Selasa, 13 April 2010

perasaan

hari dah masuk ke hari selasa,13/4/2010 pukul 2.44 pagi. tadi dah tidur awal,pukul 9.30.terjaga seputar pukul 1.30 pagi. gosok baju untuk esok dan buka fb.mau tak tidur ni.ish, bahaya.
tapi sementara ada kekuatan untuk menulis ni, aku tulislah juga. sekadar menyatakan perasaan.
kadang hati ini tak dapat difahami. perasaan datang silih berganti. paling seronok waktu hujung minggu atau cuti sekolah. yeeeha.bila sesi persekolahan bermula, mula la rasa lemah-lemah badan, nak demam-demam dan macam-macam lagi penyakit mengada-ngada nak buat alasan tak mau pergi kerja.

tak senonoh betul.

aku suka kerja aku. tapi keadaan memaksa untuk aku bertarung menghayati keindahan menjadi seorang guru atau seorang babu.belakangan ini dengar banyak rungutan guru.macamlah teruk sangat beban kerja. yang sadisnya, orang terus menghukum, tak mau kerja berhenti, jangan merungut!
aku pernah tanya kak zah, guru otai di sekolah aku tentang beza mengajar dulu dan sekarang. aku anggarkan kak zah sebaya dengan guru-guru aku masa aku sekolah tahun 1981-1993 dulu. kak zah kata memang banyak sangat bezanya. stress melampau-lampau. beban kerja bertambah-tambah.program mengarut-ngarut punya banyak sampai nak masuk mengajar yang patut jadi keutamaan terpaksa dilakukan dengan perasaan yang tension akibat keletihan kerja perkeranian.
guru jadi polis,jururawat, tukang kebun, kerani,algojo,kaunselor,jurulatih sukan,bla-bla-bla.
tapi semua tu terubat bila masuk ke kelas murid menanti dengan sabar dan adab untuk menuntut ilmu.
masaalahnya dah ramai tak ada adab.
aku rasa sungguh seronok kalau masuk ke kelas yang muridnya perangainya sama macam zaman aku sekolah dulu.degil macam mana pun, seingat aku tak ada la kes melawan cikgu. benci macam mana sekalipun, tak pernah kurang ajar dengan cikgu. sebab tu aku rasa hidup kami ni berkat, belajar ala kadar saja, tak pernah seorang pun aku tahu kawan-kawan aku ambil tusyen di mana-mana. bila berhubung di fb, tau lah masing-masing di puncak kerjaya, ada yang menetap di luar negara, ke luar negara,dan segala perkara yang boleh ditakrifkan sebagai `kejayaan`.terima kasih tidak terhingga untuk semua guruku.
cuma aku terkilan, aku berat mulut nak ucap selamat hari guru masa sambutan hari guru zaman sekolah dulu. hm..kawan-kawan aku pun sama.maklum, budaya ucapan itu belum mengakar dalam kalangan pelajar zaman dulu.
paling-paling nakal pun aku rasa geng roslisam simo dan azli yang bergaduh ala filem tamil. tu pun kena `sound` dengan cikgu Rahim di perhimpunan, aku rasa terus senyap kes mereka.

budak sekarang?
sungguh menyakitkan jiwa. yang baik ada, yang menyesakkan dada pun tak kurang.bukan label kelas jadi ukuran bodoh atau pandai seseorang tapi bagaimana membawa sikap itu yang penting.
aku terkadang rasa sangat `give-up`bila masuk kelas yang pelajarnya tak ada perasaan langsung. tak ada emosi untuk belajar, tak ada reaksi untuk tindak balas, tak de keseronokan dalam hidup. datang sekolah sebab emak paksa. seawal 7.30 pagi dah tidur semula. dalam beg usahkan buku, sebatang pensel pun tak ada. lagi sakit jiwa kalau mengajar seni visual, semua benda tak bawa.nak belajar apa?akhirnya aku yang jadi `babu` bawa semua benda untuk dihidang kepada putera raja. mana nak berkat belajar macamni.kalau aku tak bawa, meloponglah sampai habis waktu. cikguuu jugak yang salah.

marah sudah, pujuk sudah, merayu sudah. kadang aku merendahkan ego aku serendah-rendahnya sebagai guru, memujuk budak-budak ini  supaya buat kerja, tak berkesan juga. macam bercakap dengan tunggul mati. lama-lama aku yang mati. itu belum kira yang biadapnya, yang cakap kotornya. ini adalah kumpulan pelajar yang emak bapa dah tak sanggup jaga di rumah, suruh ke sekolah dan dilonggokkan kepada guru untuk bentuknya sebagai manusia terbilang.
sungguh mengecewakan. kerjaya ini mementingkan kesabaran tahap mega.kalau tidak, kita perlu bersedia menghadapi pelbagai penyakit kronik seperti lemah jantung dan darah tinggi.

hari ini sangat panas, masuk ke kelas budak-budak dah tak boleh nak fokus. yang tidur dah berapa orang. yang jaga pun mata saja celik, perasaan melayang-layang entah ke mana.
aku letih sangat .letih jiwa.dah masuk bulan ke empat, perangai tak berubah juga.makin teruk adalah. hai lah hati.tenanglah engkau.
esok aku menghadapi masa dan hari yang baru.semoga pengalaman esok kurang menyakitkan. ada hari gembira.ada hari duka. dalam dunia ini semacam satu kewajipan untuk menerima saja apa yang berlaku kerana segalanya telah diaturkan.tentang takdir dan ketetapan ini, aku akan posting di entri yang lain.

