10.23 MALAM. 8/9/2011
PERHATIAN:kalau hati kau lembut sangat ,atau fanatik parti sangat tinggi atau tak boleh dengar `kata-kata kasar` baik jangan baca,tak pasal-pasal aku `delete` entri ini.(hahaha, hanya ita dan hajar yang tahu ini kes).
ENTRI INI AGAK PANAS.berkaitan pendirian aku dalam beberapa isu. dan pandangan aku tentang dunia politik. suka hati aku, blog aku. fikiran aku(ita akan kata,` jana, lembutkan bahasa tu...biasa nih`..)yang sudi kongsi, fikirkannya. yang tak mahu kongsi, aku tak paksa. demokrasi,,,yayyy
Kalimat zalim boleh juga digunakan untuk melambangkan sifat kejam, bengis, tidak berperikemanusiaan, suka melihat orang dalam penderitaan dan kesengsaraan, melakukan kemungkaran, penganiayaan, kemusnahan harta benda, ketidak adilan dan banyak lagi pengertian yang dapat diambil dari sifat zalim tersebut, yang mana pada dasarnya sifat ini merupakan sifat yang keji dan hina, dan sangat bertentangan dengan akhlak dan fitrah manusia, yang seharusnya menggunakan akal untuk melakukan kebaikan.
dengan pelbagai kebejatan yang berlaku, masalah yang tak terungkai, pembunuhan demi pembunuhan, penganiayaan yang tak terbela, perobohan rumah rakyat tanpa timbangrasa,joli duit rakyat pergi disney sekeluarga termasuk pembantu rumah dengan kos juta-juta, tidur dengan suami atau isteri orang atau pelacur dan mengaku dengan muka tak tahu malu, memakan rasuah tapi dianggap suci, lantik semula sebagai pengarah badan kerajaan. merogol budak bawah umur sampai beranak tidak didakwa , sedangkan sang pembela berbangsa cina merengkok 2 tahun dalam penjara.dengan tanpa maruah sibuk pula menjaja cerita vedio seks musuh politik yang nampak sangat tunggang terbalik skripnya.
apabila seorang wanita mengaku bersalah kerana minum arak dan minta hukum syar`ie dijatuhkan padanya denganRELA, seolah-olah tuhan pelbagai pihak menghalangnya. akhirnya kerajaan angkuh pun menang, dia tidak perlu disebat, cuma buat kerja amal. itu kes SUKA RELA diadili syarak. cuba kalau diPAKSA selesaikan mengikut syarak. aku fikir habis terbalik Malaysia ni agaknya , gegak gempita dengan mulut lancang menyanggah, sedang mereka bukan ahli. huh, tunggulah saja kehancurannya sebab kita redha dengan ini semua.aku tak redha. mudah-mudahan Tuhan mengiktiraf ketakutan aku ini walau hanya layak dimasukkan dalam kategori `sekecil-kecil iman`.kau tahu tak, pemimpin ketika ini bersifat ZALIM pada pimpinannya kerana meremehkan hukum Allah, yang dipasrahkan oleh hamba Allah tadi.dia fikir dia sangat besar, dia lupa kerajaan Allah lebih besar meliputi langit dan bumi. dey, bumi ni saja sebesar debu kalau nak banding dengan planet lain, kita ni kecil daripada atom saja layaknya.
panjang lebar begini aku tulis kalau kau tak faham lagi erti zalim, kalau kau kata perkataan aku sangat kasar, aku pasrah saja lah.
tapi aku tak salahkan kau, wahai sahabatku yang berkontradiksi dengan ku.
kita dibesarkan dengan budaya takut bersuara. kita dibesarkan dengan selesa. itulah yang aku kata di awal tadi. SINDROM KATAK REBUS.
sekali lagi ia hanya sebuah metafora. kalau kau cuba masukkan katak dalam sebuah air panas mendidih, dia akan meloncat dan lari laju-laju.tapi cuba kau masukkan katak dalam air dingin. nyamannya...masukkan dia bersama air tadi ke dalam periuk. dia diam lagi. kau letak atas dapur gas. hidupkan api. perlahan.dia masih senyum. air jadi suam-suam kuku. lagi lebar senyumannya. sungguh selesa. macam dalam nirwana agaknya.tapi tiba-tiba semuanya sudah terlambat. air yang suam jadi mendidih. nak lompat dah separuh masak kepanasan. akhirnya kau dapat seekor katak rebus yang mati dalam iman, tersenyum selesa sebab tak sempat kerut muka kesakitan bila air mendidih.
