Rabu, 30 September 2009
memori raya 2008
Posted by Comels at 10:35 PTG 1 comments
Labels: aidilfitri, beraya, memori, raya 2008
aku dalam 2 versi
masuk cerita yang sadis pulak. harini aku tak boleh tahan lagi. iman n gang monteng dah tahap maksima kurang asamnya. ada ke patut depan -depan aku blah macamtu aje. mentang-mentang aku tak kuasa nak marah selalu tu. terperanjat bebudak ni harini aku angkut beg diaorang, rotan 2 kali kat tangan baru aku kasi beg balik. kurang asam punya iman, dia terlepas. ntah masa bila dia ambik balik beg dia belum sempat aku rotan. kekadang melampau budak-budak ni tahap menyakitkan hati. hai, tinggal seminggu nak pmr pun tak sedar lagi. farizan, alif, epul,syukri,aikim, semua kena rotan. tak kecik punya rotan, tahap-tahap kat penjara gitu! tak apa la. niat aku nak mendidik. semoga jadi orang berguna satu hari nanti.
Selasa, 29 September 2009
MERIAHNYA RAYA...
Posted by Comels at 10:25 PTG 2 comments
cerita raya 1(2009)
Posted by Comels at 9:12 PTG 0 comments
kebijaksanaan
`Hampir semua manusia cuba mengusahakan apa yang difikirkan sehingga satu tahap yang mereka anggap perkara tersebut mustahil dilakukan dan kemudian mereka berputus asa. Sebenarnya itu bukanlah masanya untuk berputus asa.`
Nearly every man who develops an idea works at it up to the point where it looks impossible, and then gets discouraged. That's not the place to become discouraged.
:Thomas Edison
Just because something doesn't do what you planned it to do doesn't mean it's useless.
Thomas Edison
betapa benarnya kata-kata itu. beri aku masa, aku akan buktikan aku boleh buat. aku bercakap ini dengan diriku sendiri. tapi anda semua, pelayar blogku yang setia, menjadi saksi bahawa aku berazam untuk wujudkannya satu hari nanti. InsyaAllah.
Posted by Comels at 5:03 PTG 2 comments
Labels: bijaksana, doa, editor sinar harian, thomas edison
Isnin, 28 September 2009
berkelah di hotel
Posted by Comels at 8:24 PTG 5 comments
Labels: hotel, jb, suria city
Sabtu, 19 September 2009
sehari sebelum raya
jam dah menunjukkan 4.18 am. tak tido lagi aku ni. bukak RTM1 dengar sembahyang terawih dari mekah sampai tadarus al Quran. sebenarnya aku masak untuk raya. semua aku siapkan malam ni. aku cakap ngan hubby malam besok malam raya aku nak releks. penat la masak ni. saban tahun malam raya mesti penat masak. aku ni kategori kurang rajin sikit. sebenarnya aku suka masak tapi aku tak sanggup nak kemas kecah tu. lomah den. untung juga sebab hubby toleransi dengan aku, tiba rajin dia semua dia kemas. aku pun tak suruh sebab dia pun tak pernah paksa aku buat kerja rumah ni semua. kalau rajin buat, kalau rasa selesa duduk dalam tongkang pecah duduk la diam-diam sampai sakit mata kena kemas la juga.
kali ni aku masak sup tulang rangka, daging masak hijau, sambal kacang dan rendang hati lembu. tak lupa juga ayam tua aku buat rendang, itupun kalau boleh dipanggil rendang. aku tak kisah sangat nak memikirkan apa nama masakan aku yang penting sedap dah la. masak ketupat mini boleh la hubby terus sahur nanti. rasanya aku ni tak tidur sampai pagi karang sebab aku kalau dah lebih pukul 3 pagi habislah, memang insomnia. semalam hubby tidur 6.30 pagi sebab siapkan laman web paling leceh aku rasa sebab customer yang fussy. aku kata kat hubby esok malam paling lewat tido pukul 12 malam. nanti balik kampung tak ngantuk. bahaya bawa kereta kalau ngantuk ni. tadi baru dengar kemalangan ngeri kat selangor dan sp. ngantuk la tu.
