e
tadi meeting lagi. kira warm up le sebelum mengajo minggu depan. nak terduduk rasanya tengok jawatan 2008. tengok senarai je dah penat ni kalau buat ni mesti turun 14 kilo berat aku. he he. apa nak buat. kerja ni aku yang pilih. dan terus menjadi pilihan. buat apa nak merungut kan.
sebelum aku lupa nak beritahu ni foto abang si Olat dengan mak dia. aku kagum dengan ikatan kasih sayang binatang ni. dah bujang kiranya abang olat ni tapi manja betul bergesel-gesel kat mak dia. sampai kadang mak dia nak berjalan pun tumbang. tengok la tu manja gila. olat pun tak macam tu. aku rasa abang olat ni mesti tak kawin sampai tua. anak mak la katakan.mak dia pulak tak sudi nak memanjakan anak-anak jantannya masa bunting tua je. masa tu manja la kalau berani, mesti kena sepak punya dengan mak dia.
aku ni dah menyimpang jauh dari tajuk asal dan matlamat asal penubuhan blog ni. macamana ha? tak apa kut. nanti-nanti la aku buat topik serius. ni tengah pening dengan kerja dan masalah dunia yang sibuk-sibuk aku ikut fikirkan.. nanti bila keadaan dah reda aku buat topik serius sikit ha.
berbalik kepada isu puaka di puduraya tempohari, sebenarnya aku nak bercerita tentang kejahatan penjual tiket dan air kotak. sesampainya dari Ampang kami terus ke Pudu. aku bukan boleh tengok orang ramai macam tu rasa nak pengsan je. dah lama tak pergi puduraya. akhir sekali aku rasa tahun 1997 lepas konvo dari UPSI. sejak tu tak pernah jenguk dah dan tak ada keinginan pun nak meramaikan tempat tu. tapi 16 disember 2007 terpaksa juga aku tempuh demi menemankan hubbyku yang manja ini berkursus di Ampang. kalaulah ada jalan lain aku rasa elok dari Shah Alam jer tak sesak sangat. tapi banyak pulak kena bayar sebab berpusing-pusing. alah. yang terjadi tetap terjadi.
cerita bermula masa aku dah terdesak nak balik. jam dekat 1 tghari. ulat kaunter tiket punya la ramai. rimas aku. hubby suruh aku beli tiket kerana dia jaga beg kami yang berat macam bangla bawa kain untuk dijual. aku pun survey la kaunter ke JB. malas nak naik Transnasional sebab sempit la konon cari la kaunter yang menawarkan vip seat. terperanjat aku bila harga tiket sampai RM35 seorang. maknanya aku belanja RM70 untuk balik ke JB dari KL sedangkan kalau naik Trans cuma RM48 je. tak pe la aku pujuk hati mungkin bas best. berlari-lari pergi platform 21 kalau tak salah ada mamat macam indon gangster pulak tu tahan kitaorang. dia amik tiket tu ganti dengan tiket lain. aku protes la sebab seat dengan hubby dah terpisah dia dengan gaya nak marah cakap seat free. aku nak hangin jer tapi sabar sebab malu kat public. dah turun bawah tu lama tunggu ada mamat mana ntah suruh kami jalan ambil bas kat luar. jauh la juga. tak kena maki dah bagus syarikat ni macam-macam betul dia buat. sampai kat bas rasa nak meletup aku dapat dah la bas buruk, seat kecik dah tu 4 seat satu baris. sah kena tipu dengan syaitan. aku memang tak halalkan duit aku kerana tertipu macamni. vip seat untuk keselesaan hanya tinggal impian.
dah la fed-up, tamak betul pengusaha syaitan ni.dekat 1.30 tak jalan lagi masih tunggu penumpang. tak payah le amik lagi dah tau lebih pukul 1 tu. aircond tak sejuk langsung... hubby cakap kita dah kena tipu. aku kata `sabar mel, ni la dugaan nak jadi jutawan, bukan senang`. satu lagi peristiwa aku jumpa puaka jual air kotak. tengah tunggu bas jalan tu ada sorang mamat ni selamba naik bas jerit-jerit`air kotak-air kotak, sapa nak, sapa tak dapat lagi. approach dia macam nak pujuk pelanggan supaya tak merajuk dengan siri penipuan syarikat bas tu. berebut-rebut la orang minta air kotak ada yang amik 2,6 dan lain-lain. hubby tanya, mel nak air kotak? aku kata `tak hingin, tak kebulur dengan air tu`. aku kalau dah marah x payah pujuk masa panas tu, buang karan je. ya Allah, aku dan semua penumpang tak sangka betul lepas habis je mamat tu edarkan air kotak tu dari depan ke belakang dia kutip duit, ya, bayar satu kotak 2 ringgit, 2 kotak 4 ringgit... terkejut betul yang dah ambil tu. dah terminum nak buat macamana. ada yang cakap ingatkan free selamba aje puaka tu jawab `air longkang je free bang`. rasa nak penampo je muka dia. ada yang belum minum tu pulang balik lepas tu dia mnerungut brader tu pulang beberapa orang lain ikut pulangkan. dalam hati aku `tak kena maki dah untung si mamat ni.` aku terfikir tergamak betul bagi makan anak bini hasil penipuan air kotak dan tiket bas. memang kena sumpah dalam hati dia orang ni. tak berkat hidup. aku terus membebel dengan hubby tentang jahatnya manusia di puduraya ni.
masa bas dah jalan aircond tak sejuk langsung. berhenti kat mobil dia kata nak pergi toilet ke apa semua kat situ bas non stop terus ke JB. penipu besar. sampai macap berenti kat kedai cina mana entah . lama la juga. ada sorang aweks UIA depan aku selang 2-3 seat duduk menyenget je dari KL sampai JB sebab seat dia basah air aircond menitik tak berhenti.. em..aku tau dia student UIA sebab masa kat pudu tunggu bas tadinya sempat borak kejap. dia selalu balik tiket tak pernak naik dekat seplo ringgit macamtu.