Sabtu, 10 April 2010

lebih baik diam dari menulis yang tak perlu!

hari ini 10/4/2010,SABTU.
terima kasih ya Allah memberikan satu lagi hari yang indah buat hamba-hambaMu yang lemah ini.lama betul tak menulis, bikin frustasi saja kepada kamu yang suka membaca blog aku..haha.. maaflah tuan,puan anak-anak dan adik-adik.  keinginan menulis ada. cuma tak sepakat dengan kerajinan. itulah masalahnya.idea berlegar di kepala tapi jari tak mau petik  punat huruf...bila ada kecelaruan emosi macamtu, selalunya comels tak kan menulis apa-apa kerana takut posting yang merapu saja.
aku menyedari mungkin ada anak murid aku yang selalu jenguk blog ni untuk mencari seteguk kisah yang memberi manfaat.kadang bila melihat traffic feed-jit itu, tertanya juga siapa gerangan yg datang dari Nashville, Japan,Sarawak dan mana-mana lah tu..andai kamu yang dimaksud itu mendapat sesuatu yang baik dari mana-mana posting, alhamdulillah. kalau dapat yang tak baik, maafkanlah.. itu kesilapan penulisan seorang manusia secomels ini...

biarpun ia mungkin hanya kisah pengalaman peribadi, yang penting bagaimana aku menghadapi kisah itu yang perlu dilihat.kalau ternampak kekuatan,contohilah.kalau terpamer kelemahan,hindarilah. aku menginsafi setiap bicara maya yang terlontar ini akan dipertanggungjawabkan nanti adakah bermanfaat atau membawa maksiat.

jadi, tegur menegurlah kita bersama. terharu juga, penulisan dari penulis blog se`kecil (hahaha,ironinya) aku dilihat mencapai 2500 kali,sama ada sengaja atau tidak.bayangkan kalau tulisan itu dosa, dosa tersebar 2500 kali.bayangkan kalau tulisan itu pahala, menyebar pula 2500 kali.berpahala atau tidak, Allah yang tentukan.tapi aku yang buat pilihan untuk menulis berpahala atau menulis berdosa.

hari ini sebuah rekod untuk hidup aku sendiri sebab menghabiskan masa bersama hubby ke tempat yang agak memenatkan.awal pagi ke bandar jb ,bayar roadtax di Naza.hubby ajak pulak ke Kota tinggi untuk makan kat kedai nasi ayam apa nama ntah tu.kata terkenal juga di jb,di kt...tapi dah Allah tetapkan haritu rezki aku dan hubby bukan nasi ayam, tapi nasi lauk kampung.ulam daun betik, ikan bakar dan sambal belacan. erkkk.alhamdulillah. terlanjur ke kota, alangkah rugi tak beli kain ela buat baju kurung. beli 4 pasang, nanti jahit le kat kampung ke...hm.lepasni tak le  aku bosan dan budak bosan tengok aku pergi kerja dengan baju yang sama, rolling seminggu je.he he.alangkah sedikitnya baju kurung aku.pakai baju baru ni semangat sikit kan mengajar. he he...
lepas tu abang ajak pergi air terjun kota tinggi. his. kena bayar dah habis 18 hengget untuk 2 orang. tapi penat nak naik jauh ke atas. demi cintaku pada hubby, ikutkan aje la.walhal jauh di sudut hati aku rasa nak naik heli aje biar cepat sampai.tapi dah tak best la air terjun ni.macam kekurangan .beberapa tahun dulu lebih baik rasanya.di bawah ni gambar aku selaku model kepenatan berposing terpaksa di ketinggian yg paling tinggi dibenarkan.tu wajah sebenar tanpa make up tu.asli woooo.tanpa perasa dan pewarna tiruan ye puan-puan...

