entri diambil dari penulis satira politik yang aku suka,TT.tiada paksaan untuk membaca.tapi bagus bacanya supaya kita celik tentang isu, teori domino sedang rancak nampaknya.Allah juga yang Maha Mengatur segalanya....
..........................................................................................................................................................
INILAH AKHIRNYA
IRHAL IRHAL YA MUBARAK - BERAMBUS BERAMBUS YA MUBARAK !!
Mahmoud Muhim bingkas bangun dan mengambil megapone ketika ribuan penunjuk perasaan sedang bergerak menuju ke Dataran Mutiara. Dia melaung … “Tidak ada sesiapa yang akan memberi ganti rugi. Setiap orang hanya mengucapkan tahniah kerana anak aku telah gugur shahid. Anak aku gugur untuk Bahrian.” (petikan akhbar Guardian London)
Kau kutuk aku dalam buku sejarah kau
Dengan segala tohmah dan bohongan
Kau pijak aku bersama sampah
Tetapi, seperti debu, aku akan naik…aku akan naik…aku akan naik
( bait puisi Maya Angelou – penyaer wanita kulit hitam dari Amerika)
Kawan-kawan yang aku hormati,
Apakah kamu terperanjat apabila mula melihat anak anak muda gugur shahid di Tunisia, di Benghazi, di Al-Kaherah, di Suez, di Tehran, di Iskandariah, di Aljazail, di Saana atau di Manama. Kau selalu bertanya-bertanya kepada aku kenapa semua ini terjadi.
Kawanku yang baik hati biarkan aku kesahkan : sejarah perjuangan kita untuk menegak keadilan bukan hanya bermula dengan 20 September 1998. Sejarah perjuangan manusia untuk menghampus kezaliman dan menentang kebatilan bukan bermula bulan lalu. Sejarah perjuangan manusia bukan bermula dengan Revolusi Bolshevik atau Revolusi Tiongkok.
Hidup manusia ini adalah perjuangan. Hidup manusia ini adaklah perjuangan kelas. Perjuangan - kelas yang di tindas melawan kelas yang menindas. Perjuangan menentang kezaliman dan kebatilan. Pejuangan untuk menegak keadilan dan menumpas penipuan. Jangan sesekali kau lupa akan hakikat ini wahai kawan ku.
Apakah kaum masih ingat lagi , awal dahulu kesah Leila Si First Lady lari dengan satu tan lebih jongkong emas. Kemudian diikuti oleh Suzzane Si First Lady yang lari berhelikopter meninggalkan Istana Presiden. Ini Istana kesayangan yang telah ditiduri selama 30 tahun. Kawan ku, bayangkan betapa lamanya Si First Lady ini tinggal di Istana itu. Kalau kau telah menanam biji durian 30 tahun dahulu pasti telah berbuah 20 musim.
Gamal anak Suzzane Si First Lady telah lari terlebih dahulu ke London. Gamal, seorang bilionaire ingin memastikan yang dia tidak akan tersadai di Riyadh seperti nasib Ben Ali dan Leila. Bayangkan Leila Si First Lady dengan harta bertimbun-timbun tidak ada apa satu yang boleh dilakukan di padang pasir yang kering kontang. Hendak berjangak susah sekali. Hendak memandu tidak mungkin lagi. Siapa pulakah gerangan yang akan mendadan rambutnya untuk menjulang tinggi.
Kawan-kawan, ketika aku menulis ini dunia Arab sedang terbakar. Telah aku baca tentang anak anak muda telah mula turun ke jalan raya di Rabat dan Tangier. Telah aku baca berita sedih tentang 200 penunjuk perasaan telah di tembak mati oleh askariah upahan Kolonel Gadaffy.
Juga telah aku dengar di Tehran anak anak muda sedang berkabung sebagai tanda setiakawan kepada Saane Zhaleh dan Mohammad Mokhtari. Kau bayangkan dua shuhada ini adalah anak mahasiwa yang masih muda – Saane baru berumur 26 dan Mokhtari hanya 22 tahun.
Apa kau masih kurang faham kenapa ini berlaku?
Kawan-kawan ku, biarlah aku menjadi sang perawi disini. Aku akan membawa kesah-kesah perjuangan anak anak muda dari Timur Tengah. Biarlah kesah-kesah ini kita dengari bersama agar kita akan menjadi lebih dewasa. Agar kesah-kesah ini juga akan menjadikan kita manusia-manusia yang bertakwa untuk sama bangun berjuang menumpas penipuan dan kezaliman.
Lalu kau bertanya-tanya tanpa satu noktah : apakah benar dan saheh bahawa anak anak muda yang berkumpul di Dataran Tahrir itu semuanya kerana Facebook. Adakah mereka turun ke jalan raya kerana menyahut panggilan tweeter. Atau apakah mereka penagih blog?
Biar akau katakan disini – ada betul dan ada salah tentang babak ini. Memang betul anak anak muda ini berfacebook. Memang betul mereka ini dipanggil tweeter. Memang betul mereka amat gian membaca pelbagi blog. Lihat buktinya : pada tahun 2005 dahulu hanya muncul beberapa blog yang dilayari. Tetapi hari ini telah ada beribu. Hari ini 3 juta warga Mesir dililit oleh rangkaian Facebook tetapi ini agak kecil berbanding dengan penduduk yang berjumlah 80 juta.
Jadi tidak benarlah jika kita katakan bahawa semua yang berlaku kerana mereka befacebook dan bertweeter. Kaum pemodal mahu kamu melupakan tentang satu pekara yang amat penting dalam babak sejarah ini. Pekara yang ingin dipadamkan ialah babak-babak perjuangan kaum buruh dan kaum tani
Kawan ku, sebenarnya ada babak-babak sejarah yang lebih besar dari kesampaian teknoloji terbaru ini. Ada babak babak sejarah yang lebih mendalam dalam ingatan bersama warga Mesir. Ingatan bersama – collective memories - inilah yang mengikat mereka untuk turun berkumpul di Dataran Tahrir.
