Rabu, 14 Disember 2011

Aku Budak Lubuk Sipat (4)

5.42 petang.Rabu.

 fenomena wayang pacak dulu-dulu. serupalah di mana-mana termasuk kampungku.(gambar ihsan en.google)

kalau semalam punya catatan heroinnya ialah suzen, hari ini seperti yang aku janjikan, Inong Syikin @ Taj Asyikin merupakan watak utama.aku harap sangat-sangat kau baca syikin, sebab kerana peristiwa ini aku dipanggil `eton` oleh budak-budak kampung selama beberapa tahun.paling aku ingat yang suka panggil aku eton ialah saim, abangnya aris.

talent time

aku tak berapa ingat tahun bila. tapi mungkin sekitar 1987-88.yang penting masa tu aku tak berapa malu lagi.aku dalam tingkatan 1-2. kau ingat tak kin, satu hari kampung kita menganjurkan pertandingan nyanyian. era 80-an memang kampung kita aktif betul kalau bab kugiran, wayang pacak dan rock kapak.aku tak tahu sapa punya idea tapi yang selalu aku nampak begitu sibuk ialah Amat tulen.(betul ke gelaran dia tu?dah lama sangat la. tapi rasanya betul).
(orang kampung kita namanya banyak yang unik ye. Mail Buyong, Mail Bungkek, Noneng, Mbak Yu (mak aku),belacan, ayam.,amat tulen  (ada ke amat palsu)...)kalau korang ingat lagi nama-nama unik, sila komen nanti kat fb. mungkin ada yang aku tak kenal.

kau nak masuk nyanyi, tapi tak ada kawan. lain orang semua lelaki. tak ada sapa kau nak ajak., kau ajak aku. lepas tu kita pergi rumah cik ali, anak Cik Radiah/Cik Mail Buyong. mereka ada gerai kecil sebelah tadika, tempat aku beli jajan setiap kali sekolah agama.  (kalau ada kesilapan fakta pada nama, tolong betulkan tau).dengan tak tahu apa benda pun tentang lagu kecuali memekak bila dengar radio ikut artis tu menyanyi, dengan perasaan vokal aku cukup meyakinkan, aku pun di suruh nyanyi oleh cik ali. aku pun bedal je la. lagu zaiton sameon. Menaruh Harapan tajuknya. masa ni lagu itu sungguh killer, berminggu-minggu menang dalam carta.(kalau nak tahu lagu ni, cari sendiri dalam you tube.malu ah....)

tengah-tengah menyanyi, cik ali suruh berenti. dia kata  `okey,okey, nanti kau nyanyi ikut d minor tau`...
d minor?apa benda ntah. aku ha ah kan aje. lepas si syikin punya turn, kita orang pun balik.depan tangga rumah nenek kau, kita pakat nak pakai baju apa. aku ni mana tahu fesyen bagai. aku belasah je pakai baju kemeja bunga merah,latar putih abang ijam aku punya. seluar slack kelabu ntah sapa punya dan pakai baju panas warna coklat mak aku punya. itu pun kak ct bagi. peduli la. aku kan konfident. syikin, aku tak ingat kau pakai apa.yang penting kau pakai baju lah kan. kau nyanyi apa pun aku tak ingat.

pentas tu di bina betul-betul tepi tadika kemas tu. setentang dengan kedai kecil cik mail buyong. malam tu ramai sangat orang muda yang datang. anehnya aku tak rasa malu pun.sampai giliran aku, aku naik pentas, aku tunggu band main muzik, aku masuk,,lepas tu aku nyanyi macam orang lupa diri, lepas tu tau-tau dah habis. d minor?entah. mana aku tahu not lagu...yang pasti aku tengok cik ali dan bandnya geleng-geleng kepala nak kejar aku punya nyanyian.

bila dah kahwin dengan hubby, baru aku tahu apa puncanya cik ali and the gang geleng kepala. sebab aku nyanyi TAK IKUT BIT!

hubby selalu ketawa bila aku nyanyi beria-ia sambil dia main gitar. dia kata aku nyanyi laju sangat. kadang-kadang lambat sangat. suara aku memang sedap tapi tak masuk muzik. hancur. haha. alah, aku peduli apa, janji aku rasa best. selalu jugalah hubby tepuk dahi bila aku nyanyi.tapi cik ali dulu tak kata apa pun...tak sampai hati kut.

lepas aje aku nyanyi tu, orang sorak bukan main. aku pun macam apa aje rasanya. start hari tu la orang-orang bujang kampung aku terutama saim suka panggil aku eton..eton..malu seyh.aku ingat dah kahwin aje la baru diaorang berhenti panggil aku gitu.

kalau masa boleh diulang kan kin, sumpah aku tak mau nyanyi. mesti orang gelak macam apa kat bawah tu kan. tapi moral support kena bagi juga. sebab tu aku dapat tepukan jugak.hehe..

wayang pacak/pertandingan kugiran rock kapak

kau ingat tak kin, dulu kampung kita suka sangat buat wayang pacak.buat kat padang sekolah. tiketnya aku tak ingat. 50sen-1.00ringgit kalau tak salah. nanti lampu kalimantang akan diletakkan di tiang-tiang kecil menerangi simpang dan sekeliling kawasan nak masuk tu.tali rafia direntang sebagai pagar. ingat lagi satu peristiwa kita masuk ramai-ramai tak bayar tiket. masa tu abang kau unik dan ijik yang jaga, kita main selamba aje.hehe. tapi aku rasa janggal juga masa tu,ye la, depan tu kan masjid, kita pulak berpesta pora memekak-mekak dengan wayang atau band rock. pak imam tak marah ke?

kau ingat tak kin, kau ramai peminat. ada je yang ngekor kau. sampai kau naik rimas. akhirnya kau dapat tahu nama mamat tu ialah `dudut`. apa lagi, bila dia usik kau aje, kita semua ejek dia `dudut`,`dudut`..intonasi kita tu boleh buat mamat tu sakit hati atau malu sebab nama tu tak glamour langsung. aku tak ingat apa jadi kat mamat tu. kecewa agaknya.

masa tu lagu yang banyak dinyanyikan oleh grup yang bertanding ialah lagu BPR. seribu tahun tak kan mungkin.  atau kumpulan May. atau Isabella.layan lagu rock kapak sesekali best juga. tak macam lagu sekarang. tak puitis maksudnnya. sangat straigt to point.tak touching.cuba kau baca lirik lagu BPR. mesti kau rasa begitu puitis kan.

tapi tu semua zaman remaja. sekarang umur dah pertengahan ni, kurang-kurangkanlah rock ni kan. entah esok, entah lusa Allah jemput kita, mana nak jawab soalan asyik menghafal lagu je.   ustaz pun ada pesan, kita nanti diambil nyawa lazimnya ketika melakukan sesuatu yang sering kita lakukan. kalau kita ni asyik main fb aje, atau main game aje, atau asyik buat perkara lagha aje, takut-takut masa tu Allah panggil kita susah jugak kan..Nauzubillah.

bila ada wayang pacak, orang akan berbondong-bondong juga datang. aku dan abang ijam pernah berniaga.kak ct bungkuskan pecal dalam daun pisang. satu lagi benda entah apa. mihun goreng kut. yang boringnya, ijam tu ngelat, kejap aje dia lesap. aku la sorang-sorang menjual bertemankan lampu kabait. ada satu peristiwa sorang mamat tu begitu teruja nak beli bungkusan daun pisang aku tu. tak tanya-tanya apa bendanya terus beli aje. tengah gembira sangat dia nak makan tu, dia buka dan terperanjat. dia kata `opo ki? laa, pecelll``..aku ingat tapai..`......aku rasa nak tergelak.tapi dia tak boleh pulang balik, benda dah buka, duit pun dah bayar.

kau ingat tak kin, dulu kalau ada wayang pacak balik-balik cerita indonesia. paling popular tajuk `sundel bolong`. atau dukun lintah. seram betul dulu-dulu tengok sundel bolong.masih segar diingatan aku babak dia minum kuah sate satu periuk lepas tu kuah tu keluar semula melalui bahagian belakangnya yang berlubang. eiuuuu...geli.   tapi kan, kalau sekarang tengok cerita seram standard macam tu mesti kita gelak ramai-ramai.

dan yang lebih menariknya kan kin, nama sebenar artis yang jadi sundel bolong tu kau ingat tak...hahaha..ye, betul...namanya   SUZANA......


kalau wayang tengah diputarkan, tiba-tiba termati, apek yang jaga pita tu mesti kena booo.tak boleh blah. mesti bengang kan apek tu.kelam kabut dia nak membaikinya.makin gabra, makin lambatlah jawabnya.

kadang time wayang atau pertandingan kugiran menjadi medan mencari jodoh atau mengurat. terutama golongan muda-mudi. aku tak terlibat. kecik lagi da...

suzen:oi, apa ni, buruk-burukkan aku pulak
haris:dah memang nama kau , nak buat macamana?


papak:aku kecik lagi. tak faham apa pun. 


syikin:aku pun tak ingat nyanyi lagu apa.
aku:dah,dah....nanti aku tulis part 5 pulak...ide tengah mencurah-curah ni.