apapun, itulah pengalaman yang tak ternilai harganya. lepas ni kalau jadi jutawan forex(AMINNN) tak le sombong sebab dah tercanai dek kepayahan hidup, insyaallah.. sesapa student aku yang baca cerita ni, kalau belajar kat Kl nanti dan terpaksa beli tiket di puduraya, belilah di kaunter yang meyakinkan. macam transnasional ke, konsortium atau sebagainya. jangan tertipu dengan kaunter yang tampal gambar vip seat tapi servis macam beca. janganlah ke kaunter sebelah dunkin donut yang KL-JB-Singapore tu (masa cerita ni di tulis sYARIKAT PENIPU TU KAT SEBELAH KIRI ANDA DARI DUNKIN DONUT, KAUNTER KE DUA ATAU PERTAMA KALAU TAK SALAH..) dan padan muka korang syarikat bas penipu.
jangan beli air kotak dari mamat `baik hati` yang datang masa anda tunggu bas nak jalan. penipu besar tu!
Isnin, 31 Disember 2007
sambungan puaka...
Posted by Comels at 8:43 PTG 1 comments
Jumaat, 21 Disember 2007
PUAKA DI PUDU RAYA
a
DARI 14-16/12/2007 aku dan hubby pegi Ampang . dia ikut kursus forex dengan en. Soros. banyak betul peristiwa pada hari tu. tapi sekarang ni dah dekat 1.30 pagi. aku nak tido dulu. esok sambung ek...
Posted by Comels at 1:17 PG 2 comments
OLAT SAYANG
INI OLAT.kalau korang ingat lagi inilah dia kucing manja yang menumpang sayang kat umah aku. adik olat ada 3 ekor tapi suma dah mati dengan sebab penyakit macam-macam. dulu aku nangis kalau kucing aku mati tapi sekarang dah kebal. tanah belakang rumah dah tak de space nak kuburkan kucing jadi hubby cakap terpaksalah buang dalam tong sampah kalau ada kucing mati.tapi aku kafankan betul-betul la. kesian dia. aku terbayang apala perasaan orang yang buang bayi nih. aku buang kucing mati pun rasa macam kejam jer.
olat ni aku suka juga kalau manja-manja. dia paling suka kalau geletek perut nanti geli tapi tak gigit pun tangan kita. pagi mesti bising minta biskut kucing. dia minta mewakili mak dan 2 ekor abangnya. aku rasa masa kat tepi pintu mesti dialog mereka macamni: Olat, ko pegi la masuk rumah minta biskut dengan auntie. alah asyik-asyik aku. ye la auntie kan sayang ko. kita orang ni auntie tak heran sangat. ..ye laaaaaa..kasi segenggam gerenti tak cukup. tapi kalau suma dah kenyang senyap la suma. mengembara ke mana entah. lapar karang datang lagi. tapi tak pe la. selagi ada rezki aku belikan makanan mereka. tak pernah pulak aku dengar orang jadi papa kedana sebab bagi makan kucing kan.
olat ni kalau bodek suka gesel kaki lepas tu tiba-tiba terjatuh baring terus . mata ke tepi je bola matanya mintak perhatian. aku gelihati betul tengok trick dia.suka kentut kat aku. busyuk. nasib baik gas kecik je. jadi tempoh racun gas tu memenuhi ruang udara tak le lama. he he.
apapun kalau olat mati mesti aku nangis. olat manja sangat. I Love U olat.
Posted by Comels at 12:58 PG 1 comments
Isnin, 3 September 2007
master oh master
tadi kak nisa sms, lama tak dengar berita. aku pun teringat juga kenangan suka duka kat sana, tapi semua orang sibuk kan. yang menyentuh hatiku, dia tanya, nak sambung master tak? dia tak mo. aku pun tak mo la buat masa ni. banyak masalah yang belum selesai. nanti- nantila kan. kak sal pun tak mau. banyak keja lain. kak sal n nisa bagitau aku kak cma nak sambung master, rasa jeles juga. tapi tak pe lah. satu hari nanti mungkin aku akan sambung. tapi mungkin aku cari bidang lain. metafizik mungkin. boleh ke aa?
aku akan sambung master dalam keadaan aku bukan terdesak nak gaji lebih, tapi semata-mata kerana ilmu. maknanya, aku dah takde problem kewangan masatu. harap hubby berjaya dengan cita-citanya nak jadi trader soleh, juta-juta macam soros, tapi baik la.. ha. masa tu mungkin aku akan sambung belajar.
Prof Shukor selalu galakkan kami sambung, tmkasih prof, tapi realiti tak seindah kata-kata la prof.... kebanyakan kami ada halangan yang hebat-hebat nak didepani. lepas degree ni pun macam satu siksaan, tapi alhamdulillah, lepaaasss jugak. kebanyakan kelas kami suma layak sambung sebab memasing cgpa 3 pointer ke atas. tak apa lah prof, Insya Allah kami akan sambung lagi belajar tapi tak tau la bila.
sedih betul aku. dua tiga minggu lepas habis suma fail, tesis, gambar kenangan, gambar art, hasil kerja aku dari semester satu sampai 6 burn macamtu aje. hubby mengantuk sangat lepas belajar trade sambil main graf, tertekan butang pebenda tah. dengan hasil kerja dia selama 3 tahun pun lenyap macamtu je... aduh kenangan, mana nak cari balik. ada la seciput 2-3 cd yang suruh ati buat montaj jamuan last sem haritu... hai. nak kata apa. nantila kalau ada duit aku nak buat pos laju bagi kat kak nisah suruh dia burn balik cd jamuan akhir tahun. kak nisa, kalau kau baca blog ni, stand by tau. dah gaji nanti aku nak pos cd kosong kat umah kau. jgn kau buat alasan burner rosak la, data hilang la.. komputer virus laaa... macam pernah dengar je.
aku nak tulis panjang lagi tapi CSI dah nak mula. lain kali la ye sambung lagi... by.. sebelum tu aku nak bagitau rancangan kegemaran aku ialah CSI, GREYS ANATOMY..PRISON BREAK dan banyak lagi la. janji pembodohan yang tak begitu membodohkan penonton. by.by by..
