Rabu, 30 Disember 2009

kenduri kawin mimi suraya

pada 25-26 disember 2009 kak long buat kenduri sikit untuk meraikan anaknya mimi suraya berkahwin. ala, buat kenduri ala kadar aje, sebab dah buat kat perak secara besar-besaran haritu. kak long pun ibu tunggal, jadi kitaorang pakat-pakat sponsor la. sponsor paling banyak tentulah kak idah sebab dia kaya. ha ha. aku tolong apa yang mampu je. bapak tumbangkan sekor lembu, tak payah le beli.
aku tak boleh tido malam rewang tu. letih sangat,walaupun aku mengelat kerana adik beradik paling lambat sampai iaitu pagi rewang. kakak aku semua dah berkampung 2-3 hari sebelum.semua tidur dah bersepah-sepah. sampai 4 pagi aku tak boleh lena.hubby tido dalam kereta sebab ngantuk sangat kena jaga ayam supaya tak dimakan apa-apa benda lah. 6 pagi aku dah terbangun, alang-alang mandi terus la.dah le badan aku kena gegata dah mandi pun rasa merenyam-renyam. kalau tak mandi terus,nanti dah siang berebut bilik air plak. adik beradik, menantu, ipar duai dan cucu cucu mak semua dah dekat 50 orang aku ingat. lupa nak bagitau, malam tu aku mandi kat rumah mak ngah (kak idah). ada lah 10km lebih jauhnya dari rumah mak. aku tak boleh tahan nak tunggu turn. balik dari mandi tu aku tengok hajar tak sempat mandi lagi, dah dekat 10 malam. ha ha ha.kalau aku tak pergi  rumah kak idah rasanya pukul 12 malam baru sampai turn aku.

pengantin sampai dah dekat pukul 12 malam kut. kesian, mesti letih sebab petang tu they all kerja. duduk kl, lepas maghrib terus drive ke johor. mmm kadang kita kena berkorban untuk menggembirakan orang lain kan. sapa jadi menantu aku besok tak payah risau, aku tak suka menyusah-nyusah buat hal remeh . buat kat dewan je la. katering. kan senag. (Hm, anti sosial sungguh aku ni..)

sebab aku berfikir agak luar dari gaya tradisional agaknya. aku ingat lagi masa aku kawin dulu. aku n hubby betul-betul happy masa nikah je. tak de `pengarah`yang banyak. simple, tenang. segalanya berjalan lancar kat mesjid. tapi hari kenduri sangat membosankan aku. banyak sangat kerenah birokrasi, caca merba, dari petang sampai 2 pagi aku sental periuk besar-besar dengan hubby,ada la 5-6 biji.nak pengsan rasanya. tangan hitam kena arang nasib baik inai kuat. aku tak terlayan anak-anak murid aku, kesian diaorang. tengahari esoknya pergi rumah abang pulak, petang tu sampai tengah malam sekali lagi menyental periuk besar-besar. hi,, tension aku. boleh je aku jual mahal duduk kat rumah aje tak buat apa-apa. aku kan pengantin. tapi tak kan la pulak aku nak jadi diva. tak reti la aku. kut ya pemalas pun tak boleh la meninggalkan persepsi negatif di hari pertama menjadi menantu. ingat tu ye murid-murid.

tapi tak pe la. semua tu memori. sebab tu aku dengan hubby tak suka benda remeh temeh ni. kenapa la hidup nak disusahkan dengan adat bagai. perkahwinan, nikah, majlis ringkas, dah le...tak faham aku. kalau ada golongan otai yang baca entri ni mesti mengamuk sebab aku vokal sangat kan. ha ha. aku memang jahat. tapi cuba korang fikir, betul tak?

cuba tengok perkahwinan artis sebagai contoh. kawin 2-3 bulan dah cerai. grand bukan main. kos berpuluh ribu, kenapa tak bahgia jugak? jawabnya keberkatan tak ada.
biarlah aku kawin dengan hubby macam koboi je. tak de pelamin indah.ada la pelamin kelakar je kak ct dan kuncu-kuncunya buat. ambik mana sempat je. tak de baju labuci. tak de kompang segala. alhamdulillah, dah masuk 12 tahun kehidupan kami sangat bahgia dan moga berterusan hingga ke syurga. bukankah itu yang kita semua mahukan dalam hidup ini?

nanti sempat aku hantar gambar sempena perkahwinan anak saudara aku ni ye.

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com