isnin.7.34 mlm.
apa yang aku catatkan ini untuk aku mengenang kembali kisah lalu yang menjadi salah satu pengalaman paling berharga dalam hidup.jihad melawan kelaparan dengan tidak meminta-minta.
entahlah aku memang malu nak meminta-minta. sungguhpun aku miskin, mak tak pernah ajar aku meminta-minta dari orang. mak adalah contoh terbaik dalam hidup aku tentang contoh seorang wanita yang membanting tulang empat kerat demi jihad menahan lapar. tak pernah sekali aku ingat mak ajar aku minta dari orang sesuap nasi walau sangat lapar. dulu aku miskin,tak mampu nak makan sedap-sedap. paling best pun lauk `gereh` dengan kicap.tapi aku bangga, semua tu datang dari kerja keras orang tua aku.tak makan pun tak pernah minta kat orang.
di situlah aku belajar erti harga diri dan maruah.kalau nak sesuatu, berusahalah. sungguh perut tak berisi, meminta-minta jangan sekali.semoga cerita aku ini memberi inspirasi kepada kau yang membacanya, terutama anak-anak murid aku yang bertebaran di luar sana. ucapanku untuk mereka,`saya tak ada duit nak beri kamu, tapi saya bagi kamu inspirasi untuk cari duit demi meneruskan hidup`.
kisah bermula dengan latar masa aku menyambung pengajian di UiTM Shah Alam, kampus INTEC, seksyen 17.tahun 2004-2007.
pintu masuk kampus.kalau duduk celah lampu dan pandang depan, dongak sikit akan nampak rumah aku.flat tingkat 5.betul-betul depan kampus.adalah 10-20 langkah dah sampai.(gambar ni aku cilok dari adik intec.kat internet.library baru. masa aku masih belajar sedang dalam pembinaan. aku memang kaki buku. aku sedang membayangkan keseronokan larut dalam lautan buku di sini. bila dapat datang lagi...
sebahagian bilik kuliah yang menyimpan nostalgia
ini gambar rumah aku. tingkat 3 pintu kuning pernah duduk sekejap.kemudian pindah sampai habis belajar duduk tingkat 5.atas sekali.atas bumbung biru. sebulan RM600.(gambar ihsan Jue)antara rumah dan kampus terpisah dengan jalan kecil tu saja.
masa aku belajar di sini adalah paling memeritkan. aku dah pernah cerita tapi aku akan ulang lagi beberapa cerita sebab kalau tak ulang nanti cerita ni jadi tak best.memeritkan dalam erti kata kemuncak keperitan hidup setakat aku berumah tangga selama 13 tahun ini. macamanpun, aku tak lah pamerkan sangat perasaan dan kesusahan aku. orang-orang tertentu saja. Kak Sal, Jue, Iris ,Kak eli dan beberapa orang saja yang perasankannya.aku tak fikir bagus untuk menceritakan kepada semua orang sebab tak semua yang berhadapan dengan masaalah.
.
tengoklah wajah aku. happy dan comel aje kan. di samping karya aku (belum siap sepenuhnya) semester akhir. `macrobarium Rosenbeergi` tajuknya.painting keladi tu Martin punya.
mana ada muka sedih. manis aje senyuman aku kan. masa ni sedang siapkan folio untuk Food art.Dalam studio yang aku suka sangat.kecil, tapi sejuk bangat sebab ada 4 aircond yang nyaman. sampai petang pun tak kisah kalau dalam studio ni.
gambar studio semasa kami sedang siapkan artwork. kak sal, martin dan uning.
aku betul-betul menerima dugaan Allah yang maha hebat ketika aku di sini. lebih spesifik lagi dugaan berkaitan kewangan, yang betul-betul buat aku suami isteri hampir gila. mana tak gila,hubby aku kena buang kerja sedangkan hutang banyak nak settle setiap bulan. masa tu kilang tutup dan pindah penang. aku pulak mana ada gaji lebih. gaji separuh, potong hutang bank dan rumah baki tinggal RM 18 sebulan.!
percayalah cakap aku. inilah gaji aku sepanjang belajar 3 tahun. nak makan apa 18 ringgit sebulan?