Kawan-ku yang baik hati,
Apakah kau lupa tarikh pertama anak anak muda di jemput berkumpul di Dataran Tahrir ialah pada 26 haribulan Januari. Apakah kau tidak teringat, atau tidak terbaca akan tarikh keramat ini. Biar aku ingatkan disini tentang apakah dia tarikh yang bersejarah ini.
Pada tarikh yang sama dalam tahun 1952 dahulu kota Kaherah telah terbakar. Warga kota Kaherah telah turun berduyun-duyun ke jalan raya menunjuk perasaan. Mereka bangun marah kerana sehari sebelum ini soldadu penjajah British telah membunuh 40 orang polis Mesir di Suez. Ini permulaan gerakan nasionalisma moden Mesir. Enam bulan kemudian Nasser dan Free Officer Movement telah merampas kuasa. Raja Farouk telah dihanyutkan ke Rom.
Revolusi Naseer sebenarnya masih segar dalam dalam ingatan anak anak muda ini. Kerana itu tarikh ini telah dipilih untuk menjadi satu tanda pemisah antara rejim revolusi Naseer dengan rejim Sadat dan Mubarak.
Jangan kau lupa wahai kawan ku tentang bagaimana a kaum falahin – kaum buruh, kaum tani dan penduduk miskin kota telah keluar menunjuk perasaan pada 18-19 Januari 1977 dahulu. Mereka menjadi mangsa Bank Dunia dan International Monetary Fund. Kaum kapitalis ini telah memaksa Presiden Sadat memansuhkan subsidi harga gandum sehinggakan warga miskin tidak ada keupayaan untuk membeli makanan asas ini. Tujuh puluh sembilan telah shahid ditembak mati dan 800 cedera kerana menunjuk perasaan apabila harga roti dinaikkan.
Tidak cukup dengan kezaliman ini – setahun kemudian Anwar Sadat telah membuat perjanjian damai dengan zionis Israel. Babak ini dianggap sebagai satu penghinaan dan pembelotan terhadap perjuangan warga Arab khususnya warga Palestin.
Kawan ku, kau wajib mengetahui dan memahami tentang musibah yang dibawa oleh dasar ‘ infitah – penswastaan’ yang diperkenalkan oleh Sadat. Berpuluh-puluh syarikat milik negara telah di swastakan kepada para kroni, anak bini dan saudara mara. Tuan-tuan empunya pabrik dan kilang yang telah diswastakan ini tanpa segan dan malu telah membuang dan mengurangkan tenaga kerja. Langkah ini untuk memastikan keuntungan berlipat ganda.
Tanpa bantuan kerajaan dan daulah ribuan kaum tani, kaum buruh dan penduduk mikin kota terus hidup merempat. Mereka yang ada pekerjaan terus dibayar dengan upah yang murah. Tuntutan gaji minima telah ditolak. Pada tahun 2006 seramai 24,000 kaum buruh dari berbelas belas kilang kain telah melancarkan mogok. Ada kilang kain kerajaan dan ada dari kilang kain swasta. Mereka telah bersatu menuntut upah yang lebih. Pada tahun 2007 sekali lagi mogok yang sama berlaku.
Pada 6 April 2008 – satu lagi mogok telah dirancang. Tuntutan kaua buruh kain ini adalah sama seperti tahun 2006/7 – meminta gaji minima dan mendapt khidmat kesihatan. Presiden Mubarak telah meghantar polis untuk menganasi kaum buruh. Ada yang di tangkap. Kilang ditutup dan ramai pemimpin buruh berakhir dalam penjara.
Kawan ku, aku rasa kau pernah terbaca 6 April Youth Movement. Yang aku surahkan disini hanyalah teromba dan salasilah bagaimana bermulanya Gerakan Anak Muda 6 April ini . Kumpulan anak muda ini telah menyahut laungan kaum buruh dan meneruskan perjuangan dilaman blog dan alam maya.
Anak-anak muda ini telah meneruskan perjuangan kaum buruh, kaum tani dan penduduk miskin kota. Mereka telah membuat tuntutan ini :
1 – Tamatkan pemerintahan rejim Mubarak
2 - Tolak usha untuk menjadikan Gamal Mubarak , anak Mubarak sebagai ganti Presiden
3 - Bukakan ruang kebebasan dan wujudkan lembaga untuk menjalankan pilihanraya yang adil dan bebas
4 – Hentikan keganasan polis dan mukahabarat/SB dan dakwa penjenayah ini
Tuntutan ini terpampang luas di Dataran Tahrir. Tuntutan inilah yang menjadi pemidai dan kain rentang yang menyatukan kaum buruh, kaum tani, anak muda, kaum nasionalis, wanita, kaum agamawan dan kaum kiri. Islam dan Kristian telah bahu membahu mendobarak kebatilan. Mereka telah berjaya mengalang satu barisan rakyat untuk membebaskan Mesir dari cengkaman elit politik yang telah merompak kekayaan negara.