Selasa, 13 Disember 2011

Aku Budak Lubuk sipat (3)

9.38 pagi.selasa.

tiba-tiba terkenang memori zaman kecil-kecil, di kampung.aku rindu bau rumput yang dibakar selepas menajak. rindu harum bau ubi kayu yang dibakar kalau di kebun. rindu nak `timpas` durian dengan kawan-kawan macal seperti taj asyikin, suzen jane,papak palerock dan haris abdul.rindu nak bercabur di parit dan sungai yang keruh airnya itu. oh, kenangan. indahnya. tapi itu memori 30 tahun dulu. kalau aku ceritakan pada budak lubuk sipat zaman sekarang ni, mesti pejam-celik pejam -celik mata nak mempercayainya.

maka, aku nak mencatatkan sesuatu agar memori indah itu tidak terkubur.  satu yang aku kesalkan, kenapalah zaman dulu tak ada kamera digital yang murah-murah macam sekarang. jadi kita semua boleh ambil gambar sesuka hati macam budak zaman sekarang. buat kembung-kembung pipi, mata di bulat-bulatkan, sengih lebar-lebar..

zaman kita dulu kecil-kecil kan suzen, sapa nak bergambar siap kena mandi, sikat rambut pakai minyak dan paling penting posing betul-betul.posisinya sama ada duduk, berdiri atau apa, tak kisah.janji muka pandang kamera. kalau tersalah ambil gambar contohnya ketika orang tak ready lagi atau ambil gambar goyang-goyang tangannya, hmmm, kena marah atau menyesal tak sudah lah jawabnya. maklumlah. filem ada 30 keping. dah tu kena hantar cuci kat kedai gambar. tunggu seminggu. kat benut atau simpang renggam.tapi, itulah yang membuat kita sangat teruja. masa nak tengok hasilnya, hati sangat berdebar-debar, entah apa rupa kita.

zaman sekarang ni tak ada suprisenya bergambar. kalau tak ada sapa nak ambik gambar kita, boleh ambik sendiri sepuas-puas hati. tak cantik, delete. habis cerita...tapi, kita hilang unsur suspen untuk tengok muka sendiri. sekarang ni gambar macam tak begitu berharga. ada beratus-ratus gambar, tapi semua dalam komputer atau telefon. sekali komputer rosak atau kena format atau telefon hilang, menangis tak berlagu mengenangkan gambar yang hilang.

sebenarnya entri ini yang ketiga tentang kampung kita.kalau korang nak baca entri yang awal, sila klik aku budak lubuk sipat 1 dan aku budak lubuk sipat 2. kebanyakan memori tu tentang mengaji, bercabur dan sungai kampung kita.

entri kali ni aku rasa nak detailkan tentang keadaan rumah-rumah, jalan dan aktiviti orang kampung kita masa tu.rumah aku yang lama dulu dikelilingi pokok ciku, jambu botol ,bunga janda kaya dan limau bali. aku masih terbayang-bayang betapa damainya sekeliling yang sunyi dan redup kerana sepanjang jalannya  rumahku dirimbuni pokok getah yang begitu banyak. waktu tengah hari yang panas, tak begitu terasa kerana banyaknya pokok. sayup-sayup kedengaran biji getah jatuh dan meletup dari induknya. unik bunyinya, indah. begitu `nature`.bila sebut tentang biji getah, ingat lagi yang aku pernah belajar kira-kira dengannya. syikin, aku terbayangkan kau tengah tekan 2 biji getah dengan tangan, nak tengok sapa punya pecah dia kalah dulu. masa tu kita semua baru balik dari beraya. kau tak ingat?aku ingat...hehe..

ada yang tak kenal biji getah tu macamana..kesiannya budak-budak sekarang ni..




                                  ini buah getah kalau belum tua,bila dah tua akan meletup dan pecah sendiri


ini rupanya bila tua.kalau baru jatuh berkilat,bersinar-sinar, cantik sungguh. bila dah lama jatuh ia lebih kusam



                                      inilah biji getah yang kita selalu buat main lawan-lawan pecahkan tu.

nasib baiklah ada google, ada internet. kalau tak generasi sekarang tak kenal apa-apa dari warisan zaman silam!

tapi rumah yang aku duduki itu akhirnya terpaksa dianjakkan ke tempat yang jauh sedikit kerana parit kecil nak dibuat melaluinya. pada awal 80-an, aku berpindah ke rumah baru yang tak jauh dari rumah asal.

ingat tak jane, kita suka sangat bercabur dalam parit tu masa mula-mula di keruk. kemaruk apa ntah, pagi,petang ,siang, malam...mak aku sampai pernah nak pukul aku sebab tak reti-reti nak balik. habis puas bercabur kat parit depan rumah aku, kita teroka lebih jauh dekat rumah jilah. atau kalau tak ke sungai, kita ke parit kecil sebelah sungai, dekat area rumah kau sekarang. manalah mak kita tak naik hantu kan jane.

tapi, kita begitu rapat. sehari tak jumpa kau ,imah, inong dan lain-lain tu rasa tak lengkap hidup kita.kena marah pun esok pergi lagi. cuma inong syikin yang tak berapa terlibat kalau kita main spa-spa kat sungai. kenapa kin?kau takut hitam ye?.alah, dulu kat kampung kan engkau geng dengan itah gerai`e dan inong huda. semua geng lipat lengan baju. menyemat aje kan korang. kadang-kadang aje kau ikut kita orang. ataupun mungkin umur kau lebih tua sikit dari aku dan jane yang baya-baya ni.

  suzane, aku pelik lah. kat kampung engkau dipanggil `jana` sedang nama kau `suzana`. aku pulak dipanggil `ana ` sedangkan nama ku `norjana`. mesti kau memendam rasa yang parah kan jane sejak sekian lama kerana `jana` dan `zana` agak jauh sebutannya. satu gambaran budak bandar, satu lagi jawa. tapi kau dikenali dengan imej jawa tu. nasib baik kau ada fb kan. boleh jadi `suzen jane`. inong syikin pulak jadi `taj asyikin`. papak pulak jadi `papak palerock.` antara kita semua ni, aku je yang tak malu nak guna nama betul. Norjana Idris. dengan aris. dia pun guna nama sendiri. `Haris Abdul`.

kau tau jane, aku masih boleh bayangkan rumah lama kau. ada tiang tinggi, depan tangga nak masuk ada beranda dan pintu sekerat, ada bangku kayu,kemudian nak masuk rumah ibu kena naik sebelah kiri.aku terbayang-bayang bertandang ke rumah kau, teringat kak ita yang menulis guna dakwat basah, dia suka melakar gambar-gambar perempuan yang aku rasa cantik sangat.rumah kau ada ruang tengah, lepas tu dapur ada simen.macam rumah aku dan orang kampung lain, mak kau punya dapur ialah dapur kayu. advantagenya engkau aku rasa ada  dapur minyak tanah. ada pangkin tepi tangga untuk berehat-rehat. kat tepi pangkin tu ada tingkap yang membolehkan kita nampak kolah rumah kau. dapur kau bila banjir je mula la tenggelam kan. kalau duduk pangkin, sebelah kanan ada pintu. melalui pintu tu, jalan terus boleh sampai sungai. tapi sebelum sampai sungai tu, ada kolam dan tempat mandi kau di sebelah kanan. betul-betul tepi rumah kau mak kau tanam sejenis pokok yang buahnya berduri. tak salah aku mak kau panggil buah zaqum.

jane, dulu kampung kita tanah liat lagi. aku suka tengok waktu kemarau tanahnya akan merekah-rekah. pecah-pecah. kalau musim hujan pulak lecak.nak pergi sekolah pun susah kerana nanti tanah lembik akan tersangkut antara tayar dan sayap basikal. berapa banyak kali kita kena turun cungkil tanah `gembel` tu supaya basikal boleh berjalan semula.


kerana kenakalan kita, mak kita terlatih menjadi penyanyi soprano. kalau marah kita yang macal ni, kuat betul jeritannya. `janooootttt`!!!!! heh. seram aku ingatkan balik begitu garangnya mak kita kan.jalan masuk nak kerumah kau kalau dari jambatan tu macam turun bukit kan jane. kalau dari benteng ada pokok rambutan yang rendang betul. naik seram kalau kau balik ngaji malam-malam. mana tau kalau ada cik pon kat situ. tapi aku rasa cik pon tak sampai hati nak kacau kita sebab kita diseliputi cahaya keimanan masa tu. maklumlah, kan balik ngaji..lagipun aku rasa dia takut terbakar agaknya. kalau dia terperanjatkan kita, habislah kita mengaji kat situ, hangit rambut dia yang tak bersyampu tu terbakar.hehe.


aku ada banyak lagi memori tentang rumah -rumah orang kampung kita. belum cerita rumah imah (papak) lagi ni...tentang kak ipah, abang saat, linda dan semua-semua. tunggu entri kedua aku lepas ni...


suzen:huh, detailnya ingatan kau. aku nak tambah lagi.tepi rumah aku banyak pokok bunga dan ada tempayan untuk basuh kaki.


papak:kalau kau terer cuba cerita rumah aku pulak


taj asyikin:eh, cuba kau gambarkan betapa voguenya aku.


qiqin ,noraini subani:cerita tentang atuk kita orang ada tak cik ana?
aku:ada, semua ada. nanti aku tulis ye...

Ahad, 11 Disember 2011

Untuk Siapa,Untuk Apa?

11.12.2011.ahad.

hari ini rasa menggebu-gebu nak menulis. nak rehat sekejap. asyik buat lukisan,sampai melengkung tulang belakang aku.

sebenarnya aku baru balik dari kampung, semalam hantar  anak-anak buah aku yang ku angkut seminggu lalu untuk bantu aku membuat kerja-kerja keceriaan di perpustakaan. kalau harapkan aku seorang, 3 minggu pun mungkin tak siap. nasib ada tangan-tangan kecil yang sudi membantu.

aku tak betah berlama-lama meninggalkan hubby.kesian dia, sorang-sorang,jadi aku balik pukul 9.50 pagi tadi. oleh kerana jalan sangat lengang, aku dah sampai Kulai pada pukul 10.38 pagi.kak roha pun terkejut aku sampai cepat sangat. dia ingat aku bawa kereta macam pelesit agaknya.

hubby ajak aku jalan-jalan refresh minda. dah berserabut kepalanya mengadap komputer.cadangnya nak ke Johor Premium outlet. belum sempat tutup pagar, terserempak kak ani sebelah rumah. dia beritahu sangat sesak kat sana, nak parking pun sampai ke luar-luar. aku tak kuasa bersesak-sesak ni. tapi hubby nak cuba juga lalu..hm.dari jauh aku dah nampak berapa punya panjang kereta sampai ke jalan besar. tak kuasa lah. lalu kami pun ambil keputusan jalan-jalan ke jusco saja.

sambil duduk-duduk makan kek dan minum ice lemon tea macam orang-orang kaya kat SR,aku sembang-sembang dengan hubby tentang beberapa isu.sebenarnya aku suka memerhatikan orang lalu lalang, sambil cuba mempelajari bahasa tubuh serta psikologi manusia.aku tanya hubby,tindakan manusia ini sebenarnya didorong oleh apa ye?
hubby kata, kebanyakan manusia tidak bertindak untuk diri sendiri. mereka bertindak untuk memuaskan hati orang. aku setuju. dalam beberapa hal, kita semua begitu. sanggup mengorbankan kebahagiaan sendiri untuk memberikan kebahagiaan kepada orang. Jijah sangat pakar tentang ini. kan jah?