aku hanya mengharapkan PTPTN yang dapat 2500 satu semester (3-4 bulan).itulah duit nak bayar sewa rumah, makan, tambang balik, barang artwork dan segala bagai.mana nak cukup beb. nak kerja, aku takut aku tak mampu sebab assignment tak menentu. kadang sampai pagi tak tidur terus pegi kuliah nak siapkan assingment punya pasal.lagi aku nak kerja?aku ni dah la ada high blood presure tak pasal-pasal terbongkang nanti menyusahkan orang pulak.
hubby masa tu macam-macam kerja dia cari, tak dapat dan kemudian macam-macam benda dia jual. akhirnya jual cakoi tepi jalan. dapatlah untung 20-30 rm sehari.tu mana cukup nak bayar hutang bank dan kereta..nak rolling modal lagi..awal-awal tu teruk juga, kereta aku sampai kena tarik, sedih betul.baru je tak sampai setahun waja tu. dah 3 bulan sangkut, nak buat macamana. rumah aku nak kena lelong, orang bank cari hubby sampai masuk rumah...hih, macam-macam.aku nak minta duit hubby pun tak sanggup sebab dia makan pun ala kadar. kadang bila telefon dia kata makan cakoi dia jual tu aje..atau yang grand skit dia beli nasi giant harga Rm1.90.
tengah-tengah meniaga tu MDK pulak suruh stop sebab tak de lesen. kalau tak gerai nak kena rampas. sampai tahap tu hubby dah tak mampu menanggung, dia menangis, menumpahkan air mata lelakinya. aku pulak terpaksa coolkan dia sedang aku pun menangis-nangis dalam hati.nasiblah hbp aku tak buat gila.masih boleh tahan lagi. kami tak mengadu dengan sesiapa pun. sorang pun ahli keluarga aku tak tahu kesukaran aku. sengaja aku tak bagitahu, aku tak mahu menyusahkan mereka. mak dah lah tak sihat,kakak aku pun bukan orang senang.
banyak ketika dompet aku seposen pun tak ada. tapi aku tawakkal saja. adalah rezki aku. kadang kak sal belanja, kadang kak nisa jalan-jalan balik belanja. kadang aku makan lauk bilis dengan kicap aje dengan Iris. nak buat macamana, tak berduit.aku tak kisah asal aku tak mati kelaparan sudahlah. inilah dugaan aku dalam jihad meningkatkan diri mengejar ilmu pengetahuan.
mak ai, panjangnya intro. belum masuk cerita penanda buku ni.
kadang aku cari income dengan ambil upah melukis artwork untuk kawan-kawan. kak nisah dan kak step selalu upah aku. sekeping aku ambil Rm3 je. dapat lah buat beli nasi dekat kantin intec yang murah.kadang kak eli bagi upah yang banyak untuk aku lukis dalam folio b.arab dia.
satu ketika, aku sungguh lapar dan seposen pun tak ada dalam poket. nak minta atau pinjam kawan aku malu.
PTPTN tak dapat lagi.aku mengadu dengan Allah aje lah. sesungguhnya Allah maha baik, tak pernah Dia biarkan aku kelaparan walau aku dalam kesusahan.
kebetulan Prof. Syukor kata nak adakan pameran apa ntah. jadi fakulti aku pun terlibat juga. aku perah otak macamana nak cari duit supaya aku tak mati kebuluran. Allah beri aku idea, buat book mark @ penanda buku.aku ajak Jue buat book mark. jue ok je. jue tak lah desperado macam aku tapi jue buat juga nak beri moral support kat aku. sepanjang petang aku kumpulkan reja kertas, mounting board,daun kering dan apa-apa aje lah untuk buat penanda buku. aku longgokkan depan aku, aku doa pada Allah, tolonglah hambaNya yang kelaparan ini.
akhirnya siaplah berpuluh-puluh penanda buku dari daun kering dan reja mounting yang dah tak diguna lagi.tak tidur aku semalaman tu, lelap-lelap ayam saja.
design menggunakan daun pokok dalam kampus.daun tukar jadi duit. sungguh ajaib kan.
design kertas mounting board, tak payah beli, reja-reja art work aje aku ambil.nasib tak buang..kutip dari kawan-kawan serumah. jue, iris, kak step,kak eli, kak nisa. terima kasih kawan-kawan..