Kawan-kawan ku, ketika aku menulis ini sejarah perjuangan ini belum selesai. Dunia Arab masih bergolak. Aku tidak berani menjadi nujum untuk meramalkan apa yang akan berlaku. Tetapi aku sedar dan yakin bahawa kaum pemodal, kaum zionis dan imperialis Amerika sedang merancang untuk memandulkan Revolusi Sungai Nil ini.(TT)
nota:
tulisan ini telah disiarkan di suara keadilan
akan disambung minggu hadapan
Rabu, 23 Februari 2011
TAKDIR SUDAH BERSUARA(khas untuk pemimpin zalim tak takut Allah)
Posted by Comels at 2:13 PTG 0 comments
Labels: gaddafi, hosni mubarak, kebangkitan rakyat, mesir, najib, rosmah mansor
Ahad, 20 Februari 2011
DILEMA MELAYU ANGKARA MENOLAK ISLAM -
------------------------------------------------------------------------------------------------------
Kegagalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) pada tahun 1990 adalah tercatat dalam sejarah. Hakikatnya pelaksanaan DEB menyebabkan Bumiputera tak kemana, melainkan ada segolongan sahaja yang mengecapi nikmat. Tetap sasaran pemilikan kekayaan negara hanya 18 daripada 30 peratus yang disasarkan. Kenapa gagal? Dr. Mahathir selaku perdana menteri masa itu ada jawapan sebenar. Habis kenapa Dr. Mahathir sembunyi punca?
Kita sedang menyambut maulud Nabi Muhammad SAW maka kita sepatutnya mengambil ajaran Nabi, iaitu mengajar kita menjalin persaudaraan dan berkasih sayang. Nabi tidak ajar kita supaya mementingkan bangsa. Justeru tidak harus kita mengungkitkan soal dilema atau tidaknya bangsa kita.
Bila sebut kepentingan satu-satu bangsa, sudah tentu akan ada bangsa lain yang sensitif dan berdendam. Maknanya bila diutamakan kepentingan orang Melayu, sudah tentu orang Cina dan India akan berdendam, kerana inginkan kepentingan yang sama. Atas dasar inilah Islam mengajar kita mengutamakan persaudaraan.
Lantaran atas nama bangsa akan timbul apa sahaja tindak balas berupa dendam kesumat.
Islam meletakkan asas, iaitu masing-masingnya tidak boleh dendam kesumat dan dengki mendengki. Inilah kelebihan Islam yang tidak mengajar kita menghina satu-satu bangsa. Malah Islam tidak membenarkan berlaku hina-menghina antara darjat satu-satu bangsa. Termasuklah si-kaya tidak boleh menghina si-miskin, kerana si-kaya adalah saudara dengan si-miskin.
Demikian pula, semangat persaudaraan dan tolong-menolong merupakan ajaran Islam yang menjamin kehidupan manusia, tidak kira bangsa apa sekalipun agar hidup dengan aman dan damai. Justeru semangat ini dipakai di dalam solat berjemaah. Dalam kaedah solat berjemaah, setiap orang tidak kira Melayu, Cina atau India asalkan Muslim, ia tetap layak atau boleh menjadi Imam solat jemaah. Hatta dalam masyarakat yang majoriti Melayu sekalipun, sesiapa sahaja boleh jadi Imam, tidak kira apa bangsa sama ada Cina atau India asalkan layak.
Demikian lagi di dalam ajaran Islam, sesiapa sahaja yang datang awal untuk solat berjemaah, maka dia boleh duduk (masuk) di saf depan. Ia tidak mensyaratkan semestinya bangsa Melayu sahaja boleh duduk di saf itu. Hal yang sama diajar oleh Islam, iaitu sesiapa sahaja boleh menjadi khatib (berkhutbah) tidak kira apa bangsa sekalipun. Apa yang penting seseorang itu boleh berkhutbah dengan memenuhi rukunnya seperti boleh baca al-Quran dan hadis serta berpesan-pesan dengan keimanan dan ketakwaan. Hal ini membuktikan kebaikan ajaran Islam dan cara-cara bagaimana Islam meletakkan titik persamaan antara bangsa-bangsa di dunia ini berasaskan prinsip kenal-mengenal dan bersatu padu serta ketakwaan kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah telah mengingatkan kita semua (al-Quran surah Hujurat ayat 13):
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kami berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).”Justeru itu tidak timbul isu dilema Melayu atau dilema mana-mana kaum apabila persoalan bangsa dan perjuangan sesuatu kaum itu berteraskan kepada ajaran Islam. Apa yang penting diamalkan ialah kita semua menjadi hamba abdi kepada Allah SWT. Sebagaimana seruan azan memanggil solat , disebutkan “Allahu Akbar” maka yang maha besar ialah Allah bukannya Melayu atau Cina atau India. Sementara di dalam bacaan tahyat dan salam terangkum maksud memuliakan Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad serta ucapan selamat kepada seluruh bangsa di dunia ini. Maka inilah kehebatan faedah ibadat dan muamalat yang digabung dalam solat gunanya untuk dipraktikkan di dalam kehidupan manusia.
Sekali lagi diulangi, tidak timbul langsung dilema Melayu di sisi Islam. Ini kerana Islam sudah menyediakan ramuan yang cukup untuk dijadikan panduan hidup bagi mencapai keamanan, kedamaian serta kemakmuran di dunai sampai ke akhirat.
Namun timbulnya kegelisahan sehingga mencetuskan isu Melayu dalam dilema adalah kerana berpunca daripada ajaran Umno yang menolak perjuangan berasaskan agama. Akhirnya ia menyesatkan bangsa itu sendiri akibat tidak percayakan kepada kebaikan ajaran agamanya sendiri. Sedangkan di dalam surah Al-Fatihah (ayat 5-7) Islam mengajar kita agar memohon daripada Allah agar menunjuki jalan yang benar dan menjauhi jalan yang sesat:
Amatlah malang jika kita terus engkar dengan mengagung-agungkan bangsa, sedangkan ia bukan ajaran Nabi.
Seharusnya kita tidak boleh melakukan suatu seruan perjuangan yang bercanggah dengan maksud surah Al-Fatihah ini. Caranya, kita tidak boleh menerima seruan perjuangan Melayu yang menolak Islam. Bila tolak Islam maknanya terima ajaran sekular.