                                          ini le gelang wetworld nak masuk.9 hengget seorang.cis.tak best langsung!
tak apa lah. yang penting pengalaman tu. penat aih,,aku tak seremaja 18 tahun masa di smb dulu. tahun 1993 ikut group karisma daki gunung ledang tak ikut trak pun, selamba saja.tak penat pun rasanya. esoknya sekolah relek je.tak de sorang pun yang ponteng.kalau tak percaya tanya liza, hanafiah,dan entah, sapa-sapa ntah lagi.tapi tu dulu.sekarang kena minum anlene.takut reput tulang.
balik dari kota singgah ke Chan furnicure.aku tak kira, nak beli aircond jugak.letih la panas sangat. nanti isnin kontraktor datang pasang. tak sabar nak menggelempang tengok tv dihembus bayu dingin penyaman udara...oh.indahnya hidup kalau sejuk. tu yang teringin nak ke oversea tu.nanti lah kumpul duit kan,dah cukup kita pergi ye...
lepas tu ingat dah boleh balik. hubby kata teringin makan kat singgah selalu danga bay.layannn. pusing balik ke jb.makan sup ikan dan nasi goreng seafood.balik dah nak maghrib. his. penatnya. hubby kata ni baru nama jalan-jalan. ye lah tu...
tak apa lah. janji aku dapat menggembirakan hubby yg selalu menggembirakan aku. walau kita tak berapa suka sesuatu perkara, kita kena berkorban untuk buat orang yang kita sayang gembira kerana dia juga selalu berkorban melakukan sesuatu yg dia kurang suka tetapi dilakukan juga untuk menggembirakan kita yg dikasihinya. betul kan?erti hidup pada memberi, bukan hanya menerima (tiru kata saifulislam^^)

Ahad, 4 April 2010

jalan-jalan cari keceriaan

hari ini ahad, 4/4/2010. hari yang berbaki untuk dihabiskan bersama hubby menikmati keceriaan hidup waktu cuti. semalam dah dekat seharian kat sekolah. mesyuarat sampai dekat pukul satu petang. aku dengan derhakanya cabut ketika 12.30 lagi. mujur aku duduk belakang, tak nampak sangat kurang ajar. heh. otak aku tak boleh terima dah. nak balik kampung, rindu dengan emak. tapi tanggungjawab rumahtangga tak terlaksana. rumah belum kemas, baju belum basuh, dapur belum kemas..wargh... mak, sori, orang rasa orang nak balik minggu depan ye. rindu kat segalanya di kampung...

tadi pergi jaya jusco tebrau tengok wayang. clash of titans. minggu lepas cerita paling aku suka, how to train your dragon. minggu sebelumnya tengok alice and wonderland. sebelumnya lagi tengok solomon kane.. puh. tengok wayang aje kerjanya aku dan hubby. tapi satu pun tak de cerita melayu. he he.. sori. susah la nak tengok cerita melayu. kenapa   ntah...

emmm. bosannya. rasa tak cukup cuti ni... tak pe la. nak buat macamana. kerja makan gaji macam tu la. apapun , aku nak prepare untuk kerja esok. kuasai emosi, jangan emosi kuasai aku... baiii

Selasa, 23 Mac 2010

kezaliman membawa padah


dasyatnya tajuk entri kali ni. sebenarnya ni tajuk komsas prosa klasik tingkatan 5 . tadi baru mengajar budak kelas aku, 5P2. his. ntah sebab hujan sejuk ke, atau cerita aku bagus sangat ke atau gaya aku bercerita tu mempesonakan ke aku tak tau lah. tapi semua melopong senyap sunyi masa aku terangkan kisah ni sambil menconteng papan hijau dengan lakaran orang kena sula, ikan todak, betis dan sebagainya.
gelihati juga aku tengok budak-budak ni. aku tanya chee Yong, faham tak cerita ni? dia kata faham, siap boleh buat kesimpulan lagi. Ng Zer Ying pun sama, Lazarus juga. kalau pelajar melayu aku tak hairan, mesti faham. Sharfanie bagitahu `cikgu, cerita ni kan ada dalam filem P. Ramlee..`ooooo

ruginya tak bawa kemera. kalau tidak aku boleh postkan gambar budak-budak ni tekun mendengar. dan kirimkan sekali gambar papan hijau yang aku conteng tadi. ha ha.

kisahnya ialah berkenaan punca kejatuhan kerajaan melayu singapuraakibat dari kezaliman penguasa. sejarah tidak berbohong. sampai sekarang ni bukti sentiasa terbentang.
dalam cerita itu mengisahkan sultan yang cemburu dengan kebolehan Tun Jana Khatib membelah pokok pinang dengan kuasa mata saja. jadi permaisuri yang nampak peristiwa itu kagum lah sangat. sultan tak puas hati, tanpa usul periksa jatuhkan hukuman mati kepada TJK. Allah turunkan bala dengan singapura dilanggar todak.sebab apa? sebab sultan yang zalim, tak menyiasat dan membuat pertimbangan yang wajar sebelum jatuh hukum.
ikan todak

balanya ialah selepas itu beribu-ribu rakyat terkorban sebab raja yang `cerdik` sangat ni perintahkan rakyat berkubu betis. abis le luka-luka dan mati kena panah todak.
datang seorang budak kecil yang cerdik bagitahu sultan, `apahal le tuanku habis rakyat mati berkubu betis. kan ke elok kalau guna batang pisang. `sultan terfikir betul juga kata budak ni. maka digunakanlah batang pisang. dapatlah dihalang todak tadi. selamatlah singapura.