Posted by Comels at 8:21 PTG 1 comments
Labels: uitm
rewang
ingat mak kenduri kecik aje jadi aku dengan hubby berlenggang je la sampai pada malam jumaat tu.. sekali punya banyak daa.. mak buat dua trip lelaki dan perempuan. jamuan nasi ambeng (mesti ada korang yang tak tau apa benda nih) . kuih muih dan sate. Hem. bapak adalah pembuat sate tersedap seMalaysia. sayang takde sape nak mewarisi perniagaan bapak. Aku dan hubby dah cuba tapi `tak terlaten` kata orang jawa.
berbalik pada cerita tadi, bila sampai saja kat rumah mak, kami disambut oleh Haziq yang suka kawan ngan pakcik dia aje(hubby aku). Haziq ni suka main game bila datang rumah aku, pakcik dia suka melayan, jadi sapalah aku ni dimatanya (baca dengan intonasi sedih dan hiba tau). tapi bagus juga macamtu sebab Haziq ni punya lasak penyek badan pakcik dia dikerjakan. aku pun tak sanggup kalau dah datang angin dia nak terbang-terbang macam wrestling tu.
sebagai menantu misali lepas saje sampai aku terus menuju dapur. mereka semua tengah sibuk buat apa yang patut. malam tu mak suruh kami buat koci, lepat ubi, epok-epok, potong bawang, kentang, buat sambal dan sebagainya.hish tu tak penat lagi tapi dekat 12 setengah malam juga la baru selesai. semua nak kupas main sedulang-sedulang. tak ade sikit-sikit punya. aku terpaksa kupas bawang merah, berair mata macam tak pernah masak kat dapur pulak.
pagi sabtu tu mulalah kesibukan sebenar terjadi. pukul 2 petang kumpulan yasin perempuan akan sampai. aku tak tau nak tafsirkan kepenatannya, tapi sampai nak krem kaki aku dibuatnya. aku tanya kak Ida `tak penat ke?` .. dia kata mana boleh, ni cover je ni. aku pandang kak Ain, punya penat sampai tergelak. maknanya pandang-memandang tu sama-sama faham la memang nak baring jer rasanya masa tu jugak.
hubby goreng ayam dan bakar sate kat luar. masa tengah susun cawan aku nampak hubby minum kelapa muda jadi aku cakap la `oooo... minum sorang-sorang yeee...` tak pasal-pasal terpaksalah hubby buatkan kelapa muda untuk aku plak. lepasatu hubby bagi makan hati dan pedal goreng. dia tau aku suka makan walaupun aku pernah cakap dengan dia `mel, makan organ dalaman haiwan tak baik untuk kesihatan, tapi sesekali tak apa...`
nasib baik cik Yah datang rewang dengan kakak sebelah rumah mak tu. nasi ambeng ni lauk dia kena banyak. ikan kering, serunding, sayur, mee goreng dan ayam. satu dulang 4 orang makan. makan sikit je buat syarat selebihnya bawa balik rumah makan dengan anak-anak. tak pun bagi ayam makan kalau dah tak larat sangat. maknanya ikut anggaran mata kasar aku satu dulang tu cukup untuk 16 orang makan. untuk perempuan ada 10 dulang maknanya penyediaan untuk 160 orang punya! tergambar di fikiranku letihnya makcik kantin dan krewnya setiap hari prepare untuk seribu orang makan.
lepas mandi tengahari tu dapatle luruskan badan beberapa minit. dah mula rasa nak menangis sebab letih sangat.tapi kena rewang round kedua pulak. kalini untuk lelaki malam nanti mak suruh buat 13 dulang. ada satu peristiwa kelakar sangat aku rasa petang tu. tetiba ntah dari mana Haziq dapat kucing kecik manja warna putih pakai celak. dah le celak tu warna pink, kuning oren, macam mak andam je yang bubuh. bagus juga kalau semulajadi boleh panggil metro. aku tergelak tengok kucing tu.
Haziq sayang kucing. jadi dia ligat ke sana ke mari cari tulang ayam. mana la ada sebab ambeng ni suma orang bawa balik tak bersisa. tak lama lepas tu aku dengar dia minta kuih wajik dengan mak dia aku ingat dia nak makan. rupanya dia bagi kucing tu makan wajik. mana la kucing tu makan. kelakar betul. kesian aku tengok haziq yang baik hati jadi aku bagi la hati ayam goreng suruh bagi kucing tu. memang tengah kebulur, laju betul dia makan.
hmm. sambung balik. tadi aku pergi klinik murni. aku mc harini. kaki punya sakit tak bleh jalan sebab krem. kononnya penat sangat la ni rewang aritu. doktor beri kalsium je, aku pun malas nak merepek-repek minta ubat pebenda. da 3 kali hubby tolong spa-spa kan kaki aku. aku jalan macam robot. pagi tadi bangun dah 6.30, kaku tak boleh bergerak. last aku mc je la. aku dah 2 x masukni mc sejak posting bulan 6 haritu, yang first sebab high blood presure. aku tak kisahla kalau rekod aku tak berapa best pun sebab mc je. penyakit bukan boleh tahan kan. kecuali la kalau aku monteng, memang patut kena seligi.
harap esok aku boleh gi kerja. aku risau sebenarnya. duit paper belum kutip habis,nak bayar NST sebelum 15 hb. budak form six nak kena bagitau juga apa yang patut diberi penekanan lebih lagi 2 hari nak ujian sejarah islam. aku tak nak la mereka semua frust sebab susah sangat nak bawa subjek ni. Jadi permudahkan aje la, kecilkan skop, senang hati. macamtula stail belajar kat u. Macamtu le yang selalu Prof . Syukor buat setiap kali nak exam. jadi aku dan kekawan suma suka subjek dia dan tak tension. result pun suma ok. aku rasa pendekatan begitu sesuai untuk anak-anak ni. semoga esok masih sempat nak beritau 3 kelas ni sebab paper diaorang pada hari rabu.