Atas sifat sekular, mereka itu akan terus berbelit-belit (mereka-reka berbagai-bagai hujah) hinggalah sanggup duduk di atas prinsip “agama lain (suku), politik lain (suku).” Lalu timbulnya ajaran yang asing dari Islam. Antara mengajar umat Islam supaya “tidak bawa politik ke masjid kerana masjid itu tempat beribadat.” Apakah ajaran seperti ini pernah diajar oleh Nabi Muhammad SAW? Sebenarnya, Nabi sendiri tidak pernah ajar supaya “perkara politik itu disebut di luar masjid.”
Memahami maksud di atas, maka di dalam azan (seruan solat) telah mengandungi makna yang jelas. Betapa ajakan beramai-ramai ke masjid untuk solat jemaah itu sendiri adalah urusan politik. Arahan Bilal ataupun Imam supaya ‘perbetulkan saf’ juga suatu nilai penyatuan bersifat politik ketika memulakan solat.
Demikian pula, khutbah Jumaat atau khutbah hari raya merupakan ceramah mingguan/musim perayaan di atas mimbar masjid juga menyentuh semua perkara yang relevan dengan kehidupan manusia. Maknanya di dalam masa berkhutbah, pihak khatib adalah penceramah yang menyampaikan seruan Islam demi kebaikan sistem hidup yang lengkap termasuk aspek sosial, ekonomi dan politik.
Maka terimalah perjuangan Islam, tinggalkan perjuangan sekular dan sudah tentu kita tidak akan berdilema dengan identiti siapa kita. Hakikatnya kita adalah hamba-Nya yang wajib patuh dan taat kepada ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.
Oleh :
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat
Al-Mursyidul Am PAS.
Posted by Comels at 10:46 PG 0 comments
Labels: racist, rasis, sekular, Tuan guru Nik Aziz, umno
Sabtu, 19 Februari 2011
SEKUNTUM ZA`FARAN BUATMU INSAN (2)
jumaat. 18/2/2011 6.05 petang- 1 pagi. (sambung-sambung)
entri ini khas kudedikasikan buat mantan guru-guru yang mengajarku di SMPB tahun 1987 - 1991
ini catatan kedua yang aku dedikasikan untuk guruku selepas entri pertama `sekuntum za`faran buatmu insan`.
(sila klik tajuk untuk baca).aku begitu rindu zaman persekolahan dulu walau sebenarnya tidaklah mengujakan sangat. cuma ada masa-masanya memori itu menggamit perasaan dan memberi semacam semangat mengenang kembali denai liku yang pernah aku tempuh . sementelah aku kini menjadi guru juga walau aku pernah beritahu cikgu Adam `saya tak mahu jadi cikgu!` entah kenapa aku tak tahu. ah, zaman remaja, terlalu ikut hati, ikut sedap mulut nak bercakap.
aku rindu masa-masa itu, yang rupanya kini semakin indah untuk ku kenang.tak akan berulang, hanya terbatas dalam ingatan sahaja. aku seronok dapat bertemu beberapa guruku yang aktif FB, makanya terubat rindu ini walaupun siapalah aku agaknya di mata mereka. sekejap masa meneguk ilmu yang dicurahkan,menumpang kasih menumpang sayang ibarat ibu dan ayah sendiri..escapicm dari masalah yang menggigit perasaan di rumah, kerana aku datang dari keluarga yang dihimpit susah. segalanya nampak kelam dan aku tak punya cita-cita.aku takut bercita-cita. aku tak nampak aku boleh pergi ke mana..
tapi sekolah menjadi medan aku melupakan masalah. aku suka sangat belajar. kecuali matematik. sebab otak aku susah sangat nak faham..tapi aku tetap suka cikgunya.aku suka jumpa kawan-kawan. hilang sekejap penderitaan aku bila berada di sekolah. aku sayang semua cikgu aku. itulah agak sebabnya hidup aku terpandu sekarang ini, kerana berkat hormat guru (agaknya). ambil tusyen pun tak pernah, kelas tusyen pun dulu mana ada.nak kata aku pandai sangat belajar tu tidak, sederhana saja. kalau pandai sangat dah lama aku masuk MRSM ke, mana ke. tapi yang lebih mengagumkan adalah guru-guru sekolah biasa ini yang melahirkan insan luar biasa seperti kami. harapnya cikgu berbahgia selalu.
aku kongsikan pengalaman aku dan siapa guru kita ini di mataku, harapnya kalau cikgu terbaca ini, cikgu terkenang kembali zaman dulu-dulu. cikgu memberi banyak inspirasi kepada saya , walau apapun caranya.
Cikgu Zainordin
Masa aku tingkatan 2 jauhari (1988) aku suka sangat kelas perdagangan sebab cikgu Zainordin yang mengajar. Cikgu ni kelakar orangnya, sempoi aje.Orangnya putih, kurus dan tinggi. kadang dia pandang kami pun dah tergelak. tak ada tekanan langsung.asyik gelak aje dari mula sampai habis masa. Suka cakap `bhoyok`, yang maknanya pinggang kalau tak salah. Entah, aku ni nama aje jawa tapi tak banyak yang aku tahu.. tak pernah tinggal perkataan tu..kalau buat perbandingan tentang persaingan produk, dia akan guna contoh sabun FAB. pesaing dalam iklan lain guna jenama X tapi design serupa dengan sabun fab tadi. selalunya pengguna akan tahu tapi itulah permainan halus pengiklanan, memburukkan lawan. hm, konsep cikgu mudah diingat,sampai sekarang aku masih mengingatinya.terima kasih cikgu, mencatatkan kegembiraan dalam proses saya mencari hidup ketika masih hijau dulu.