pada hari pameran tu, aku dah tak malu dah. aku jerit-jerit kat adik-adik INTEC (budak yang belajar untuk persiapan ke oversea) untuk datang beli bookmark aku. aku kata, daun tu kenangan semasa kat Intec ni, tak dapat kat mana dah. aku kutip daun tu tepi kafetaria intec dan jadikannya kenangan berupa book mark. dengan sedikit kreativiti dan provokasi, banyak juga terjual. aku gembira, Allah mendengar keluhanku. poket vest aku tak boleh zip, penuh dengan duit.
budak sekolah pun datang, aku jual murah-murah aje, Rm1 sekeping.petang tu aku kira dapatlah RM90! Ya Tuhan, kegembiraan yang tak dapat aku bayangkan. dari seposen pun tak ada aku ada Rm90 dengan titik peluh aku sendiri. rasa sayang nak belanja, tapi kena belanjakan juga nanti aku mati kelaparan pulak.
esoknya sambung lagi dan aku mampu bayar zakat perniagaan kepada kelas aku sebanyak RM14. maknanya aku punya pendapatan Rm 140 secara kasarnya.
aku puas. usaha aku berbaloi. dalam 1 hari setengah aku berniaga dapat 140 sangatlah besar ertinya untuk aku.aku terharu mengenang baiknya Allah padaku...
bila aku dah mengajar semula,ada masa (terutama waktu hari terbuka) aku jual bookmark dengan 3 tujuan. mengenang kembali keperitan lalu untuk aku insaf.mengasah kreativiti aku agar tak tumpul.dan akhirnya memberi motivasi dan inspirasi kepada pelangganku yang terdiri daripada guru, pelajar juga ibu bapa yang sudi ke gerai aku melalui bait indah kata-kata yang tertera. paling istimewa, apa yang mereka miliki memang tak ada duanya di dunia ini, kerana semuanya asli , handmade, (buatan tangan).
design terkini.dah ada identiti.comels art.
dalam bentuk lebih ilustrasi
atau yang lebih simple
aku bangga menyatakan hasil yang aku dapat dengan jualan bookmark ini kalau aku kira dan kumpulkan sudah dapat lebih Rm1000!kadang aku ada permintaan dari kak midah dari budak sekolahnya yang nak bookmark untuk hadiah kawan-kawan mereka yang nak berpisah selepas SPM nanti. terima kasih kepada kak midah yang banyak membantu aku dalam bisnes ini. (tahun ni tak mahu tempah ke?hehe)
aku masa jual karya kreatif aku.fatin dan irma tolong berniaga.masa ni aku di STARP, 4 jam jual dapat Rm 100.ok lah sangat kan.tapi tak tidur malam aku menyiapkannya. tapi puas hati sangat.
kucing kat belakang tu tajuknya `This Is My Territory`. bukan untuk dijual. harga tertinggi setakat ni Rm350. ada nostalgia di dalamnya.
akhirnya, untuk kamu semua yang membaca, bukan aku seorang yang berdepan dengan kesukaran dalam hidup. meniti perjalanan sebelum sampai perhentian seterusnya pasti melelahkan. kita diuji dengan apa yang mampu kita tangani. ujian untuk engkau tak sama dengan ujian untuk aku. musibah untukmu mungkin pergolakan rumahtangga, anak yang kurang sejahtera, sakit fizikal yang susah sembuhnya dan aku pula krisis kewangan yang hampir membuat aku naik gila.
tapi percayalah, Allah sudah berpesan dalam surah 'ash-sharh` إِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرًا ..فَإِنَّ مَعَ الْعُسْرِ يُسْرً ا
bermakna..setiap selepas kesusahan ada kesenangan dan setiap kesusahan ada kesenangannya...
mengapa Allah ulangi Firmannya berkenaan susah dan senang itu?...sebanyak 2 kali?sebab Dia tahu, manusia akan kalah bila mendepani ujian. ayat itu merupakan penguat semangat untuk kita mengharungi hidup ini. Allah yang berikan kesusahan Dia jugalah yang berikan kesenangan. memang bercakap sangat mudah berbanding mengalami.tapi aku bercakap sebagai orang yang pernah melalui dan belum pulih sepenuhnya dari trauma dugaan itu.