balik pada cerita rewang tadi, malamnya, lepas saja selesai semua yang nak disediakan, aku bersiap nak balik.dah lepas basuh dulang mangkuk (tak pakai pinggan, nasi ambeng pakai dulang tau), kami semua adik beradik ipar duai melepek kejap kat ruang tamu lunjurkan kaki. Zakira anak bang Man asyik mintak aku buat cok-cok pin sampai tak terlayan. aku panggil dia Auntie ZaZa, marah betul dia. Aku usik dia nama Mama Nomie lagi dia marah. zakira ni keletah budaknya, comel, seronok melayan.. ada bakat jadi mak andam macam mak dia sebab lepas mandi petang tadi aku nampak dia kat bilik mak tengah solekkan haziq macam pengantin. siap bergincu. umur baru tadika kut. em. entahla. darjah satu kut.
Pika anak ina dah mula manja dengan aku. tengah malam buta tunjuk luar nak tengok ayam. pantang ada yang dukung tangan dia mesti tunjuk luar nak tengok ayam. suka betul dengan ayam ntah kenapa. seronok juga la malam tu sembang-sembang adik beradik. macam raya pulak. tapi respek betul dengan mak bapak, tak mengeluh sakit badan pun. kita orang suma dah rasa macam nak berjalan dengan tangan je. lepas tu aku ngan hubby balik umah sendiri. pukul 12 juga la sampai rumah. aku lepak betul. hubby pun sama. esok pagi aku dah rasa kaki macam nak problem. tapi dah buat spa-spa guna minyak gamat rasa macam ok. tak tau la pulak pagi tadi rasa letih takde dah cuma kaki je sakit banget. tu yang cuti. aku bukan ape, karang pegi kerja gak terjelepok kat tangga sapa nak angkat. aku ni comel, gebu dan montel... mesti kena panggil kren. maunya tidak, bilik lepak kat atas bukit tingkat dua, kelas kat bawah bukit tingkat 2 pulak... ulang-alik ikut jadual harini mau putus betis aku. jadi untuk pengetua kalau terbaca blog ini, jangalah marah puan, saya betul-betul x leh berjalan... tak tipu.
malam ni kena tido awal sikit sebab nak kumpul semangat esok mengajo. kena cepat-cepat pergi jumpa kak wahidanak minta jadual ujian. ntah le. rajin betul sekolah aku buat ujian. belajar sikit ujian. result bulan lepas tak keluar lagi dah ujian lagi. ni kalau tak pandai juga bebudak ni saja je. he he.
Posted by Comels at 1:16 PTG 2 comments
Labels: kampung
Jumaat, 24 Ogos 2007
patut,sepatutnya,patut-patutlah...
mungkin ada yang terfikir mengapa gaya bahasa aku tidak mencerminkan keintelektualan atau sekurang-kurangnya cara aku berfikir. terpulanglah, anda berhak untuk membuat tanggapan apa juga kerana sememangnya sebaik saja aku menyertai dunia blogger ini aku bersedia dan memahami, ini ruang maya, di mana kebebasan hakiki(masih wujud kah di Malaysia? ) untuk bersuara terbuka luas.
aku boleh memilih untuk menulis dengan laras yang bersahaja, santai ataupun serius, tapi semuanya bergantung kepada topik yang hendak aku utarakan. untuk kali ini, aku sedang memikirkan beberapa perkara berkaitan isu semasa yang terjadi melibatkan negaraku yang tercinta ini.
tertarik untuk mengulas kes `ketidak patutan` seorang rakyat Malaysia yang begitu berani menyentuh isu sensitif (menerusi lagu Negara-ku versi gilanya)-anak cina `muo`(sebutan ini istimewa oleh orang Johor merujuk daerah Muar)ini seolah tidak pernah bersekolah dalam sistem pendidikan di Malaysia. ada beberapa perkara yang mungkin benar dari sudut pandangannya, tapi hatiku tetap terluka bila pelajar ini menyentuh serta mempersendakan tentang agamaku, kaedah kami beribadat dan bagaimana kewajipan kami dilaksanakan. dalam masa yang sama, aku tidak pernah mengajar anak-anak didikku mencerca anutan orang lain, dan sekali-kali tidak membenarkan mereka berbuat begitu tidak kiralah mereka muslim, kristian, buddha atau hindu.. yang sering diingatkan ialah kita patut menghormati orang lain.
mengChee, anda seolah tidak pernah bersekolah. atau anda bersekolah tetapi anda tidak dapat ilmu yang bermanfaat. mengapa harus salahkan orang lain jika anda yang tidak terkejarkan arus. kenapa salahkan lantai tak rata walhal anda yang tak pandai menari? aku ingin menyatakan prinsipku, kebodohan atau kelemahan menerima pelajaran adalah suatu perkara yang dapat aku terima. tetapi sikap kurang ajar dan biadap adalah satu perlakuan yang mencerminkan peribadi. sukakah anda kalau orang mengatakan anda ini tidak ada adab, tidak berbudi bahasa dan istilah yang paling mudah, kurang ajar?. ya . itulah yang patut anda terima. anda kurang ajar. tapi tidak diketahui di mana yang kurangnya. gurukah yang terkurang mengajar? ibu bapakah? persekitarankah? dan kerajaankah?
maka fikirkanlah. Tahniah MengChee. sekalipun anda kurang ajar, banyak perkara yang patut kita bongkar bersama.Tindakan anda berjaya membawa ribut yang menelanjangkan apa yang sengaja ditutup. baik untuk anda, kerajaan atau sesiapa juga, kembalilah kepada titik persoalan, MENGAPA INI SEMUA BERLAKU.
LAKUKANLAH APA YANG PATUT. ITULAH YANG SEPATUTNYA. TAPI PATUT-PATUTLAH!