maksudnya?adui sahabatku..kau belum faham lagi.
sindrom katak rebus itu ialah kau. kau selesa dengan keadaan yang kau nikmati. proses pemanasan air sedikit demi sedikit itu ialah perkara buruk yang dilakukan oleh kerajaan.adatlah, mana ada kerajaan yang baik seluruhnya sekarang ini. sebab itu kita kena tegur kerajaan bila mereka salah, agar keseimbangan terus berjalan. dan keselesaan engkau buat engkau tak mahu membetulkannya.engkau rasa makan pakai kau cukup, senang cari makan, hidup aman damai, buat apa kecoh-kecoh. ya, kau sedang dalam proses pemanasan.
ada pemimpin yang memboroskan duit rakyat. biarkan. kau masih boleh makan. ada orang tak bersalah mati dalam siasatan. biarkan . bukan sedara kau. ada cita-cita negara nak buat loji neuklear. biarkan. jauh dari rumah kau.kerajaan nak naikkan harga minyak atas alasan minyak naik (aku bodoh ke, sapa...patutnya lagi harga minyak dunia naik, lagi kita boleh kekal harga atau jual lebih rendah sebab kita pengeluar minyak, dapat untung kali-kali ganda!)kau pun kata biarkan. sebab naik sikit saja. dalam setahun entah berapa kali naik. begitu banyak sumber negara defisit juga. kau kata biarkan . adat berniaga. huh. memang kau tak baca agaknya duit negara kita lesap tanpa dapat dikesan. 888bilion tau. biarkan. bukan duit kau.kau kata
ada anak muda ditembak . biarkan. bukan anak kau. tapi kau mengeluh juga bila harga ayam, susu anak, beras, gula, minyak naik.kau boring juga bila kuih jadi makin kecik, nasik lemak tinggal 2 sudu, mi goreng tak dapat dah macam dulu 2 hengget je.sirap, teh tarik mamak semua naik. astro tak pasal-pasal kena tax.. insuran naik dekat 200 %. kau rasa ini tidak ada kaitan dengan kerajaan. ini salah peniaga. mereka patut dihukum kerana naikkan harga barang. mari tangkap peniaga itu.
oh, kasihannya engkau. kalau peniaga tak naikkan harga jualan, atau kecilkan saiz kuih, mana mereka nak untung?harga barang asas dah naik. kalau berniaga nak rugi, itu amal jariah namanya. untung pun bukan besar, sekadar sama dengan untung sebelum harga minyak naik.
sahabatku, aku dan suamiku pernah menjalani hidup memeritkan sebagai peniaga cakoi tepi jalan.pendapatan tak seberapa, ala kadar asal aku tak kelaparan dan meminjam orang. aku dan suamiku kasihan juga dengan pelanggan yang merungut kuih semakin kecil tapi kasihankah mereka kepada kami peniaga kecil ini yang terpaksa tanggung kos yang tinggi?nampakkah kau penjual dan pembeli sama-sama menjadi mangsa. itu tanggungjawab kerajaan,kalau harga minyak tak naik, tak ada sebab harga barang naik. semua perlu kos. kos penghantaran bahan mentah melambung tinggi kerana MINYAK NAIK!ia jadi rantaian dan akhirnya pengguna macam aku dan kau yg terpaksa tanggung. apa perlu orang tertindas NAIK MINYAK baru kau nak faham matematik mudah ni?huh.
aku banyak lagi nak ditulis sebenarnya. tapi aku dah penat ni. harapan aku kau juga berlapang dada membaca hujah aku. aku minta maaf kalau aku terkasar bahasa. kau tak perlu hairan dengan aku sebab aku masih temanmu yang dulu. masa dah berubah tapi kenangan tak boleh diubah. fakta tak boleh diubah. sejarah tak boleh diubah.
semoga aku mencatat sejarah dalam perjalanan hidup ini sebagai orang yang bercakap dengan fakta, bukan emosi dan auta.
------------------------------------------------
ita:eh, apa kes. panas lagi ke.
hajar:aku playsafe. jadi aku akan kata wakaakaaa
suzen:aku malas baca sebab aku tak suka politik.
jijah:hoi, apa kes ni?
aku:er, besok kita jumpa kat HBP.insha Allah, aku cuba selesaikan projek dan sempat jumpa korang. kita senam sambil sembang kencang.