percaya tak korang, apapun yang kita buat dengan rasa cinta akan terasa sungguh hasilnya. aku sangat percaya. ahad lepas aku buat makan -makan macam yang aku kabo kat entry lepas. aku tak tau nak budget berapa banyak sebab masa aku tanya tu, macam ramai yang nak datang. tapi korang tau je la bebudak ni banyak aje programnya.
rendang siap masak sekitar 12 malam.besssttt..
sambal udang power
yang bulat-bulat tu telur ayam pencen goreng cicah kicap lauk malam tu. sedap sangat rasanya makan simple macam ni.dah penat, lapar, semua sedap kan...
aku tawakal ajela, buat aje ikut gerak rasa.jumaat malam sabtu, aku ingat nak start cari barang buat rendang ke apa ke tapi tak sempat pulak sebab kena pergi marhaban. jalan sikit punya jauh, aku balik rumah dah dekat pukul 12malam sebab tolong kak ani housekeeping.nak buat apa pun tak larat, aku lepak betul. tido je la. esok pagi nak kemas rumah pulaksikit-sikit, tengahari baru pergi econsave cari barang. ayam tua 6 ekor, ayam muda 1 ekor, daging dekat 2 kilo juga nak buat rendang. mi beli 6 peket, ketupat mini 99 biji.
sakit jiwa aku, timbang kat bahagian basah tu rosak la pulak. abang dah boring je, dia mana suka q ni. lepas tu abang nak suruh budak jaga ayam tu potong, dia kata ayam tua tak boleh potong, keras. abang malas nak bertekak, tolak troli pergi depan.jadi ku memohon dengan pandangan sayu agar abang bantu aku potong ayam tua dan daging... sakit-sakit pinggang dia, hahaha.
tengah kat dapur grup mastura datang, layan la kan, aku hargai semua tetamu aku. sampai maghrib abang tolong, lepas tu dia berkejar nak buat web ulak. tapi tengok-tengok abang tertidur. kesian, penat.
mastura and gang datang waktu petang aku tengah masak...
aku buat la projek tu dengan hati gembira. aku takut makanan tak cukup, tapi aku zikir banyak-banyak sambil masak. aku doa pada Allah biarlah cukup makanan nanti sebab aku tak tau berapa nak datang. lepastu aku masak dengan niat yang murni dan penuh kasih sayang untuk tetamuku, terutama anak murid aku semoga lunak hati mereka dan dengar kata serta beriman. bagi yang non muslim pulak aku niatkan supaya terzahir keindahan islam itu yang penuh kasih sayang sesama manusia.
aku takut sangat tak sempat. tengok jam dah 3 pagi. aku dah nak tumbang sebab ngantuk sangat tapi aku kuatkan semangat sambil zikir bebanyak dan masak dengan kasih sayang. alhamdulillah Allah beri aku kekuatan, dapatlah siap rendang,ayam masak sos dan soto. tido pun dah pukul 4 pagi, 6.30 bangun semula dan lintang pukang kemas rumah sebab marhaban lelaki start 7 .30 pagi.
dapur aku macam tongkang pecah, baju belum sidai, kain macam gunung yang belum lipat.. ah, lantak la situ, aku sumbat je mana yang patut.
selalunya perancangan kita sering tak sesempurna yg kita harapkan, betul tak. aku budget nak kemas dapur, lipat kain, kemas rumah, tapi semua tak sempat sebab semua nak jalan serentak. abang tak dapat tolong aku sebab pergi marhaban. nasib baik syukria datang tolong pagi tu.
puasnya aku bila anak-anak yang datang kata makanan aku masak sedap. Alhamdulillah, pujian untuk Allah. sebenarnya, rahsia masakan yang sedap bukan la bahan sangat pun sebab semuanya sama aje. tapi tu la yang aku kata tadi, kalau masak sepenuh hati ,dengan cinta, kasih dan niat yang baik, Allah akan kabulkan permintaan itu.
hari demi hari aku rasakan semakin akrab dengan anak-anak murid aku ni. agaknya itulah yang mengikat mereka dan aku, ikatana hati. mesti majlis restu SPM nanti aku sebak gila sebab bebudak ni dah rapat sangat dengan aku.
aku masak biasa aje, tapi takdir Allah yang buat rasa itu jadi sedap memang luar biasa.
terima kasih Allah, kau mengikat ku dengan hati, mengikat mereka dengan ku juga dengan hati.
jadi sejak 35 tahun hidup ini, baru aku jumpa bukti sebenar kenapa masakan emak kita sedap sangat rasanya walau mask campak-campak aje.mereka masak dengan cinta!
1 comments:
harap2 next raya kami ex-student cikgu dapat kumpul ramai2 pi umah ckgu cam sebelumn ni....
hihihi... cikgu..sekarang kat ukm ni...pensyarah pon dah ramai panggil kami semua cikgu or teacher...
x sabar rasenye hmmm nanti nak pre-pracicum saya still blur lagi nak wat kat starp or Smk Indahpura...
hmmm baru 1st year da kne pre-practikum...uuuu
hihihi saya lebih dikenali ngan Cikgu Maia
Catat Ulasan