lebih spesifik aku suka membincangkan tentang kasut tumit tinggi dan emas berkilo-kilo. aku suka tengok gelagat wanita yang sedang berjalan.terlebih lagi yang terpaksa kontrol ayu bila pakai kasut tumit tinggi. macam tak berapa nak seimbang. jalan pun tak berapa nak betul. belum cerita sakit pinggang lagi tu.


bagi aku kenapalah menyiksa diri begitu sekali kalau nak cantik pun. itulah timbul persoalannya, sebenarnya nak cantik di mata siapa?kalau betul untuk diri sendiri, kenapa sanggup menyiksa tulang belakang dan kaki?

serius,sejak dulu semasa aku kurus kering hinggalah ke comel macam hari ni aku tak pernah terlintas nak pakai kasut tumit tinggi berinci-inci ni. sebenarnya,kasut tinggi bagi aku ialah fenomena pelik dan melawan fitrah graviti. tapi kerana sudah dibudayakan, pemikiran bahawa kasut siksaan ini cantik dan trendy membuatkan ramai wanita memendamkannya.tak peduli akan efek pada kesihatan, demi cantik di mata orang, sanggup tahan sakit dan berjalan dengan gaya abnormal.hehe. gelihati aku bercampur simpati.

kalau kawan nak tahu, kita merosakkan diri dengan bertumit tinggi. tulang belakang tak normal, kaki pun rosak, saraf pun sakit...

kita masih boleh cantik dengan memilih kasut yang biasa-biasa saja. contohnya,yang paling aku suka sekarang
kasut tumit rendah macam ni. selesa dan memudahkan pergerakan.aku tak perlu pendapat orang dan apa orang nak kata, yang penting aku selesa.



satu lagi pemakaian barang kemas. memang la betul barang kemas tu perhiasan wanita, tapi manisnya kalau pakai seurat dua sudahlah. ini, cuba perhatikan kalau kenduri kahwin, gelang sampai siku, cincin semua jari nak di sarung dari ibu jari sampai jari kelingking. dua belah tangan pulak tu...itu bukan menarik hati, tapi dah macam Mr T!
ini la rupa Mr T, atau rupa kita sendiri kalau pakai barang kemas banyak sangat.

entahlah. masing-masing orang ada takrifan sendiri untuk cantik. tapi bagi aku, aku tak terikat dengan pandangan orang untuk rasa diri aku cantik. aku selesa saja pakai baju yang sama selang dua tiga hari. lepas kering pakai semula, kadang seminggu aku akan pakai baju yang sama 3 kali.  kasut, memang yang rata saja. pernah masa kat maktab, aku adalah anggota pandu puteri yang kena pakai kasut hitam kurang-kurang tinggi 2 inci. tapi dengan selambanya aku pakai kasut sekolah jenama fame yang budak pengawas zaman aku dulu-dulu suka pakai.
macam ni lah lebih kurang kasut aku, cuma aku pakai yang bertali...kelakar kan, budak maktab pakai kasut sekolah.

dah la aku ni kadang-kadang jadi komandan, orang lain berkawad bunyi keletuk, keletuk...aku punya hentak kaki bunyi kelepek,kelepek,kelepek aje..

kawan,kalau kau nak rasa merdeka, cubalah mulai saat ini kau tinggikan self esteem kau, bisikkan ke hati kau tak perlu sangat emas berkilo-kilo atau kasut tumit berinci-inci dan baju bertabur labuci sana sini. sederhanakan hidup kita,berhias pun jangan berlebihan, buatlah sesuatu untuk diri sendiri, bukan kerana takut persepsi dari kawan, jiran dan mak angkat sepupu kita. 

suzen      :oi, ngata aku ye?mentang-mentang lah aku ni model.cemburu lah tu.
aku         :mana ada. aku cakap tentang orang lain. peristiwa ni kat uganda la. (hiks)
jijah      :huh, baru aku nak pakai high heel. malu pulak kena kutuk dengan jana. aku nak jaga  reputasi juga.
ita          :alah, aku tak pakai tumit tinggi pun dah tinggi.
hajar azwa:apahal ni?malas aku nak  layan, baik aku naik basikal.

Jumaat, 18 November 2011

makan-makan mega

aku rasa satu keistimewaan STARP yang susah nak cari di tempat kerja yang lain ialah rajin sungguh cikgu-cikgunya buat pot luck (bawa makanan yang dimasak sendiri,yang tersedap boleh dibuat).selalunya adalah bersempena sesuatu contohnya sempena nak cuti, sempena kawan nak pindah, sempena raya,tahun baru cina atau depavali.

kadang tak ada sempena apa-apa,saja rajin dan tergerak nak makan masakan ramai-ramai.buat aje la.entah siapa yang memulakan budaya ini, yang pastinya kami berkongsi kegembiraan dan mengerat ukhwah walau mulut tak kata apa-apa.rasa `kebersamaan` itu mengalir di urat nadi,menggetarkan perasaan, berbesar hati melihat  rakan yang menyumbang masa dan tenaga menyediakan yang terbaik.biar masakan dan makanan yang berkata-kata.

keseronokan makan sampai tak ingat ni buat kami lupa sebentar kesibukan kerja dan pelbagai remeh temeh dalam profesyen ini.sambil duduk-duduk santai, alangkah nikmatnya menyantap makanan dan rezeki Allah yang maha pemurah, yang menganugerahi kami rakan-rakan yang rajin masak, bahan masakan yang enak dan air tangan yang menakjubkan.

biar gambar yang berkata-kata..

                                                  popia salut sambal..best.


        menu `masakan` aku yang paling rajin.`semangka` dan       
  belimbing.menggalakkan kawan-kawan makan secara sihat.



pagi lagi Johari bertungkus-lumus sediakan air jagung dan 
teh o ais kurang manis.dah pajak kat dia ajelah buat air ni.
huda sponsor tumbuhan-tumbuhan hutan 
dengan 3 jenis sambal yang sangat menakjubkan.
hari ini kambing semua menangis tak ada apa nak dimakan.
semua dah dipetik dek ustazah huda.




puding batik air tangan kak fifah.
banyaknya rerzeki dari Allah..Alhamdulillah



banyak-banyak lauk, ini juga yang memecah selera.nostalgia sungguh.

kak ani dan mila
sambal petai hijau bilis tamban ciptaan datin wahidah (ke bibik dia ha?=))
ini le tumbuhan hutan dan 3 jenis sambal huda yang `marbeles`
 azie dah lapar sangat...

sori la pah aku malas nak `rotate` gambar ni.
kelihatan Pn Zelly berusaha keras memotong telur masin yang  tak masin.


sebenarnya ada 300 gambar yang boleh aku kongsikan.masalahnya aku tak sanggup menghadap berjam-jam untuk loading.sungguh seksa.tengok kat facebook aku je la ye kawan-kawan,kejap lagi aku upload.







Khamis, 10 November 2011

Alangkah Lucunya (negara ini)

12.42 tengah malam. 10.11.2011 (khamis)

baru selesai menonton filem Alangkah Lucunya (negara ini),dari Indonesia.sambil menyeka air mata yang bercucuran, dengan perasaan yang membuak-buak rasa dan semangat berani menyatakan kebenaran, berani mengkritik untuk penambah baikan, maka aku tidak ada rasa mengantuk.sementelah aku berkongsi genre yang sama dengan hubby iaitu filem yang membangun jiwa dan menambah kecerdikan berfikir,aku jadi sangat seronok menghayati lakonan mantap pak Deddy Mizwar bersama lainnya. aku ini penggemar filem dan drama tetapi aku memilih untuk tidak menonton sebarangan. lebih baik kita memilih apa yang hendak dan baik kita tonton.filem boleh membuat kita jadi sedungu-dungu atau secerdik-cerdik manusia.



kawan, aku cukup kagum dengan karyawan indonesia. sangat kagum. dari penulis yang mampu menyihir aku dengan kata-kata seperti Andrea Hirata dengan Lasykar pelangi,Maryamah Karpov dan Cinta Dalam Gelas hingga pengkarya filem seperti Deddy Mizwar yang mendidik manusia dengan cerita ringan dan bersahaja tapi sarat falsafah, oh, aku sudah begitu jatuh cinta dengan karya-karya mereka.



aku tidak juga nafikan lambakan filem sampah dari seberang tapi aku memilih untuk tidak melihatnya.minta maaflah kalau kau ajak aku tengok sinetron di Tv3 itu, yang episodnya sampai beratus-ratus, yang suka buat scene close-up muka macam hapa ntah tu. mual aku. kalau nak tengok cerita Indo yang bagus, cuba buka Tv Al Hijrah.sekarang aku tersihir dengan episod Para Pencari Tuhan. mengesankan, mendidik jiwa dan mampu mendorong kita mentertawakan kebodohan diri sendiri.aku tak pernah rasa tersentuh sedemikian rupa bila menonton filem atau drama  Malaysia.kau nak marah aku, marahlah.ini kan negara demokrasi. ha.nanti aku cerita kenapa aku jadi begitu.

kembali kepada cerita Alangkah Lucunya (negara ini). cerita yang sarat dengan kritikan sosial tentang kemiskinan, kesusahan rakyat marhaen yang tak mungkin kaya, pemerintah yang cuai dalam tanggungjawabnya menjaga kebajikan rakyat, golongan agama yang sering menghukum,ketaatan membuta tuli.Ya Tuhan, aku sangat terkesan. yang paling penting, PENDIDIKAN akan membuat kita terangkat menjadi mulia dan bermaruah.ilmu itu yang memuliakan seseorang walau apapun yang dilakukannya.

aku sangat suka cara rakyat indonesia menyampaikan perasaan mereka. begitu berterus terang.melalui filem, mereka menyumpah seranah para ahli politik yang rasuah, yang makan gaji buta, yang memeras duit rakyat marhaen...dan kerajaan indonesia pun aku fikir tak menghalang rakyatnya berekspresi.kritiklah melalui filem, drama atau demonstrasi jalanan, semua okey. atau lebih okey berbanding negara aku yang kucintai ini.(aku amat yakin 110 % kalaupun ada pengkarya filem kita berani mengkritik pemerintah yang pincang,rakyat tak terbela dan hal-hal taboo,akan di gam filemnya. oh, kasihan, pemerintah suka memandulkan kreativiti orang.sampai bila rakyat mampu cerdik?kau fikir kawan,aku cakap kosong?alangkan lagu yang bagus `aku bukan musuh harta` tu pun kena gam...)
inilah lagunya.teruk sangatkah sampai perlu diharam siar?makan cili ke ,kepedasan tu.