dah jadi tradisi aku 3-4 tahun belakangan ni aku sambut malam raya kat rumah aku sendiri. pagi raya subuh sepi`i baru balik kampung. gilir-gilir la. tahun ni turn aku punya kampung. jadi perjalanan pagi tu pun lancar. aku tak kisah la nak tolong mak masak sebab kakak aku ramai.kalau belah abang menantu mak yang lain ada. heh heh. bagus betul kan aku. patut sehari sebelum raya tu yang tolong mak masak. memang bertuah betul aku ni.
kemas rumah belum siap lagi. esok hubby janji nak buat. kereta belum basuh. hantar kedai je la. tak larat aku.aku tak tau bila nak siap tanda skrip percubaan bebudak ni. beratus-ratus. naik cuti terus je nak markah. nak tanda bukan boleh suka-suka, tunggu emosi stabil baru aku berani tanda. kalau tak kesian bebudak ni. mesti markah sikit. hai, matilah macamni... bebudak pulak tak nyabo-nyabo nak datang umah.. harap-harap sempat la.
esok rasanya nak ngunjung ke jiran-jiran la. tu pun kalau belum balik kampung. kee pun aku nak bagi kalau ada. dia selalu bagi limau kalau raya cina.selamat hari raya kepada korang semua. semoga mensyukuri nikmat Allah kurniakan.
Posted by Comels at 4:43 PG 0 comments
Labels: hari raya, kenangan, raya sakan
Jumaat, 18 September 2009
raya tahun berapa paling bermakna dalam hidup aku?
raya tahun 1994 adalah raya paling berwarna-warni dalam hidup aku. nak tahu kenapa? sebab aku jatuh cinta pandang pertama dengan hubby! masa tu umur aku baru masuk 20 tahun, lepas STPM. aku bukan kenal sangat dengan hubby, ni kes bebudak la yang pedajal bina watak tipah dan jeff. aku tak tahu menahu pun . tapi dah jodoh agaknya, aku akhirnya jumpa juga dengan `jeff`.
aku berdebar betul. bukan berani aku jumpa lelaki. mak garang. tak berani aku buat tak tentu pasal. tapi masa tu aku pergi ramai-ramai. dengan shila, sally , ita dan ani. naik bas coastal ke batu pahat. raya ke tiga masa tu. aku waktu tu kerja kilang aje kat spg renggam. hubby pulak kerja kilang pisau kat yong peng.
aku berdebar betul. masa tengah tunggu geng yong peng jemput kat stesen bas lama batu pahat tu, tiba-tiba aku terpandang dua orang jejaka pakai cermin mata hitam. kurus, keciknya.. tapi handsome. shila cakap`hui jana, handsome la mamat tu. best la kau`. aku bengang aje. tapi ha ah la. memang handsome. cuma kurus sangat berbanding aku yang bertubuh gagah perkasa masa tu.
aku rasa hati aku berbunga-bunga. aku rasa hubby pun sama. sampai rumah hubby, mak dia (mak mentua aku sekarang) buat air milo ais. kita orang main bunga api. boleh pulak aku buang air kat rumah dia. kawan-kawan aku kata, sah la memang `kerasan`. ada jodoh kut.
sejak tu aku rasa best aje.esoknya aku pun jalan- jalan kat rumah kawan baik aku, imah. aku beraya kat rumah aris, kawan sekampung.tengah kami beraya tu ternampak segerombolan jejaka bermotor pergi konvoi ke mana ntah. siap aku bagitau imah`tu mesti nak beraya rumah aweks la tu`. tak lama aku nampak gerombolan tu patah balik. `sekejapnya, mesti tak de aweks dia kat rumah kan..`
aku balik umah dah petang sangat. sampai rumah bapak kata,`na, tadi ada kawan-kawan engkau dari parit ghani...`hah? parit ghani? aku mana ada kawan kat parit ghani. parit yaani ada la. aku dah panik . debaran kencang. aku ajak imah pergi publik phone yang jauh gila. maklumlah, karen tak ada, talipon pun takde. aku talipon umah hubby, nenek yang sambut kata abang tak ada. ah, sudah, aku agak mesti abang yang datang.
