allah..er, sebelah kiri yang cat hijau tu rumah kak Ani dan abang toyib.patriotik gitu,bendera merdeka sengaja tak diturunkan..hehe

 auntie belakang rumah aku orang india. anak seorang, sekarang dah tak kerja.baik juga, masa deepavali haritu dia bagi setalam kuih-muih dan kari......

sebelah kiri rumah aku pula ialah keluarga kak Ani dan abang toyib , juga sangat baik.cuma Kak Ani sibuk sikit sebab mengusahakan kantin. subuh pergi malam baru balik, tapi dia juga peramah. 
alah, aku ni pula nak melebih-lebih. aku pun bukan peramah sangat. balik kerja terus memerap saja. kalau tak sidai kain tak keluar. kak ani kadang confuse aku ada di rumah ke tidak..tapi aku tak lah sombong, cuma tak pandai sangat bersosial...


terima kasih Allah, baiknya Engkau padaku. Kau lengkapkan aku dengan 3 syarat hidup tenang di dunia ini seperti yang disabdakan RasulMu...lebih kurang maksudnya begini...
`kebahagiaan hidup manusia di dunia ini  terpenuh dengan 3 perkara:
1)tempat tinggal yang selesa
2)jiran yang baik
3)kenderaan yang baik.`

walau ada jiran yang agak tak bertimbang rasa seperti buang sampah ikut suka hati mak ayah dia, atau bela anjing yang suka melolong tak kira masa, tapi itu hanya seorang dua. kenapa aku nak fokus ke situ sedangkan aku ada jiran terdekat yang baik?

terima kasih Allah, tenteram hidup aku di sini kerana berjiran bagai di syurga.
kamu?dapat jiran dari syurga atau dari neraka?

.............................................................................................................................................
aku tak faham kenapa harus wujud sikap membenci dan prasangka dalam kalangan kita. Melayu curiga kesetiaan warga cina,Cina prasangka dengan melayu, India rasa takut terpinggir dan tertinggal oleh rakan cina dan melayunya.

lalu jadilah perhubungan kita ini bagai api dalam sekam.semua bersikap defensif dan tak mahu menjernihkan fikiran. hidup hanya bertunjang retorik  politik yang rapuh tapi hati mudah tersentuh dengan sedikit sahaja perselisihan pendapat.

aku bukan idealistik.jauh sekali ahli politik. tapi aku ingin mengajak kamu semua berfikir, atas asas apa manusia ini dijadikan oleh Allah.
Allah jadikan kita berlainan bangsa dan warna kulit serta rupa supaya kita saling berkenal-kenal dan berkasih sayang....

tak boleh ke kita berkasih sayang antara sesama kerana dia manusia,bukan warna kulit dan bangsanya. kalau ketulusan itu jadi batu asas setiap perhubungan akan adakah masalah sekarang ni?tanya hati kita,setulusnya. 
 
eh, dah jadi entri lain pula. isu ni aku sambung di entri lain ye.

akhir kata, sayangilah jiran sebagaimana kita sayang keluarga kita. esok lusa, kalau kita kesusahan, adik beradik dan saudara mara jauh, jiranlah tempat pertama kita mengharap ihsan...


ita:jana ajar sivik la jah
jijah:tak la, tatarakyat.
hanafi:apa gaduh-gaduh, apa yang penting, kerjaaa samaaa..(wonderpet)

3 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

bagus idea ko ni ana... patutnya dah lama ko buat tentang ini hehehhe. cuma boleh tak ko lain kali buat 1 perenggan 5 baris je .. penat tau baca.. hehhe itu pandangan aku je la..

siti azizah Sang Pencinta berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
hanafi berkata...

Hehehe.. bergaduh, bermesra, bermanja, hati menebel tu kan warna warni hidup.. klu tak de semua tu nti jadi macam cerita tikus putih, tikus hitam..hehe..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com