Posted by Comels at 11:00 PG 1 comments
Labels: bukan sebab bodoh.
sahabat, teman atau kawan?
da pukul 1 pagi. tak dapat tido. hubby frust n letih sebab trade x brapa baik. dapat untung lepastu rugi lepastu untung balik lepastu floating plak. hai la forex.kenapa la kau diciptakan . kan kitaorang dah terlibat. apala george soros wat sekarang ni. macamnike dulu masa dia nak mula terlibat dalam bisnes forex. Ya Allah, kami dah tak tau nak wat apa. Kami dah berusaha, kami dah kaji, semoga inilah jalan terbaik kami. Kau tidak timpakan ujian pada yang tak mampu menanggungnya. Kak sal selalu pesan kat aku ,Allah uji hamba yang disayangi, kerapkali, nak tengok kuat ke tidak iman tu... Ya Allah, tetapkanlah iman kami.
kadang aku rasa terlalu letih dengan apa yang terpaksa aku tempuh. dari dulu, sampai kini. harap esok tidak lagi menyesakkan dada.btw aku bersyukur sangat pada Allah, sejuta kesulitan tak menjejaskan kasih sayang aku dan hubby.31 ogos ni genaple 9 tahun kami berumahtangga... rasa baru semalam. walau setiap kali anniversary tak dirai macam orang lain (sebab fulus tak memungkinkan kami mewah-mewah cam dulu-dulu--sob-sob) tapi aku rasakan cintanya tetap seperti dulu. walau aku semakin bertambah comel, montel berbanding dulu, dia tak komplain pun.
tq hubby, sebab jadi suami penyabar dalam dunia hidup seorang jauzati habibati ini.aku rasa aku je yang selalu hot temper bila ada benda yang menjengkelkan hatiku. tapi hubby cool aje. aku sayyaaang hubby. tak perlu bunga ros nak tunjuk romantik, kata-katamu yang lembut cukup mem`pampers`kan perasaanku. dan terima kasih kerana kesabaranmu membuat rumah kita sentiasa menjadi syurgaku.
semoga Allah memberkati usaha kita. semoga kita lebih tabah setiap hari dari hari semalam.
hidup kita sentiasa diperlukan dan sentiasa memerlukan. itulah fitrah manusia. aku dedikasikan coretan ini buat sahabat-sahabatku di dunia ini. sahabat itu luas bagiku pengertiannya. meliputi keluarga, orang lain, dan sesiapa saja.pernah tak dengar kata-kata ini...
or who came first, or who cares the best,
its all about who came and never left.
terutama ibuku tersayang... aku tak tahu nak tunjuk betapa aku sayangkannya. tapi aku sayangkannya. emak dulu garang sangat. even aku anak bungsu aku tak rasa aku ni anak manja sebab sama je kena keja kebun getah le, jual sayur le, pungut sawit le macam kakak-kakak dan abang yang lain waktu senggang atau cuti sekolah.. aku tau mak garang sebab presure dan letih. bila dah dewasa ni baru aku memahaminya, tapi ye la.. kesan psikologi tetap ada. sampai aku rasa kekok nak meleser-leser macam orang yang manja ngan mak dia. macam ada gap. tapi hanya Tuhan yang tahu aku memang sayang mak. aku berjanji akan gembirakan emak dengan sedaya upayaku, dengan apa cara sekalipun. Ya Tuhan, berilah aku peluang itu...
adik beradik aku pun begitu supportive orangnya. kalaupun tak mampu dengan kewangan, dengan perbuatan pun aku tau mereka tetap care pada aku. hari raya tahun lepas kakak aku sampai nangis sebab aku kata x dapat balik raya. duit tak cukup. duit sebenarnya ada la sikit. tapi aku kena skip masa tu nak exam sem 5.tau je la art ni barang dia mahal nak gila. canvas jer dah rm30, arcylic lagi, ntah apa-apa lagi... tapi yang paling aku touching ialah bila mak bagi aku duit untuk survive selama aku belajar. dia tahu aku dan hubby tengah susah skarang ni.
aku berazam aku nak bayar balik duit mak walau dia halalkan dan tak suruh bayar pun. murninya hati mak. tapi aku dan hubby memang berazam akan cari jalan untuk atasi masalah ni, semoga kami dapat gembirakan mak. Ya Allah, kasihanilah kami. berilah kami peluang untuk berbakti pada orang tua kami.
keluarga mertua aku pun ya Allah, baiiik sangat. terima kasih ya Allah. mereka tak meninggalkan kami keseorangan. sama je pengorbanan they all macam kluarga aku gak.memang merekalah sahabat dalam kalangan kluarga. paling hubby terharu ialah bila kluarganya tak pernah memperkecilkan usahanya untuk berkerja sendiri walau banyak dugaannya.terima kasih suma.
kawanku yang memang sahabat juga sangat aku hargai. Tuhan jer yang balas jasa diaorang.
ita
aku paling tak kan lupa kau ta, kau tolong aku masa aku kelemasan. besar betul kepercayaan engkau pada aku. kita kawan pun on-off kan sebab jarak dan masa serta kesibukan masing-masing. tapi kaulah sahabat yang termasuk dalam kategori `who came and never left.` bertuahnya aku memiliki teman sepertimu. InsyaAllah ta, aku janji pada diriku sendiri, aku akan balas budi baik kau sedaya aku.doakanlah aku kaye cepat, lagi2 dalam trade ni. karang aku kaya boleh ajar kau trade pulak. percuma je... he he..banyak kenangan antara kita.
emhhm. da pukul 2 pagi. tido dulu la, esok aku sambung ek...
