Terdapat ralat dalam alat ini

Isnin, 28 September 2009

berkelah di hotel


betul-betul gila. .hari rabu raya ke empat aku dah balik kulai semula.letih amat padahal aku tak buat kerja apa sangat pun.aku dah tension sebab kertas trial exam spm belum habis tanda. macamana ni? lepas tu hubby buat cadangan yang agak gila-gila, tidur hotel supaya aku boleh tanda kertas dan tak serba salah asyik tutup pintu konon orang tak de kat rumah.

aku cari hotel paling budget sekali. dapatla satu, suria city namanya. letaknya sebelah grand blue wave, aku rasa hotel ni renovation semula. abang kata dulu namanya merlin hotel. ah gasak la apa namanya pun , janji aku dapat menanda dengan tenteramnya. satu malam baru RM108, aku tempah 2 malam.

`cerdik tak isteri abang ni?` bila aku suggest bawa periuk nasi supaya boleh masak untuk 2 hari. save budget. hubby kelakar ,dia kata tak pernah dibuat orang, tapi ikut suka hati aku laa.. pagi khamis tu aku masak ikan pari asam pedas, sambal udang, ayam goreng kunyit dan sayur peria .aku rasa cukup untuk makan 3 kali. save budget dekat 50 juga aku rasa.

tengahari tu kami chek in dan makan bekal yang aku bawa.sebelum tu tengok wayang cerita g-force  ala cerita hamster dan tikus comel jadi agen tu. seronoknya. release tension aku. aku cakap dengan hubby lepas ni panggil aku juarez(ala tikus pompuan yang kiut tu).
malam tu la yang kelakar, nak masak nasi tapi aku lupa nak bawa kabel periuk. hubby dah gelak-gelakkan aku, dia cakap`em, cerdiknya isteri abang ni, bawa periuk, lauk, beras semua cukup.. tapi sayang, pelupa betul...
aku sedih tak dapat masak. tapi sebenarnya aku tak panik pun aku percaya hubby pasti dapat buat sesuatu.
dengan gaya Mc Gyvernya hubby pun sambung wayar plug ke periuk.hidup pulak tu. kami ketawa tak habis-habis. apa la nak jadi dengan aku ni. hubby cakap tu le, makan semut banyak sangat.. he he..

                                            hubby tengah tunjuk kreativitinya

peralatan `mc gyver` hubby untuk nyalakan periuk


beras untuk dimasak. save budget, boleh tengok wayang momok the movie pulak!


dapatla aku masak nasi panas malam tu


ni la sebahagian kecil kertas exam yang membuatkan aku bagai nak gila


ni la ikan pari masak asam pedas aku...


dapat la kami makan nasi panas malam tu...seronoknya dapat suami kreatif macam hubby, sentiasa jadi rescue 911 untuk hidup aku. kat sini aku kongsikan gambar untuk korang merasai pengalaman aku berkelah kat hotel tu ye. dapat la buat sikit kerja menanda tu.yang banyaknya aku nak membuta aje.ye la nama pun hotel, membuta la yang paling baik. selebihnya aku pulun menanda hari ahad dari lepas subuh sampai dekat pukul 1 pagi tadi baru siap. macam nak termuntah menanda. kerja  2 minggu buat sehari. padan muka aku. abih, dah raya kan, tak kan orang datang umah aku nak menanda juga. agak-agak le kan..
ni kepala aku masih pening lagi sebab tak cukup tido.lepas ni nak tido la.

5 comments:

siti azizah Sang Pencinta berkata...

best oiiiii

Comels berkata...

apa yg best aa. apsal aku komen kat blog kau tak kuar pun. appa ra.

RiTs berkata...

idea ko ni kreatif ler.. aku nak copy kalau agak2 aku tensen...

Comels berkata...

ha, pergilah melancong. bestt. lagi best kalau anak-anak letak kampung, ko honeymoon dengan hubby kau. cewah... relexs minda tu. jahat kan aku suruh letak anak kat kampung.la la la.

siti azizah Sang Pencinta berkata...

aku dah tak saboo nak g umah ko nihhh

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com