Khamis, 22 Oktober 2009

tanty aku rasa kita pospon dulu....

tan aku rasa kita pospon dulu la sebab aku rasa mcm tak berbaloi la dgn kita byr.aku da cari info orang yg dah pegi, aku rasa sikit je pengisian dia dlm masa 3 jam cukup ape. aku tgh cari e-book paling bagus ni tentang tu nanti dapat aku share ye. tapi kalau ko nak pegi sangat aku tak boleh halang. nanti ko n bahrin  buat demo pulak. maaf aku cakap macam `k` ajak beria tapi aku musnahkannya dengan sekelip mata cuma.tapi, ini untuk menyelamatkan duit n masa lapang kita. aku rasa baik kau pegi jusco tebrau tengok wayang dgn famili lagi best. tak pun ko pegi jln-jln kat shoping compleks meredakan perasaan ko...

tan aku dah bosan sangat. tadi ain bagi form, aku kena jaga SPM! bosan, bosan... aku akan jadi tak bosan kalau elaun sampai 3 juta tapi... aku nak rehatkan minda cuti-cuti ni, akhirnya sampai 16 hb 12 aku kena keja. sapa pun tak mo ganti.nak resign aaa...
ko dah buat plan strategik. aku tak tau apa lagi. tadi menggodek smm bodoh tu. nak nangis aku rasa. aku mintak tolong dengan ketua kelas aku, ringan sikit beban. tu pun orang nak jeles kerja cikgu ni kata cuti banyak kan.

kalaulah mereka di luar tu tahu kerja-kerja perkeranian yg kita buat selain ajar budak mata pelajaran dalam kelas mesti mereka menangis guling-guling sebab tersalah tuduh kata kerja kita senang kan tanty.

tapi aku ingat nak mohon jadi cikgu sesi petang la. tak de beban kerja macam hampeh ni. aku kalau stayback jeles betul tengok they all tak de kerja. gaji sama aje kan...yg da veteren tu siap dekat 6k lagi.

aku tau keja sesi petang memang separuh saja dari sesi pagi sebab dulu da 7 tahun aku jadi cikgu petang.jom mohon petang.
aku rasa mesti cik rahmat atau puan jeling -jeling kat kita.. ha ha ha..aku satu apa pun paper budak tak tanda lagi tan. aku letih sangat buat kerja kelas aku. 16 nanti aku da meeting. belum tutup sekolah aku da pegi jaga spm. mesti aku kena settle suma sekali seminggu awal dari korang. tolong, aku tak bley bernafas....

2 comments:

YIN-WONG KHOO LAI berkata...

aku baru blik meting.. x de apa yg menarik.. mcm bual kosong je..akhirnya tindakan kita juga..ok le xjadi gi..boleh santai tpt lain.pasal jaga peksa tu tanty dah rasa dulu..tu yg sanggup tanda kertas.boleh juga tgk ank &suami di umah..leh masak & kemas..dan yang paling bes..zzzzz.x de sape nak benarkan kita ke ptg sebab x de le kuli batak yang mereka boleh arah sana dan sini..x pe layan....

Comels berkata...

tau jugak ko menganggap diri sebagai kuli batak. aku ingat ko redho aje.kalau orang tak tau apa berlaku kat kita mesti mereka kata kita ni tak de kerja lain, asyik merunguttt aje. tak pe la tan, ini blog aku. aku punya suka la nak merungut dan ajak kawan-kawan merungut.mua ha ha. merungut depan puan or cik rahmat tahun depan kena jadi s/u peksa pulak karang ha..

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com