Posted by Comels at 1:00 PG 2 comments
Khamis, 23 Ogos 2007
untuk tatapan mu
gamba ni kalau u all nak tau dilukis oleh artist aliran photorealism.maknanya mereka berupaya meniru gambar foto dan lukis semula nampak macam real. macam nak makan buah ni kan.
tapi deep inside, aku harap anda suma lebih terfikirkan betapa hebatnya `Dia `yang mencipta sidia ini. diberi keupayaan begitu rupa untuk meniru ciptaannya. macamanapun, tetap tak mampu nak tandingi kuasa `Dia` sebab oren dan anggur real sedap, wangi, masam manis dan mengenyangkan selera.sedangkan lukisan kita pandang meleleh liur sebaldi pun tak boleh nak makan..
kesimpulannya kita suma tak mampu nak lawan kuasa Allah. tapi kenapa kita (aku) degil sangat?
apa motif aku kali ini? . entah. sebenarnya lebih kepada untuk hilangkan bosan. no money, no friend,nothing..nothing.. (sekarang le aku citer). jangan le salah sangka. aku bukan kera sumbang yang takde kawan langsung.ni tengah malam buta memang le takde orang nak ajak berbual.
actually sekarang aku terkenang peristiwa bersama anak-anak di 4T1 dan 6R5. ntah. ada semacam chemistry bila aku ke kelas ni. rasa hepi je dengan joke diaorang. bebudak ni kekadang melampau ketawa terbahak-bahak bila aku buat joke. padahal bagi aku tak le kelakar sangat.tapi yang form 4 tu la. yang form 6 tu malu2 alah jer. maklum, kena kontrol ayu sebab dah besa.
aku paling suka masuk 4t1. they all ni sporting. ada malles sikit kalau suruh wat keja tapi respon baik masa belajar.hopely exam final nanti subjek sejarah akan catat sejarah yang manis sebab catat peratus kenaikan tertinggi. aku terkadang tak tau nak guna method yang paling sesuai untuk bagi paham bebudak ni. tapi bagi aku kunci segalanya ialah aku dan mereka saling menyukai. baru seronok.step kedua aku dah tak bimbang. mesti budak suka subjek yang dia suka cikgunya kan. hmm. sekadar teori.
kalau pikir balik betul apa. sampai sekarang aku tak bleh lupa pada sorang cikgu aku masa form 5 dulu. ada patut kalu dia sayang satu student sebab cantik student tu je la dipujinya. aku ni cantik gak. pandai plak tu. baik lagi (ahaksss). tak penah pun dapat layanan cam gitu.
last-last aku berazam nak jadi orang pandai. dan aku buktikannya. terima kasih cikgu sebab tak pedulikan aku. aku dah berjaya sekarang.haritu aku macam terserempak ngan budak kesayangan cikgu tu . masa tu kat airport nak hantar mertua aku naik haji. anak dia berderet-deret. aku rasa dia jadi surirumah je skarang ni...melampau betul aku ni kan.kut mak tau mesti kena lempang. heeee. ye la. aku kata begitu sebab tengok dia dressing cam tak bes je. ala you all pun bukan tau sapa yang aku maksudkan.well, aku gembira di sudut hatiku yang dalam, aku tak mati pun kalau cikgu tak jadikan aku intan terpilih dia.
mengutuk guru.. tak berkat hidup aku.hm.aku tak kutuk pun. aku cuma cakap aku tak puas hati sebab cikgu tak layan student dengan adil. apapun aku jadikan ini satu pengajaran supaya x buat begini pada generasi yang ada didepanku sekarang. aku sayang bebudak ni suma.maafkan cikgu kalau tak tersebut namamu. bukan suma cikgu boleh ingat. tapi cikgu percaya korang dapat rasa yang cikgu sayang korang.
zainul paling banyak mulut. tak habis-habis dengan kes altantuya. aku rasa dia boleh jadi lawyer. tapi lawyer yang baik la. jangan mudah kena beli cam sekarang ni. kadang aku tau dia trick je tanya sesatu soalan. motifnya 2. pertama nak uji aku tau ke tidak. kedua dia malas blajar. tetapi selalunya yang kedua laaa.
azli ngan sape le nama tu selalu guna alasan cikgu azlin nak jumpa waktu aku nak masuk kelas. sampai satu tahap kalau derang ada dalam kelas aku pulak yang tanya `awak tak nak jumpa cikgu azlin ke?` diaz... azmeer, is,taufiq, deeva, partiban, pang li ma (pang li Man) dan sapa le lagi sorang tu he. suma ada karekter sendiri.deewa suka nyanyi lagu Ilir-Ilir yang aku nyanyi kat kelas. aku suka. sebab lagu tu lagu yang dicipta oleh sunan kalijaga, wali songo. tapi dia boleh nyanyi pangkal lagu jer laaa.
dayang ketua kelas. ganas gak dia ni. tapi ok. dah. budak pompuan suma aku dah lupa namanya,. tapi macam yang aku kata tadi... aku sayang derang ni. kalau aku kua siap cium tangan gitu. macam mak mentua la plak...
aqilah kelas 6r5 pernah tanya blog aku. nah ni cikgu da tulis nama awak. satu dunia boleh baca. tu pun kalau mereka bukak le blog ni. ha ha ha. aku suka intan dengan jati dirinya. sesuatu yang besar sumbangannya untuk islam, mampu dia ;lakukan. Insyaallah, semoga dia dapat teruskan cita-cita murni tu.hanim, fatin,dayah,mira dan ramai lagi, suma aku suka. bagiku mereka ni bijak kerana boleh menerima pandangan alternatif dari sudut politik, ekonomi dan sosial. aku letakkan harapan yang tinggi satu hari nanti merekalah pejuang kebenaran di bumi ini.
budak lelaki sesaja je aku ingat namanya. kasmuri, sahlan dengan mirul. 3 orang je hero tapi suma duduk belakang. bila tanya selalunya alasan ladies first. ada ke... dan kesimpulannya, sometimes aku enjoy dengan karier aku. kadang rasa cam nak terjun tangga. ntah la. adat la makan gaji. aku nak merdeka, aku akan terus mencari apa yang sesuai ngan jiwa. apapun, aku rela ngan ilmu yang aku curahkan. semoga ada manfaatnya.
untuk muridku, sila klik-klik sini untuk tengok apa yang cikgu selalu tengok. carilah kebenaran di alam maya, semoga yang tertutup akan semakin terbuka. buka minda dan hati, jangan jadi bodoh dan diperbodohkan.