aku balik umah. terperanjat beruk aku. beruk pun tak terperanjat macam tu sekali agaknya. dah tersadai 5-5 motor depan rumah aku. rupanya geng hubby yang aku kutuk-kutuk tadi. aku ingat lagi hubby pakai t-shirt putih. matanya tak lepas memandang aku yang ayu ini. heh heh. aku berdebar betul. lepas bercakap lebih kurang, aku ke dapur. terperanjat aku tengok mak masak mi siam. aku tanya, kenapa mak masak? `habis kawan kau tu nak bagi makan apa? hah, bagi la biskut yg ko buat tu..` ah, mati hidup balik pun aku tak keluarkan biskut tu..
ada ke patut buat biskut cornflakes tapi kembang besar macam pinggan. dah la tu rasanya pahit, masin, payau. anak sedara aku yang bayi pun tak tergamak nak makan. lagi aku nak bagi budak-budak bujang nan hensem tu? oh, tidak. dah tentu jatuh imej aku.
aku rasa macam jodoh kuat aje dengan hubby. mak tak pernah-pernah masak untuk kawan-kawan aku. lagi la kawan lelaki tak pernah aku jemput datang rumah. ni mak boleh masak dengan ikhlasnya. mesti dia suspek salah sorang yang paling hensem akan jadi menantu dia satu hari nanti. he he.
masa nak balik tu aku tengok hubby asyik pandang aku aje. masa turun tangga pun tertoleh-toleh kat aku. aku suspek hubby dah jatuh cinta dengan aku. la la la.
aku tanya apasal tak bagitahu nak datang? dia kata bukan dia nak datang tapi tak boleh tahan hati dah rindu. kelakar la.
sejak tu aku bercinta dengan hubby. macam-macam kami lalui. banyak kisah suka duka. aku cerita di entry yang lain. maknanya dah 15 tahun usia perkenalan kami. tapi kasih sayang aku padanya masih macam dulu. aku tau hubby pun sama. susah senang bersama. aku yakin dengan cinta ini kami boleh berubah. hidupku kini sudah sangat baik, tapi kami akan pastikan ia jadi lebih baik setiap masa. hubby, berusahalah demi cita-cita kita.
terima kasih mak, bapak dan keluarga kerana merestui hubungan kami. kalau tak ntah ke aku dah kawin dengan orang lain. tapi aku tetap tunggu hubby. masa tu hubby belayar ikut misc. aku rindu sangat. aku kat ipsi masa tu. dapat surat hubby 2-3 bulan sekali. ntah hidup ntah mati.kadang kat australia, kadang kat belanda... masa tu aku ada buat hubby merajuk. tapi bila hubby tinggal aku jauh-jauh barulah aku tahu yang aku melepaskan intan untuk memiliki kaca. bila aku dapat peluang keemasan telepon hubby, aku dengan ganasnya cakap`bang, kita tunang nak. nanti susah kalau orang lain datang minang. orang dah mimpi ular datang nak gigit aje ni... aku cakap kat hubby tak payah susah buat apa-apa hantaran. yang penting tanda dah tunang.
jadi bila aku dah tunang, naik saja semester aku selalu buat pembentangan sambil tunjuk cincin tunang aku kat depan. padan muka kaca tu, ingat aku tak laku. aku punya intan lagi hensem, baik dan paling penting menerima aku seadanya.
bestnya raya tu!
Posted by Comels at 12:09 PG 0 comments
Labels: raya dan cinta
Khamis, 17 September 2009
ni la ikan mayong asam pedas kari
ni la bendanya yang aku nak tunjuk tadi. mayong asam pedas tapi jadi kari. mmm. alhamdulillah, ni la lauk berbuka dan bersahur nanti. tu yang bulat-bulat tu la telur ikan mayong. walla.. aku suuuka sangat. tapi kalau terlebih masak jadi liat la pulak. selamat menjamu mata. ada ulam pucuk pakis, kacang botor, rebung, sambal kacang pecal dan makanan kegemaran bangsaku, tahu dan tempe. aku suka makan tempe banyak-banyak. mana tahu jadi macam khir toyo boleh transfom jadi putih dan mancung tanpa botox. hanya tempe.. ha ha ha...