masalah baru timbul. ada yang tak puas hati dengan kepandaian budak ni. mereka ialah pembesar istana. dihasutnya sultan supaya bunuh budak ni takut besar esok rampas tahta raja pulak. sultan yang tak cerdik ni pun ikuuuut aje cakap orang kiri kanan dia.dibunuhlah  budak ni pulak.

bebudak kelas aku dah mengeluh.geram dengan jahatnya orang kiri-kanan pemimpin. geram dengan bodohnya raja. kesian dengan budak pandai tapi terpaksa mati sia-sia. wah. aku rasa seronok sekali hari ni. selama 3 bulan aku mengajar, hari ni aku rasa objektif tersirat aku berjaya. sangat berjaya. membangkitkan semangat bencikan kezaliman. semangat cinta kebijaksanaan. semangat benci kebodohan. Alhamdulillah.kiranya pengajaran hari ini memberi kebaikan hari esok untuk anak-anak ini, aku tumpang bangga.
bila sultan mati diganti oleh anaknya. anaknya ramai gundik. salah sorangnya yang sangat cantik anak Sang Rajuna Tapa, pembantu sultan. kerana cantiknya gundik ni, yang lain pun rasa dengki. difitnahlah perempuan i ni curang. raja pun termakan hasutan lalu hukum sula perempuan ini di pasar. SRT malu anaknya kena sula , berdendam dan belot lalu buka pintu kota untuk mudah kerajaan majapahit menyerang. tamatlah sebuah kesultanan dan kedaulatan negara. itulah akibatnya kezaliman berantai. akibatnya semua menderita. moralnya? jangan berlaku zalim kerana balasan tetap ada. jangan memfitnah, jangan dengki, jangan jadi bodoh!

semua perkara negatif yang menjatuhkan maruah manusia patut dielakkan.

walaupun nota yang aku dapat bagi hari ini cuma berkaitan tema, aku puas hati sebab aku rasa budak dapat `sesuatu` hari ni. kepuasan menjadi guru.itu yang aku rasa sepanjang hari.terimakasih Allah, menciptakan aku ada keupayaan berkata hari ini untuk memberi nasihat kepada anak-anak itu..

Ahad, 21 Mac 2010

kita minta apa yang kita mahu, Allah beri apa yang kita perlu!

sebenarnya kata-kata itu aku petik daripada entri saifulislam, terima kasih kerana kekal dengan bahasa yang indah-indah dalam menulis.


sebenarnya mataku tak mahu terpejam. imsomnia ke aku ni. parahlah kalau begini gayanya sampai esok. masalahnya aku akan pening kepala kalau tak cukup tidur. lagi sekarang hubby belum sampai rumah. out station sampai kl, dari subuh tadi ni dah dekat nak subuh semula masih di mana suamiku. ya Allah, selamatkan perjalanannya.
aku merayau-rayau dalam facebook. hmm ramai juga kawan lama yang dapat ku jejak. `kawan` yang tak mahu terjumpa pun ada juga. oh, biarlah nostalgia itu berlalu. segalanya menjadi kenangan dan pengajaran .Ya tuhan, bila ku renung kembali perjalanan hidup ini, sebenarnya terlalu banyak mahuku. tapi Kau selalu menyantuni aku, memberikan aku apa yang aku perlu saja. tidak lebih dan tidak kurang. cuma aku yang masih kurang ajar, meminta yang macam-macam sedangkan permintaanMu agar aku mengingatiMu sering aku lalaikan. maafkanlah aku ya Allah. jangan Kau cuba aku melebihi batas mampu dan sanggupku.

hubby

anugerah Allah yang terbaik buatku. lelaki yang menyayangi aku seadanya, tak pernah menyakiti hatiku dengan tajamnya kata-kata, menyayangi aku dengan seluhurnya walau siapa aku dan bagaimana keadaanku sekarang. aku tak tahu andai aku berdegil dengan apa yang aku `mahu` melebihi kehendak Allah tentang apa yang aku `perlu`, mungkin aku tidak sebahagia sekarang. mungkin aku rasa rendah diri dengan kekurangan. mungkin aku menangis selalu kerana orang itu bukan hubby yang tak pernah sekalipun meninggi suara padaku. tak pernah mencari salahku. tak pernah menyusahkan aku dengan urusan rumahtangga yang aku tak sempat atau letih untuk membuatnya.
bersamamu aku cukup bahagia walau kita tak sekaya orang lain. walau kita tak ada yang orang lain ada, tapi mawaddah dan rahmah dalam rumahtangga ini cukup mengharukan jiwaku. terima kasih ya Allah, mengurniakan aku suami sebegini, `dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)