bila kreativiti tidak disekat, maka hasil karya mereka sangat telus, berani dan menyentuh hati. tiada istilah bodek atau takut. jika rakyat terdidik dengan keberanian membenci kezaliman,kenapa kita hairan kalau mereka lebih berani dari kita? kawan, namakan aku satu saja filem Malaysia yang bagi kamu sangat bagus isi dan pengajarannya. aku cuba tontonnya. aku bukanlah total membenci filem tempatan, mungkin ada yang sangat baik,tapi entah mana silapnya filem yang baik di Malaysia mesti tak laku. oh, ada satu filem, tajuknya ~Aku Tak Bodoh-. lakonan Adibah Noor. sangat baik mesejnya, tapi aku tak nampak langsung dalam senarai filem box office. aku dapat tonton pun setelah tercari-cari di internet,dan setelah melepasi berpuluh-puluh judul filem yang memualkan. yang meruntuhkan jiwa dan membuat kita semakin bebal.

sungguh berterus terang dan agak vokal tulisanku ini. maklum, terlebih semangat.ha...

cuba kau renung baik -baik kawan, senarai filem kita yang kata Finas tu `filem kita wajah kita`. oh kawan, malunya aku kalau wajah kita tercermin dari senarai filem box office malaysia. aku pernah beritahu jijah, kayu ukur kualiti filem kita terletak pada kutipan box office, tapi dalam keadaan yang bertentangan. maksudnya, semakin tinggi kutipan box office, semakin hampas, semakin sampah pengisiannya.KL gangster, hantu bonceng, gangster ,bini-biniku gangster dan banyak lagi senarainya, kau beritahu aku kawan, di mana nilainya?

aku fikir pembikin kita tak kreatif langsung dalam berkarya.ambil contoh, kenapa aku begitu meluat dengan filem bertema keagamaan seperti Nur kasih.aku mual kawan, sangat mual. untuk menyatakan kemesraan suami isteri, tak perlu ada sentuhan fizikal pun. ini banyak adegannya sungguh romantis, walhal bukan suami isteri pun. bukan muhrim pun. lepastu aku rasa pelakonnya sangat pandai berlakon, dalam filem bukan main berbungkus,tapi di luar berbagai skandal dan pakai baju tak cukup kain  benang.kadang-kadang bangga pula mewar-warkan kejahatan mereka untuk mengekalkan kontroversi  .memang hak masing-masing, tapi kan elok berpakaian sopan dan menutup aurat serta jaga akhlak kerana pelakon sedikit sebanyak merupakan idola anak remaja.aku tak suka menonton sebuah kepuraan ,dan bila karya itu tidak datang dari keikhlasan mendidik jiwa, memang tak sampai ke hati.

kalau kau rajin menonton satu drama siri yang bagus,(Para Pencari Tuhan) setiap petang pukul 6 di Al Hijrah, kau boleh bandingkan pengisiannya dengan filem kita. set filem itu sangat ringkas, hanya berlegar di surau dan rumah beberapa watak.tapi semua pelakonnya berkesan menyampaikan perananannya dengan penghayatan yang tinggi sekali. watak penjaga surau, ustaz yang mesra, pelakon-pelakon filem, rumah tangga yang bergolak,jaga dan orang kaya yang jatuh miskin. tapi lontaran kata-kata para pelakon yang dituturkan berdasarkan dialog penulis skrip yang sangat hebat (Wahyu HS)membuatkan kau ketawa sambil berfikir dan mengutip butiran kata-kata mutiara yang indah mengesankan. kau rasa terdidik tanpa rasa diajar-ajar.paling penting, pengarah dan penulis skrip sangat kreatif dalam menentukan babak romantis suami isteri. TAK PERLU ADA langsung sentuhan fizikal, kita yang menonton ini pun faham mesejnya. indahnya begitu.aku harap, pembikin filem malaysia, janga silu belajar dari filem tetangga yang baik-baik. tiru kekuatannya!


sepatutnya para pengkarya dari pelakon ,penulis skrip sampai ke produser dan pengarah berkolaborasi menghasilkan sesuatu yang tinggi kualiti untuk wahana mendidik minda rakyat, bukan memperbodoh-bodoh dengan lawak splastik,tema klise dan dialog yang membosankan!

kawan, marilah merubah paradigma kita. boikot dari tonton drama atau filem kita yang tak ada kualiti. pakat ramai-ramai untuk menonton filem yang mendidik jiwa dan tinggi kualitinya. kau nak salahkan siapa,pengeluar filem atau diri kau sebagai penonton?mereka orang berniaga, dalam ekonomi ada permintaan adalah penawaran. dah kalau kita minta filem yang membodohkan kita, mereka keluarkanlah filem berdasarkan permintaan kita.ingat, filem kita wajah kita. jangan membawa wajah yang memalukan kita sendiri dalam khalayak antara bangsa dengan filem-filem sampah lagi. cukuplah. kita yang tentukannya.

aku tak suka hipokrasi, jadi aku rasa pembikin dan pelakon filem seperti ini hanya mempermainkan agama

selepas ini, kalau ada antara kau kawan memandang rendah kepada negara tetangga kita seharusnya cepat-cepat tarik balik perasaan itu. ingatlah, kita bersaudara,kehebatan rumpun bangsa ini begitu ditakuti oleh kuffar dari barat, sehingga mereka tergamak membahagi negara kita melayu raya ini kepada dua. tanah melayu milik inggeris, indonesia milik belanda. dan kalau kita benci membenci sesama saudara secara keseluruhan atas sebab yang kecil akibat nyalaan api hasutan oleh tangan tersembunyi (hidden hand), mereka sudah berjaya dalam misi memecah belahkan kita.

wah, tajuk terakhir itu berat. boleh buat kelas sejarah tu. kita cerita di entri lain....

Khamis, 20 Oktober 2011

Penanda Buku (2):Man JAdda wajada

8/10/2011.sabtu

minggu lepas minggu keusahawanan di sekolah aku, STARP. ikut hati malas nak buka gerai, tapi mengenangkan ikrar sendiri yang tak mahu lupa diri bila dah tak berapa susah ni, ditambah pula semangat fatin, zu dan beberapa anak buah yang berkobar-kobar  betul nak belajar berniaga, akhirnya aku memutuskan ambil juga gerai. sebab aku orang terawal, kak zehan bagi gerai baik punya.nombor 1!

                                           bersama YB Bukit Batu yg beli 10 bookmark angrybird untuk anak beliau, Pn Pengetua ,Pn PK  dan YDP PIBG yg singgah ke gerai comels.

selalunya kalau hari usahawan begitu, orang melayu terutamanya asyik nak jual makanan, makanan dan makanan. ada 24 gerai, semua nak jual makanan. aku malas dengan klise itu.lagipun aku tak pandai sangat bab masak-masak ni. tak rajin pun ia juga.

jadi, aku juallah apa yang aku minat dan suka serta pandai membuatnya.aku jual lukisan dan penanda buku.letih juga nak menyiapkan beratus-ratus penanda buku dan lukisan,sambil pula menanda kertas jawapan spm.tapi kalau hati dah suka.....

sebenarnya niat aku selain menajamkan kreativiti, yang penting aku dapat menyebarkan kata-kata motivasi kat bookmark tu. manusia ni perlu diingat-ingatkan selalu, memang tahu tapi selalunya lupa. jadi, mudah-mudahan memberi manfaat untuk aku dan mereka semua.

mulanya aku takut nak jual benda lain daripada orang lain. tapi kalau tak cuba mana kita tahu kan. kelebihannya, walaupun mungkin tak habis terjual tapi simpan 3-4 tahun pun tak basi.

untuk kepelbagaian, aku tanya budak, apa ye yang budak-budak suka kalau digambarkan?mamat jawab, cuba cikgu jual angry bird dan Domo. memang, bookmark yang paling cepat habis ialah angry bird .
 yang hitam,kuning dan biru tu bookmark angry bird. ada 44 keping,
semua habis dalam masa yang cepat sekali.
musim angry bird mengawan sekarang ni...

ada parents yang cerita balik kat aku bahawa anaknya bergaduh sebab nakkan book mark angry bird tapi maknya beli satu je. yang satu lagi gambar lain. parent tu kata `i beli untuk mereka tengok seni kata motivasinya, tapi mereka nakkan gambarnya!`..heh..budak. tengah gila-gila sekarang musim angry bird .apa benda game pun aku tak tahu. kalau kita rajin kaji trend semasa dan sedikit kreatif, kita akan dapat untung 5-6 kali ganda. contohnya, untuk model angry bird punya bookmark sahaja aku boleh dapat hampir Rm50 bagi modal yang tak sampai Rm10!modalnya cuma sticker, kertas,pen dan idea.....................................


....................................................
aku sambung entri yang terbengkalai ni setelah 12 hari aku tinggalkan.
sekarang pukul 12.13 tengah malam, khamis, 20 /10/2011.

Terima kasih Allah, memberikan aku perjalanan hidup yang berwarna warni, yang menjadikannya sangat berisi dengan cerita suka dan duka. sungguh, segala kejadian sama ada baik atau buruk mempunyai hikmah yang tak terkira banyaknya. paling penting walaupun ada sebahagian kenangan itu amat menyakitkan ia menjadi ubat yang begitu melegakan jiwa setelah kita berjaya melepasinya.

aku mengalami kesan spritual yang tak dapat aku gambarkan kepadamu kawan, cuma aku boleh bercerita bahawa setiap kesakitan yang aku tempuh dulu membentuk siapa aku sekarang. empatiku melimpah ruah melihat kesusahan orang lain. bila aku terpandang orang tua yang masih gigih bekerja mencuci tandas, merumput kebun atau menyapu jalan ,aku terkenang jerih payah ibu ayahku. melihat mak minah atau mak teh membancuh air dan memasak di kantin, terkenang kak long yang dulu pernah bekerja di kantin kilang dari pagi sampai malam. terpandang ibu-ibu setengah baya baru pulang kerja dari kilang bila aku memandu pagi-pagi ke sekolah, teringat kak roha yang siang malam berhempas pulas mencari rezeki sebagai ibu tunggal.

inilah mak teh dan mak minah yg setia memasak untuk kami setiap pagi, cikgu yang kelaparan.

begitu banyak perkaitan hidup semua orang yang memberi kesan padaku. sebab itu aku tak tergamak marah-marah kalau mak teh lupa bancuh air sebab terlalu sibuk, aku ke dapur buat sendiri. aku tak gamak lalu sebelah kakak cleaner tanpa menyapa atau sekurangnya tersenyum kerana mereka juga ibu dan kakak kepada keluarga di rumah. aku tak lepas mendoakan ibu ayahku setiap kali terpandang orang tua yang masih bekerja pada usia patut berehat di rumah kerana kejerihan yang sama pasti tertanggung di pundak orang tuaku masa mereka bekerja menghidupiku.