Posted by Comels at 11:31 PTG 0 comments
Labels: asam pedas, buka puasa, sahur
nostalgia raya masa kecil
ingat lagi masa aku kecik dulu. waktu raya macam best aje. tapi mak tak beria sangat kalau ada pengumuman raya. dah la masa tu pakai pelita aje. tv tak de. dengar radio aje la. dulu berdebar lain macam kalau nak tunggu pengumuman, tak macam sekarang. dah tau raya bila, pengumuman buat syarat aje. kalau dulu belum pasti bila nak sambut raya. nanti mak releks aje atas katil melepaskan lelah sebab penat bekerja.aku je la yang ye ye o.kuih pun mak tak buat. ketupat pun mak tak buat. sejak kakak-kakak aku kawin dan ada yang merantau bekerja tak de sapa nak buat kuih. harap aku mana tau. aku ni tester aje. kuih yg hangus aku rasa dulu. tu pun sedap gila rasanya. tapi kadang mak buat bahulu kecik-kecik tu. aku la tukang pukul telur sampai putih. nak menangis rasanya. tapi sedap kuih bahulu tradisional ni kan. kadang abang ijam yang pukul telur. tengok nasib la sapa ada kat situ.
mak masak pagi-pagi. masak nasik dengan ayam masak kicap. pukul 8 aku dah siap mandi. pakai baju lawa. mak buat baju raya setahun sekali. pakai kasut sekolah aje. ah belasah la. yang penting aku beraya. rumah pertama aku pergi ialah rumah imah. aku ajak dia beraya. dia ni leceh sikit. nak bersiap terhegeh-hegeh. geram aku. lepas tu aku pergi rumah inong sikin, inong huda, aris, jana dan sapa-sapa entah. kami beraya kat rumah semua orang sampai area simpang 4. dapat kutip duit raya satu rumah seposen dah cukup bagus. petang baru balik. sehari tu dapat la dua hengget kut. tapi tak pe. seronok jugak. dalam perjalanan balik tu jumpa biji getah main pecah-pecahkan. seronok kutip biji getah, tambah yang baru jatuh. berkilat macam kena varnis. budak sekarang ntah kenal ntah tidak dengan biji getah ni. pokok getah pun tak pernah tengok agaknya.
ada satu rumah tu nama wak Tauman. kaya. aku beraya dengan kawan-kawan waktu raya pertama, kak intan anak dia bagi 50sen masa beraya. aku cerita dengan abang ijam.besok pagi-pagi abang ijam ajak aku beraya lagi sekali kat rumah wak Tauman. dapat lagi aku 50sen. ha ha. ha. jadi 2 kali pergi rumah tu dapat la aku seringgit. besar nilainya masa tu.
sebab kak long dah kawin dia pindah ke kedah ikut abang long. 2 atau 3 tahun sekali mereka balik kampung. seronok kak long balik, aku rasa macam dimanja. dulu pernah masa aku makan kak long tunggu sampai siap. masa petang nak main dengan kawan-kawan kak long tangkap dan kepit kaki aku sebab nak cari kutu yang bermastautin, taraf penduduk tetap ic merah pun ada kat kepala aku. sampai tertido-tido aku dibuatnya. kak long best. sekarang kak long dah duduk sini semula sebab dah jadi ibu tunggal. kak long sakit kanser. jadi treatment kat sini je la. nasib baik ada kitaorang kat sini. kesian kak long.
aku punya cerita raya saban tahun begitu aje la. bila dah naik tingkatan 2-3 dah malu nak beraya. duduk rumah aje. sekarang aku tunggu pulak budak beraya kat rumah aku. duit raya mana boleh seposen. kena gelak guling-guling nanti.tapi ntah la tahun ni. tak de bonus la darling, so, korang datang makan kuih aje la ye. ada rezki lebih nanti auntie kasi la duit raya.tak baik tau datang nak kutip duit raya aje. yg penting korang ziarah. tamu bawa berkat kan, so aku alu-alukan sapa nak datang ke teratak baru ku. tapi telepon dulu la, takut tak de kat umah kesian korang. sekurang-kurangnya boleh aku masak sirap ke, apa ke.. ye tak.