keluarga

aku ada mak, ayah, kak long dan adik beradik yang sangat baik,menyokong aku ketika aku susah dan senang. memang perjalanan dalam keluarga jarang yang indah-indah, pergolakan sentiasa ada, gelora selalu melanda, pertengkaran memang biasa,tapi mana ada keluarga yang sempurna? sementelah mak mungkin terlalu garang kerana tekanan hidup kami waktu kami kecil, jadi ruang untuk gembira sangat terhad buat emak.ada beberapa memori indah dulu-dulu. pernah satu ketika mak belikan aku kek hari jadi, mak gantung dekat tali tengah rumah supaya tak dimakan semut. gembiranya aku.mak buatkan baju baru masa aku nak pergi forum remaja peringkat negeri di kota tinggi. mak ubatkan kaki aku yang berkudis masa aku tengah tidur dan aku buat-buat tidur.mak, aku sayang mak sangat walau tak tahu nak ucapkannya. paling mengharukan masa aku kata tak mau sambung belajar tingkatan 6, sambil asah pisau toreh mak menangis dan bagitahu jangan berhenti sekolah. mak tak mahu anak-anak dia mewarisi kejahilan dia sebab tak sekolah kerana zaman yang susah dulu.mak selalu jadi tempat rujukan kalau aku susah dalam kewangan sedangkan sepatutnya aku yang tolong emak. oh Tuhan, ampunkan aku...

kak long sangat penyayang walau kami dah besar panjang macamni. setiap kali aku balik, macam-macam kak long masak, buat dan layan kami macam menatang minyak yang penuh. kami dapat rasakannya. begitu juga semua adik beradikku yang lain. kami tak kaya, tapi sapa yang perlu lebih dari rasa bahagia berada dalam keluarga. aku renung kembali, alangkah beruntungnya aku!
dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)

mak mertua dan keluarga

aku sangat bertuah punya mak mertua dan ayah yang sangat baik. tak pernah cerewet dan mengungkit kekuranganku. tak membezakan anak-anak yang kaya atau yang belum kaya macam kami. walhal memang ada jurang yang amat jauh antara abang dan adik beradiknya dari segi pendapatan barangkali. tapi mak cool saja. mak tak pernah aku dengar sindir atau sakitkan hati kami menantunya. aku sangat bertuah kerana tak semua orang dapat mertua macam aku. bapak lagi cool. ipar duai aku juga baik, tak sibuk hal tepi kain orang. oh, bahgia hidupku.
dan manakah lagi nikmat Tuhanmu yang kamu dustakan?`(Al Quran, surah Ar-Rahman)

dan terlalu banyak keberuntungan hidupku. tak mampu ku habiskan semua. jadi ada baiknya bila aku melayarkan tangan ke ruang facebook untuk mencari kawan-kawan lama. mengetahui kehidupan mereka dari sudut pandang yang mampu ku pandang. gembira dengan kegembiraan mereka. rezeki masing-masing. aku mendapat diriku kembali walau mungkin pertama kalinya aku hilang sekejap. kecenderungan membandingkan hidup kita dengan orang lain adalah baik sekiranya kita ini berfikir positif. cari kekuatan sendiri, Allah maha baik kerana memberi kita peluang untuk menyerlah mengikut potensi.

Ya Allah, aku sangat bersyukur kerana Kau tak kabulkan semua yang aku mahu, tapi Kau beri apa yang aku perlu...Kau lebih tahu tentang aku dari diriku sendiri. terima kasih Ya Allah...

Ahad, 7 Mac 2010

bandingkan untuk keinsafan, bukan penyesalan!


baru sekejap tadi merayau di dunia maya menjejak teman lama. beberapa orang telah ke jumpa, liza aman, hawa bakar, jalal, saparina, adja dan ramai la lagi. emm, masing-masing dengan cerita sendiri. ada yang dah anak lima, ada yang masih sendiri, ada yang macam aku... hmmm. apa apa ajelah. yang penting bahgia , kan.
selesai merayau tadi, aku cenderung membandingkan kehidupan kami semua. ye lah, dulu sama-sama bersekolah, dalam kelas yang sama atau berjiran. tapi pengalaman, guru, subjek, aktiviti, semuanya sama saja. yang membezakan aku dengan mereka mungkin sebab aku ni degil sikit. skandal kuat. ha ha. tak sangka kan.
tapi perbandingan ini akan aku positifkan akhirnya. cuma belum sampai `rasa` nak menulis dengan betul. mungkin sekejap lagi.