aku ingin mencontohi dia, tapi aku tak mampu rasanya sebab unsur kecindan ni semula jadi, bukan boleh paksa-paksa. mesti murid aku happy saja belajar kalau aku ni kelakar kan.entah, kadang aku rasa aku ni kelakar juga bila beria-ia budak ketawa kalau buat lawak. masalahnya tak pasti ketawa tu kesian ke atau memang kelakar...heh
Cikgu Talib Sayuti
aku suka belajar sejarah salah satunya kerana cikgu Talib inilah. Perawakannya smart, rambut kilat berminyak belah tepi, baju licin bersterika (kalau cicak tokek terjatuh kat side baju cikgu terbelah 3, tajamnya..hehe), kasut kilat macam askar, sentiasa tersenyum mesra. yang paling aku kagum tulisannya sungguh indah, senget ke kanan dan siap ada macam margin untuk pastikan tak terkeluar bersepah sana-sini. pendek kata tak perlu mesin taip lah.aku obses sangat belajar sejarah. kadang aku akan buat buku `awang kenit`, untuk hafal fakta sejarah bersumberkan pelita malam, tapi aku seronok sangat sebab selalu yang aku baca keluar dalam periksa.sampaikan sijil STPM aku sejarah lebih baik dari BM..satu soalan yang aku tak kan lupa ialah tentang pakar perubatan Islam. antara pilihan jawapan A)Ibnu Sina B) Ibnu Singa..aku rasa nak tergelak tengok jawapan tu. Tentulah A jawapannya tapi cara cikgu beri `hint` tu sungguh menarik..
terima kasih cikgu kerana meninggalkan obsesi yang dalam saya kepada sejarah.aku tak tahu kenapa budak tak suka belajar sejarah. bukankah dengan sejarah itu kita belajar tentang kekuatan dan kesilapan orang dulu supaya kita tak buat perkara sama sia-sia?
Cikgu Md Khalid
tegas wajahnya tapi baik orangnya. pernah ajar bahasa inggeris dan sejarah. masa aku tingkatan 4-5 sedang kami tekun belajar tentang hamangkubuwono ke apa (sejarah tanah jawa) tiba-tiba dekat parking kereta guru ada seekor ayam jalan-jalan. Yang kelakarnya kaki ayam tu sudah sangkut dengan plastik, makanya sungguh lucu , bising betul bunyinya (kerana sekolah senyap sunyi waktu p& p,maklum budak SMPB baik-baik...) dan tak tertahan kami nak gelak. Mujur cikgu sporting dan bagi aje kami tengok ayam tu serta gelak.cikgu kata `ha, sambil ingat ayam tu, sambil ingat fakta kamu sedang belajar ni`...cikgu juga suruh kami buat buku `awang kenit untuk nota ringkas.awang kenit ialah buku yang diambil dari nota lama yg tak pakai lagi, lipat 2 dan tulis nota selepas baca.bawa ke mana-mana.memang berkesan dan tak payah modal pun. sekali peristiwa cikgu beri kepercayaan pada aku jaga kelas tingkatan rendah sebab semua cikgu ada mesyuarat walhal aku bukan pengawas. kembangnya hati aku,rasa macam ada bakat memimpin pulak. hehe...kat mana cikgu sekarang?
satu lagi dialog antara aku dengan cikgu Khalid ialah ulasannya tentang trend seluar GQ yang Vanilla Ice gunakan.labuh mencecah tanah tapi sopan tak ketat macam rockers.Cikgu bilang kalau budak pakai macam stail GQ dia tak marah sangat berbanding seluar ketat macam awie dan search tu.. sapa-sapa muda zaman 90-an tentu tergila-gila lagu Ice-Ice Baby. sekarang ni radio sinar suka putar kembali lagu tu. asyik rasanya sambil pandu kereta sambil dengar lagu ni.. kadang buka kuat-kuat. nanti anak saudara aku kata aku `arok` sebab dari rumah Ah Hong dah dengar radio aku dan mereka dah bersorak riang kerana aku balik kampung..eh, bercelaru sudah aku punya entri ni. tentang kampung pulak...fokus-semula ya tuan-tuan...
Cikgu Basar
tegas tapi kadang kelakar. masa aku tingkatan 3 Jauhari (1989), cikgu Basar ajar kami perdagangan. aku dah kata aku lembab bab angka, satu hari cikgu Basar sangat marah sebab akaun dalam buku ledger aku salah agaknya.(memang lah salah,kalau tak salah buat apa dia marah) nasib baik dia tanda kat rumah, kalau kat kelas tentu aku kena marah.pagi tu, masa dapat buku ledger aku rasa sungguh suspens sebab dah terkoyak 2 buku aku..aku membayangkan betapa sakit kepalanya menanda jawapan aku yang ntah apa-apa...hehe..ampun ya cikgu..nak buat macamana..saya orang seni..sebab tu tak jadi jurutera...terus aku takut sangat nak buat salah lagi tapi nak buat macamana dah aku memang lemah bab kira-kira...hehe..
masa tingkatan 4 aku dimasukkan kelas sastera (jaksa). tapi aku bahgia sebab aku memang suka sastera. memang aku bukan orang angka-angka kut. cikgu basar pernah cerita dalam kelas `kamu tahu tak, saya kuat merokok tapi saya tak sakit sebab apa?` sebab bila mandi pagi saya akan gosok gigi dan luahkan semua kotoran dari tekak,usus dan perut. sebab itu saya sihat. lagi satu mungkin sebab mandi parit air tanah gambut.`aku terfikir mungkin betul juga, ya lah, zaman dulu kan air bersih aje tak ada pencemaran.entah-entah cikgu saja nak buat lawak dengan kami...