Tuhan, aku punya empati.cuma aku masih seorang penyimpan. aku simpan dalam-dalam semua itu di lubuk hati. hanya kau kawan, yang setia membaca tulisanku ini yang tahu hati ini bagaimana. aku jarang mengungkapkan perasaan ketika berbicara kerana aku rasa lebih selesa menutupi sebahagian perasaanku di khalayak. kawan, kau kukira lebih mengenali aku kiranya kau setia membaca tulisanku. aku lebih dekat denganmu kawan,melalui bicara hati ini. dan biarkanlah begitu. aku sukainya.

malam ini kulihat sudah 14958 kali blog aku dikunjungi.aku sangat berbesar hati dan terharu kawan atas kesudianmu berkongsi rasa di sini. sebab itu aku sedaya mungkin menulis sesuatu yang bermanfaat untuk kau ambil,agar kau tidak sia-sia bila datang ke mari dan aku tidak menghabiskan masa dengan sia-sia menulis sampah. sebab itu kawan, bersabarlah kalau aku lambat menulis. aku menunggu rasa yang sesuai, isu yang sesuai.

kawan, rupanya Allah mencanai aku sebagai insan seni terutama bidang lukisan dengan perjalanan yang sangat hebat. melukis bukan senang tapi tidak juga terlalu susah. ia sama saja dengan apa juga pekerjaan di dunia ini. kalau kau buat sesuatu dengan cinta, hasilnya memang sangat baik.memang bakat itu penting, tapi kemahuan, motivasi dan keadaan yang `memaksa` kita mengoptimumkan bakat itu juga main peranan yang besar.

aku bersyukur kini kerana Allah mengujiku dengan kesempitan yang sangat sulit digambarkan ketika aku menyambung pengajian di UiTM dahulu. macamana ye sempitnya?em,contohnya dalam seminggu, 3 hari itu dompetku ada RM1 atau 2 sahaja. macamana aku survive?
aku ambil tempahan melukis artwork kawan-kawan.kadang ada sesetengah gambar yang tak sanggup mereka lukis untuk folio. contohnya Kak Nisa, dia geli nak lukis ular sawa tapi suka ambil gambarnya untuk jadi subject matter. maka akulah yang melukiskannya. kak step kadang terlalu letih nak buat gambar burung atau apa, aku lah yang ambil upahnya,kak eli terlalu banyak kerja lain nak disiapkan, akulah ambil upah untuk lukis folionya yang lain. jadi skill aku bertambah baik dari semasa ke semasa.

......................

mana cerita penanda buku nih?  em...sambung esok. dah dekat pukul 1 pagi. esok kerja. jumpa lagi...

zzzzzzzzzzzz.


...................................................................

sambung lagi.
4.31 petang. khamis,20/10/2011
aku jenguk pengunjung blog,wow, tepat angka 15000..terima kasih kawan kerana sudi berziarah ke rumahku  ini.

ramai orang tak berlaku adil padaku bila mengandaikan aku dikurnai Allah dengan kepandaian melukis ,mudah dan sangat bertuah. kawan, aku bersyukur Allah memberiku kelebihan.bakat.tapi ia tidak akan berfungsi kalau aku pendamkannya, tidak manfaatkannya. dan aku bukan lahir-lahir terus pandai melukis, perjalananku panjang kawan. aku cenderung melukis sejak kecil. dulu, aku selalu koyakkan buku kak roha atau kak imah atau kak siti di tengah-tengah supaya mereka tak perasan kertas kosong dah tinggal sedikit. dengan kertas itu, masa mereka semua ke sekolah aku akan menekap gambar dari buku teks dan lukis apa saja aku suka.sampai ke sekolah, perkara yang buat aku tak penat ialah melukis. masa aku koyak buku tulis itu, aku nyanyi kuat-kuat supaya mak tak dengar bunyi koyakan kertas.ada juga faedahnya, sekarang suara aku kuat betul kalau dalam kelas.jiwa boleh kacau dengar aku berkicau...kadang aku nampak budak mula tekap-telinga dengan tangan bila aku mula berleter terutama bab sanggul punuk unta.dalam hati mungkin mereka kata `eiii,cikgu ni ajar BM ke agama?`..em..aku tak peduli.

kemuncaknya masa tingkatan 6, cikgu ekonomi marah-marah dengan aku sebab aku asyik pergi bengkel lukisan cikgu Roslan, mantan guru yg mengajarku di SMB. Masih ku ingat dialog cikgu Normalia yang manis tu  `kalau kamu nak sangat ambil lukisan, pergilah, tak payah ambil ekonomi.`
bagai mengantuk di sorong bantal,aku berlari-lari ke bengkel lukisan. aku belajar melukis di situ. di situlah berputiknya minat aku yg mendalam pada subject matter udang galah, kerana ku lihat ada sebuah lukisan cat air 2 ekor udang galah yang sungguh hidup.beberapa hari kemudian, cikgu Normalia panik bila mengetahui kedegilanku untuk buang subjek ekonomi dan ambil seni. dia sangka aku merajuk. pengetua pun sampai panggil aku ke biliknya bertanyakan muktamadkah keputusanku.

buat cikgu Normalia yang manis, cikgu, janganlah cikgu sedih, saya bukan tak suka cikgu atau subjek itu atau merajuk. tapi  dah memang saya sangat suka seni, saya tak kisah ambil seni dan tak sehebat kawan-kawan saya yg lain dengan pakej ekonominya.
aku tetap dengan keputusanku kerana aku ikut saja gerak hati. walhal aku tak tahu pun apa yang aku cita-citakan selepas itu, tapi aku mengambilnya dengan sepenuh hati.
bila keputusan diumumkan, aku dapat  c untuk lukisan dan satu lagi subjek kesukaanku, sejarah.em, oklah tu, kira pandai lah juga kan sebab STPM..heh..
...................................................................
.........Jijah:Ya Tuhan..mana cerita bookmarknya?
Ita.............:entah,cepat la...tapi best juga nostalgia form 6 tu eh..
suzen:aku dulu budak SMB juga. lagi pandai dari korang sebab aku budak sains..
ita dan jijah:huh...
aku:er,aku buat part 3 la, panjang sangat entri ni muntah pulak kau nak membacanya..tunggu..

Rabu, 19 Oktober 2011

Kita Tak Sentiasa Betul

kalau kawan semua seorang yang bekerjaya (selain Pn Rita-dia tokey sendiri) semua punya majikan,atau bos kan. dan adatlah, bila kita staf biasa, kita perlu dengar cakap bos.

tapi ada ketikanya aku fikir bos pun kena dengar pendapat staf. kerana staf yang menggerakkan segala perintah, bos pula hanya memerintah. yang mendepani kerenahnya, staf. yang tahu perjalanannya, staf. yang semakin pakar dan semakin faham liku-liku sesuatu projek itu, staf lah juga.tak salah rasanya kalau untuk hasil terbaik ambil kira juga pendapat orang bawahan.

perubahan itu bagus.tapi tak bererti semuanya kena di ubah. ada perkara-perkara tertentu elok kita biarkan saja seperti asalnya.

bagi aku, kalau menjadi bos memang perlu tegas. tapi langsung tak beri peluang orang lain berpendapat, baik tak usah adakan mesyuarat. tulis saja notis depan pintu -senarai perkara WAJIB buat. itu lebih jujur daripada masa meeting cakap` em, saya terbuka, siapa ada pendapat sila beritahu,mungkin kita boleh gunakan idea tu.` tapi akhirnya, semuanya sekadar retorik dan keputusannya, kau mesti buat seperti diarahkan. jangan banyak songel !

budak-budak aku dah nak meletup kepalanya.tak tahan dengan suasana `open` selama 2 minggu ini. sebagai protes, ramai yang ponteng. cikgunya pun sama.(sama dari segi nak meletupnya, bukan ponteng) harini Tanty dah nak menangis. memberi sepenuh hati kepada yang langsung tak ada hati nak menerima.

aku juga dah tak tahan. nasib baik Allah kurniakan aku suara soprano. satu dewan boleh dengar aku jerkah budak yang tak reti bahasa tanpa pakai pembesar suara.. dah lah bahan edaran cikgu yang sponsor, tak payah bayar, bagi soalan ramalan, menanda sampai tengah malam, suruh buat latihan dia boleh buat derk, buka buku lain.entah bio ke, kimia ke..aku jerit kat mereka `awak ingat awak ni kelas Sains 1, awak hebat sangat ke ha?....barulah dengan gaya sombongnya mengambil edaran yang kami berikan.aku lawan arus. aku beritahu Tanty aku dah tak tahan, aku nak bawa kelas Sains 2 ke kelas sendiri.. risiko aku yang tanggung. bila pecah-pecah begitu, baru dapat privacy. baru mood belajar timbul semula. kumpul ramai-ramai ni dah lah bising, bukan study, bergurau 24 jam.

hari-hari ada saja student jumpa aku, `please teacher, please, kami tak suka la kelas gabung...`

aku tak boleh kata apa, bukan aku pemutusnya.aku pujuk jugalah budak-budak ni, tapi aku tahu mereka protes dalam hati.

aku juga sangat ingin mereka duduk kelas sendiri macam biasa, aku ingin beri `personal touch` kepada mereka di saat akhir lagi 26 hari nak SPM ini. bila bergabung, ada rasa tak selesa kerana masing-masing guru ada sentuhan sendiri. mereka dah serasi dengan guru asal yang mengajar .bukan kata gabung dan tukar guru itu tak bagus, dan bukan  guru tak bagus,  tapi semua ada keistimewaan sendiri. semua dah serasi dengan murid masing-masing. murid pun dah serasi dengan guru masing-masing.