aku tak pasti apa yang aku rasa sekarang. banyak perasaan yang tak dapat kutakrifkan rasanya berkecamuk dan meruntun perasaan. hubby sekarang ni tak ada. balik kampung betulkan kereta . aku ada banyak masa untuk menulis hari ini. tapi aku nak selesaikan beberapa perkara dulu seperti mengemas rumah dan sidai kain baju. insyaAllah, sekejap lagi aku datang lagi untuk berkongsi rasa dengan kamu, yang aku sayang kerana menyayangi aku!

kepada pencinta bahasa dan anak-anak murid kesayangan


tulisan ini cikgu tujukan kepada semua anak murid yang tersayang, sebagai peringatan berkaitan bahasa.
kebanyakan penulisan cikgu dalam entri yang lain tidak menggunakan bahasa melayu baku dari segi sebutan, ejaan atau susunan ayat. cikgu sudah beritahu dalam satu entri yang awal dahulu bahawa laras bahasa yang cikgu gunakan dalam kebanyakan entri adalah laras santai, bukan laras bahasa yang sama dalam mata pelajaran  bahasa yang kita belajar selalu.
oleh yang demikian, kamu akan jumpa banyak perkataan bahasa harian contohnya'tak nak', 'ntah le',hubby', 'korang' dan sebagainya.

jangan gunakan bahasa ini dalam penulisan formal ketika karangan atau tatabahasa, tolak markah!
gunakan laras berbeza mengikut kesesuaian tempat dan tujuan.

untuk kevin, perkataan mengecewakan untuk merujuk cerita cikgu yang kamu komen itu kurang tepat. lebih tepat gunakan perkataan pengalaman yang menyedihkan.

semoga tidak keliru dengan laras bahasa. selamat membaca!
terima kasih kerana rajin membaca blog saya. rindunya saya pada kelas 4T3. jumpa kamu semua selepas bulan 5. adakah kamu semua rindu pada saya?

Rabu, 24 Februari 2010

Berikan apa yang mampu kita beri

aku tak banyak(belum banyak) duit nak beri kepada sesiapa yang memerlukan. seposen dua adalah. tapi aku harap tak lama lagi aku mampu memberi lebih dari seposen dua itu.

buat masa ini yang mampu aku berikan hanyalah inspirasi. kepada anak-anak yang memerlukan semangat, inspirasi dariku semuanya percuma.aku beri dengan penuh kasih dan sayang. anak-anakku semua tak kira warna kulit dan rupa. aku dah lebih dulu amalkan konsep 1 malaysia. Najib lambat lagi . hehe.
kadangkala aku tak pasti adakah inspirasi itu masuk ke hati tapi aku percaya perkara yang datang dari hati mesti masuk ke  hati. tak kan dari beratus-ratus orang, seorang pun tak mampu ambil apa yang baik dari inspirasi yang kita berikan. kerja aku memberi, terima atau tidak terpulanglah pada hati mereka.


gambar ini beri inspirasi buat seseorang. siapa ye?ehm. aku dan dia saja yang tahu....rahsia!

jadi orang yang memberi manfaat kepada orang dan makhluk lain dalam hidup ni. jangan jadi mudarat. tak kira siapa anda, percayalah, sentiasa ada seseorang yang menyayangi anda dan menjadikan anda idolanya.jadi, pastikan anda mempamerkan sifat positif kerana sekurang-kurangnya anda perlu menjadi contoh kepada orang lain. tapi tak perlu hipokrit, jadilah diri sendiri.mereka akan menerima anda seadanya.


aku kerap terjumpa bekas pelajarku. kalau sedang bekerja, mereka akan malu-malu menjawabnya.kalau sedang belajar di universiti, laju je menjawab.anak-anak, tak perlu malu kalau anda semua terpaksa bekerja dulu sebelum mengorak langkah seterusnya.bekerja itu bagus sekali. kamu akan dapat pengalaman yang menjadi guru terbaik, tidak akan kamu dapati dari mana-mana universiti,kamu berada dalam universiti kehidupan, mengajar jerih payah mencari seringgit dua. betapa berharganya titik peluh yang kamu curahkan untuk menampung keperluan hidup.
inilah gaji bersih aku sepanjang 4 tahun sambung belajar di uitm, sedangkan keperluan aku lebih seribu sebulan!
kalau anda semua nak tahu, aku pun pelik macamana aku boleh sambung kehidupan, hidup sampai sekarang dengan sihatnya! dengan duit 18 hengget sebulan setelah gaji separuh, bayangkan mana nak sewa rumah 600, makan 300, belanja tambang sekali balik kampung 100...keperluan belajar lagi?
alang-alang tak kuat iman aku memang berhenti. tapi Allah kuatkan hati aku. korang mesti cakap, hubby aku kan ada. ya, memang ada. yang anda semua tak tahu ialah 2-3 bulan lepas aku masuk Uitm, hubby kena berenti kerja, kilang tutup. hubby kerja sendiri, macam-macam buat semuanya tak berjaya. mohon kerja tak dapat-dapat. akhirnya jual cakoi tepi jalan . dapatlah untung 20-30 ringgit sehari. itupun akan roling modal beli yis cari tempat pak mail yang banyak juga kosnya. pendek kata hubby pun tak lepas. aku nak minta duit pun tak tergamak sebab dia pun makan nasi jual di Giant berharga 1.90 setiap hari. kadang makan cakoi yang dia jual tu aje.