apapun aku berterima kasih kepada cikgu Basar,` cikgu, saya bersyukur dapat belajar akaun walau sekejap, jadi dah besar ni tak lah bodoh sangat nak buat kira-kira untuk kelab ke, duit amanah sekolah ke...terima kasih cikgu..`
Cikgu Wahab
cikgu Wahab sangat tinggi, takut nak belajar dengannya sebab wajahnya macam garang. rupanya tak garang pun. kelakar yang banyak. sangat sabar mengajar matematik untuk budak lambat kira-kira macam aku. satu hari ada tajuk matriks, ni lah satu-satunya subjek yang aku terer, sampai cikgu wahab cakap` hah, pandai juga awak rupanya ye`.bangga betul aku masa tu. tapi bab tu aje lah. bab lain..hmmm. cikgu ni sangat bersungguh mengajar. aku suka. kalau buat analogi mesti gunakan kuih `semprit`.` satu semprit tolak satu semprit, berapa?`...budak jawab `semprittt cikgu`..hahaha..
masa aku tingkatan dua ke satu gitu, aku pergi sekolah waktu pagi kerana latihan rumah sukan.cikgu wahab panggil aku untuk hantar lauk ke apa ke entah kepada cikgu Asiah isterinya untuk dimasak/dimakan. rumahnya seberang sekolah saja. aku pun menjalankan tugas itu dengan senang hati. rasa bangga sebab cikgu percayakan aku walau sekadar menghantar titipan....
cikgu wahab sangat kuat lari. steady aje kalau setakat bebudak lumba dengan dia padahal budak tu dah separuh mati..
terima kasih cikgu ajar saya matematik. saya tak suka matematik tapi saya suka cikgu matematik. nak buat macamana, setiap manusia ada kecenderungan berbeza. saya suka seni dan sastera jadi saya jadilah cikgu seni.tak apa lah.saya tahu kalau saya lembab dalam matematik pun cikgu sayang saya jugak kan..hehe.
Cikgu Satar Marzuki
cikgu ni mengajar aku bahasa. senyum manis, dulu masa ada hari sukan sekolah aku ingat lagi cikgu jual barang-barang jenama Jalen. cikgu Satar panggil aku `Wajar` kerana aku kacukan jawa dan banjar.
Cikgu Satar (yang suka berkopiah)
cikgu ini ajar apa aku tak ingat. rasanya geografi. tapi bukan itu yang aku nak cerita. cikgu pernah beri aku baju sekolah anak beliau. memang baju tu besar sikit tapi aku suka sangat pakai kerana cikgu yang beri. sampai form 6 aku pakai baju tu.dan aku suka sangat bila cikgu lebih mengajar kami tentang hidup beragama. selalu cikgu buat pemeriksaan mengejut (soalan cepu emas secara tiba-tiba) berkaitan solat ke, hukum ke..macam-macamlah. cikgu pernah kata, nak nakal macamana sekalipun, nakallah, tapi jangan lupa solat. satu hari nanti Allah buka hati kita untuk kebaikan.
cikgu suka bercerita. aku larut dengan cerita-ceritanya.menganga-nganga aku mendengar. salah satunya cerita tentang hantu dapur. beliau beritahu kami di bawah dapur kayu ada hantu sedang duduk menyangkung perhatikan kita. sikunya tajam. betul ke tidak entahlah, mungkin nak hiburkan hati kami dan supaya tak mengantuk. aku main percaya saja masa tu...haha.
paling best, satu hari aku masuk lambat. motor kapcai aku buat hal. tiba di kelas cikgu tengah mengajar. cikgu kata `asalamualaikum` kat aku.. ish, malunya. tapi cikgu tak marah dan aku lega.
sebenarnya ramai lagi guru belum kucoret nama dan kenangannya. tapi aku rasa aku tamatkan entri ni di sini,dah dekat 1 pagi. esok nak bawa pelajar ke Perkampungan Penulis Muda, mengantuk pula aku nak memandu.InsyaAllah, entri ke -3 menyusul bila-bila aku panjang umur.
untuk semua guruku, terimalah seharuman za`faran dariku.
terima kasih cikgu
kerana memberiku tahu
mengajarku dengan hatimu
hari ke hari tanpa jemu
kitaran waktu berputaran
ku semai wangian za`faran
untukmu duhai insan
apapun aku menjadi sekarang ini
berkat marah, tegur dan sayangmu pada semua kami
dengan penuh kasih suci
terimalah hadiah dari hati
semoga cikgu semua
dirahmati di sini dan nanti di sana
ampunkanlah silap salah
seandainya ada
aku insan yang lemah
kadang terlanjur perbuatan menajam bicara
cikgu
aku sayang kamu...
......................................................
Posted by Comels at 1:11 PG 2 comments
Labels: beban tugas guru, PARIT BETAK, sekolah menengah parit betak, smpb
Isnin, 14 Februari 2011
penanda buku dan aku-kisah terselamat dari kelaparan
isnin.7.34 mlm.
library baru. masa aku masih belajar sedang dalam pembinaan. aku memang kaki buku. aku sedang membayangkan keseronokan larut dalam lautan buku di sini. bila dapat datang lagi...
masa aku belajar di sini adalah paling memeritkan. aku dah pernah cerita tapi aku akan ulang lagi beberapa cerita sebab kalau tak ulang nanti cerita ni jadi tak best.memeritkan dalam erti kata kemuncak keperitan hidup setakat aku berumah tangga selama 13 tahun ini. macamanpun, aku tak lah pamerkan sangat perasaan dan kesusahan aku. orang-orang tertentu saja. Kak Sal, Jue, Iris ,Kak eli dan beberapa orang saja yang perasankannya.aku tak fikir bagus untuk menceritakan kepada semua orang sebab tak semua yang berhadapan dengan masaalah.