contohnya, tanpa tengok nama pun ,hanya berpandukan tulisan saja, aku dah kenal itu kertas jawapan Eric, Davina ,Amiratun , Emon atau Yap Yuh Sha. aku dah tahu kelemahan Mail ialah suka ubah peribahasa, shantini tulisannya sangat kecil sampai susah nak dibaca,Ezat tulisannya macam doktor,Syazwan suka tulis ayat panjang-panjang tapi maksud tak sampai-sampai., Fatin terbawa-bawa laras sastera,Kalaivani tulisannya sangat kemas dan membantu sangat mood aku......semua aku tahu. macamtu juga  cikgu Tanty,Shikin ,Mila dan semua cikgu yang lain, sudah hafal benar muslihat pelajar masing-masing.

kadang kearifan dan kemesraan yang terjalin ini sampai anak-anak ini tak segan-segan panggil aku mami, ibu, emak atau mama. sebab aku ajar mereka macam anak sendiri.. yang nakal kucubit, kusebat, kumarah, yang baik kupuji, yang lalai ku tegur...sama macam cikgu lain buat kepada anak murid mereka.

kemesraan ini yang buat kami arif tentang kelemahan pelajar.kami akan tegur `on the spot` tak payah tunggu minggu depan,kalau mereka silap. ya, memang nakal, namanya pun budak. tapi masih terkawal kalau mereka dalam kelas masing- masing.dalam sekelas tu pun menjangkau 40 orang, lagi nak bergabung sampai 100 orang lebih.

mereka kata perubahan memang susah. tapi bagi aku tak perlu berubah kalau ia hanya membawa kecelaruan.masa untuk `personal coach` dan `personal touch` kami telah dirampas.dan kami tidak didengar.

maka salahkah aku meluahkannya di ruang aku sendiri?

harga kejahilan

 sebenarnya artikel ini adalah luahan isi hati aku tapi aku tak mampu nak menulis sebaik ini.aku kopi pes saja, kredit tulisan untuk tukar tiub aka hishamudin rais.

HANYA TINGGAL KENANGAN


NOTA:
ini istana kucik
telah dirobohkan
dalam tahu 60'an
untuk memastikan
tidak ada hubungan
istana dengan tanah anugerah ini!




KAMPONG BARU HARGA DAN NILAINYA

Pembaca yang budimana – saudara saudari pasti telah terbaca atau terdengar kenyataan Pak Menteri Islam dari United Malay National Organisation tentang betapa berharganya tanah Kampong Baru. Dari akhbar dan tv kita semua diberitahu bahawa tanah Kamnpong Baru ini berhampiran dengan bangunan Petronas. Justeru tanah Kampong Baru ini setaraf harganya dengan tanah di Segi Tiga Emas Bukit Bintang.

Kenyataan Pak Menteri Islam ini amat tepat. Para Menteri Melayu Islam ini memang tahu harga yang betul. Kita diberitahu bagaimana harga tanah di Jalan Raja Alang hanya 2 ringgit untuk satu kaki persegi berbanding dengan 2000 ringgit di Jalan Pudu. Ini adalah kenyataan saheh. Kenyatan yang tidak boleh kita pertikaikan keafdalannya. Jelas, kenyataan Menteri Melayu Islam ini bertujuan untuk membuktikan bahawa dia bijak dan kita semua bodoh.

Kita dianggap bodoh kerana menentang status Kampong Baru. Kita bodoh kerana kita berkempen menentang rang undang undang Kampong Baru yang ingin diluluskan oleh parlimen. Kita dianggap bodoh kerana menentang rang undang-undang yang membolehkan tanah Kampong Baru dijual dipasaran terbuka. Malah sesiapa sahaja yang tidak tahu harga tanah Kampong Baru di pasaran terbuka akan dimasukkan ke dalam kumpulan OBKG – Orang Bodoh Kampong Baru.

Sayugia diingati , para Menteri-Menteri Malayu Islam ini amat bijak kerana mereka tahu semua harga. Mereka tahu harga tanah, tahu harga rumah, tahu harga sawah atau tahu harga hutan balak. Tanyalah tentang harga – dengan sekelip mata mereka akan menjawab. Menteri-Menteri Melayu Islam cukup arif dengan harga barangan.

Tetapi ada sesuatu yang Menteri Melayu Islam ini bebal dan tidak tahu. Menteri Melayu Islam tahu semua harga barang tetapi mereka tidak tahu nilainya. Mengetahui harga bukan bermakna mengetahui nilainya. Nilai bukan harga. Disini kita semua akan melihat dengan jelas kebebalan Menteri Melayu Islam ini.

Menteri Melayu Islam ini telah berbuah-buih mulut menyatakan betapa stratejik letaknya tanah Kampung Baru ini. Tanah seluar 123 hektar yang terletak ditengah kota Kuala Lumpur ini akan menjadi hempeh kalau tidak dijual ke dalam pasaran terbuka. Malah menurut Menteri Melayu Islam ini tidak ada tanah sestratejik ini akan ditinggalkan oleh sesiapa yang waras otaknya tanpa dijual untuk dijadikan modal. Tanah seluas ini jika tidak dibangunkan maka akan memperlihakan kebodohan Orang Melayu yang gagal dalam perjuangan untuk menjadi kaya.





Disini biar saya bangangkan Menteri Melayu Islam yang suka menipu Orang Melayu ini. Ucapan dan kenyataan Menteri Melayu Islam ini tidak berpijak di bumi yang nyata. Kenyataan ini ‘diterima’ untuk dijaja kepada Manusia Melayu kerana selama ini Manusia Melayu telah dibonsaikan akal fikrah mereka. Otak bonsai ini telah dipaku pula dengan budaya feudal. Otak bonsai dan budaya feudal adalah campuran dua kimia yang telah berjaya melahirkan Manusia Melayu untuk menjadi Tukang Angguk. Otak bonsai tidak berkeupyaan untuk memiliki fikrah yang cerdas dan kritikal.

Manusia Melayu ditipu dengan maklumat yang tidak lengkap. Betul tanah Kampong Baru stratejik letaknya. Tetapi dalam dunia ini ada lagi tanah stratejik yang harganya berjuta juta kali ganda dari harga tanah Kampong Baru. Orang Melayu tidak diberitahu tentang wujudnya tanah-tanah kosong yang paling stratejik tetapi masih ditinggalkan kosong. Tanah tanah kosong yang hektarnya lebih luas dari tanah Kampong Baru masih tersadai kosong di London dan di New York.

Kota London adalah kota perniagaan paling tua. Kota London pernah menjadi kota terbesar dalam dunia. Ertinya harga tanah cukup mahal dalam kota ini. Di tengah-tengah kota London ada tanah seluas 253 hektar yang kosong. Ianya menjadi padang rumput yang dipenuhi dengan pokok-pokok dan dihiasi oleh beberapa buah tasik. Di sebelah tanah kosong ini adalah kawasan hotel dan kawasan perumahan yang harganya berjuta ringgit.

Tanah ini telah dibiarkan kosong semenjak tahun 1637 lagi. Tanah kosong ini telah diwakafkan untuk kegunaan orang ramai bersantai. Selama lebih dari 500 tahun belum ada kedengaran cadangan dari Menteri British yang Kapir untuk membuka dan menjualkan sebahagian dari tanah ini. Menteri-Menteri Kapir ini tahu harga tanah ini. Tetapi dalam masa yang sama Menteri Kapir ini tahu juga akan nilai tanah ini.

Dari kota London biar saya bawa para pembaca ke satu lagi kawasan tanah yang paling stratejik dalam dunia ini. Tanah seluar 341 hektar ini berada ditengah-tengah kota New York. Tanah ini dibiarkan bagitu sahaja – menghutan dan mengrimba. Rasa saya mungkin tidak ada harta tanah yang paling berharga dalam dunia ini melainkan tanah kosong ini di New York. Di sebelah tanah hutan ini ialah pejabat dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa.

Bayangkan kota New York ini adalah kota Yahudi. Masyarakat Yahudi ini sering dikatakan memiliki kesedaran perniagaan yang cekap dan licik. New York ialah tempat orang Yahudi berniaga mencari untung. Justeru tidak jauh dari tanah kosong ini ialah tempat dimana para peniaga Yahudi, kapitalis gergasi dan kaum pemodal antarabangsa dunia ini berniaga. Di tepi tanah kosong in para peniaga antarabanga meniagakan riyal, dolar, dinar, minyak, rempah, emas, intan dan apa sahaja yang boleh diniagakan. Bukan sahaja disini mereka berniaga harta tanah malah di Wall Street ini mereka meniagakan turun naiknya sesebuah kerajaan.



Bayangkan di New York – kota Yahudi - masih ada tanah kosong seluas 341 hektar. Tetapi tidak terlintas dikepala ahli-ahli perniagaan Yahudi New York ini untuk membelit para politikus Amerika. Tidak terlintas dikepala peniaga Yahudi ini untuk menipu warga New York agar bersetuju diubah undang-undang Tubuh Kota New York agar tanah ini dapat dijualkan kepada Vincent Tan, Ananda Krishnan atau Teik Jo Low.

Lihat betapa berbezanya Menteri Kapir di London dengan Menteri Melayu Islam di Malaysia. Lihat betapa berbezanya ahli perniagagan Yahudi di New York dengan Menteri Melayu Islam di Putrajaya. Apakah Menteri Kapir di Lodon tidak tahu akan harga tanah di Hyde Park? Apakah ahli perniagaan Yahudi di New York tidak sedar akan harga tanah di Central Park? Apakah ahli perniagaan Yahudi New York ini tidak memiliki pengaruh? Saya jamin mereka tahu harganya. Mereka bukan hanya tahu harga tanah kosong tetapi mereka juga tahu akan nilai tanah kosong ini.

Disini jelas Menteri Melayu Islam ini tidak mengetahui makna nilai. Kerana mereka tidak mengetahui nilai maka bangunan-bangunan lama dirobek. Lihat bagaimana Rumah Pasong Lama, Pejabat Pos Lama, kedai-kedai lama diruntuhkan agar kroni dapat projek baru untuk mendirikan bangunan baru. Jangan sesekali kita melupakan bagaimana Penjara Pudu yang berumur lebih dari 100 tahun telah juga dirobek untuk dijualkan kepada para Cukong.

Untuk anak-anak muda. Untuk mereka yang berumur dibawah 40 tahun ingin saya beritahu disini bahawa satu ketika dahulu Bukit Ceylon itu adalah satu kawasan hutan tropikal asli yang tidak pernah diusik. Juga ingin saya beritahu disini bahawa pada satu ketika dahulu bangunan Parlimen kita dikelilingi oleh Taman Tasek berhutan tanpa Kancil, Rusa dan Kelisa menaburkan karbon monoxide.




