Terdapat ralat dalam alat ini

Rabu, 2 September 2009

kisah hari ini.

harini masuk 3H rasa nak mengamuk aje. iman ni terjerit-jerit macam kena sawan. alip buat suara p. Ramlee nyanyi lagu raya. syukri, akim dan sesapa ntah memekak-mekak je kerjanya. aku dah la imsomnia malam tadi macam lena tak lena aje tidur. ikutkan hati aku blah je dari kelas ni. tapi tengok muka bebudak yg baik-baik rasa tak sampai hati pulak.

Fcui bagi aku kad raya. dia buat sendiri. `For my cute and beloved teacher. u are so special in my heart`.  terharunya aku. betapa kerjaya ini menghubungkan kasih sayang manusia walau berlainan budaya, bangsa dan agama.

mengenangkan peristiwa yg indah-indah buat aku suka dengan kerja ni. bila ada peristiwa tak seronok rasa nak resign aje. apa la aku ni. dah namanya kerja, memang la macam ni.

tadi aku war-warkan blog kat kak lela, syikin n kak jem. dah tengok ke belum? dah tengok juga email dari kekawan. nanti aku sempat aku update ye. sekarang tengah pening sebab tanda kertas pereksa.

jumpa lagi.

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com