.
aku betul-betul menerima dugaan Allah yang maha hebat ketika aku di sini. lebih spesifik lagi dugaan berkaitan kewangan, yang betul-betul buat aku suami isteri hampir gila. mana tak gila,hubby aku kena buang kerja sedangkan hutang banyak nak settle setiap bulan. masa tu kilang tutup dan pindah penang. aku pulak mana ada gaji lebih. gaji separuh, potong hutang bank dan rumah baki tinggal RM 18 sebulan.!
percayalah cakap aku. inilah gaji aku sepanjang belajar 3 tahun. nak makan apa 18 ringgit sebulan?
aku hanya mengharapkan PTPTN yang dapat 2500 satu semester (3-4 bulan).itulah duit nak bayar sewa rumah, makan, tambang balik, barang artwork dan segala bagai.mana nak cukup beb. nak kerja, aku takut aku tak mampu sebab assignment tak menentu. kadang sampai pagi tak tidur terus pegi kuliah nak siapkan assingment punya pasal.lagi aku nak kerja?aku ni dah la ada high blood presure tak pasal-pasal terbongkang nanti menyusahkan orang pulak.
hubby masa tu macam-macam kerja dia cari, tak dapat dan kemudian macam-macam benda dia jual. akhirnya jual cakoi tepi jalan. dapatlah untung 20-30 rm sehari.tu mana cukup nak bayar hutang bank dan kereta..nak rolling modal lagi..awal-awal tu teruk juga, kereta aku sampai kena tarik, sedih betul.baru je tak sampai setahun waja tu. dah 3 bulan sangkut, nak buat macamana. rumah aku nak kena lelong, orang bank cari hubby sampai masuk rumah...hih, macam-macam.aku nak minta duit hubby pun tak sanggup sebab dia makan pun ala kadar. kadang bila telefon dia kata makan cakoi dia jual tu aje..atau yang grand skit dia beli nasi giant harga Rm1.90.
tengah-tengah meniaga tu MDK pulak suruh stop sebab tak de lesen. kalau tak gerai nak kena rampas. sampai tahap tu hubby dah tak mampu menanggung, dia menangis, menumpahkan air mata lelakinya. aku pulak terpaksa coolkan dia sedang aku pun menangis-nangis dalam hati.nasiblah hbp aku tak buat gila.masih boleh tahan lagi. kami tak mengadu dengan sesiapa pun. sorang pun ahli keluarga aku tak tahu kesukaran aku. sengaja aku tak bagitahu, aku tak mahu menyusahkan mereka. mak dah lah tak sihat,kakak aku pun bukan orang senang.
banyak ketika dompet aku seposen pun tak ada. tapi aku tawakkal saja. adalah rezki aku. kadang kak sal belanja, kadang kak nisa jalan-jalan balik belanja. kadang aku makan lauk bilis dengan kicap aje dengan Iris. nak buat macamana, tak berduit.aku tak kisah asal aku tak mati kelaparan sudahlah. inilah dugaan aku dalam jihad meningkatkan diri mengejar ilmu pengetahuan.
mak ai, panjangnya intro. belum masuk cerita penanda buku ni.
kadang aku cari income dengan ambil upah melukis artwork untuk kawan-kawan. kak nisah dan kak step selalu upah aku. sekeping aku ambil Rm3 je. dapat lah buat beli nasi dekat kantin intec yang murah.kadang kak eli bagi upah yang banyak untuk aku lukis dalam folio b.arab dia.
satu ketika, aku sungguh lapar dan seposen pun tak ada dalam poket. nak minta atau pinjam kawan aku malu.
PTPTN tak dapat lagi.aku mengadu dengan Allah aje lah. sesungguhnya Allah maha baik, tak pernah Dia biarkan aku kelaparan walau aku dalam kesusahan.
kebetulan Prof. Syukor kata nak adakan pameran apa ntah. jadi fakulti aku pun terlibat juga. aku perah otak macamana nak cari duit supaya aku tak mati kebuluran. Allah beri aku idea, buat book mark @ penanda buku.aku ajak Jue buat book mark. jue ok je. jue tak lah desperado macam aku tapi jue buat juga nak beri moral support kat aku. sepanjang petang aku kumpulkan reja kertas, mounting board,daun kering dan apa-apa aje lah untuk buat penanda buku. aku longgokkan depan aku, aku doa pada Allah, tolonglah hambaNya yang kelaparan ini.
akhirnya siaplah berpuluh-puluh penanda buku dari daun kering dan reja mounting yang dah tak diguna lagi.tak tidur aku semalaman tu, lelap-lelap ayam saja.
design kertas mounting board, tak payah beli, reja-reja art work aje aku ambil.nasib tak buang..kutip dari kawan-kawan serumah. jue, iris, kak step,kak eli, kak nisa. terima kasih kawan-kawan..
pada hari pameran tu, aku dah tak malu dah. aku jerit-jerit kat adik-adik INTEC (budak yang belajar untuk persiapan ke oversea) untuk datang beli bookmark aku. aku kata, daun tu kenangan semasa kat Intec ni, tak dapat kat mana dah. aku kutip daun tu tepi kafetaria intec dan jadikannya kenangan berupa book mark. dengan sedikit kreativiti dan provokasi, banyak juga terjual. aku gembira, Allah mendengar keluhanku. poket vest aku tak boleh zip, penuh dengan duit.
budak sekolah pun datang, aku jual murah-murah aje, Rm1 sekeping.petang tu aku kira dapatlah RM90! Ya Tuhan, kegembiraan yang tak dapat aku bayangkan. dari seposen pun tak ada aku ada Rm90 dengan titik peluh aku sendiri. rasa sayang nak belanja, tapi kena belanjakan juga nanti aku mati kelaparan pulak.
esoknya sambung lagi dan aku mampu bayar zakat perniagaan kepada kelas aku sebanyak RM14. maknanya aku punya pendapatan Rm 140 secara kasarnya.
aku puas. usaha aku berbaloi. dalam 1 hari setengah aku berniaga dapat 140 sangatlah besar ertinya untuk aku.aku terharu mengenang baiknya Allah padaku...