mujur ada rakan yang sudi membantu. bukan saja dengan wang ringgit tapi dengan moral support juga.terima kasih rakan itu. kau tahu aku bercakap tentang kamu.semoga hidup kau dilimpahi rahmat sampai kiamat.aku tak lupa seumur hidupku. keluarga aku juga akhirnya tahu dan biarlah tahu kerana aku dah melepasinya.
kepada anak-anak didikku, jangan merungut banyak sangat ketika berdepan ujian. hidup kamu masih hijau.ujian datang untuk mematangkan kamu.semakin kaya pengalaman semakin baik kamu menjadi.
untuk kawan-kawanku yang dilanda dugaan walau apapun caranya. sama ada kau tanggung sendiri atau sudi berkongsi ingatlah, Tuhan tidak pernah memberatkan kita dengan ujian yang tak mampu kita pikul. sesuai dengan kekuatan kita, disitulah ujian datang bertimpa-timpa. tapi berpeganglah dengan kekuatan surah Alam Nasrah, fahamkan maknanya (sebab tu kalau baca Quran mesti tengok tafsir baru dapat feel sebenar.)
ujian datang dan pergi sampai kita mati. dalam kubur lagi besar ujiannya. mampukah kita?
soalan untuk aku dan kau fikirkannya.
akhirnya, aku bersyukur dengan segala yang aku tempuhi. semakin matang aku rasakan diri ini. semakin besar empati dan simpati melihat insan lain. aku tak mampu menyumbang harta, terimalah sumbanganku dalam kata-kata. Janganlah larut sangat dalam kesedihan, mengadulah kepada yang tak pernah jemu mendengarkan...Dialah Tuhan.
.................................................................................................................
Hanafi:aku pun ada masalah
ita:aku pun
jijah:aku pun
hajar:aku pun. semua orang ada.
suzen:aku pun
aku:masalah tanda kita hidup.supaya kita kuat. supaya kita berbeza dari kita sebelumnya.
orang: entri serius la kali ni.......
10 comments:
betul tuh jane sebenarnya aku juga pernah mengalami apa yg kau alami..pada tahun 2003 lepas,, yg tinggal tawakal kpd Allah.. rumah sewa siap berhutang..mkn tak ada alhamdulillah ada kwn yang sama-sama berkongsi apa ada dgn kita. Moga Allah Swt memberikan mrk dan teman2 kita kebahagiaan dunia dan akhirat. Insyallah/
Dah macam macam dugaan kita lalui umtuk jadikan kita lebih matang tapi sampai sekarang tak pernah lagi tengok ular berak....
Pengalaman,kekuatan dan keberanianmu menjadi pendorong buatku meneruskan hidup yang sgt mencabar... bilala aku nak pencen kp ni?
tanty aku doakan kau dapat bebas dari neraka kp bm secepatnya ASAL SAJA BUKAN AKU yg gantikannya.hehe..
adlinz,terimakasih sudi singgah. nak ambil ide pun apa salahnya. ya lah, sama-sama kita merenung diri dari pengalaman orang, kerana takdir hidup ini memang tak sama...
salam,
terbaca blog akak...terharu dengan kisah hidup akak. Kalau saya dulu zaman belajar susah rupanya ada yang lebih susah dari saya....benar saya hingga kini masih berpegang dengan ayat 'sesudah kesusahan pasti ada kesenangan'
hanakhairi,nasib baik Allah bagi kita susah,supaya kita tak mudah lupa diri .terima kasih sudi singgah.
alamak sedihnya dengaR CERITA tu...hidup mcmmana ye kalau gaji rm18... simpati betul tgk tapi tahniah kerana tabah menghadapi dugaan ini....
javareal.
alamak sedihnya dengaR CERITA tu...hidup mcmmana ye kalau gaji rm18... simpati betul tgk tapi tahniah kerana tabah menghadapi dugaan ini....
javareal.
javareal,Allah maha kaya. kadang tak logik nak fikir,tapi betullah kata Allah, segala ujian tu adalah untuk kita yang mampu.kalau tak mampu tak diuji. semua orang ada ujiannya,cuma berbeza datangnya...
Catat Ulasan