Posted by Comels at 12:47 PG 4 comments
Labels: guru
Rabu, 22 Ogos 2007
obses
aku obses pada makhluk Allah yang satu ni. tak tau ngape. tapi jumpa je kat mana-mana suma buat aku jatuh sayang tak kirala comot ke, garang ke.. rasa macam nak gigit-gigit je. lagi la kalau cute dan kelip-kelip mata sambil kepala disengetkan ke kiri atau kanan sikit... saje je nak kena cium sekor-sekor.
ada sekor mak kucing warna putih datang umah aku sejak aku belum abis study 7 -8 bulan lepas(final year). suka sangat datang kesian plak aku. kasi le makan. takut la plak orang marah sebab umah aku ni teres je karang dah kenyang makan nanti `ber` kat umah jiran plak.
tapi aku sangka baik je la sambil cakap kat dia, `cing, aku tak bela ko, ada rezki aku beri le ko makan. kut tak kau cari le kat mana-mana. dia selamba je ntah faham tah tidak. hmmm. aku ni waras ke aa. hilang kisah dia, bila aku balik Shah Alam, bila cuti je hubby kata macam tau-tau je kucing tu datang semula ke umah aku. minta wishkas la tu. Rupanya dia dah bunting, aku suspek kucing jantan yang selalu datang macam samseng kat depan umah aku yang bertanggungjawab. . satu hari tu hujan punya lebat aku terdengar kat dapur suara `ngiaw-ngiaw` kucing baby punya sediy. buka pintu mak aii... ada ke dia (mak kucing ) bawak anak-anak kecik dia duduk tengah hujan berlindung bawah pokok bunga .. mestila basah. sempat gak le aku berleter kat dia, kau ni beranak je pandai, sewa la umah ke, kondo ke... kan dah basah. sambil tu aku capai le kotak untuk letak kat tepi peti pusaka mak aku, buat kondo dia duduk.
sejak itu jadila tu port tak rasmi dia. hubby kata dia nak letak kucing-kucing tu kat pasar (masuk mak dan abang dia 2 ekor da 8 ekor maa) kalau da besar .aku senyum jer. aku tau dia tak tergamak punya . . hubby aku ni kemanusiaan dia tinggi sangat. aritu ada tikus masuk umah, konon dah tangkap nak bunuh, tapi tak sampai hati. last2 tengah malam buta kitaorang buang kat hutan tepi jalan jauh dari rumah. sempat pulak dia pesan kat tikus tu, jangan datang umah kita orang lagi tau, pesan ngan kekawan... aku nak tergelak ingat kisah ni tapi berkesan tuuu. dah dekat setahun juga la kut peristiwa tu tak penah lagi umah kitaorang diserang tikus.
berbalik pada citer kucing tadi. on -off la dia datang kadang pegi mana-mana ntah bawa anakdia tapi selalunya kat umah aku le melepek. comelnya, gebunya, makin sayang kat baby2 tu tapi tak manjakan sangat takut sentimentel.
aku dah risau jer tengok dia berak kat belakang. tapi macam tau pulak dia sebab aku cakap tolong la berak kat padang ke, mana kebun ke... kalau berak kat belakang umah ni tak mau bagi makan lagi... sampai sekarang aku tengok clear jer. suka tengok they all makan macam selera beno n takde masalah. paling they all suka ialah tulang ayam rebus.mak mentua aku sporting . dia selalu bekalkan tulang ayam lebih buat sate. kekadang saje je mak simpan dalam esbox untuk kitaorang amik. timakaseh mak. mak memang besss.
sekarang ni tinggal 3 ekor je. yang 2 da mati sakit. aku bekenan kat sekor ni. olat namanya sebab bulu banyak coklat. dia punya manja... masa demam tak mau makan, pantang buka pintu dapur terus dia meluru ke dalam. lepas tu buat-buat lemah, baring kat alas kaki sambil mata pejam sikit-sikit. minta simpati la tu. bila aku angkat je buat macam baby demam.. mata kuyu, bunyi serak-serak... hmmm. politik betul.
macamanapun itulah penyeri hidup yang Allah ciptakan. at least teman meluah rasa. terapi jugak tu sebab binatang ni menyayangi konfirm ikhlas punya. lebih-lebih pun mintak makan je. aku rasa ramai juga anda diluar sana yang kongsi obsesi macam aku. seronok kan hidup ni..
lepas ni aku ingat olat dapat adik le gamaknya. aritu aku nampak mak dia buat date ngan jantan mana ntah. tak pe la kalau they all nak tumpang blakang umah aku. ada rezki aku bagi la. tak de cari le kat tempat lain. tapi syaratnya jangan `ber` kat umah aku atau jiran-jiran. pandai-pandai le ko suma nak idup. ala, padang kat belakang tu je sikit punya luas pe. buang kat situ je. nanti kan jadi baja biologi. nasible sapa terpijak semasa proses nak jadi baja tu. ha ha.
Posted by Comels at 8:07 PTG 3 comments
Labels: kucing comel
APA YANG KU CARI?
belum kutemui apa yang aku nak dalam hidup ni. bagaimanapun aku rasa sangat bersyukur padaMu ya Tuhan kerana memberi aku segenap nikmat dan rahmat yang tidak mampu aku hitungkan. apa yang aku nak? biarlah rahsia. tapi aku berazam akan mencapainya walaupun aku menjadi semakin tua.
berlikunya kehidupan, pahitnya kegagalan, manisnya kejayaan.. semuanya mendewasakan aku.dan aku terfikir, bila ia berlalu segalanya cuma sekeping memori yang kalau terulang pun, pasti tak sama.teringat kata-kata Fauzi (junior Uitm ) pada Indai Iris.. mengejar impian itu meletihkan . kadang mengundang putus asa. hanya yang tabah mampu mencapainya... bila aku dah rasa down sangat, aku akan buka balik himpunan kata-kata motivasi ku.. buat booster.hm. selalunya berjaya.
ntah apa yang dibuat oleh mereka sekarang. elly, kak sal, kak nisa, indai, ... dan suma-suma. mereka mengundang memoriku. malas je tangan nak mendail. tapi jauh di sudut hati aku ingat mereka. tak pe. jumpa konvo nanti. hai... sedihnya keja tak bergaji ni. dah masuk 3 bulan aku belum dapat gaji. siksanya Tuhan jer yang tau. banyak yang nak ku rungutkan tentang sistem goverment ni tapi karang kena ISA plak.. he he.
begitulah kalau demokrasi dah mati. tapi kenapa orang tak tau? sebab tak nak ambil tahu. atau ruang untuk tahu digelapkan. akulah agen perubahan sepatutnya.. takpe.enjin belum panas. tungguuu...
