Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 1 September 2009

santai-santai

pagi tadi jumpa kak jem.alamak kak, bulan ni kereta kita start potong laa. "eh, ye ke, akak punya pun, sama la kita. pening kepala.."
segalanya bermula sebab aku dah tak boleh tahan asyik pakai kereta lama. dah la tu pinjam abang man punya pulak tu. kira-kira dalam setahun dua lagi baru nak beli baru tapi aku naik segan asyik meminjam je walau abang man tak kisah pun agaknya. lagi satu setiap kali aku sampai depan pintu pagar sekolah aku akan tutup mata pura-pura tidur, bagitau hubby kalau dah sampai parking baru kata buka mata. aku segan budak-budak sengih-sengih jer pandang aku sedangkan aku tak dapat tafsirkan apa makna sengihan tu. teruja ke tengok aku yang chubby ni, atau kelakar tengok kereta aku yang kaler dia dah macam-macam ton warna. putih ada, biru ada, perak ada.. macam-macam ada.  lagi satu aku masih ingat masa kereta tak servis lagi, sekali tekan minyak macam asap keliwon tv3 tu aku cakap korang... ngeri. kalau budak lalu kira makan asap je laa.


satu hari kak jem meracuni pemikiran aku supaya beli peugeot 206. murah, tak de riba dan loan appove dengan senang. petang tu juga aku ajak hubby survey kereta. memula pergi produa tengok myvi n viva, tengok exora (Mati hidup balik aku tak akan beli sebab kecik hati dengan penipuan yang memalukan..oh tidak), dan akhirnya pergi plentong tengok 206. dah buat perbandingan harga dan kos dan berbagai benifit lain aku n hubby nekad je beli 206. 

kakak aku kata ngan mak kereta aku mahal.. please la. nak banding dengan myvii punya harga aku kira mahal myvi 5 ribu lebih. dengan viva pun lebih kurang baik beli peugeot. alang-alang beli dulu pakai 3 bulan kemudian baru bayar jadi aku pun beli la.. hahaha.

aku tak pernah drive dekat 10 tahun dah. tapi aku terus pandai je bawa JLN aku ni. wa sekarang kerek betul aku pergi sekolah. he he. tak main la tidur pejam-pejam mata lagi sampai pintu gerbang. senyum memanjang aje aku.ehehe.. tak de lah. aku cuma nak dapatkan balik self esteem aku. korang tahulah, dahsyat ke tidak bebudak starp ni, kecik-kecik dah bawa kereta avanza la, toyota apa ke entah.. kancil viva n proton tu bersepah-sepah. hai, kerja apa la mak bapa diaorang ni, aku pun konfius.

tapi dah habis 3 bulan pakai ni baru sakit sikit la pulak. dah potong gaji lagi. kak jem boleh la gaji dah 4 k. aku ni kira gaji posting balik macam cikgu baru walau dah tua. apapun gasak le situ. janji hati aku rasa heppy, JLN tak meragam sebab masih baru dan sekurang-kurangnya aku mampu bayar hutang setiap bulan.

cepatlah hubby kaya, senang sikit nak joli.. hehe.

nak buat macam mana. Sir Gillette pun tunggu seploh tahun baru pisau cukurnya terkenal.kolonel Sanders pun berpuluh kedai tolak resepi KFC dia baru berjaya. makan la puluh tahun jugak. sekarang aku ingat mana-mana kedai yang tolak idea KFC tu menangis guling-guling agaknya.

jadi aku kena sabar. orang kaya tidak senang dengan serta merta. kalau cepat dapat, cepat la lingkupnya sebab tak tau susah. ye tak?

hubby pun pening. customer ni macam-macam dimintaknya. bayangkanlah nak website yg international tapi berbahasa melayu dan menonjolkan ciri melayu. laman web pulak berkaitan kelab kereta motor. macamana tu nak buat/ gabung gambar kereta dengan batik, songket atau keris.? lepas tu nak efek macam-macam. mesti tak efektif punya.
nak buat macamana. pelanggan semestinya betul. jangan banyak songeh. kang tak dapat payment pulak. ha ha

memudahan adalah rezki kali ni. kadang aku dah letih juga. lagi satu perangai hubby ni berat mulut minta bayaran kalau servis komputer orang. orang pun hantar kat hubby patut-patutlah. kalau letak kedai paling bodoh pun kena carge Rm50. ni seposen pun tak bagi. aku dengan hubby ni makan rumput aje ke. kadang aku pulak yang marah hubby, baik sangat tak agak-agak. tapi nanti dia kata, tak pe, nanti Allah kasi yg lain.. ??? tak terkata aku.

nak wat camana. aku sayang hubby. nak cakap lebih-lebih pun derhaka pulak. 

tapi sekarang ni aku dah boleh terima tu sebagai joke. satu hari tu aku cakap dengan hubby.."bang, letak la signboard depan umah kita ni, SEDIA BAIKI KOMPUTER ANDA DENGAN PERCUMA DAN TULUS IKHLAS.


ha ha ha. aku dan hubby ketawa. bezanya ketawa hubby pasrah, ketawa aku ada sedikit gelisah. mana tak gelisah. hari-hari macamni aku kena makan nasi dengan kicap je la..

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com