Hari ini sejarah telah memperlihat bagaimana hutan Bukit Gasing digondolkan. Kita telah melihat bagaimana hutan Bukit Lenjan musnah. Tidak lama lagi kita akan melihat padang di hadapan Rumah Pasong Brickfeild musnah dilelong. Hari ini kita telah mendengar bagaimana Padang Kelana Jaya tempat warga bersantai telah dilelong.

Apa sebenarnya makna semua ini? Bagaimana kita hendak memahaminya? Biar saya jelaskan bahawa semua ini adalah manifestasi dari sistem ekonomi kapitalis. Dalam sistem ekonomi kapitalis yang diutamakan ialah keuntungan maksima. Dalam sistem ekonomi kapitalis apa yang boleh dijual akan dijual. Apa yang boleh membuat untung akan dijual. Kalau anak, isteri atau ibu bapa boleh mendatangkan keuntungan maka – mereka juga akan dijual.

Tetapi kenapa tanah kosong Central Park di New York dan Hyde Park di London tidak dijual. Bukankah Mat Saleh Kapir dan Yahudi New Yok itu pengamal sistem kapitalis? Betul mereka mengamalkan sistem kapitalis. Tetapi para kapitalis kita adalah kapitalis dari Dunia Ketiga. Kapitalis Dunia Ketiga baru muncul – mereka lucah, rakus dan tidak memiliki nilai.

Manakala kaum kapitalis di Eropah dijana ratusan tahun dahulu. Mereka lahir dari pertempuran. Mereka bangun berjuang menentang sistem feudal yang memerangkap mereka. Mereka pemula. Mereka memeta dunia. Mereka menjana seni dan budaya. Mereka melahirkan kaum pemikir dan kaum intelektual.

Semua nilai ini tidak dimiliki oleh kaum kapitalis Dunia Ketiga seperti di Malaysia. Kaum kapitalis di Malaysia ini kalau berbangsa China atau India – teromba dan salasilah mereka adalah kuli di ladang getah atau di lombong bijih. Seni budaya dan nilai hidup bukan milik mereka.

Kaum kapitalis Melayu – ini adalah kumpulan yang baru dimunculkan oleh Dasar Ekonomi Baru. Mereka ini memiliki sifat yang amat hodoh. Lebih hodoh dari kapitalis China atau India yang telah wujud agak lama dlasm negara kita ini. Kaum kapitalis Melayu ini jadi kaya kerana menjual kontrek dan pencari komisen. Mereka bukan pemula, pereka atau berniaga. Inilah hakikat kapitalisma di Malaysia hari ini - kapitalisma Dunia Ketiga.

Kumpulan kapitalis Melayu ini pula akan bersekongkol dengan politikus Menteri Melayu Islam. Amat susah untuk kita mencari garis pisah antara Usahawan Melayu Berniaga Kontrek dengan Menteri Melayu Islam. Dua kumpulan ini sering bekerja sama dan kadangkala orang yang sama. Mereka berpolitik untuk mendapat projek agar menjadi kaya dengan cepat. Justeru jalan pintas untuk kaya dengan cepat inilah dengan menjual tanah Kampong Baru. Akhirnya Kampong baru di gadaikan. (TT)

NOTA:
tulisan ini telah
disiarkan dalam SUARA KEADILAN terbaru
sesiapa yang ingin melanggan akhbar minggun
ini sila pukul talipon : 03-22-27-40 -45

Sabtu, 8 Oktober 2011

hudud,kau faham ke?

Nabi pernah pesan, kalau diam itu lebih baik dari berkata-kata yang tak bermanfaat.tak bermanfaat tu skopnya sangat luas. termasuk membicarakan sesuatu yang kita tak pasti dan tak tahu biji butirnya. lebih baik diam kalau membuka mulut itu dapat menyerlahkan kebodohan kita.

bab hudud,salah satu hukum dari Allah,Tuhan pencipta sekelian alam.kalau  Dia yang mencipta sekecil-kecil kuman itulah juga pencipta sepanas-panas matahari, sedingin ais dan sebesar-besar dunia ini, perlu apa kita mahu pertikai lagi kepandaianNya memberi manusia hukum untuk di patuhi agar kita selamat.

kawan,
aku tak marah kalau non muslim yang bising, kerana mereka belum faham dan tiada inisiatif pun kita hendak memahamkan mereka.yang aku kesalkan, yang lahir-lahir islam ini, yang mengaku bangsa terbagus di dunia ini, yang pantang sangat diusik susur galur keturunannya,tapi tak sensitif pun bila orang mengejek hukum hakam agamanya,mengatakan hukum Tuhan ini tidak sesuai dijalankan.....Allah, aku tak tahu nak kata apa lagi..dan yg menghinakan hukum itu bukan orang lain, orang islam sendiri.

Ada orang masih tidak faham. Walaupun Karpal Singh MENGHENTAK MEJA menghalang hudud atau Lim Kit Siang BERTERIAK      tidak mahu hudud dilaksanakan, semua itu BUKAN persoalan.

Persoalan sebenar ialah PERLEMBAGAAN kita MENGHALANG pelaksanaan hudud. Kerajaan pusat MENGHALANG hudud. Oleh sebab itu, UMNO/BARISAN NASIONAL yang memerintah Malaysia sejak tahun 1957 tidak mahu meminda Perlembagaan untuk melaksanakan hudud!

Apabila timbul persoalan, mengapa hudud tidak boleh dilaksanakan di Kelantan? Tanya kerajaan pusat, tanya ahli Parlimen Melayu Islam yang ada peluang dan kuasa meminda Perlembagaan Negara! -TM


* Prof Dr Aziz Bari mendakwa hudud boleh dilaksanakan tanpa pindaan Perlembagaan. Tunggu perkembangan lanjut.

* Majlis Peguam mendakwa hudud bercanggah Artikel 7(2), Artikel 8 Perlembagaan. Maksudnya perlu pindaan Perlembagaan untuk laksana hudud.


BANDINGKAN Kes Rogol di Negara Laksana Hudud dengan Undang-undang Sekular

BANDINGKAN Kes Rogol di Negara Laksana Hudud dengan Undang-undang Sekular
(kredit asal blog Dunia Caca Merba)

moralnya,diam-diam sudah. jangan cakap apa-apa kalau kita tak tahu apa -apa.

Selasa, 6 September 2011

TRIBUTE UNTUK MAK (PART 1)

6/09/2011
selasa.5.10 petang.


entri ini kutulis khas untuk mak, wanita terbilang yang bertahta di hatiku. yang tak pernah terungkap didepannya betapa aku sayanginya, sungguh sayang sampai mati.
untuk anak-anak buahku tersayang, bacalah tulisan maksu ini, untuk kau mengenali siapa sebenarnya embah kalian itu, yang sekarang ini terbaring, berjalan dipapah, lemah diangkat. di sebalik sekujur tubuhnya yang kecil dan lumpuh sebelah itu ada sebuah cerita hebat seorang perempuan yang layak dinobat seperti dewi.

selepas ini, bila kalian balik ke kampung, salamlah embah, ciumlah dia, kasihanilah dia. maafkanlah kegarangannya. semuanya bersebab.

dan sebenarnya maksu menulis untuk mengingatkan diri sendiri agar mengenang jasa embah yang hidupnya dikorbankan seluruh untuk anak-anaknya. maksu tau embah tak baca pun blog ni. embah buta huruf. embah tak tahu pun blog tu apa . embah tak tahu pun maksu buat cerita ni untuk war-warkan kepada orang seluruh dunia, betapa dialah dewi hati maksu yang tak pernah maksu ucapkan padanya, `kita sayang dekat mak`...

mak,
pertama sekali ampunilah kita mak. kita tak dapat tolong mak banyak-banyak. tak dapat bagi duit kat mak banyak-banyak walau kita dah kerja. kita jarang dapat jenguk mak kat kampung. kita banyak dosa dengan mak. kita anak yang jahat mak. kita tak kenang budi. mak,kita selalu merungut kalau mak suruh buat apa-apa. kita selalu tertinggi suara kat mak. kita dah hancurkan hati mak dengan lirikan mata yang tajam bila terlalu penat kalau mak banyak pinta.padahal dulu mak yang jaga kita, mak cebokkan punggung kita.mak yang mandikan kita, mak tolong buang cacing putih kat punggung kita  yang bersarang dalam perut. bila makan ubat cacing dari sekolah, nanti bila buang air besar kita terpekik terlolong geli sebab ada cacing kat punggung sendiri. mak juga yang tolong bersihkan.

mak, mak tak pandai nak ucapkan sayang kat kami semua. mak tak pernah nak belai-belai atau manjakan kami. mak sibuk. mak tak sempat. kepala mak ligat berfikir macamana nak cari duit untuk isi tembolok kami yang tak pernah kenyang ni.mak lebih utamakan pelajaran. mak suruh kami sekolah pandai-pandai, sedangkan mak sendiri tak tahu membaca...kalau kita bawa balik buku penyata, mak tak tahu pun berapa markah yang kita dapat, mak sain aje apa yang kami suruh sain. itupun jenuh kami ajar mak supaya buat huruf `S` dengan betul kerana nama mak ialah Supurah. tapi lagi-lagi mak tulis terbalik. kadang-kadang kita ketawa sama-sama sebab tanda tangan mak ialah huruf s terbalik.kalau kita dapat nombor best pun, mak senyum sikit je. tak pernah mimpi nak dapat pelukan atau pujian macam mak peluk anaknya dalam drama melayu tu. kadang-kadang kita rasa mak tak kisah pun kita dapat nombor berapa asalkan sekolah.

mak, kita nak minta ampun dengan mak, sebab dulu kecik-kecik kita pernah malu jadi anak mak sebab kita sangat miskin. kita pergi sekolah naik basikal gerabak bapak yang besar tu, handlenya sangat besar dan panjang. orang lain miskin juga, tapi tak lah buruk benar basikalnya. kita jadi malu sebab miskin. nanti kita letak basikal tu di bawah pokok sawit kebun arwah Darjat, sambung sikit jalan kaki ke sekolah. lepastu masa kita darjah satu, mak belikan kita kasut plastik yang ada butang hitam kat belah kanan. masalahnya kasut tu sempit sangat. tapi kita takut nak minta yang baru, kita tau mak tak ada duit nak belikan. jadi kita pakailah kasut tu sampai darjah dua. lama selepas tu kita selalu menyalahkan kasut tu kerana menyekat tumbesaran kaki. sampai sekarang kaki kita cuma saiz 5 aje mak.