Posted by Comels at 10:59 PTG 0 comments
asam pedas kari ikan mayong
teruja betul hari ni dah last sekolah sebab esok mula cuti khas aidilfitri. lepas keluar dari 3B aku tak naik bilik guru dah, terus aje berlari-lari mendapatkan punch kad dan yeeehaa.. balik... 12.45 dah keluar hari ni.
pergi TJ Mart nak cari daging buat raya.Alhamdulillah, ada daging baru. siap ada kepala lembu tersengih manja warna hitam lagi. aku beli tulang selangka sekilo, hati setengah kilo dan daging setengah kilo. suma sekali 37 hengget. tak tau la nak masak apa. aku bukan pro sangat bab masak ni. ikut gerak hati aku aje.
haritu dah ungkep 3 ekor ayam tua. dah masuk freezer, tinggal tambah ingredients nak jadikan dia apa jenis.nak pulangkan kak lela punya tupperware dah setahun, he he.. tapi tak tau nak isi apa. esok la kut nak ngunjung dia. em, buat lebih sikit untuk bagi kak ani, kak noli dan kawan-kawan abang.
masa kat TJ mart tadi merayau cari ikan, Ya Allah, seronoknya nampak telur ikan mayong. dah lama aku teringin nak makan tapi tak jumpa. aku nak beli telur aje, encik jual ikan tu kata, `tak bley la kak... kena beli daging sekali.` alah, malas banyak cerita aku beli je la. balik nanti berangan nak masak asam pedas daun kesum...wallaaa.
aku sampai rumah terus masak. kasi kunyit hidup, halia tomato, kesum dan sebagainya. tapi punya malas nak kisar lada aku pakai cili giling je. masak punya masak aku pelik tengok asam pedas aku macam tak pedas aje. dah tu warna tak merah langsung jadi macam kari pulak. peliknya.
waktu buka hubby ketawa, `eh, peliknya tadi kata nak masak asam pedas, apsal jadi kari pulak`? aku rasa mesti sebab telur ikan ni ada yang pecah tu yang pekat semacam kuah dia. rasa daun kesum hilang terus. memang sebiji rasa kari letak santan cuma tak rasa daun kari je. aku tadi masa tengah pelik tu letak juga kayu manis, ketumbar jintan n buah pelaga konon nak masak macam orang melaka la.
alah, bedal je la. yang penting sedap, ye tak. di samping tu, aku masak celur pucuk paku, tempe dan tahu goreng cicah sambal kacang pecal. tapi tetap tak sama macam mak buat. tapi sedap juga la.. buat banyak-banyak. letak kat freezer. raya nanti keluarkan. kan senang kerja. aku bukan rajin sangat kat dapur ni. penat. tapi pandai la juga masak. tak la mati pulak aku dua orang tak makan. macamana malas pun orang perempuan aku rasa tak de la tak tau masak langsung kan. kurang-kurang goreng telur pun masak juga.
aku tak tau nak cerita apa lagi tapi tengok aje la gambo asam pedas kari aku ni dengan pecal . best tak? sebenarnya aku nak cari jantung pisang tapi tak jumpa.satu TJ Mart aku tawaf boleh tak de. apa daa. sedapnya kalau celur jantung pisang. kalau kat kampung bersepah-sepah tak nak pulak makan. memang selera kita ni mengada-ngada kan..
(alamak, nak amik gambo tapi bateri abis la. aku cas dulu la bateri ni, karang baru post gambo. sabo je la ye kawan-kawan..)
