ingat lagi masa aku kecik dulu. waktu raya macam best aje. tapi mak tak beria sangat kalau ada pengumuman raya. dah la masa tu pakai pelita aje. tv tak de. dengar radio aje la. dulu berdebar lain macam kalau nak tunggu pengumuman, tak macam sekarang. dah tau raya bila, pengumuman buat syarat aje. kalau dulu belum pasti bila nak sambut raya. nanti mak releks aje atas katil melepaskan lelah sebab penat bekerja.aku je la yang ye ye o.kuih pun mak tak buat. ketupat pun mak tak buat. sejak kakak-kakak aku kawin dan ada yang merantau bekerja tak de sapa nak buat kuih. harap aku mana tau. aku ni tester aje. kuih yg hangus aku rasa dulu. tu pun sedap gila rasanya. tapi kadang mak buat bahulu kecik-kecik tu. aku la tukang pukul telur sampai putih. nak menangis rasanya. tapi sedap kuih bahulu tradisional ni kan. kadang abang ijam yang pukul telur. tengok nasib la sapa ada kat situ.
mak masak pagi-pagi. masak nasik dengan ayam masak kicap. pukul 8 aku dah siap mandi. pakai baju lawa. mak buat baju raya setahun sekali. pakai kasut sekolah aje. ah belasah la. yang penting aku beraya. rumah pertama aku pergi ialah rumah imah. aku ajak dia beraya. dia ni leceh sikit. nak bersiap terhegeh-hegeh. geram aku. lepas tu aku pergi rumah inong sikin, inong huda, aris, jana dan sapa-sapa entah. kami beraya kat rumah semua orang sampai area simpang 4. dapat kutip duit raya satu rumah seposen dah cukup bagus. petang baru balik. sehari tu dapat la dua hengget kut. tapi tak pe. seronok jugak. dalam perjalanan balik tu jumpa biji getah main pecah-pecahkan. seronok kutip biji getah, tambah yang baru jatuh. berkilat macam kena varnis. budak sekarang ntah kenal ntah tidak dengan biji getah ni. pokok getah pun tak pernah tengok agaknya.
ada satu rumah tu nama wak Tauman. kaya. aku beraya dengan kawan-kawan waktu raya pertama, kak intan anak dia bagi 50sen masa beraya. aku cerita dengan abang ijam.besok pagi-pagi abang ijam ajak aku beraya lagi sekali kat rumah wak Tauman. dapat lagi aku 50sen. ha ha. ha. jadi 2 kali pergi rumah tu dapat la aku seringgit. besar nilainya masa tu.
sebab kak long dah kawin dia pindah ke kedah ikut abang long. 2 atau 3 tahun sekali mereka balik kampung. seronok kak long balik, aku rasa macam dimanja. dulu pernah masa aku makan kak long tunggu sampai siap. masa petang nak main dengan kawan-kawan kak long tangkap dan kepit kaki aku sebab nak cari kutu yang bermastautin, taraf penduduk tetap ic merah pun ada kat kepala aku. sampai tertido-tido aku dibuatnya. kak long best. sekarang kak long dah duduk sini semula sebab dah jadi ibu tunggal. kak long sakit kanser. jadi treatment kat sini je la. nasib baik ada kitaorang kat sini. kesian kak long.
aku punya cerita raya saban tahun begitu aje la. bila dah naik tingkatan 2-3 dah malu nak beraya. duduk rumah aje. sekarang aku tunggu pulak budak beraya kat rumah aku. duit raya mana boleh seposen. kena gelak guling-guling nanti.tapi ntah la tahun ni. tak de bonus la darling, so, korang datang makan kuih aje la ye. ada rezki lebih nanti auntie kasi la duit raya.tak baik tau datang nak kutip duit raya aje. yg penting korang ziarah. tamu bawa berkat kan, so aku alu-alukan sapa nak datang ke teratak baru ku. tapi telepon dulu la, takut tak de kat umah kesian korang. sekurang-kurangnya boleh aku masak sirap ke, apa ke.. ye tak.
Khamis, 17 September 2009
nostalgia raya masa kecil
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
0 comments:
Catat Ulasan