mak, kita nangis tau mak masa menulis ni. kita tau mak sayang sangat kat kita, tapi kita jadi kekok nak tunjukkan sayang kat mak. masa membesar dulu, mak terlalu sibuk bekerja dan penat. mak tak banyak berinteraksi.jadi kita membesar dalam keadaan menyembunyikan perasaan. mak sayang kami, kami yang tak faham sebab mak tak lafazkannya dengan kata-kata. mak, ingat tak dulu setiap jumaat mak akan ke pasar tani simpang renggam.mak akan bawa segala hasil kebun mak selagi mak terdaya. mak bawa pisang tanduk, jantung pisang, pucuk ubi, pucuk paku dan segala-galanya yang boleh dibawa dengan basikal buruk kita. mak kayuh basikal tu sampai parit Salleh, kemudian mak naik bas sampai simpang renggam. mak bentang alas, mak duduk dan jual hasil tani mak.

mak, kita rasa sangat pilu sekarang ni. kita bayangkan betapa penatnya mak berniaga, berpanas berhujan demi membesarkan kami semua. yang kita ni taunya pesan kat mak, `mak, belikan jajan tau..`
nanti petang bila mak balik kita berlari-lari mendapatkan mak. mak tau kita akan hampa kalau mak tak belikan jajan. jadi mak belikan kita coklat yang bungkusannya merah.bungkusan tu berkilat, kita sangat suka coklat tu. nama coklat tu apollo, sampai sekarang kalau kita terjumpa coklat tu, kita akan teringat betapa magiknya nostalgia kasih mak.
 inilah gambar coklat apollo yang selalu mak belikan untukku...


mak gembira tengok kita suka makan. mak, masa tu kita tak terfikir pun yang mak susah betul cari duit. kalau kita sedar hakikat tu, sumpah mak, kita tak nak minta mak belikan apa-apa.

tapi mak tak kisah. mak belikan juga.

mak, maafkanlah kita mak, dulu pernah malu jadi anak mak sebab kita hidup miskin. masa tu kan, kita sekolah rendah. waktu pj, semua orang ada seluar trak yang warna biru atau hitam, tepinya jalur putih. kita sangat cemburu, kita cakap kat mak yang kita  malu tak ada seluar sukan. mak kreatif, mak tak ada duit. tapi mak ada idea. mak ambil reja kain putih dan kain biru laut lebihan kain sekolah menengah kak roha agaknya, mak jahitkan kita seluar pj. jadilah seluar pj kain kapas yang warnanya lain daripada orang. kita malu sangat nak pakai, kita rasa macam alien, orang lain sama adakain lembut warna hitam atau biru tua, kita seorang saja seluar kain sekolah  menengah `hand made,`warna biru muda pulak tu.

mak ampunkanlah kita sebab pernah malu jadi anak mak kerana kita miskin. kerana terpaksa, kita pakailah juga seluar tu.tapi tak mahu keluar dari tandas. kita rasa semua mata tengok. memang betul mak, semua mata tengok. kita malu sangat. rasa nak lari balik rumah.tapi tiba-tiba ada seorang kawan kita, kalau tak salah Liza nama dia tanya dari mana kita dapat seluar pelik tu. kita cerita la mak yang buat.rupanya Liza kagum dengan bakat mak. dia puji yang seluar kita cantik. dia puji mak pandai jahit. tiba-tiba kita rasa kan mak, kita terjulang atas pelangi yang cantik berwarna-warni. kita terus rasa seronok. kita tak malu dah nak pakai seluar tu.mak, maafkanlah kita ye mak. banyak dosa kita kat mak....

kita tak nak menyesal bila mak dah tak ada nanti kita terlambat nak cakap kat mak kita bangga dengan mak. kita sayang sangat kat mak...tapi ego kita ni tinggi sangat mak. kita malu nak peluk-peluk mak. kita malu nak cakap kita sayang kat mak....mak, ampunkanlah kita mak....
-------------------------------------------------------------------------------------------
JATUH
 
emak adalah seorang yang tabah. kuat semangat. keras hati. rajin berusaha. tak pernah seharipun aku lihat mak bersenang lenang di rumah masa dia kuat bekerja dulu. seawal pagi mak akan bangun dan menghidupkan kayu api. dapur gas tak ada. elektrik tak ada.kalau malam rumah kami bergelap. kalau siang rumah kami sangat panas sebab tak ada kipas angin.

emak akan buatkan sarapan lempeng. kalau tak ada tepung mak akan masak pisang rebus atau ubi kayu atau keledek. mak sangat cermat dengan makanan. mak marah kalau kerak nasi dibuang merata-rata. mak cakap, mentang-mentang hidup mewah semua nak dibuang, mak ingat keperitan zaman jepun dan komunis dulu susah betul nak dapat beras. jadi bila dah dapat beli beras mak tak kasi sebiji nasi pun terbuang. kerak nasi yang direndam tu mak akan jemur. nanti mak simpan bagi ayam makan.

lepas itu mak akan pergi menoreh. jauh tempat mak menoreh.dekat Pt. Yusof. mak buat getah beku. nanti mak terbongkok-bongkok menoreh. lepas tu mak pungut getah beku. mak kumpulkan untuk dijual dengan amoi atau ah hong.masa kecil ,aku, abang ijam dan kak roha akan tolong mak di kebun getah. jauh perjalannya, merentasi kebun ah hong, arwah kak aloh, abang ajan dan sapa-sapa ntah lagi. nanti bila melintas kebun abang ajan dan arwah wak , kita akan jerit-jerit...`uiii``...dah siap ke?`....`beluuum`....

lepas itu kami teruskan perjalanan ke kebun mak. ada parit kecil sepanjang jalan dan banyak ikan seluang di dalamnya. airnya kelat payau tapi jernih. dalam kebun mak tu pun ada lopak yang dalam juga la. ikan seluang dekat situ lebih besar. kadang-kadang kami tangkap ikan seluang, kalau dah kecik sangat macam bilis tu tak payah siang, gaul tepung dan goreng. lazat sungguh.. atau kadang buat pais ikan seluang. budak sekarang ni ikan seluang pun tak tau macamana rupa.
 inilah rupa ikan seluang  tu. sekarang mungkin dah pupus.ikan ni tinggal dalam air yang bersih dan jernih. adakah lagi bersih dan jernih itu?

banyak aku belajar tentang alam. aku kenal juga la beberapa jenis pokok hutan yang boleh di makan. antaranya buah berunai. bila masak, buah ini berwarna biru. bila dimakan mulut kita akan bertukar menjadi merah. kami berebut-rebut buah yang dah masak. rasanya masam manis.bergugus -gugus kecil.(puas aku google buah ni tak jumpa. gambarnya.)
ada pokok bemban di sepanjang parit. batangnya selalu kami buat senapang dan daunnya berguna untuk sakit mata merah. mak selalu suruh pergi ambil air embun pagi yang bertakung di pucuk daun muda bemban dan titiskan ke mata.sejuk rasanya.

bemban. dulu banyak di seberang parit. sekarang macam dah mati .

ada pokok sukun yang sangat tinggi di jalan masuk kebun getah tu. bila balik dari tolong mak, aku akan kutip daun-daun yang dah tua dan berguguran untuk jadikan kipas. kemudian aku berfantasi aku  seorang puteri raja yang dikipaskan oleh dayang istana. lamunan terhenti bila rasa lenguh menjalar di tangan sendiri yang mengipas.

sebelum sampai ke kebun ini, kami akan meniti jambatan Pt Yusof yang sungai dibawahnya bercantum dengan sungai benut. tak pasti ada buaya atau tidak. tapi aku pernah main berkubang di sini dengan suzen, inong, haris dan imah serta beberapa lagi geng kampung. mak pun pernah masuk ke sungai tu. bezanya mak tak berkubang macam kami.

Tuhan, kasihannya ibuku..
.kisahnya jambatan tu kecil saja, muat basikal. dah lah tinggi, ada beberapa papan yang sudah reput dan pakunya terpokah. satu hari mak balik basah-basah. mak cerita mak terjatuh dari atas titi tu, ke dalam sungai,dengan getah beku yang mak bawa.rasanya adalah dalam 10 kaki tingginya titi dengan sungai tu. aku menangis mengenangkan betapa pengalaman mak itu terpaksa ditempuhnya untuk membesarkan kami semua.tapi perempuan bernama emak itu tak pernah mengalah. esoknya dia meneruskan rutin yang sama menoreh untuk mencari rezeki.

emak....

mak masak apa yang ada. kadang kadang saja dapat makan ayam. itupun tunggu ada kenduri -kendara.makanan paling ruji ialah ikan kering gelama, ikan kapak atau ikan sepat. yang kerapnya gelama lah. kapak dan sepat agak mahal. mak bakar atas kayu api berbara. baunya ampun, menerbitkan lapar. . sayur pucuk paku, paku merah atau pucuk ubi. lauknya yang lain ialah kicap cap tiga ayam atau cap orang tanam padi.

BERANI

mak wanita yang berani. masa aku sekolah rendah, bapak kerja dekat singapura. biasalah, orang kampung aku yang lelakinya masa zaman 80-an kebanyakannya kerja singapura.jadi maklah yang paling tua dan maklah ketua keluarga.satu malam, mak dengar bunyi bising di reban ayam. mak memang pantang betul kalau dengar ayamnya diusik benda. dah la tengah malam, karen tak ada, lampu suluh pelita saja. aku tidur-tidur jaga. aku dengar mak turun ke bawah. aku pasti mak sedang periksa ayam-ayamnya.  kemudian aku terlelap.

esok pagi, aku pergi ke pelantar nak basuh tangan. aku terjerit-jerit terperanjat. dekat tepi pelantar tu tergeletik seekor ular sawa sebesar batang pinang!masa aku sedang histeria tu, aku terfikir juga kenapa ular tu tak bergerak.rupanya kepala ular tu dah hancur mak kerjakan dengan parang. perut ular tu dah buncit, telan seekor ayam mak.bila mak dah naik berang, mesti mak tak takut dah.selepas itu aku salute dengan mak. mak memang berani.
inilah lebih kurang besarnya ular yang mak bunuh tu....

aku akan sambung nanti.....

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com