Posted by Comels at 7:59 PTG 2 comments
Labels: asam pedas, ikan mayong, kari
Sabtu, 5 September 2009
iklan ni pun sedih jugak
Posted by Comels at 9:54 PG 0 comments
Labels: iklan, iklan raya petronas, raya
Jumaat, 4 September 2009
letihnya hari ni...
rasa letih betul. harini pergi sek men. bandar putra, ada bengkel penyelarasan menanda kertas bm percubaan SPM. nasib sekolah ni sepelaung saja dari rumah aku, mula bengkel pukul 8 pagi. lepas subuh tadi aku lelapkan mata kejap, tiba-tiba terjaga dah 7.55 pagi. kelam kabut aku dibuatnya. sampai-sampai orang dah ramai. jumpa geng lama dari senai. turi, kak su, kak zu dan ramai lagi. aku, tanty dan kak sakdi duduk di bahagian belakang, tak ada meja. sakit belakang aku. aku cakap kat kak sakdiah, macamni lain kali buat kat sekolah kita la kak, buruk-buruk pun semua ada meja nak menulis.
aku hilang fokus, mana nak tanda kertas lagi, nak tengok skima lagi, nak dengar orang cakap lagi.,, semuanya guna tangan aku yg kecil ni. aduyai, penat sungguh dari pukul 8 sampai pukul 12.20 macamtu je.
maklumlah, badan aku ni comel, tak larat aku. turi pandang-pandang belakang , aku cakap apsal, nak tukar tempat ke? dia kata "alah kak, saya yang duduk siap meja ni pun rasa penat gile.."
lain kali kalau ada penganjuran majlis apa-apa yang memerlukan peserta menulis, sediakan meja. supaya objektif tercapai. nasib baik ada satu skrip tu buat kami pecah perut. ada ke buat tajuk ceramah, elok je format awal tu siap bagi salam dan sebut tuan-tuan lagi. bila sampai perenggan kedua dah macam apa, macam dia berbual dan berleterkan adik dia. nanti kalau ada masa aku upload untuk korang baca. cerita pun tak guna kan.
rasa nak tengok Batman pulak la. penat tadi tak habis lagi. ok lah. nanti kalau aku rajin aku tulis lagi ek. Adios..
Posted by Comels at 11:25 PTG 0 comments
iklan best (3)
banyak iklan yang best. kalau aku sempat, aku akan upload untuk share dengan korang yg tak sempat cari.kadang iklan yang berkesan ni tak payah cakap banyak sangat kan... enjoy..
Posted by Comels at 10:09 PTG 0 comments
neraka dan matahari
Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar TelescopeSebagai Renungan:
Diriwayatkan bahawa Rasululallah pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.
Jibril : wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.
Zabaniah : sebanyak mana sedikit itu?
Jibril : sebesar kurma...
Zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh
lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.
Jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...
Zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya
tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..
Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sabanyak 70 buah sungai. = 70 x 70
Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.
Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk
berbegai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.
PENGAJARAN : Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa
disejukan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja
itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasanya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA.
Rasulullah s.a.w. bersabda,
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang paling aku kasihi di sisiku ialah seorang mukmin yang keadaannya serba sederhana, tetapi rajin mengerjakan solat (wajib dan sunat), dia baik dalam beribadah kepada Tuhan dan selalu taat kepadaNya secara diam-diam"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Sesungguhnya orang yang sangat aku kasihi dan terdekat padaku di hari kiamat ialah yang terbaik budi pekertinya. Dan orang yang sangat aku benci dan terjauh daripadaku pada hari kiamat ialah orang yang banyak bercakap, sombong dalam percakapannya dan berlagak menunjukkan kepandaiannya"
(Riwayat Tarmizi)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Barangsiapa yang bertaubat kepada Allah selagi belum terbit matahari dari arah barat, maka Allah menerima taubatnya"
(Riwayat Muslim)
Rasulullah s.a.w. bersabda
maksudnya : "Ingatlah kepada Allah dalam masa senangmu, nescaya Dia akan mengingatimu di masa susah"
(Al-Hadith)
Oleh :Amin Fadzlan