susah, sangat susah masa tu. ada tak ada aku menangis di bahu kak sal. kadang bual-bual dengan iris sebab dia pun tak berduit juga. duit ptptn 2500 untuk 4-5 bulan. pandai-pandai la aku nak hidup dengan segala bagai tu.
aku tak mengadu dengan mak atau adik beradikku yang lain. aku yang cari. aku nak ilmu dan meningkatkan hidup aku. inilah pengorbanan namanya. siksa yang amat berjauhan dengan suami tengah susah macam ni.
tapi itu semua bukan alasan. aku belajar juga macam biasa. merasa juga 4 kali anugerah dekan setelah terlepas 2 kali. masa tu fikiran aku runsing sangat. duit tak ada, perniagaan abang kena ganggu, sakit darah tinggi menyerang, bank dah hantar warning sebab tertunggak hutang. ya Tuhan, nak menjerit-jerit rasanya.rasa rendah diri betul.

tapi aku teruskan juga. dan akhirnya, aku berjaya menggenggam ijazah biarpun lewat sikit dari teman-teman lain.

aku coretkan kembali sekelumit pahitnya hidup ketika tak berduit untuk anak-anak murid yang terbaca atau sengaja baca entri ini, dengan harapan kamu semua sedar bila cikgu kata pelajaran amat penting untuk mengubah hidup kamu, percayalah ia memang penting. cikgu bercakap dari pengalaman dan bukti yang kamu nampak sendiri slip gaji berbaki 18 ringgit cikgu.bukan sikit-sikit siksaannya,kalau cikgu toleh kembali masa hidup dengan gaji 18 ringgit ini, cikgu rasa trauma.kamu semua jangan patah semangat, apapun Allah tidak akan menduga kita dengan sesuatu yang tak sanggup kita memikulnya.

kamu akan kata ala, cikgu cakap bolehlah, tapi cikgu mewah betul sekarang. pakai peugeot, makan kat vivo, kasut camel, beg sembonia.... bla.. bla...
heh,kamu semua dengar sini. 
semua yang kamu sebut itu adalah ganjaran kepada diri cikgu sendiri setelah kesusahan berliku yang cikgu alami.bila cikgu melepasi tahap dugaan itu, maka cikgu berhak menikmati ganjarannya. cikgu beli apa cikgu nak. cikgu makan apa cikgu rasa nak makan. cikgu guna apa yang cikgu tak boleh guna dulu. semua ini adalah ganjaran yang cikgu beri untuk cikgu sendiri setelah berhempas pulas menaikkan diri cikgu sampai tahap ini. 

kamu juga berhak mengganjari diri kamu dengan sesuatu yang kamu inginkan setelah kamu berjaya. jadikan keinginan terhadap sesuatu itu sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan. yang dinamakan kejayaan itu tak datang sediri. kamu kena cari. kamu kena usahakan.dan belajar di bangku sekolah ini proses mulanya. kesusahan yang kamu alami sekarang bukanlah apa-apa jika dibandingkan dengan apa yang kamu akan tempuh dalam dunia pekerjaan nanti.

kejayaan juga satu proses.bukan matlamat.matlamat kita semua adalah yang di sana. kekal dan abadi. jadikan segalanya di dunia ini bererti untuk kejayaan kita di akhirat nanti. ingat tu. untuk diriku, anak-anak didikku dan anda yang membaca.

Sabtu, 20 Februari 2010

makan ala orang putih

hari ini aku bangun pagi pukul 9.30 pagi. lepas solat subuh aku ter tidur. he. nasib baik kat rumah sendiri. kalau kat rumah emak dulu-dulu tentu dah kena tengking .
terasa pulak nak jadi mek saleh. nak masak nasi malas, jadi aku masak spageti bolognese aje la.mula-mula tadi nak ambil gambar masa spageti ni cantik lagi belum berusik tapi bateri kamera macam malu-malu pulak. dah tu ingat dah tak boleh la ambil gambar. aku cuba sekali lagi, eh jadi pulak. tapi tu le... spageti dah nak habis. nampak macam me goreng biasa pulak. ala, percaya laa.. spageti...aku tak tipu...

sepinggan spageti bolognese dan secawan teh earl gray. mmmm..pagi yang gelap, kini sudah terang...


ni la gambar kuah spageti kalau tak percaya aku masak. sedapnya...
 
keluarga it betul. tengah makan pun godek komputer. 



inilah syurgaku di pagi hari. tak le berkecah sangat kan sebab semalam petang dah kemas.seronoknya cuti. ala, tinggal sehari je lagi..



dari angle yang lain sikit dari tadi. mengabadikan kenangan sebelum ubah elok bila ada duit nanti. la la. panjangnya angan-angan...