Posted by Comels at 2:31 PTG 0 comments
creative oh creative
minggu lepas aku teach bebudak 3A bab kreatif. tak de dalam sillibus pun tapi saje jer nak buka mata dan minda they all bahawa PSeni bukan hanya lukis, lukis, dan lukis. warghh. bosan , klise..klise. jadi aku bawak la mereka suma ke kutubkhanah sekolah yang ada sound system dan internet wireless tu. canggih la kunun.
ternganga- nganga bebudak tu bila aku dengan bangganya menunjukkan istilah kreatif itu terletak kepada suma benda di dunia ni... bangunan, gambar, kenderaan, baju.. hiss.. apa je la. paling buat mereka excited bila aku tunjuk bangunan yang direka oleh arkitek kreatif giler dari mana ke entah, yang cipta design bangunan dasyat -dasyat kat Dubai. tapi kiranya objektif aku haritu tercapai la jugak sebab dah ada yang bercita-cita nak kerja kat dubai bila besar nanti... he he.
eh. ..rasa sronok pulak nak menaip ni. tapi takut lak ganggu hubby sbab komputer cuma 1, dia plak nak buat trade.. tak pe. ganti ganti ye...
Posted by Comels at 2:03 PTG 0 comments
ntah apa je...
harini 22. hb ogos 2007, rabu. oh Tuhan, seronoknya cuti-cuti macamni memerap kat umah.
sebelum aku lupa, ni aku nak war-warkan kat korang laman web pembekal biskut seluruh johor tersodap.. ni ha.. kilk sini
dia kwn lama aku sejak sekolah menengah lagi. tak sangka plak pandai wat kueh padehal dulu semedang mkn cekodok je klu pegi umah dia.. he he.. ampun maaf ta. joking.
hisyh. lama betul tak jenguk blog ni. hubby da paksa maka wat la juge. ntah la. aku pun tak tau apa yang buat aku happy. yang pastinya aku happy kalau duduk saje di rumah, wat keja suri rumah tangga dan baca-baca buku. aku rasa nak tukar career la sekarang ni. suma tak buat aku hepi. hubby kata dia nampak wajahku ceria sungguh kalau tak gi keja. adakah aku tak cintai kerjayaku?. entahlah. aku letih dengan karenah birokrasi...
ada kala aku heppi bila dapat bebudak yang aktif dan matang, friendly dan sporting.. macam aku gak. aku ni sporting orangnya, tapi tengok tempat laaa. tapi kebanyakan yang aku jumpa sering mencabar kesabaranku...
Posted by Comels at 1:46 PTG 1 comments
Labels: kueh
Sabtu, 10 Februari 2007
Hari first..............
Harap harini they all boleh present yang terbaik. Tu pun kalau ada yang sudi tanya karya kitaorang tuh. He He. Kapala tengah pusing beb, aku jadi malas nak kuliah. Mana taknya, PBT da tak kasi kami niaga kat tempat biasa, abis camne kitaorang nak cari makan. sedih memang le sedih. Tapi aku redha. Selawat bebanyak, tenang sikit hatiku yang duka ni.
Kalau nak ikutkan, aku nak quit je dari blaja ni. Mengenangkan tinggal 2 bulan je abih dah final sem ni aku kuatkan hati jugak. Rasa nak nangis je kenangkan apa yang dah aku lalui. Tak sangka boley survive gak sampai nak abih. Tapi aku memang sangat beruntung, Alhamdulillah aku dikelilingi oleh keluarga yang baik hati. Bukan setakat moral support, duit ringgit jangan kira la. Hari- hari aku doa pada Allah yang maha kaya semoga aku n hubby jadi orang kaya @ jutawan soleh yang dapat balas jasa orang tua dan orang-orang berjasa dalam hidup kami. da mati kering agaknya we all ni kalau mereka tak tolong.
Sebenarnya banyak betul perkara yang aku nak tulis dalam blog ni. Tapi aku bukan penulis. Tapi hubby da paksa aku supaya dia boleh buat blog jugak. (kira motivasi dalaman le agaknya). Jadi aku ambil keputusan tulis je la apa yang terlintas di mindaku saat ini. kalau you all tak faham sebab plot cerita tak tentu hala maaf la ye. Ni pun adalah blog pertama (hari pertama) aku menulis. jadi InsyaAllah ianya dapat jadi diari terindah dari semasa ke semasa.
emm.. banyak perkara tu apa ye? aku akan tulis tentang art, tentang life aku, tentang apa yang aku rasa berkaitan politik semasa , tentang artis dan banyak lagi la. Itupun kalau ada kesempatan. Selama aku ponteng kelas (minggu depan Pn. Ct, En. Khai, En Faiz n Prof Shukor) ni rasanya sempat kot aku coretkan beberapa perkara. Ampun maaf kat lecture aku suma, aku bukanlah orang yang suka ponteng (bley chek rekord la) tapi dalam saat macam ni aku rasa blood presure aku mesti tinggi kalau aku gi kelas. Tapi nanti aku bagi le surat tunjuk sebab. berani buat berani tanggung la kan.apapun yang jadi, aku nekad je. aku takkan suruh kawan sain kedatangan aku. dah la dosa nak tambah dosa lagi ke?
Posted by Comels at 10:54 PG 1 comments
Labels: Ceritaku