Terdapat ralat dalam alat ini

Rabu, 30 Disember 2009

aku gembira dengan tidak melakukan apa-apa

rasa seronok betul dapat menghabiskan cuti dengan tenangnya, iaitu tidak melakukan apa-apa, Setiap pagi lepas hantar hubby pergi kerja dengan pandangan penuh sayang di muka pintu aku punya sangat banyak kesempatan menghabiskan masa cuma untuk bertafakur, merehatkan minda dengan tidur dan membaca dan cuma buat rutin suri rumah. basuh baju, pinggan mangkuk, kemas rumah dan masak. selebihnya tidak melakukan apa-apa. oh, heaven sekali.

sebahagian orang suka jalan-jalan dan bersosial untuk hilangkan boring. sebaliknya aku akan boring bila terlalu bersosial. emm, maksud aku bila berada dalam kalangan orang yang banyak sangat. contohnya kalau sale kat shopping complex ke, kenduri-kendara ke.. apa-apalah, janji orang yang ramai sangat. bukan aku tak suka dengan manusia, aku masih normal. tapi entahlah. itulah ciri sebenar aku agaknya. suka sunyi. sepi itu indah kan.

boleh kata aku cuma bercakap dengan sorang manusia je bila cuti-cuti ni iaitu hubby. ha ha. tapi hubby patut bangga dengan aku, senang dia tak payah kawal. daripada aku suka merayap, bertandang rumah orang dan bergosip, adalah lebih baik aku duduk rumah kan. tak buat pahala pun sekurangnya tak menambah dosa. cuma aku sedar, kelemahan aku ialah sepatutnya aku aktif dalam komuniti tempat aku tinggal ni. sakit pening atau mati nanti mereka la yang jenguk dulu. penanda aras keaktifan aku hanya menyertai marhaban setahun sekali. kadang ada juga la pergi baca yasin. oh, apalah nak jadi dengan aku ni. moga-moga aku bertambah rajin pada masa akan datang. kang mati keras dalam rumah tak sorang tahu. dah, jadi kera sumbang, sapa suruh kan.

nanti kalau ada undangan yasin aku nak pergi la. dah miss banyak kali. abis, mereka buat masa aku balik kampung. camno?

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com