harini majlis restu untuk anak-anak PMR esok. aku dah standby spek hitam, takut nangis. vogue betul aku harini, dengan baju pinknya.. selalu baju gelap je, aku nak buat ilusi agar terlihat kurus.
penatnya, susun meja, bagi label, jaga bebudak... aku siap kempen dengan kelas hujung, lepas PMR tolong mak kat rumah lagi baik darpd datang sekolah memeningkan kepala cikgu je.
tahun ni tak touching sangat macam tahun lepas. ada la yang menangis sakan bila salam n peluk cikgu tapi tak ramai. student kelas aku semua aku peluk cium yang pompuannya, yang budak cina macam suprise je. mungkin budaya kasih sayang tak diterap dalam diri mereka, sebab tu ganaz semacam.
lebih-lebih pun pika ketua kelas 3ka2 yg nangis beria. aku pun nangis jugak sebab selalu marahkan dia. ha ha.
iman n gang minta ampun, hatiku yang keras macam pinggan melamin ini cair juga akhirnya. tau pun kao banyak dosa, baguslah. apapun aku sentiasa mengampunkan mereka. kang susah hidup tak berkat pulak. lagipun sapalah aku nak ego sangat, aku pun bukan bagus dan betul sentiasa. tak semestinya aku lebih dewasa aku lebih baik. sekurang-kurangnya bilangan dosa mereka sikit berbanding aku yang dah baligh dekat 30 tahun ni. oh tidaaaakkkk.
selamat menjalani PMR. semoga anak-anakku berjaya dunia akhirat.
Selasa, 6 Oktober 2009
dosa setahun hapus seminit
Posted by Comels at 10:46 PTG
Labels: peperiksaan PMR, periksa, PMR
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan