Terdapat ralat dalam alat ini

Selasa, 1 September 2009

hari pertama sekolah lepas cuti panjang

hari ini ke sekolah. lemahnya rasa hati.apasal lah jadi macamni.teruk betul. nasib baik cuma 4 masa. tak dapat relief pulak tu. Alhamdulillah. mengenangkan apa yang aku alami sekarang memang aku patut kena resign.


his, kalaulah aku dah tak berhutang lagi dengan mana-mana `along ` pun nescaya saat ini aku dah jumpa Pn Pengetua nak resign 24 jam. apakan daya, aku belum kaya raya lagi. heee...ptptn pun baru bayar berapa hengget ada hati nak resign. dah la kerja asyik buat overlap je dengan sahabatku bank rakyat. apa nak jadi aku ni.



aku rasa aku adalah termasuk dalam sebahagian besar golongan orang yang hilang obsesi pada kerjaya sendiri. kecuali bertemu dengan budak-satu pengalaman yang menyeronokkan, lain dari tu aku rasa hidup aku sungguh menyesakkan. kenapa ye? agaknya aku bosan dengan kerja-kerja sampingan yang sebenarnya bukan kerja cikgu pun.


aku rasa cikgu aku dulu tak la sibuk macam aku sekarang. rasanya mereka tak banyak program yang mengarut-ngarut ni. tapi anak murid pandai jugak. kawan-kawan aku pun dah ramai jadi `orang`. ntah ke mana-mana agaknya. kenapa ye?


aku rasa cikgu-cikgu aku dulu tak terbeban dengan kerja macam cikgu sekarang. mengajaar aje kerjanya. jadi dia boleh fokus kepada pelajar. tak percaya cuba tanya cikgu dulu. mesti betul.


aku rasa harini macam hot temper jer. kenapa ntah. last-last aku malas nak masak. sejak seploh hari puasa, inilah kali pertama ajak hubby pergi bazar ramadhan kat taman u. gila betul. korang tahu berapa hengget aku habis? 60.50sen. melampau betul nafsu makan. he he. beli ayamas, terubuk bakar, martabak, yong tau foo, kueh mueh, sup kaki lembu..arghhh. tak tergamak nak cerita. tapi insyaAllah tak membazir, selalunya kalau beli banyak-banyak kami rolling sampai 3 hari pun ok je selagi tak basi. peti sejuk kan ada. makan je la selagi tak rosak kan. jangan membazir. sahabat syaitaannn.

0 comments:

ShareThis

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
design by suckmylolly.com