bila aku dah mengajar semula,ada masa (terutama waktu hari terbuka) aku jual bookmark dengan 3 tujuan. mengenang kembali keperitan lalu untuk aku insaf.mengasah kreativiti aku agar tak tumpul.dan akhirnya memberi motivasi dan inspirasi kepada pelangganku yang terdiri daripada guru, pelajar juga ibu bapa yang sudi ke gerai aku melalui bait indah kata-kata yang tertera. paling istimewa, apa yang mereka miliki memang tak ada duanya di dunia ini, kerana semuanya asli , handmade, (buatan tangan).
aku bangga menyatakan hasil yang aku dapat dengan jualan bookmark ini kalau aku kira dan kumpulkan sudah dapat lebih Rm1000!kadang aku ada permintaan dari kak midah dari budak sekolahnya yang nak bookmark untuk hadiah kawan-kawan mereka yang nak berpisah selepas SPM nanti. terima kasih kepada kak midah yang banyak membantu aku dalam bisnes ini. (tahun ni tak mahu tempah ke?hehe)
bermakna..setiap selepas kesusahan ada kesenangan dan setiap kesusahan ada kesenangannya...
mengapa Allah ulangi Firmannya berkenaan susah dan senang itu?...sebanyak 2 kali?sebab Dia tahu, manusia akan kalah bila mendepani ujian. ayat itu merupakan penguat semangat untuk kita mengharungi hidup ini. Allah yang berikan kesusahan Dia jugalah yang berikan kesenangan. memang bercakap sangat mudah berbanding mengalami.tapi aku bercakap sebagai orang yang pernah melalui dan belum pulih sepenuhnya dari trauma dugaan itu.
.................................................................................................................
Posted by Comels at 11:31 PTG 10 comments
Labels: alam nasrah, intec, pahit akan manis akhirnya, pengalaman hidup, uitm
Ahad, 13 Februari 2011
NOTA MARAH MARHAEN MURAH
Posted by Comels at 2:56 PTG 0 comments
Labels: FLOM, isteri rosmah, najib, reformasi
CINTA TANPA SYARAT
Posted by Comels at 12:51 PG 4 comments
Labels: abu hurairah, fadilat sayangkan kucing, kucing kesayangan, nabi sayang kucing
Sabtu, 12 Februari 2011
LARIAN MAHKOTA/STAR PUTRA2011-lebarkan aura kebahagiaan
Posted by Comels at 10:22 PTG 4 comments
Labels: aura, bahagia, larian mahkota, sekolah, starp, tengku mahkota johor
Selasa, 8 Februari 2011
dholan-dholan nggolek pangan (jalan-jalan cari makan)
hari sabtu lepas hubby ajak aku jalan-jalan. aku tak berapa gemar jalan-jalan. penat. tapi kalau`shopping`, suka.Oleh kerana Allah kata kalau taat suami nanti dapat masuk syurga, aku gagahkan juga hati untuk ikut hubby jalan-jalan.ada hajat nak masuk syurga.
`nak pergi mana Mel?`
`em...Mandela....nak makan udang galah macam ita.`
lalu hubby pun menggoogle cari Mandela tu di mana. aku nak telefon Ita, masalahnya nombor ita sudah hilang. mesti Ita kata duit juta-juta buat apa, beli telefon baru je. heh...
jadi 11.30 pagi yang bertuah itu aku dan hubby pun menggagau mencari yang namanya Mandela itu. 2 jam kau, baru sampai. patutlah anak ita kata makan dalam kebun, rupanya jauh sangat.Orang bunian agaknya yang buat kedai ni..
sebelah papan tanda mandela tu, ada papan tanda tulis waktu operasi 4.00 hingga 10.00 malam..
Ya Allah, laparnya. masa tu dah pukul 1.30 petang rasanya,aku pulak mula la rasa nak meradang aje. lain kali letak la sign board kat luar hutan banat tu, tulis waktu operasi. Kan dah menyusahkan orang. Segala lawak hubby aku tak layan. Geraaammm. datang jauh-jauh lapar je yang dapat.
lepas tu hubby slow talk dengan aku. dia kata jangan la marah, tadi sapa yang ajak datang Nelson Mandela nih. aku geram lagi. tambah lapar pulak. lepas tu aku pun cuba menyejukkan diri .entah apa-apa, meradang tak tentu hala. nasib dapat suami cool.
Hubby ajak makan kat kukup. sepanjang hayat aku, ni lah sekali aku ke Kukup. Lah, ramainya orang. Dah tu tak de parking. lepastu aku tengok macam tak ada kedai makan yang meyakinkan dekat jeti tu...aduh, lapar sangat ni. dah pukul 2.00 petang belum makan nasi.
akhirnya aku ajak hubby makan kat Pontian aje lah.Kemudian kami tergelak...datang jauh-jauh, masuk hutan banat, sampai penghujung benua asia tapi tak tahu lagi Allah takdirkan rezeki aku di mana,dan siapa makcik pemilik warung yang dapat rezeki duit kami hari ni.
Allah hu Rabbi...perancangan allah hanya Dia yang tahu. takdirnya aku makan kat warong tepi pantai Pontian saja. mengembalikan nostalgia masa aku bercinta dulu. selalu pergi tepi laut.makan mi goreng 2 pinggan dengan air sirap. tak sampai 7 ringgit pun.ekonominya..paling kelakar masa tu aku masih kerja kilang. hubby belajar di kajisawat jentera marin kat IKM. lepas naik bas benut, naik bas pontian sama-sama. lepas tu makan mi goreng. lepas tu balik benut semula. lepas tu naik bas pontian semula. haha. macam orang gila.pakcik driver dan konduktor bas tu kata kami ni gila agaknya.
cinta memang gila.
Posted by Comels at 5:31 PTG 2 comments
Labels: Mandela pontian, nikmat Allah., secret receipe