Jumaat, 19 Februari 2010

cinta tanpa syarat

aku suka guna ungkapan `cinta tanpa syarat` selepas aku membaca blog saifulislam.banyak jenis cinta di dunia ini tapi cinta ayah ibu dan keluarga selalunya tak bersyarat.
terlalu lama kami tak pulang ke kampung halaman. kampung aku sejak 25 disember 2009 dan kampung hubby lebih dua bulan agaknya. bila kerinduan menggamit rasa, balik lah kami. cuti raya cina haritu selepas pergi jemputan di rumah abang mie, anak maklong sebelah mak mertua, kami  balik bersama emak. semacam ada satu kepuasan di wajah hubby bila dapat menggembirakan ibunya. aku tumpang gembira sama sebab memang itulah tanggungjawabnya sebagai anak lelaki.


beruntunglah emak kerana punya anak lelaki yang baik-baik. tapi dalam kemeriahan itu aku jadi pilu sendiri. apa tidaknya, semuanya ada anak kecil yang comel tapi aku tetap begini. aku gembira dengan keadaan ini tapi kala pertemuan seperti ini, aku rasa macam kosong sangat. sambil memasak aku menahan air mata yang nak tertumpah. banyak juga la aku masak hari tu, ikan duri asam pedas, sup ayam dan ayam goreng. aku tak berdaya melayan ceria sapaan emak, takut air mataku tumpah. aku tak pandang muka hubby, takut aku teresak-esak. alahai hati, cepat benar tersentuh.

hubby datang bertanya dan pujuk aku. macam biasa aku tak nak pandang muka hubby. aku sedih sangat. yang ajaibnya aku jadi bisu dan tak tersenyum langsung. maafkanlah hubbyku sayang. aku tak bermaksud melukai hatimu yang pengasih itu. aku tinggalkan hubby sendirian tertanya-tanya apa salahnya. tak kan tak beli ikan untuk bawa balik benut pun nak merajuk kut:? aku layan perasaan di luar. biarkan saja kerenah firdaus, haziq, zakira dan kakaknya berebut game komputer. aku memandang dengan tiada perasaan.

reda perasaanku, tengok hubby dalam bilik dah tertidur. aku sembahyang zuhur dulu. gelihati juga tengok hubby pulak yang merajuk, sorok muka bawah katil. mujur hubby lebih senang dipujuk berbanding aku yang agak emosi hari ini.kami makan dengan selera yang biasa-biasa saja. maklum, lepas merajuk. hehe.

maafkan aku hubby, bukan niatku.

gembira dapat balik benut pula. meriah sungguh semuaorang ada kecuali famili kak imah. dah macam hari raya pula.
hubby pulak tak tahu buat apa. akhirnya tidur dulu dalam kereta kerana tak tahu mana nak cari tempat tidur sesuai. kak long dah macam emak dah. baik layan kami semua. kak long sampulkan cadar dan bantal untuk kami tidur. ektra sungguh layanan kak long. tapi kak long memang penyayang dari dulu.

banyak yang kami bualkan malam tu. meriah macam raya. mak tak dapat turut serta dalam perbualan sebab mak tak berapa sihat.

aku sayang mak tapi entahlah, tak dapat ku zahirkan kasih sayang ini melalui perlakuan. kenapa agaknya. mungkin masa aku membesar tak ada komunikasi yang baik antara mak dan aku. mak juga terlalu garang aku rasa masa membesarkan kami. aku tidak ada persekitaran yang sihat waktu membesar. sihat yang maksud aku penuh keceriaan dan gurau senda. boleh dikira dengan jari.

tapi sekarang aku tahu semua pengalaman pahit itu berguna untuk aku. aku jadi tabah pada banyak dugaan hidup. kadang duit tak ada langsung aku dan hubby boleh gembira lagi.aku dan hubby juga dapat satu pengajaran yang penting bahawa kebahagiaan itu penting dan tidak mustahil untuk digapai. sejak dari berumah tangga, kami tidak pernah menggunakan cara pertengkaran, meninggi suara atau perdebatan untuk memenangi keadaan. mengkritik pasangan?oh, tidak. itu sangat melukakan.

sekurang -kurangnya aku gembira kerana membentuk keluargaku dengan cinta dan kasih sayang. kemarahan bukan idea yang baik untuk beritahu orang tambahan pula anak-anak bahawa kita orang yang berkuasa.

sekurang-kurangnya aku boleh jadi contoh kepada anak-anak saudaraku betapa harmoninya kehidupan atas nama cinta.kalau tidak, tak kan ika boleh kata `romantiknya pak usu dengan mak usu niiii....

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com